Rate

BAB - 5

Fanfiction - KPOP Series 1243

Setelah lebih empat bukan bekerja sebagai bodyguard Kim Taehyung. Dia sudah mengetahui semua tentang Kim Taehyung.

"minggu depan kita akan berangkat ke London." beritahu Kim Taehyung.

"London? Buat apa?" Tanya Lee Sun Hee.
"awak tanya buat apa? Mestilah pergi buat kerja. " kata Kim Taehyung lagi.

"tapi...." belum sempat dia mahu bercakap terus Kim Taehyung memontong percakapannya.

"kenapa tak boleh ke? Awak tu bodyguard saya. Kenapa awak tak boleh ikut pula kan" kata Kim Taehyung lagi.

'tapi Lee Sang Hee macam mana tak kan aku nak tinggal kan dia kat sini pula... Haihs macam mana pula ni' bisik hati kecil Lee Sun Hee memikir apa yang perlu dilakukan supaya Lee Sang Hee tidak menjauh dari nya.

Akhirnya dia terpaksa bersetuju untuk pergi ke London kerana dia bekerja sebagai seorang bodyguard walau apa pun alasan yang akan dia beri dia tetap kena pergi juga.

Seminggu berada di sana akhirnya dia pulang ke rumah dengan selamat. Sampai saja di rumah dia terus mendapatkan anak gadis nya Lee Sang Hee untuk melepaskan rasa rindunya setelah seminggu tidak berjumpa.

Lee Sang Hee dipeluk dengan erat seerat yang boleh.
"Sun Hee. Kamu pergi la tukar baju tu dulu. Nanti Hwa-Young balik tak sempat kamu nak tukar baju." beritahu Puan Soo Yun kepada anak gadis nya itu.

"alah sekejap lagi la tukar, orang nak lepas kan rindu dulu ni" kata Lee Sun Hee.

"ye la tu" Puan Soo Yun membiar kan anaknya itu kerana dia tahu anaknya itu agak degil berbanding anak lelaki nya.


Keesokkan harinya Lee Sun Hee pergi ke kerja seperti biasa.

Selang beberapa minit semasa melakukan kerja perut Lee Sun Hee terasa sakit. Dia terus berlalu ke tandas. "Kejap sekarang hujung bulan kan" kata Lee Sun Hee.

"arghhh macam mana aku boleh lupa hujung bulan. Arhh perut aku sakit nya arghhh" Lee Sun Hee menjerit kecil menahan kesakitan yang dia alami sekarang.

"alamak aku lupa bawa benda tu macam mana ni." rungut Lee Sun Hee sambil memikir cara yang harus dia lakukan sekarang.

Tiba tiba dia terdengar suara perempuan sedang berborak. Satu idea muncul.

"maafkan saya ada sesiapa di sini?" panggil Lee Sun Hee dengan sopan sambil menahan sakit yang tersangatlah sakit.

"sesiapa di sini ada tuala wanita tak.. Saya terlupa nak bawa. Boleh sesiapa tolong saya." minta Lee Sun Hee dalam keadaan yang agak segan.

"boleh kejap!" balas salah seorang gadis yang bekerja di situ.

"terima kasih" kata Lee Sun Hee.

"sama sama" balas gadis tersebut.

Sebelum melangkah keluar Lee Sun Hee terdengar suara pekerja lain yang sedang bebual bual.
'alamak ada orang lain yang masuk la pula. Aish macam mana ni dah la aku duduk dalam tandas lama nanti Kim Taehyung cakap aku curi tulang pula.' kata Lee Sun Hee dalam hati.

Semakin lama Lee Sun Hee menunggu semakin ramai wanita yang masuk ke dalam tandas.

' makin lama aku tunggu makin ramai la pula aduh macam mana ni.' Lee Sun Hee memikirkan cara untuk keluar dari tandas.

Ting!

' Alamak Kim Taehyung dah mesej' omel Lee Sun Hee.

Tok! Tok!

"ada sesiapa tak dekat dalam" Tanya seorang pekerja syarikat.

"ada" jawab Lee Sun Hee.

"boleh awak tolong cepat sikit tak" gadis itu berkata dengan sopan.

Tiba tiba satu idea muncul.

Pintu dibuka, kaki terus pantas keluar dari tandas dan terus berlalu tanpa menghirau kan mata mata yang sedang memerhatikan dia semasa dia keluar dari tandas.

Nafas dihela. Lega.

"macam mana aku nak pakai balik semua benda ni" Selepas terlepas dari satu masalah sekarang dia berhadapan dengan satu masalah yang lebih besar.

Lee Sun Hee cuba berjalan lebih laju sambil matanya mencari satu tempat untuk dia memakai semua rambut palsunya itu.

Sambil mata mancari tempat tiba tiba matanya terpaku pada satu susuk tubuh yang sedang berjalan bertentangan dengan nya.

"KIM.. KIM TAEHYUNG!" terjerit kecil Lee Sun Hee apabila melihat Kim Taehyung yang sedang berbual dengan staf yang lain.

Mata mencari satu tempat untuk dia bersembunyi.

"ada tangga! Yes" kaki laju menuju ke arah tangga yang berdekatan.

"tadi aku rasa aku ada nampak macam ada seseorang yang aku kenal tapi.. Mana dia." soal Kim Taehyung dalam hati.

"fuh selamat kalau tak hmm hari ni la hari terakhir aku kerja dekat sini. Macam tak de orang je baik aku pakai rambut ni cepat."

15 minit kemudian.

"Awak pergi mane?" Tanya Kim Taehyung

"tadi saya pergi tandas perut saya sakit" kata Lee Sun Hee.

"tadi saya pun pergi tandas juga tapi saya tak nampak awak pun" kata Kim Taehyung lagi.

"mungkin masa tu saya dah keluar tandas."

"tapi.. Masa tu..." belum sempat Kim Taehyung menghabiskan ayat nya tiba tiba Jungkook memanggil nya untuk membincangkang tentang lagu baru yang akan dikeluarkan

"Fuhh nasib baik Jungkook ada kalau tak pecah kepala aku nak fikir alasan untuk dia" Nafas dihela. Lega. Peluh di dahi di lap dengan menggunakan hujung lengan baju nya.

Lee Sun Hee terus menyambung kerja yang tergendala akibat kesakitan yang dia alami. Kerja terus di sambung sambil menahan sakit yang masih bersisa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience