Bab 41

Romance Completed 207871

"Sayang okey ke? Abang tengok sejak dapat gambar tu tadi, sayang diam je. Ada yang tak kena?" soal Caden.

Caden yakin, pasti ada kaitan dengan gambar yang diterima tadi. Tapi siapa yang menghantarnya.

"Abang tau kan sayang ni anak angkat ayah?" soal Intan sambil wajah Caden dipandang.

"Tau. Kenapa sayang tanya?" Caden bertanya kembali.

Wajah Intan dibelai, kusut nampak seperti berat masalah yang dihadapi.

Intan mengesot sedikit ke kiri supaya ada ruang untuk Caden duduk di sebelahnya di atas katil hospital itu. Mujur juga Caden mengambil single room. Tak ada lah ganggu pesakit lain.

"Abang duduk sini" panggil Intan sambil menepuk tilam di sebelahnya.

"Nak buat apa suruh abang duduk situ? Nanti terkena tangan yang luka macam mana?" soal Caden bimbang.

"Ish, yang sakit tangan kiri. Dah la, tak nak duduk su.." tak sempat Intan habiskan ayat, Caden sudah melompat naik.

Tergeleng Intan dengan perangai suaminya ini.

Sebaik duduk di sebelah Intan, tangan kiri Caden cantik mendarat di pinggang Intan, manakala tangan kiri sudah di letakkan di atas paha sambil mengelus-ngelus lembut paha Intan.

"Sayang panggil duduk saja ye, tangan tu tak payah nak merayap sangat." menjeling Intan marah.

Tangan tak reti nak duduk diam, suka sangat merayap.

"Ala, pegang je.. Kat sini tak sakit kan" usik Caden sambil mengenyit mata. Gatal.

Kecik mata Intan memandang Caden di sebelah sambil bibir disengetkan.

Ketawa Caden melihat Intan. Marah pun cantik.

"Okey. Now, apa yang jadi masalahnya kalau sayang anak angkat pun" tanya Caden.

"Sayang pun tak tau nak cakap macam mana, tapi ini gambar yang diambil masa sayang kecil dulu. Sayang pernah dijaga oleh satu keluarga ni. Tapi bukan sayang seorang, ramai dekat dua puluh orang macam tu"

"Tempat yang sayang tinggal ni lebih kurang macam rumah anak-anak yatim tu. Gambar ni diambil masa sayang baru sampai seminggu di situ"

"Tapi lepas tu sayang dan beberapa kanan-kanak lain telah dijual pada satu sendiket peminta sedekah. Lepas sebulan macam tu, pihak polis berjaya berkas kumpulan sendiket ni. Masa tu lah ayah jumpa Intan"

"Jadi?" Caden tak faham.

"Yang jadi masalahnya, gambar ni dah lama hilang. Macam mana boleh datang balik" penuh tanda tanya di wajah Intan.

"Sayang kenal kanak-kanak dalam gambar ni?" soal Caden.

"Abang tak nak tanya macam mana sayang boleh sampai di tempat anak-anak yatim tu?" Intan bertanya sambil wajah Caden direnung.

Caden tersenyum lalu hidung Intan dicuit.

"Buat apa abang nak tanya kalau soalan abang mungkin akan membuat sayang bersedih" kata Caden lalu bibir itu dicium sekilas. Nak cium lebih-lebih takut terlajak.

Bergenang tubir mata Intan mendengar ayat yang diturur Caden. Lalu kepala disandarkan pada leher lelaki itu. Menitis air mata di pipi.

"Sshhh..." pujuk Caden sambil belakang Intan di usap.

Eh, licin je..

"Sayang tak pakai yang dalam ke?" bisik Caden di telinga Intan. Terus terhenti air mata yang keluar. Pantas didongak memandang wajah Caden.

Muka Caden pelik.

"Abang ni. Orang tengah sedih-sedih boleh pulak tanya soalan luar tajuk" marah Intan.

"Tak, sebab bila abang usap belakang macam ni" Caden mengulangi perbuatannya tadi.

"Abang rasa licin. Betul la ni sayang tak pakai?" soal Caden sambil kepalanya mengintai di dada Intan.

"Abang! Gatal la dia ni" pantas tudung yang dipakai ditarik menutup dada. Merah padam wajah Intan.

"Turun lah" laju Intan menolak tubuh Caden tapi tak tergerak pun. Dok tang tu juga.

Ketawa besar Caden melihat telatah Intan.

"Okey, sorry, sorry. Jangan la marah" pujuk Caden lalu tangan kanan Intan dicapai lalu dikucup jemari itu.

Muncung bibir Intan.

"Tak nak lah cerita" aiyokk.. Intan merajuk.

"Ala merajuk pulak.. Okey, okey. Sambung balik. Abang tak tegur dah" pujuk Caden lagi.

"Mengada! Tangan sayang sakitkan, tak boleh nak angkat. Macama mana nak pakai, dah la buka pun susah. Tu pun tak tau" marah Intan.

"Mana la abang tau sayang. Abang tak pernah pakai benda tu, kalau buka abang tau la" usik Caden lagi.

Merah wajah Intan malu.

"Tengok tu" marah Intan lagi.

Ketawa lagi Caden.

"Tak apa, nanti kalau nak pakai, abang boleh tolong." bisik Caden pada Intan.

"Tak payah!" menjeling Intan.

Dalam banyak-banyak benda, itu yang ditanya. Tak senonoh.

"Tak payah pakai?" soal Caden terkejut.

Lagi kuat Intan menjeling. Kalau boleh keluar biji mata tu. Dah lama, bergolek.

"Ye lah.. Kita sambung balik cerita ye" pujuk Caden. Puas dia ketawa hari ni.

"Sayang kenal ke kanak-kanak dalam gambar ni?" soal Caden.

"Ingat-ingat lupa. Saya masa tu umur sayang baru enam tahun. Bila ditilik-tilik mungkin boleh kenal. Tapi kalau jumpa sekarang memang tak cam. Berbeza wajah masa kanak-kanak dengan wajah bila dah dewasa" gambar tadi dihulurkan pada Caden.

"Sayang yang paling tengah pakai skirt merah ni kan?" soal Caden.

"Pandai abang teka" Intan tersenyum.

"Sebelum sayang sampai di tempat ni, sayang tinggal dengan ibu bapa sayang tapi lepas ibu meninggal, sayang tinggal dengan ayah tapi ayah jarang balik rumah. Sampai satu hari tu ada orang datang nak ambil sayang. Mereka bagitahu, ayah dah jual sayang"

"Sayang berjaya larikan diri dan berjumpa dengan keluarga ini tapi sama saja nasibnya cuma kali ni, ada kawan-kawan yang lain" terang Intan. Pedih dan sakit untuk singkap kembali kisahnya.

"Jadi gambar ni sayang seorang sahaja yang ada atau semua kanak-kanak dalam gambar ni pun ada memiliki sekeping seorang?" soal Caden.

"Apa yang sayang tahu, Abang Harun cuma bagi pada sayang sahaja tapi tak tahulah" jawab Intan.

"Siapa Abang Harun?" soal Caden.

"Abang Harun ni baik, selalu layan sayang bermain" tersenyum Intan bila mengingatkan kisah ini.

"Kalau sayang seorang, macam mana gambar ni ada di sini?" pelik Caden.

"Itu yang sayang hairan. Gambar ni dah lama hilang. Sayang tak ingat hilang di mana" terang Intan lagi.

"Kalau macam tu, sekarang ni. Kita simpan dulu gambar ni. Sayang masih belum sihat lagi. Nanti kita fikir macam mana okey." cadang Caden.

Tidak mahu Intan beratkan fikiran dengan perkara ini. Dia akan minta Carlos untuk menyiasat apa yang perlu.

"Hm.. Abang, tolong sayang ke tandas boleh" pinta Intan.

"Boleh sayang.. Sayang nak tukar baju sekali tak. Nanti abang tolong mandikan sekali" kata Caden.

Tiba-tiba, Intan yang baru ura-ura nak turun dari katil, terus terdiam.

"Kenapa, Sayang sakit ke?" soal Caden bimbang.

"Abang nak tolong bagi mandi?" soal Intan.

Macam tak percaya je. Risau pulak jadi lain kalau Caden tolong mandikan dia.

"Apa, sayang ingat abang macam tu ke?" hidung Intan dijentik.

"Auch, sakit la" hidung digosok.

"Tak baik buruk sangka dengan suami" kata Caden lalu membantu Intan turun dari katil.

"Tapi, segan la" memerah wajah Intan.

"Dah, dah. Jangan nak fikir bukan-bukan. Jom ke bilik air" ajak Caden lalu memimpin Intan ke bilik air.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience