Bab 13

Romance Series 21400

"Adam!! "

Adam menoleh ke belakang, Adam mendengus perlahan dan mempercepatkan langkah kakinya.

"Adam!! wait, please.. i have something to tell you " Jerit Tasya.Langkah kakinya dipercepatkan untuk mengejar Adam.

"What!! " Jerkah Adam.

"Adam.. i miss u, kenapa you tak angkat bila i call you?? you busy ea sayang?? ".Tasya memegang bahu Adam dengan penuh gediknya.

Emma hanya menjadi seorang pemerhati.

"Lepaslah!!! kau nak apa Tasya?? Huh?? kau kan dah ada Syamil, buat apa kau datang kat aku lagi?? "Adam berpaling ke arah Emma. "Aku dah ada isteri.. apa yang kau nak dari aku?? "

"Adam.. please don't say that name anymore,i hanya sayangkan you, i tak pernah suka pun dekat Syamil.. ini semua hanyalah perangkap, dia cuma nak kita berpisah, lagipun Syamil dah tinggalkan i, dia kata dia dah berpuas hati tengok you merana.. i terpaksa buat semua ni sebab i diugut, please Adam.. trust me.. ".Tasya menangis teresak-esak.. "Adam.. please .."

Adam hanya terdiam. Hatinya masih sakit mengenangkan apa yang Tasya telah lakukan terhadap dirinya. Tidak mungkin dia melupakan semuanya.

"Emma.. Jom!! "
Adam menarik Emma dan berlalu meninggalkan Tasya yang teresak-esak menangis.

"Adam!! ".Tasya menjerit memanggil Adam,tetapi Adam langsung tidak menghiraukannya.

'''haish!! tak guna kau Adam.. kau tunggu... aku akan pastikan kau jadi milik aku, aku akan singkirkan Emma walau apa pon yang akan terjadi.. asal kau jadi milik aku Adam.. kau tunggu Adam.. kau tunggu.. """

Tasya menghentak-hentak kakinya kerana geram melihat Adam langsung tidak menghiraukan 'lakonan' hebatnya tadi.



"Adam.. saya lapar lah..".Ujar Emma yang dari tadi lagi hanya mendiamkan diri. Dia tidak mahu masuk campur dengan hal peribadi Adam. Mereka masih lagi berlegar-legar di dalam Mall.Adam seperti tiada mood untuk mencari barang dapur. Adam hanya berpusing-pusing kesana kesini dari tadi. Emma hanya mengikuti langkah Adam.

"Hurmm.. "

Adam berjalan memasuki A&W. Emma hanya mengikuti dari belakang..

Sedang Emma khusyuk dengan makanannya..

"Ehh.. Fatimah Ilyana ke?? Emma?? "

"Ha'ah.. Awak.. ermm.. ermm.. "Emma cuba mengingati orang yang menyapanya. "Yusuf"

"Haa.. betul la tu.. Kau buat apa sekarang ni?? Ehh.. ni siapa?? " Yusuf menarik kerusi dan duduk bersebelahan Emma.

"Aku tak buat apa-apa pun.. belajar tak, kerja pun tak.. Perkenalkan ni suami aku, Adam.. "

"Ohh.. ".Yusuf menghulur tangan untuk bersalaman dengan Adam.Adam menyambut tangan Yusuf.

"Adam".Ujar Adam ringkas.

Yusuf senyum segaris melihat Adam.Adam buat tidak tahu sahaja.

"Emma.. kau tak ajak pun aku ke Majlis Perkahwinan kau.. ".Yusuf membuat reaksi mengajuk.

"Ehh.. ehh.. aku ajaklah.. aku ajak semua orang.. "

"Tak.. kau tak ajak pun aku.. "

"Ada.. aku ajak kat dalam group whatsapp,group 6 Bestari ,kau masuk tak group tu?? "

"Ouhh.. masuk.. aku tak perasan kot, ye la.. aku tak save no. orang .. Hahaha.. sorry.. sorry.. apa-apa pun aku ucapkan tahniah untuk kau ye.. "

"Haa.. tu la.. tak ambil cakna.. salah siapa sekarang ni ha?? Haha.. ye la.. ye la.. thanks.. hadiah mana hadiah?? "

"Hadiah?? tak payah la.. dah lepas pun Majlis kau.. hadiah dah basi.. "

"Ehh.. mana boleh macam tu.. "

Mereka ketawa terbahak-bahak.Yusuf merupakan kawan Emma dari kecil. Dulu mereka berjiran, Emma selalu bermain dengan Yusuf..Mereka juga bersekolah di sekolah rendah yang sama.Tetapi,Yusuf berpindah selepas Darjah Enam.. Sejak dari itu.. Emma jarang berjumpa Yusuf.

Yusuf menarik tudung bawal Emma..

"Haha.. senget la kau ni Emma.. "

"Haish... janganlah.. susah tau tudung aku nak 'jadi' "

"Haha.. ye ke.. kalau macam tu.. ".Yusuf mengangkat kedua-dua belah tangannya mendekati tudung Emma. Emma berusaha untuk tidak membiarkan Yusuf menyetuh tudungnya.. Mereka ketawa terbahak-bahak.. Sesetengah orang yang lalu-lalang berpaling kearah mereka berdua.

Adam mendengus kecil.Dia hanya mendiamkan diri dari tadi.Sesekali Emma berpaling kearah Adam,Tetapi Adam membalas dengan jelingan.Hatinya tiba-tiba panas melihat Emma bergurau dengan Yusuf. Adam tidak senang duduk.Emma dan Yusuf menyambung perbualan mereka sehingga...

"Ehh.. Emma,dah lewat ni.. dekat sejam aku berborak dengan kau.. Aku pergi dulu ye.. Aku nak kena singgah dekat suatu tempat ni.. ada masa kita jumpa lagi ye.. ".Yusuf tersenyum lebar melihat Emma.

"Okay.. kau save ea no. aku.. "Emma tersenyum..

"Ehh... aku lupa nak save no. kau tadi.. cuba kau ulang sekali lagi.. "

"Tak nak ".Emma mencebik.

"Haha.. gurau je la" .Yusuf tersenyum kambing. Emma tergelak kecil melihat Yusuf.

"Bro, aku balik dulu".Yusuf menghulurkan tangan kepada Adam, Adam bingkas bangun dan berlalu.Yusuf terpinga-pinga.

"apahal tu?? "

"Ehh.. Yusuf aku pergi dulu ye.. karang tak pasal-pasal kena tinggal"Emma mengambil beg tangannya dan bergegas mengejar Adam.

"""Haish Adam ni.. lajunya dia jalan.. kalau ye pun tunggu la aku kejap,kenapa lah dia bad mood sangat ni..marah lagi ke dengan Tasya tadi...Huh... """

Emma mengerling jam tangannya.
""Laa.. dah pukul 10.00 p.m?? dah lewat rupanya.. patut lah Adam bergegas nak balik.. mungkin dia dah mengantuk sangat tu.""

Emma berlari anak mengejar Adam. Sesampainya di kereta Honda Civic putih milik Adam , Emma masuk ke dalam kereta dan hanya mendiamkan diri. Dia tidak mahu bertanya apa-apa kepada Adam. Adam memecut kereta dengan laju.Emma hanya mendiamkan diri sehingga dia tertidur.

Emma membuka mata perlahan-lahan. Dia terkejut,rupa-rupanya Emma masih berada di dalam kereta,Adam sudah tiada di kerusi pemandu. Sudah sampai di rumah. Emma melihat jam tangannya, sudah menunjukan pukul 12.00 malam.

"humm.. sampai hati Adam tak kejutkan aku.. dia tak perasan ke aku tertidur?? Nak masuk rumah ke tak?? pintu mesti berkunci.. kesian Mak Esah ,kalau aku ketuk pintu mesti dia kena bangun semata-mata nak bukakan pintu untuk aku.Humm...aku tidur kat dalam kereta je la.. "

Emma membetulkan kedudukan kerusi supaya dia lebih selesa untuk tidur.Selepas selesai membaca doa. Emma memejamkan mata.

Adam tidak boleh melelapkan mata. Dia tak senang duduk. Hatinya kucar-kacir. Sesekali dia merebahkan badan di atas katil. Sesekali dia menjenguk ke luar tingkap.

"Haish.. kenapa dia tak ketuk pintu lagi ni?? dia tak sedar lagi ke?? Ha'ah la.. dia kan 'tidur mati' mesti susah nak terjaga.. tak boleh jadi ni. "

Adam bergegas keluar dari biliknya.

Emma menggeliat kecil sebelum membuka mata.

"Aiks.. aku dah ada kat dalam bilik?? bukan semalam aku tidur dalam kereta ke?? aku bermimpi ke semalam??tak mungkin!! "

Emma terhidu bau wangi..

"Bau minyak wangi Adam!! "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience