4 : Selamat Tinggal

Short Story Series 1175

Lagi seminggu Ita bakal menhabiskan praktikalnya. Dia mengajak kami untuk makan malam dengannya di luar. Yang ada pada malam tu, Ajid, aku, ita, kawan ita iaitu lina, nadia, amin, yazin, dan zaki. Aku mengajak nadia sekali makan bersama. Kami makan dipesisiran pantai. Dan malam tu aku dengan nadia meminta diri untuk pulang sebab nadia perlu pulang awal. Dan itu kali terakhir aku makan bersama.

Selepas itu aku dan ajid semakin berjauhan. Aku sudah jarang mendekati kerana ego. Ego tu buat aku teringat bahawa dia tahu aku suka kepadanya. Dan aku perlu jauh daripadanya untuk mengurang rasa suka ku kepadanya.Aku cuba memikirkan kenapa aku suka kepadanya dan apa keistimewaannya. Salah satu yang membuat aku suka kepada nya. Kelakuannya. Dia sangat la perihatin, dan baik. Tambahan dia seorang yang macho dan membuatkan dia nampak hansem di mata ku.

Lagi dua hari lagi, praktikal kami bakal berakhir. Minggu terakhir tu kami kerja malam. Dan malam tu aku memberitahu kepada Ajid bahawa hari terakhirku ada pada hari ni. Dan esok aku tidak hadir. Barang² aku yang pinjam daripada company dipulangkan kembali. Hari terakhir aku mengemas barang, aku nampak ajid kemas barangnya. Dari sisi aku nampak dia memandang aku dan berlalu pergi. Aku ingin meluahkan perasaan aku ketika itu kepadanya tetapi tetapi.. Mungkin aku tidak berani kerana takut ditolak.. Itu kali terakhir aku berjumpa dengannya. Dan aku memandang dia berlalu pergi tanpa menoleh dengan perasaan sayu dihati. Macam² difikiran ketika tu dan penyesalan dihati. Kenapala aku menjauhkan diri? kenapa rasa takut untuk mendekati? Kenapa ego didada meninggi? Kenapa? Dalam hati aku berharap andai dia jodohku, pertemukan lagi kami berdua..

Seminggu selepas tu, aku diterima berkerja di kilang berdekatan dengan rumahku. Disitu aku mengenali ramai kawan² yang lebih kurang umur dengan ku. Akan tetapi memiliki boss yang tidak mengerti akan pekerjanya. Kami dilayan tidak adil kerana racis dengan perkerja melayu. Disebabkan orang sekeliling, aku terus bertahan disitu.

Empat bulan selepas tu, aku diterima masuk ke universiti di utara untuk menyambung pengajian ijazah sarjana muda. Ramai pelajar dari politeknik ku dan rakan² praktikal ku dahulu diterima belajar disitu. Jadi di situ aku masih merasakan aku seperti di politeknik dahulu. Suasana masih sama akan tetapi suasana politeknik lagi seronok berbanding sekarang. Rakan² perlu berhati² dalam memilih. Kerana tidak semua suka akan kita. Rakan² kelas aku disini semua adalah lepasan diploma. Dan persekitaran masih seperti diploma dahulu.

Aku duduk sebilik dengan Fatin dan ila. Merupakan pelajar politeknik juga tetapi berbeza tempat. Kami bertiga akan selalu bersama jika ingin kemana².

Satu hari ketika aku melihat story di whatsapp, aku terlihat story ajid muncul. Dia bergambar depan hadapan pintu gerbang di terengganu. Aku membalas status nya tu. Aku memujinya dan dia membalas sama ada aku rindu kepadanya. Aku senyap dan cuba lari dari topik tersebut. Aku menukar nombor dan beritahu kepadanya melalui whatsapp. Dan dia tidak menyimpannya kerana aku tidak dapat melihat gambar profilnya. Aku ketika tu mendelete nombornya kerana dengan itu mungkin aku dapat menghentikan perasaan ku terhadapnya.

Setahun selepas tu, kawannya ajid si zul dapat menyambung belajarnya di sini. Aku menegurnya dan kami sempat bersembang tentang kehidupan selepas praktikal dahulu. Disitu aku sempat mengorek rahsia daripada zul tentang ajid. Aku mendapati ajid kerja disuatu tempat yang sebelum ni dia enggan cerita dan berahsia dengan ku. Masa tu aku merasakan dia enggan jumpa denganku lagi, mungkin dia sudah mempunyai teman special. Atau pun cuba menjauhi daripada aku. Mungkin itu menunjukkan aku denganya tidak mempunyai jodoh? Aku menolak perasaan orang lain dan tidak menerima sesiapa pun kerana menunggu dia. Menunggu mempunya perasaan yang sama. Perlukah aku menunggu atau move on dan mula membuka hati kepada orang lain. Aku pernah mencuba untuk membuka hati akan tetapi aku masih mengingatkan dia. Adakah aku mencintai dia? Perasaan itu ke dinamakan cinta? Atau perasaan taksub sahaja terhadap kawan yang rapat? Kerana dia aku menolak orang² cuba menghampiri, sewaktu dulu waktu aku praktikal aku merasakan amin suka kepadaku. Dan dia cuba menawan hati aku dan sama sepertiku tidak meluahkan. Dia baik kepada aku dan aku hanya memandang ajid seorang ketika itu. Aku hanya mengangap amin sebagai kawan. Walaupun aku tahu perkara sebenar. Adakah ajid buat seperti itu juga kepada aku sama seperti aku buat kepada amin? Berpura² tidak mengetahui dan masih berbaik kerana tidak mahu kehilangan teman disisi? Ermmm aku merasakan ajid bukan la untuk ku. Saat ini aku berperlu berubah memandang kehadapan, dan cuba menerima jika ada yang ingin mendekati. Masa untuk move on girl!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience