BAB 32

Romance Completed 3910

Nurul dihantar pulang ke kampung. Genap seminggu yang dijanjikan Amirul dan Nurul sudah bergelar suami isteri. Majlis akad nikah dijalankan sederhana di kampung. Tanpa sebarang pilihan Amirul ditinggalkan di kampung untuk mengalas beban yang dipertangungjawabkan kepadanya. Nurul pula meneruskan pelajarannya di tingkatan enam. Haji Alyas menanggung semua persekolahan Nurul dan adik-adiknya, cuma Haji Alyas sudah merampas hak Amirul sebagai anaknya. Amirul perlu berusaha mencari kerja. Segala kemewahan yang Amirul nikmati sebelum ini telah dirampas. Semua telefon bimbit, komputer dan segala gajet canggih miliknya juga telah dirampas. Yang paling kelakarnya Amirul hanya diberi telefon bimbit Nokia yang berharga rm40.00.

Amirul membelek telefon bimbit barunya dengan memek muka tak puas hati. Nurul yang sedang memerhatikan gelagat Amirul menahan senyum. Hari ini hari kedua Amirul menjadi suaminya namun mereka masih bermusuhan. Pada mulanya Amirul memang berhajat meminta maaf di atas keterlanjurannya meragut kesucian Nurul tapi Nurul tidak mahu memaafkannya dengan alasan Amirul telah merosakkan masa depannya. Ibu Nurul tidak tahu perihal Nurul diperkosa. Nurul tidak mahu ibunya bersedih jadi Hajjah Mastura dan Haji Alyas memberikan alasan untuk menikahkan Nurul dan Amirul kerana mereka nak menyara persekolahan Nurul dan menyuruh Amirul tinggal di kampung supaya dapat membantu keluarga Nurul. Alasan yang sangat munasabah dan ibu Nurul mempercayainya tanpa ragu-ragu.

Esok, Nurul akan mula bersekolah semula, manakala Amirul akan keluar mencari kerja. Mahu atau tidak Amirul memang tiada pilihan. Dia sudah mempunyai tanggungjawab yang amat berat. Ayahnya pula tidak memberinya duit walau sedikit pun. Nak keluar mencari kerja hari ini Amirul perlu berusaha mencari duit sendiri. Amirul mengeluh, dia mati akal untuk mencari duit. Kerja apa yang harus dia lakukan untuk mendapatkan duit? Kejam betul Haji Alyas kerana mendera anak kandungnya begini. Padam muka kau Amirul, kalah sangat dengan tuntunan nafsu! Amirul berdialog di dalam hati. Nak berdialog dengan siapa lagi? Dengan Nurul? Huh! Langsung tak dilayan Amirul. Dengan adik Nurul Mohd Nabil? Apa yang nak di bualkan?

''Di kampung ni kerja apa yang boleh aku buat?'' Amirul bertanya Nurul yang sedang melipat kain di dalam bilik. Dari tadi kerjanya hanya mengemas bilik, kehadiran Amirul langsung tak dilayan.

''Woii! Aku tanya ni!'' Amirul duduk di sebelah Nurul. Wajah Nurul diperhatikan. Nurul pula masih tekun melipat kain, pura-pura tidak mendengar. Amirul hilang sabar, ditariknya rambut Nurul perlahan.

''Ishh,.hang ni awat?'' Nurul bersuara juga akhirnya sambil menjeling tajam kepada Amirul di sebelahnya.

''Aku cakap dengan kau, yang kau buat pekak badak tu kenapa?'' Nurul berdecit geram. Dia sendiri pun tiada jawapan nak diberikan kepada Amirul. Kerja apa yang Amirul mampu buat? Dia tinggal dengan keluarga Amirul pun belum sampai sebulan lagi. Dia pun belum kenal dengan Amirul sepenuhnya. Mana dia tahu apa kepakaran Amirul. Mungkin kepakarannya hanya satu, merosakkan anak dara orang? Huh! Nurul mengeluh.

''Buatlah apa yang patut, asalkan jangan merompak, mencuri, membunuh, mengedar dadah dan yang sewaktu dengannya sudah,.'' sebaik Nurul habis berkata-kata kepalanya terus ditunjal Amirul dengan kuat. Terdorong Nurul ke tepi, berdecit lagi Nurul menahan perasaan geram yang semakin terbuku di hati.

''Kau ingat aku ni teruk sangat ke?'' sengaja Amirul membeliakkan matanya, Nurul melawan, matanya turut dibeliakkan.

''Kalau hang baikkkk sangattt,.kita tak nikah lagi la ni,.kalau hang baik sangat, walid tak pos hang mai kampung ni!!!'' Nurul berkata geram. Amirul rasa terpukul dengan kata-kata Nurul. Dia mendengus kasar. Dalam hati dia bersetuju dengan kata-kata Nurul, semua ini salah dia. Kalaulah dia tak masuk bilik Nurul malam tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience