Bab 7

Romance Completed 207871

Sebaik Intan melangkah masuk ke dalam bilik rehat. Pantas dia diserbu auntie union. Hahaha.. Baru ingat dengar kat mana perkataan ni tadi.

"Intan! Kenapa lama sangat kat atas tu?" soal Amira. Tak menyempat-nyempat. Bagi la aku duduk dulu korang oi..

"Kan aku dah cakap, adik abang sama je" sampuk Azmi yang sedang duduk minum di meja makan.

"Sibuk la kau. Dok la diam kat situ" marah Aishah sambil menjeling mamak sorang ni.

"Korang tunggu la kalau tak percaya cakap aku" balas Azmi lalu membuang bekas tin minuman ke dalam tong sampah di hujung bilik dan terus keluar.

Aku yang baru nak duduk di sofa ni, tak jadi duduk pulak.

"Apa maksud awak Azmi?" soal Intan.

Terhenti langkah Azmi yang sudah berada di ambang pintu.

"Nanti kau faham sendiri" ucap Azmi dan terus menghilangkan diri di sebalik pintu.

"Apa maksud Azmi tu?" soal Intan pada rakan-rakan yang ada disekelilingnya.

"Intan tak payah nak layan sangat Azmi tu.. Eh, cepat la cerita. Kenapa lama sangat kat atas tadi" kata Rohana atau Kak Ana, staff yang paling senior di sini.

Hm.. Macam ada sesuatu je.. Kena siasat ni.

"Mira la.. Dia cakap cuma kemas-kemas je lepas tu siap. Siap apanya, kena bancuh air kopi pulak untuk Tuan Caden tu. Dah la banyak cakap, mulut boleh tahan berbisa. Ayat, makan dalam" terang Intan sambil labuhkan duduk di sofa.

Krik krik krik

Dah sudah. Tadi kecoh sangat, ni apahal dah macam senyap sunyi macam dalam perpustakaan ni. Muka masing-masing pulak pelik dan pandang sesama meraka lepas tu tenung muka Intan.

Intan meraba-raba wajahnya, kot-kot la ada kopi terlekat ke. Tapi rasa macam tak de.

"Weh, kau cakap apa tadi?" soal Aishah yang sedari tadi senyap tak bersuara.

"Ish kau ni.. Tak kan tak dengar kot." jawab Intan malas.

"Tak.. Sepanjang-panjang Mira jadi housekeeper pada Tuan Caden walaupun dia jarang-jarang ada cuma lepas Tuan Miqail sakit baru selalu ada. Tak pernah lagi dia suruh bancuh air. Biasanya Tuan Caden akan call service room untuk buatkan air" terang Amira bersungguh.

Kan aku dah cakap. Caden ni saja nak kenakan aku. Orang lain tak ada pun disuruh macam tu. Agak dah..

"Lagi satu, Tuan Caden tu bukan jenis banyak cakap. Hanya angguk, hm.. Okey, yes, no. Itu je perkataan yang selalu keluar dari mulut dia." tambah Aishah pulak.

Kira korang nasib baik la dia tak banyak cakap. Dengan aku ni, naik menanah telinga dengar ayat dia. Menyakitkan hati. Baru first day.

"Dah tu apa yang peliknya." soal Intan masih tidak faham.

"Ish, lambat la kau ni Intan. Maknanya Tuan Caden tu suka Intan. Kalau tidak takkan dia suruh bancuh air, siap sembang banyak-banyak" kata Kak Ana.

Haih, auntie union betul la diaorang ni.

"Cuba la cakap benda yang ada fakta sikit. Jangan nak mengarut boleh. Dah-dah, saya nak pergi makan. Tengah hari dah pun. Perut pun dah bunyi." ucap Intan lalu pantas berdiri.

Bab mengarut bagi kat makcik-makcik ni.

Intan menuju ke ruang makan untuk pekerja. Tidak banyak hotel yang menyediakan tempat makan dan bilik rehat untuk para pekerja.

Bagi yang bekerja di hotel bawah syarikat Iqtidar Holding sangat beruntung. Kebajikan pekerja dijaga. Ada sesetengahnya ruang makan untuk pekerja pun tidak disediakan, lagikan pula bilik rehat. Belum lagi dari segi pakaian. Ada yang dilarang memakai tudung. Macam-macam.

Di hotel ini sangat berbeza. Itulah sebab agaknya pihak atasan mahukan bukti yang kuat sebelum apa-apa tindakan diambil kerana prestasi hotel ini dan juga kebajikan kepada pekerja tidak melambangkan apa di sebaliknya. Ntah la.. Selagi nama manusia, ada sahaja topeng mereka.

Setelah makanan diambil Intan berjalan untuk mengambil tempat. Dilihat Azmi sedang makan di hujung meja seorang diri. Dia ni tak bercampur orang ke..

"Hai Azmi" tegur Intan lalu duduk di hadapan Azmi.

"Hurm" balas Azmi. Amboi.. Gitu je.

"Sorang ke?" soal Intan berbahasa.

"Kau tak nampak ramai je makan kat sini. Sorang apa nye" balas Azmi tanpa memandang Intan.

Sombong.. Nasib baik la aku tegur ada sebab. Kalau tidak, kirim salam la Azmi oi.

Intan hanya melemparkan senyuman pada Azmi.

"Kau nak apa?" soal Azmi pada Intan yang baru menyuap makan.

Kelam kabut Intan mengunyah dan menelan nasi.

"Tak.. Saya nak tanya pasal tadi. Apa maksud awak sebenarnya?" soal Intan sambil meneruskan makan. Lapar okey.. Perut dah bunyi macam-macam lagu dah.

"Tuan Caden tu pilih kau ada makna. Silap haribulan nasib kau sama je macam pekerja-pekerja yang sebelum ni. Jadi mangsa" jawab Azmi yang menyudahkan makannya dengan meneguk air kosong.

"Jadi mangsa. Maksudnya?" tanya Intan lagi.

"Maksud, maksud. Tak habis-habis dengan maksud dia. Cari la maksud sendiri" balas Azmi lalu bangun meninggalkan Intan di meja makan. Pulak..

Payahnya nak dapat jawapan dari pakcik sorang ni..

Intan menghabiskan makanan di pinggangnya dan kemudian beredar dari ruang makan tersebut. Besar juga ruang ni, boleh muatkan lebih kurang tiga hingga empat ratus orang dalam satu-satu masa. Ini pun hampir penuh, maklumlah waktu makan kan.

Huh! Ini baru hari pertama. Esok macam mana pulak la jadinya. Layan je la Intan..

Oo.. Ye.. Malam ni nak kena lapor HQ perkembangan kes.

Lebih kurang jam lima petang, Intan tamat tugasnya. Mulai hari ini, Intan hanya bertugas waktu siang sahaja kerana Intan bakal menggantikan Amira personal housekeeper Caden minggu depan selama dua minggu.

Cepat la masa berlalu.

Malam itu selepas membersihkan diri dan makan malam. Intan terus hubungi HQ melalui talian selamat. Talian ini hanya boleh hubungi tiga pemanggil sahaja, Tuan Rahman, Tuan Saiful dan Tuan Yunus.

Malam ini Intan telah hubungi Tuan Saiful dan memaklumkan perkembangan siasatan. Arahan Tuan Saiful, kekal pada apa yang ada sekarang dan cuba cari lebih lagi info.

Aduh.. Lebih lagi yang parah tu. Saya cuba yang terbaik ye Tuan Saiful. Senak otak memikirkan.

Kalau aku minta Shira hantar motor kat aku agak-agak boleh tak? Lambat la naik kereta ni.

Intan mengambil telefon Nokia 1280 lalu masukkan sim kad dan nombor Shira didail.

Lamanya dering.. Takkan tidur dah kot.

"Hello!" mak ai garangnya suara.

"Hello" balas Intan.

"Siapa ni? Nombor tak kenal. Scammer ke? Kalau scammer, baik tak payah. Tak laku ayat korang tu" kasar suara dan bahasanya.

"Oit, makcik. Aku la, Intan. Garang giler kau" Intan kenalkan diri.

"Lah.. Kau ke. Aku ingat siapa la tadi" soal Shira tak percaya.

"Nombor pakai buang. Sekali pakai je, biasa la" terang Intan.

"Tak pernah-pernah call aku sepanjang ops, ni apahal call. Rindu aku ke?" usik Shira sambil ketawa.

"Hahahaha... Perasan kau ek. Eh, aku tak boleh cakap lama ni. Aku nak mintak tolong kau siapkan motor aku boleh. Payah la dok KL ni naik kereta, jem otak melayan jalan jem" terang Intan.

"Cis, nak mintak tolong rupanya. Nak hantar mana? Tempat biasa ke?" soal Shira.

Sebelum ini pun pernah juga Intan mintak Shira hantarkan motor tapi bukan motorsikal kesayangan Intan tapi motorsikal dari stor. Kebiasaannya motorsikal ini digunakan bagi tugas-tugas seperti ini.

"Haah, tempat biasa tapi mintak kedai tukar minyak hitam, filter dengan spark plug sekali. Service sikit apa yang patut. Nanti kira" jawab Intan.

"Okey roger, petang esok kau ambil" kata Shira.

"Thanks, aku letak dulu" kata Intan lalu talian dimatikan dan sim kad dikeluarkan dan dipatahkan.

Ada motor lega sikit. Helmet memang dah dibawa sekali kerana memang perkara ini akan dijangka.

Okeylah mata. Mari kita tidur. Esok nak bangun awal, lepas tu nak kena mengadap si Caden tu pulak.

Intan kemudian keluar dari bilik kerja di belakang lalu masuk ke bilik tidur. Semoga esok tiada lagi perkara pelik-pelik berlaku dan kuatkan lah hati ini. Amin..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience