Bab 5

Family Completed 3187

"Raziq!!"jerit seorang pelajar perempuan membuatkan semua mata menoleh ke arah gadis itu dan kumpulan lelaki yang Mirzan ceritakan tadi.

"Pahal tu?"tanya Rizqi.

Alisha menapak ke arah kekecohan yang berlaku itu.Pelajar gadis itu pula terus bertapuk di belakang Alisha.

"Kenapa ni?"tanya Alisha tegas.

"Raziq..dia minta duit dari saya tapi saya takde duit.Pastu dia tarik tarik tangan saya untuk cari duit di poket saya ni."cerita gadis itu.

"Awak mengaku awak buat?"tanya Alisha tenang kepada Raziq.

"Tak!dia saja buat cerita."bidasnya.

"Cerita?cerita apa?cerita seram?cerita romantik?"balas Alisha sinis.

"A..apa masalah kau ha!"

Alisha mendekati Raziq secara perlahan sambil berkata."Awak ingat duit yang mama dan bapa dia bagi tu,untuk awak ke? duit tu tak boleh walau sesen pun ada kat awak..Eh bukan!bukan tak boleh tapi tak layak!perangai hantu macam awak ni tak layak diberi duit.Sebab apa?sebab awak ada otak untuk tahu benda salah tapi awak tak guna!entah ada otak atau tak kat dalam tu!"kata Alisha dengan sinis sambil menunjuk kepala Raziq.

Raziq mengepal penumbuknya sambil giginya diketap menahan geram.Habis merah wajahnya kerana marah dan malu pada masa yang sama.

"Hmm..apa patut saya buat ehh?bagitahu cikgu ke atau report kat parents awak?" sengaja Alisha ingin mengenakan lelaki dihadapannya itu.

"Aku cakap aku tak buatlah!"marahnya.

"Ouh ye ke?habis tu diorang ke yang buat? kalau cam tu yang lain ikut saya ke bilik disiplin."kata Alisha sambil menujuk ke arah pelajar pelajar di sebelah Raziq iaitu geng sekutunya.

"Eh bukan!bukan kami yang buat!Ra..Raziq yang buat.Dia yang minta duit kat Qish tadi bukan kami.Kan?"pelajar yang memakai tag nama Johan itu berterus terang dan diikuti oleh anggukan gengnya yang lain.

Mencerlung mata Raziq memandang Johan yang tidak sanggup memandangnya.Alisha tersenyum sinis ke arah Raziq menandakan kemenangan berpihak kepadanya.

"Awak!ikut saya ke bilik disiplin ye.Kat sana nanti awak ceritalah semua cerita seram and cerita romantik awak tu."sindirnya.

Pelajar lain hanya menjadi pemerhati.Tiada yang ingin mencelah kerana mereka telah meramal siapa yang akan menang pada pergaduhan yang tercetus itu.

"Kau nampak tu?geng pembuli tu pun boleh kalah ngan dia.Ketegasannya takde ampun.Aku bangga ada classmate macam tu.Tapi aku hairan lah kenapa dia tak suka bergaul dengan pelajar lain."kata Mirzan sambil menghabiskan makanannya.

Fairuz memandang sepi pada Alisha sebelum bayangannya menghilang disebalik dinding bersama Raziq.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience