Chapter 20

Mystery Completed 11155

Surya : Bab 20

Rizal tiba dengan pacuan empat roda bersama Encik Basri, Salwa, Adila dan Haji Latiff. Tapi Haji Latiff tidak dapat dilihat oleh mata kasar selain yang masuk ke kampungnya. Manakala Mak Salima bersama Haron dan Adhwa serta Nadzri. Mereka perlu membantu.

Suasana kampus kelam-kabut apabila ada beberapa tempat menjadi tempat orang histeria. Semakin huru-hara apabila terdapat blok kolej dan akademik yang dijilat api. Benda ni main kasar. Hanya kerana nakkan Surya. Semua yang tak ada kena mengena juga kena. Bengong. Getus hati Rizal.

Kereta diberhentikan berhampiran pagar kolej siswi. Cuma memerlukan beberapa langkah untuk ke blok C. Macam mudah. Rizal pantas berlari ke arah blok C. Satu libasan terkena kakinya. Tersungkur Rizal di situ. Nasib baik serbuk itu masih kemas di dalam bekas. Encik Basri membantu Rizal.

Haji Latiff, Adhwa dan Nadzri serta Encik Basri membentuk empat penjuru mengelilingi blok C. Manakala Rizal dan Haron bersama ke tingkat empat.

"Kau terlalu lemah manusia, untuk menjatuhkan aku!" Suara garau Surya membingitkan.

Satu lembaga muncul di hadapan Rizal dan Haron. Lembaga itu cukup tinggi hingga mencecah siling dan cukup hitam. "Rizal, hati-hati!" Haron membalingkan kayu kepada Rizal. Gerak pantas Rizal berjaya menghalang pukulan padu lembaga itu. Kini giliran Rizal membalas.

*

Salwa terduduk rebah. Selama ini dia diam saja. "Hahahahaha!" Salwa berdekah.

"Adila, jauhi dia!" Mak Salima menarik tubuh Adila. Tubuh Salwa sedikit terangkat dan terapung. Terkumat-kamit mulut Mak Salima membaca potongan ayat suci. Manakala Adila cuma mampu memerhati.

Tiba-tiba Salwa menjerit. Seperti terseksa. Adila kaget. Salwa menjadi ganas dan mula memukul Mak Salima. Satu pertempuran berlaku. "Adila, lari!" Mak Salima cuba menggunakan kudrat tuanya.

Adila cuma mengikut arahan. Tapi dia juga cuba untuk mencari pertolongan. Tidak tergamak untuk dia meninggalkan Mak Salima sendirian. Dia mesti bantu.

"Adila?" Dia terhenti dan memandang ke arah punca suara.

"Syahfiq?"

"Mana Rizal...?"

"Awak, tolong saya. Cepat. Salwa dia..." Syahfiq memanggil beberapa orang rakannya. Berlari mengikut Adila.

Setiba di tempat Salwa, kelihatan seperti Salwa berlawan sendirian. Tetapi Adila melihat Mak Salima semakin lemah di belasah Salwa. "Korang, tolong. Tu Salwa dah kena rasuk..."

Dua rakan Syahfiq bergelut menenangkan Salwa cuba membaringkannya. Manakala Syahfiq melaungkan azan pada telinga Salwa. Menggelupur gadis itu apabila nama Tuhan dilaungkan. Adila cuba merapati Mak Salima dengan cara tidak janggal supaya tidak dipandang pelik oleh Syahfiq dan rakan-rakan.

Satu jeritan kuat kedengaran. Suara itu cukup mengerikan. Dan sangat kuat.

*

Lembaga hitam itu tumbang dengan tendangan terakhir oleh Rizal dan Haron. Terus hilang di dalam kegelapan dengan rintihan lembut.

Surya menjerit. Seakan terlalu marah atas kekalahan konconya. "Kau manusia! Tubuh ini aku punya!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience