BAB 4

Horror & Thriller Completed 19800

RAFENA yang mendengar, tertunduk dan sedikit-sebanyak mulai timbul rasa kesal pada kesalahfahamannya itu.  Tanpa dia sedar Rafael makin lama, makin dekat duduknya.

Sesekali Rafena mengerling jam di pergelangan tangan. Sungguhpun dia kini sudah boleh menerima salam persahabatan. Namun itu tak bermaksud mereka boleh melebihi had.

"Awal lagi ni… kejap lagi kita balik ya. Abang temankan jangan risau."  Rafael perasan pada tingkah Rafena yang masih kurang selesa dan kerap-kali memandang jam serta keliling.  Dia tak boleh melepaskan peluang.  Misinya masih belum berjalan lagi ni…

"Tak apalah, Fena boleh balik sendiri. " Rafena memberi dalih. Kerana dia masih kurang menyenangi salam persahabatan yang masih baru itu.

Rafael tersenyum sinis. Dia tahu gadis itu, masih sangsi pada dirinya lagi. Apatah mereka berduaan di dalam gelap.

Seandainya ada mata yang nampak tentu membahayakan mereka. Mereka sepatutnya sudah tahu risiko berduaan dalam gelap dan bukan muhrim.

Sekali lagi, mulut berbibir tebal milik Rafael berkumat-kamit lalu memuncungkan mulut mengeluarkan hembusan.  Dalam pada dia sedang membaca mantera yang diberi.  Rafael juga terasa meremang sedari rumah lagi.  

Pun begitu, dia abaikan.  Dia tetap positifkan pemikiran kolot yang seringkali di momokkan mengenai penunggu minyak tersebut. 

Sambil memandang ke  arah Rafena, Rafael memegang rambut gadis manis yang sentiasa cantik di matanya itu.  

"Eh!  Apa ni?" Soal Rafena berubah riak wajah.  Makin bertambah rasa tidak selesanya itu.  Nampak gayanya Rafael makin ingin berlebihan. 

"Ada semut atas kepalalah… Fena." Rafael menyahut sambil menunjuk semut yang melata dari atas pokok ke belakang tangannya itu.  

Dia amat yakin minyak tersebut sudah mengenai dahi. Rafena  terus meraba rambut. Tiba-tiba dia terasa berminyak. Laju dia menurunkan tapak tangan lalu merenungnya.  Rafael berbuat what don't know sedangkan hati sudah tidak sabar mahu melihat reaksi seterusnya.

"Apa ni awak?  Minyak apa ni?  Hah?  Oh! Patutlah ajak jumpa.  Ada niat lain rupa-rupanya… hei jantan! Jangan ingat, aku akan tunduk pada kau lah jantan tak guna!"

Puih!

Selepat air liur yang gadis itu sembur mengenai muka Rafael.  Rafena dengan tak melengah lagi bingkas bangun dan meluru ke arah basikalnya. Mulutnya berkumat- kamit dengan pelbagai sumpahan.

Berkali-kali dahinya dilap sehingga dia yakin ia hilang. Naik-naik sahaja atas pelantar basikal, terus dia  mengayuhnya.  Kayuhan diperlajukan.  Rafena bagaikan sudah tidak sabar-sabar lagi mahu  meninggalkan Rafael sendirian di taman tanpa pelawat itu.

Berbakul sumpahan, ocehan ketika dia mengayuh basikal.  

"Jantan tak guna! Jijik aku dengan kau lah!" Makinya dengan lelehan airmata.  Menggerbang rambut ikalnya kala disergah bayu malam serta kelajuan kayuhan basikal.

"Aku memang menyesal jumpa  kau lah jantan!!!" Rafena memekik dari atas basikal nasiblah laluan hanya dia sahaja yang ada. Sakit hatinya tidak boleh di bawa bincang lagi.  

"Kau ingat aku tak tahu itu minyak apa? Sial!!!" 

Sementara itu di taman…

Air liur di jilat tanpa sedikit pun rasa jijik.

"Aduh! Bodohnya aku.  Sepatutnya aku simpan air liur ini. Tak apa, Fena! Tak apa… kau cabar aku. Ini Rafael lah! Aku akan pastikan, kau akan melutut pada aku! Aku takkan lepaskan kau. Kau boleh hina aku. Tapi… jangan sesekali hina cinta aku pada kau!"

"Dah berkali aku katakan… kau tu yang bodoh! Lembab. Perempuan macam itu kena ajar!"  Bisikan demi bisikan mengasak benaknya kini.

"Argh! Diam!!! " 

Telinganya dipekup kuat.

JALAN yang berlubang sana-sini agak menyukarkan laluan motor Osman. Apatah lagi, kadangkala terpaksa menempuh jalan tanah merah yang berbecak.

Laluan denai semakin sunyi hanya motor mereka sahaja. Kanan kiri di penuhi pokok- pokok rendang dan juga pohonan tinggi. Dan rumah bomoh itu pula dikelilingi pokok kekabu dan jejawi tua.

Selang beberapa langkah batu-batu nisan lama berceracakan sana-sini.

Cuaca kian gelap, remang senja makin melebarkan sayapnya. Rafael berkali meneguk liurnya tatkala memandang nisan- nisan yang berceracakkan, bagaikan tangan-tangan sedang melambai.

"Opocot! Mak kau cirit! Mak aku terkentut!"  Laju mulutnya melatah.  Sudahlah helmet  yang dipakai menutupi separuh daripada wajahnya.  

"Sorry bro, aku tak nampak lopak ni hah," ujar Osman yang agak payah memandu handle motor tatkala melalui jalan tanah merah yang dipenuhi lubang becak.Kadang- kala air becak terpercik di kaki.

"Hati-hati sikit bro.  Dah senja ni. Bumbung pun tak nampak lagi ni …"  Sahut  Rafael dengan tangan menolak helmet ke belakang sedikit.  Kemudian mata mula meliar memerhati kawasan perkuburan di sepanjang laluan itu.

Dengan pokok yang tinggi merimbun. Pohon ketapang dan kekabu. Desiran angin mendayu, bagaikan suara tangisan seseorang tatkala mengenai dedaunan pohon.

Semakin tajam mata di picingkan tatkala terlihat sesuatu yang tegak berdiri seraya melambai ke arahnya betul-betul selang dua tiga nisan itu.  Rambut panjangnya menutupi sebelah wajah yang berpakaian serba putih.

"Rafael… Rafael...." Bisikan halus gemersik menganggu pendengarannya kini.

"Allah! Apa kebendanya tu? Hari makin senja..." Bisik Rafael dengan segera sambil menelan liur, berpaling ke  arah lain. Bulu roma menegak.  Kepala terasa mengembang.  Angin pula nakal menyapa wajah.  

"Rafael. Rafael. Sini sayang … sini..." Canda suara halus gemersik itu dan menambahkan lagi ketakutan dalam jiwa gundah Rafael.  Helmet dari ke belakang langsung dia serkup muka biar tak nampak apa-apa lagi pun, dia hanya bonceng.

"Be… ro… be… ro ..." panggilnya dengan nada terketar-ketar dalam helmet. Suara menjadi bergema.  

"Apa Raf, kau kata apa tadi? Beruk? Biasalah hutan-hutan… memanglah ada beruk,"  sahut Osman yang masih lagi fokus membawa motor Hondanya.

" Be… ro… be… ro… ak… aku… rasa… ada yang… yang ikut…" Rafael bersuara lagi dengan tangan meraba belakang leher.  Sungguh dia terasa disapu rambut. 

"Apa lagi ni Encik Rafael? Cer jangan ganggu konsentrasi aku. Kau duduk je diam-diam sudah. Nak dekat sampai dah pun!" Sanggah Osman melajukan lagi motor.  

"Be… ro… be… ro…"

"Beruk kau maki aku, Raf? Wei! agak- agaklah…  elok-elok nak sampai ni… kang aku patah balik, kang ..." Osman semakin berang dengan Rafael.  Sengaja dia deraskan lagi motor menyebabkan Rafael yang terketar-ketar sebelah belakang nak terlentang. Laju dia memeluk pinggang Osman.

"Woi, kau peluk aku pehal? Aku straight ok!" Osman bertambah-tambah rasa panas hatinya itu.  Entah kenapa rakannya itu buat perangai pelik-pelik pula. Rafael yang tersedar langsung melepaskan pinggang Osman.  

"Bukan sengajalah! Aku terpeluk dah kau bawa laju benor, dahlah aku ada rasa nak terkucil ni. Kang terpancut kat sini jugak kang. Kau jangan marah ah!"  jerit Rafael dari dalam helmet. 

Dari rasa takut terus rasa berang dengan Osman dah lah pekak.  Dia panggil Bro yang Osman pula terdengar beruk, lepas tu nak meroyan!

"Woi, kau jangan buat pasal. Sabar. Sikit lagi ni … sampailah ..." sahut Osman terus menekan minyak.  Risau dibuatnya Rafael betul-betul kencing atas motor aniaya dia nak mengelap.  Rafael bukan boleh pakai sangat.  

Deru enjin tak ubah di litar lumba Formula One. Helmet besar yang Rafael pakai ikut sama bergerak-gerak sehingga dia terpaksa memegang dan menekannya takut tercabut.

Di Dalam sebuah pondok buruk, seorang lelaki tua berikat kain merah di dahi dan kedua lengannya sedang terangguk-angguk seorang diri.  Segala jenis tangkal memenuhi leher. Badannya kelihatan sangat berminyak bermandikan keringat.

Sedikit kemenyan ditaburkan atas bara yang makin padam dalam dupa dihadapannya itu. Di sisi ada satu tengkorak lama berlapikkan kain kuning.

"Nah, makan… lepas ini, ada kerja untuk kau," ujarnya seraya membaling seekor ayam hitam yang baru sahaja dipulaskan tengkoknya ke arah lembaga yang terpunduk tepi dinding berlubang.

Bunyi deraman tatkala dia sedang enak melahap ayam berkenaan agak menyeramkan. Lelaki itu tertawa girang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience