Walkman Part 2
Flashback 2 tahun lepas…
“Aku nak hantar barang-barang Sarah kat parents die..Ade pape lagi yang tinggal tak,”tanya Teja sedikit sebak.Sarah sahabat dia sejak kecil sampailah ke umur 16 tahun diaorang bersama.Tapi Tuhan lebih sayangkan Sarah.Keadaan kematian Sarah terpaksa aku rahsiakan sebab nak menjaga aib arwah.
“Takde pape dah,’
“OK,aku hantar dulu ye.Kau ok kan duduk sorang-sorang?”
“Aku ok je,”
Teja pun berlalu mengangkut sebuah kotak berisi barang-barang Sarah.Matanya sembap kerana menangis.
“Mana pulak benda ni..Tadi ade kat sini,”dia bermonolog sendiri.Dah lama dia sukakan benda itu tapi mak dan ayahnya tak mampu sebab mereka bukanlah orang berada.
“Hah!Ada pun,”dia terjerit kecil.Teruja.Walkman jenama Sony berwarna hitam kelabu itu dibelek gembira.Dulu masa arwah Sarah ada selalu juga dia pinjam sebab nak dengar lagu Backstreet Boys.Kadang-kadang Sarah tak bagi sebab Sarah suka study sambil dengar lagu.Kedekut!
“Aku pinjam ye Sarah..Lagipun bukan kau pakai lagi dah kan..Bagi kat aku jelah ye…Thanks Sarah..”
*End of flashback*
Sambil membaca nota Sejarah sesekali dia bernyanyi riang mengikut lirik lagu ‘I Want It That Way’ nyanyian Backstreet Boys.Telinganya sebelah disumbat dengan earphone.Sebelah lagi dibiarkan kot lah ada pengawas masuk bilik study ni nanti kena rampas pula walkman dia.
“Ehem..Sedap pakai barang orang tak reti pulang ke?”satu suara menegurnya.Dia menoleh.
“Bila pulak akak pinjam barang kau?”
“Tu,”tangan menunjuk pada walkman.
“Ni bukan walkman kau lah Eryn,”
“Memang bukan walkman Eryn tapi walkman aku..S.A.R.A.H,”namanya dieja satu persatu.
“Sa..Saa..Sarah..A..A..Aku pi..pinjam je,”tergagap dia berkata.
“Kalau nak tak boleh ke mintak baik-baik..Aku boleh bagi..Perlu ke kau curi?Curi dari jasad aku yang tak bernyawa?Curi dari orang yang tak mampu melawan?Sampai hati kau kan..Kita kan kawan,”lirih suara Sarah yang keluar dari mulut Eryn.
“Aku takut kau tak bagi..Aku dah lame nak..Tapi aku tak mampu beli..Aku mintak maaf Sarah..Aku dah curi barang kau..Aku mintak maaf lambat bagitahu diorang pasal kejadian kau..Aku mintak maaf…”
“Pulangkan balik walkman aku tu.Bukan hak kau Mija,”
“Aku mintak maaf Sarah,”
Sejak dari tu Kak Sarah tak pernah ganggu aku lagi.Barang dia dah pun dipulangkan kepada pemilik asalnya.Walkman tu hadiah yang Kak Teja bagi pada Kak Sarah..So,arwah Kak Sarah nak Kak Teja pakai harta kesayangannya tu.Kak Teja nak bagi pada aku tapi aku tolak sebab aku takut lah kan mana tau kot lah Kak Sarah tak bagi kan..Naya pula aku kena kacau lagi..HAHAHA..Kali terakhir aku nampak Kak Sarah dia tengah duduk di katil sebelah aku.Tapi kali ni aku tak lari lahi.Sebab mamai sebenarnya baru bangun tidur.Kehkeh
“Terima kasih Eryn.Jaga diri dan hati-hati..Ada yang tak suka dengan kelebihan Eryn dan akan ada antara kami yang datang dengan niat tak baik,”
Gulp.
Share this novel