BAB 6

Romantic Comedy Completed 6484

PINTU bilik Firhan dikuak dari luar oleh Wijdan. Dia berdiri di tengah-tengah pintu yang ternganga itu sambil melihat Firhan yang sedang memetik gitar sambil menyanyikan lagu Tuhan Jagakan Dia dendangan asal Motif Band. Wijdan sudah bercekak pinggang melihat rakannya itu yang langsung tidak perasan akan dirinya ini yang menceroboh masuk ke dalam bilik.

Hanya dirimu yang kucinta

Takkan membuat aku jatuh cinta lagi

Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

Walau ku tahu kau tak sempurna

Takkan membuat aku jauh darimu

Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia

Dia kekasihku ‘kan tetap milikku

Aku sungguh mencintai

Sungguh menyayangi setulus hatiku

“Firhan!” Wijdan memanggil kuat nama Firhan bagi menyeru roh Firhan agar tidak terus terawang-awang dalam dunia khayalan dan segera kembali ke dunia nyata. Firhan yang terkejut mendengar namanya dipanggil serta-merta menghentikan nyanyian dan pergerakan tangan yang sebentar tadi lincah memetik gitar. Segera dia toleh ke arah datangnya suara itu.

“Aku ada benda nak beritahu kau!” serentak Wijdan dan Firhan bersuara. Masing-masing tidak mahu mengalah dan terus sahaja menyambung bicara.

“Tadi aku bercakap dengan Nada!” kedua-duanya sudah berkerut dahi dengan kenyataan yang mereka berdua baru diluahkan.

“Ish, sibuk ajelah kau ni. Lain kali boleh tak jangan kacau daun? Aku dengan Nada baru aje boleh nak bercakap panjang sikit dari dulu.” Kata Firhan dengan suara yang tidak puas hati.

“Macamlah kau tu tak kacau daun. Ingat sikit, aku yang kenal Nada dulu masa open house Kak Risya. Dah tu yang kau sibuk nak tackle dia juga kenapa?” Wijdan membalas kata-kata Firhan.

“Ini bukan pasal siapa kenal siapa dululah bro. Ini pasal siapa yang berusaha, dialah yang berjaya dapatkan Nada! Mengaku ajelah kau tu dengki kat aku. Kau yang kenal dia dulu tapi aku yang lebih banyak dapat peluang untuk bercakap dengan dia.” Balas Firhan pula. Masing-masing tidak mahu mengalah jika isunya adalah Qatrunnada.

“Fir! Jay! Kau orang berdua senyap boleh tak? Buruklah anak jantan yang lagi dua, tiga tahun nak masuk three series bergaduh macam kanak-kanak ribena baru nak kenal dunia. Bergaduh pasal perempuan pula tu. Takde benda lain ke yang korang nak gaduhkan selain dari perempuan?” Terdiam Firhan dan Wijdan apabila rakan rumah sewa mereka, Najwan sudah meninggikan suara bagi menghentikan pergaduhan mereka.

“Kalau setakat bercakap dengan… siapa nama budak tu? Nada? Irama? Apa-apa ajelah. Amende nak hairan kalau korang bercakap dengan budak tu. Kalau korang bercakap dengan dengan jin ke hairanlah jugak aku.” Najwan berkata panjang lebar.

“Wan, nama dia Nada okey, bukan Irama.” Wijdan membetulkan salah faham nama panggilan Qatrunnada.

“Amboi, salah nama sikit pun kau beria nak bela! Kira okeylah tu aku confuse nama dia antara Nada dengan Irama. Buatnya aku confuse nama dia Irama Dan Lagu ataupun Melodi ke, tak ke haru? Sudah-sudah, tak payah nak heret aku dalam pergaduhan korang. Jay kau pergi solat, dah pukul enam suku ni kau belum Asar lagi. Fir kau duduk dalam bilik tu senyap-senyap kalau dah takde apa sangat nak buat. Jangan nak bising kat sini, aku tengah war ni, kena fokus. Kalau korang nak bergaduh sangat lepas siap solat nanti korang berkurung dalam bilik tu bergaduhlah puas-puas. Bergaduh tengah-tengah pintu bilik yang terbuka mengganggu ketenteraman orang lain aje.” Najwan yang sedari tadi tekun menghadap telefon pintarnya meneruskan niat asalnya untuk menyerang Enemy Clan dalam permainan Clash of Clansnya.

Najwan yang Wijdan dan Firhan kenal memang begini. Dia susah untuk ramah dengan orang tetapi apabila sudah berkawan, dia merupakan seorang sahabat yang baik. Namun, jangan sesekali buat sesuatu yang membolehkan dia membebel. Sudah pasti bebelannya akan mengalahkan bebelan ibu kandung mereka sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience