Rate

Chapter 2 - Accident

Mystery & Detective Completed 452185

Seminggu telah berlalu....

Adam memeriksa keperluan yang perlu dibawa lagi sementara menunggu kedatangan Zaarif.

"Mak nak pesan apa-apa tak?" Soal Adam.

"Nak pesan apa sangat,Adam?"

"Kot la mak nak apa-apa barang dari Taiping ka? "

"Kalau ada pun tak payah la. Simpan duit. Jangan membazir. Nanti kamu nak masuk kerja lagi guna banyak duit"

"Ya mak"

"Tu Zaarif dah sampai. Hati-hati ya"

Adam bersalaman dengan maknya.

"Adam naik helikopter dekat mana?"

"Tempat biasa la mak" jawab Adam

Adam berjalan menuju ke arah Zaarif.

"Pergi dulu mak" ucap Zaarif

"Hati-hati ya"

Zaarif angguk faham. Adam pula masuk ke dalam kereta.

Zaarif dan Adam melihat pemandangan yang cantik itu.Tetiba penerbangan yang tenang menjadi kelam kabut. Adam terlihat ke arah alat control. Ada tanda amaran.

"Pegang handle elok-elok. Relax,jangan kelam kabut" ujar Zaarif

"Adam, kau tolong set up meter tu"

"Guys, nampak tak bukit tu?"

Mereka semua terbeliak!
Cepat-cepat mereka memakai payung terjun.

Adam dan Zaarif membuka pintu.

"Cepat keluar!" Jerit pemandu tersebut.

"Kau macam mana?"

"Tak apa,korang keluar dulu"

Terus saja Adam dan Zaarif terjun. Pemandu tersebut juga membuka pintu dan terjun.

Tali pada beg payung terjun tersebut ditarik. Adam dan Zaarif mula mengawal dan bersedia untuk turun.

Tetiba payung terjun Adam tersangkut pada pokok. Adam pandang bawah. Gaung!

Zaarif yang sudah mendarat terus saja memandang Adam.

"Adam, kau jangan bergerak."

Adam mula menarik nafas.

"Hulur tangan kau"

"Tak boleh, nanti patah ranting ni aku jatuh dalam gaung"

"Trust me!"

Tangan Zaarif dihulurkan. Cuba mencapai Adam.

Perlahan-lahan Adam menyambut tangan Zaarif. Tangan kiri Adam di pegang oleh Zaarif dan tangan kanannya berpaut pada pokok.

"Adam, kau buka beg tu."

"Gila kau. Kau pegang aku sebelah tangan je kot"

"Tak pa, kau buka perlahan-lahan"

Adam diam.

Terus saja kakinya disilangkan pada dahan untuk menampung dirinya.

Adam terus membuka beg payung terjun tersebut. Adam menghela nafas penat.

Zaarif cuba mencapai tangan kanan Adam.

Tetiba kaki Adam yang bersilang di dahan itu patah. Pegangan Zaarif terus dilepaskan.

Adam hanya senyum pada Zaarif apabila dirinya sedang jatuh ke dalam gaung.

"Adammmm!" Jerit Zaarif

Orang ramai mengerumuni Zaarif.

Tubuh Adam tergolek-golek jatuh ke dalam gaung.

"Arghhhhh" jerit Adam.

Kepala Adam terhantuk pada batu. Adam pengsan.

---

Tak lama kemudian, Adam tersedar. Adam terbatuk-batuk akibat sakit. Perlahan-lahan Adam bangun.

Adam mengerang kesakitan. Kepalanya berasa berat. Adam memegang kepalanya menahan sakit.

Adam merasa tangannya basah. Terus Adam memandang tangannya. Darah.

Penglihatannya juga kelihatan kabur. Adam bangkit berdiri. Terhuyung hayang Adam berjalan.

Tetiba Adam terdengar bunyi suara mengerang geram. Adam pandang sekeliling walaupun penglihatannya kabur.

Satu haiwan muncul di hadapan Adam. Adam merenung tajam.

Kepalanya dipegang. Adam cuba mentafsir haiwan apa yang ada di hadapannya.

Kemudian mata Adam terbeliak.

Haiwan itu adalah babi hutan! Dia dah masuk ke dalam sarang mereka. Terus saja Adam berlari walaupun keadaannya masih sakit.

Begitu laju babi hutan tersebut mengejar Adam.

Pelbagai cara Adam gunakan untuk mengelak daripada disondol oleh babi hutan tersebut iaitu larian zig zag.

Nak panjat pokok dah tak boleh. Tak larat!

Tetiba Adam ternampak satu pondok di situ. Terus saja Adam menguatkan larinya yang lemah itu.

Pintu diketuk kuat apabila Adam tidak boleh membuka pintu. Berharap ada yang tolong dirinya sedangkan jarak antara dirinya dengan babi hutan tersebut hanya 4 meter.

Sedangkan kita sendiri tahu betapa lajunya babi hutan itu lari.

Pintu tidak dibuka. Adam hanya memandang babi hutan menuju ke arahnya. Adam rela apa yang bakal terjadi padanya kerana dia sudah tidak larat lagi untuk berlari.

Tetiba pintu yang Adam bersandar itu terus terbuka. Adam terjatuh. Pintu terus ditutup rapat.

Sebelum Adam memejamkan matanya,Adam terlihat ada makhluk yang memandangnya.

"T...o...l...o...n...g" ujar Adam dengan lemah.

Kemudian mata Adam tertutup rapat.

siapa yang tolong Adam tu? Adam ada dekat mana?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience