Bab 53

Romance Completed 78326

Bunyi deruan ombak laut menyedarkan Gia dari lenanya yang panjang. Badannya direnggangkan perlahan sebelum memandang pehanya yang terasa ringan. Luqman tak ada. Dia memandang ke kiri dan kanan.
Luqman tak ada di mana-mana. Gia pantas bangun mencari Luqman. Dah Luqman ke mana pulak? Jangan cakap malam tadi orang-orang Danial ada dekat sini?

Luqman dari atas melihat Gia yang ke hulu ke hilir dalam keadaan cemas. Dia kembali teringatkan kejadian pagi tadi.

Flashback…

Luqman terjaga dari lenanya yang panjang. Kenapa aku rasa selesa sangat? Dia mendongak sikit wajahnya. Terkejut Luqman dibuatnya bila terpandangkan Gia yang masih lagi nyenyak tidur sambil bersandar pada pondok. Dia memandang pula ke arah kaki Gia. Aku tidur atas peha dia?

Pantas dia bangun dari pembaringannya. Dari semalam ke aku tidur atas peha dia? Tapi…macam mana pulak aku boleh tidur atas peha dia? Habis fikir dia dibuatnya macam mana end up dia boleh tidur atas peha Gia.
Setahu aku, semalam aku tidur sandar dekat pondok je. Gia pulak dah tidur dekat pondok dia.

Luqman duduk di atas pondok bila kepalanya terasa sedikit pening. Belakang telapak tangannya diletakkan pada dahinya. Panas. Aduh! Aku mesti demam ni. Penangan berendam dalam laut hampir sejam semalam. Itulah…bila dah demam ni baru nak menyesal. Time-time macam ni manalah kau nak dapat ubat Luqman? Nak tak nak kau kena hadap jugaklah demam kau ni.

Tak pun aku try tengok dekat atas dekat store yang jual souvenir. Manalah tahu diorang ada jual ubat kan? Panadol pun dah cukup. Dia bangun dari pondok lalu menuju ke atas menggunakan tangga yang disediakan.

“Good morning auntie…” Sapa Luqman kepada mak cik yang menjaga kedai souvenir.

“Good morning.” Mak cik tersebut turut tersenyum kepada Luqman.

“Auntie…do you have Panadol?”

“Panadol? Yes! Yes! You want it?” Luqman sekadar mengangguk. Mak cik tersebut menuju ke satu laci kecil lalu mengambil sepapan Panadol.

“Here.”

“How much?”

“45.66 pesos…” Luqman menyerahkan 50 pesos kepada mak cik tersebut. “Keep the change ya auntie.”

“Oh…thank you. Emmm wait a minute!” Luqman yang baru hendak melangkah pergi, berhenti bila mak cik
memanggilnya.

“Yes auntie?”

“Where is Gia? I haven’t seen her. Did you buy this Panadol for her?”

“Emmm…she’s fine. This Panadol is for me. I’m having a fever.”

“Ohhh…but wait! How can you eat Panadol with your empty stomach? Nah…take this bread for you both.”

Luqman mengambil roti tersebut dan membeleknya sama ada label halal ada atau tidak dan semestinya memang tak halal. Filipina memang terkenal dengan negara yang susah nak cari makanan halal tambah lagi kalau pergi resort ataupun tempat peranginan. Memang kena bawak bekal sendiri.

“Thank you for this bread auntie but I can’t eat it because I’m Muslim.”

“Ohhh…Muslim? Sorry…I don’t know that you’re Muslim and I don’t have any halal food to give to you.”

“Nahhh…it’s okay auntie. Just drink a water and Panadol more than enough for me. I got to go. Thank you auntie for this bread,” Luqman menuju ke ruangan luas di atas yang menghadap ke arah laut. Tempat untuk berkhemah. Rasa sejuk menyapa dingin wajahnya. Cantik suasana dia pada waktu pagi.

End of flashback…

Dia menurun satu-persatu anak tangga menghampiri ke arah Gia yang masih lagi berdiri di hadapan laut dengan perasaan tak senang hati.

“Kau dah kenapa macam cacing kepanasan?”

Gia yang mendengar suara Luqman terus menoleh ke belakang. Atas bawah dia memandang Luqman dan berharap tak ada kecederaan pada tubuh badan Luqman.

“Kau dah kenapa scan aku atas bawah? Pervert?”

Streestttt!!!! Zassssttt!!!! Brekk!!!! Dia cop aku apa tadi? Pervert? Bila masa pulak aku pervert?! “Eh! Tak lawak ok! Saya tak pervert pun!”

Sekali lagi Luqman tersenyum melihat muka tak puas hati Gia.

“Yang awak dah senyum kenapa? Saya tak buat lawak ok!”

Senyumannya ditarik balik. Dah kenapalah dengan aku ni tiba-tiba je murah hati nak senyum?

“Mana ada aku senyum. Nah…roti untu kau. Makan…” dua bungkus roti diserahkan kepada Gia.

“Hmmm? Mana pulak awak dapat roti ni?”

“Kau ingat aku mencuri ke?”

“Saya tak cakap pun!”

“Aku pergi dekat atas tadi. Aku nak beli Panadol dah tu alang-alang dia bagi roti ni untuk aku dengan kau. Tapi roti ni tak halal so kau jelah yang makan.”

“Habis tu awak nak makan apa?”

“Kau tak payah risaulah. Aku ok je tak makan. Janji ada air pun dah cukup. Mana air yang kau simpan semalam?”

“Kejap.” Gia menuju ke arah pondoknya lalu mengambil beg galas kecil dibelinya semalam. Botol air milik Luqman diserahkan.

Satu biji Panadol ditelan dengan tegukan air. Sejujurnya kepala dia still rasa pening lagi. Aku ni dahlah jenis demam ambik masa jugak nak sembuh. Silap-silap kejap lagi aku tak boleh bangun sebab tak larat.

“Awak duduk sini dulu. Saya nak ke atas kejap.”

“Buat apa?”

“Saya nak buat call kejap.” Gia pantas menuju ke atas bersama telefonnya di dalam poket seluar.

Sebaik saja tiba di atas, Gia cuba mencari line. Setakat satu bar tak boleh ni nak buat call. Gia berjalan ke sana ke sini semata-mata nak cari line. Akhirnya, di hujung-hujung dekat dengan jalan ada jugak line. Oklah tu dua bar. Dia mendail nombor auntie Malini.
Harap-harap auntie Malini still lagi pakai nombor yang sama.

Akhirnya, panggilan berangkat jugak. “Hello…Malini here.”

“Hello! Auntie Malini! Ini Gia!”

“Gia?! Oh God! Gia! How are you?!”

“Gia ok je auntie. Auntie! Gia nak mintak tolong auntie
boleh?”

“Mintak tolong? Mintak tolong apa?”

“Gia nak mintak auntie tolong hantarkan satu bot ke The Paradise Beach Campsite. Gia sekarang ada dekat sini. Boleh tak auntie? As soon as possible!”

“Boleh! Boleh! Nanti kalau auntie dah dapat bot untuk Gia, auntie call Gia balik ok?”

“Ok auntie! Thank you so much!” Gia memutuskan taliannya.

Dah kenapa pulak kau nak putuskan ke Pulau Bantayan sedangkan kau cakap Danial kemungkinan akan cari kau dekat sana? Aku tak rasa yang Danial akan cari aku dekat Pulau Bantayan sebab dia tahu aku takkan ke sana jugak. Danial bukannya sebodoh yang disangkakan. Jadi aku kena ubah strategi.

Gia menuju ke arah mak cik dia membeli air semalam.
“Mak cik. Gia nak mintak tolong boleh?”

“Nak mintak tolong apa Miss Gia?”

“Gia nak mintak tolong kalau ada sapa-sapa yang cari Gia, mak cik cakap je Gia tak ada dekat sini. Boleh?”

Gia menunjuk gambar Danial kepada mak cik tersebut.
“Orang dia rupa macam ni. Tak pun kalau mak cik nampak orang pakai kot hitam banyak-banyak datang sini, mak cik cepat-cepat bagitahu Gia ok? Mak cik buat je isyarat dari atas ni.”

“Ok boleh.”

“Salamat po (terima kasih)…” Gia kembali turun ke bawah menghampiri Luqman.

“Luq…kita kena pindah dari sini.”

“Nak pindah ke mana?”

“Pulau Bantayan.”

“Huh? Kenapa pulak? Bukan ke kau kata kita selamat dekat sini?”

“Aku tahu Danial takkan cari aku dekat Pulau Bantayan sebab dia tahu aku takkan pergi dekat tempat yang dia senang trace.”

“Kau asal sana ke?”

“Tak. Dah tak payahlah cakap pasal tu. Apa yang penting nanti ada bot datang ambik kita. Kita kena gerak dari sini as soon as possible.”

Apa yang dia harapkan sekarang ni dia dengan Luqman dapat keluar dari sini on time. Dengan keadaan Luqman yang demam lagi takut lambat jadinya. Satu mesej masuk di telefon Gia. Mesej dari auntie Malini.

Auntie Malini: Auntie dah dapatkan bot untuk Gia. Sekarang diorang dah on the way ke sana.

Oh God! Bantuan yang tepat pada masanya!

Me: Thank you so much auntie!

Harap-harap sempatlah sampai sini dan dia berharap jugak yang Danial tak dapat trace dia dekat sini sekarang.

“Kau dah kenapa senyum sorang-sorang?”

“Saya happylah! Bot dah on the way ke sini sekarang.”

Dalam beberapa minit menunggu, dari jauh kelihatan ada sebuah bot sedang menghampiri mereka. Tapi, apa yang tak seronoknya bila Gia ternampak lambaian mak cik dari atas sambil tangannya menunjuk ke arah kanan. Ini petanda tak baik!

Beg galas dicapai dan dia segera menarik tangan Luqman mengikut langkahnya menuju ke arah batu yang agak besar untuk bersembunyi.

“Kau dah kenapa tarik aku?!” Terkejut aku dibuatnya bila dia tarik aku tiba-tiba.

“Orang Danial ada dekat sini!”

“Macam mana diorang boleh ada dekat sini?”

“Manalah saya tahu!”

Bot menghampiri mereka. Gia segera menyuruh Luqman naik ke atas bot. Orang-orang suruhan Danial mula menghampiri mereka. Tapi, rasanya sempat larikan diri.
Bunyi pistol kedengaran menembak ke arah mereka.
Luqman dan pemandu bot tersebut menundukkan kepala mereka. Gia pula belum sempat tunduk terkena peluru pistol. Tapi, peluru pistol tu hanya menyebabkan luka pada lengan Gia. Nasib baik tak tembus dengan peluru sekali. Gia menekap lengannya yang mula berdarah.
Sakit tu tak payah cakaplah tapi dia tahan jugak. Untung baju yang dia pakai warna gelap jadi warna darah tu taklah nampak ketara sangat.

Darah banyak keluar menyebabkan Gia terasa pening. Hampir saja dia jatuh keluar dari bot tapi sempat dipegang Luqman.

“Kau dah kenapa?”

“Saya pening sikit je. Maybe mabuk laut kot. Bot ni laju…” dia cuba mencipta alasan. Kalau boleh dia tak nak
Luqman tahu yang dia kena tembak.

Alasan Gia boleh diterima Luqman tapi dalam masa yang sama tak jugak bila tengok muka Gia pucat habis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience