BAB 2

Romance Completed 67139

Lima belas tahun kemudian...

"LET me be your woman, woman, woman, woman. I can be your woman!"

Nyanyian sumbang seseorang membuatkan Adara menutup telinga. Matanya menjeling tajam kepada si empunya suara. Selamba sahaja sahabatnya kesayangannya itu memekak tengahari ni.

Ada juga arwah jugak ni nanti.

"Adila Qayrina, boleh tak perlahankan sikit suara tu, perempuan kan?" Tegur Adara sambil bercekak pinggang. Lagaknya seperti ibu memarahi anaknya.

Adila membuat muka menyampah. Dia nak nyanyi pun salah ke? Apa suara dia tak sedap? Sedap lagi merdu tahu!

"Kau ni Ara, aku nyanyi pun tak boleh. Huh. Kata kawan, tak apa tak apa." Mulutnya dimuncungkan sedepa. Tangannya disilangkan ke dada tanda protes. Merajuk.

Adara mengelengkan kepala. Ha mulalah dah tu perangai tak matang seorang Adila Qayrina ni keluar. Kadang-kadang dia sendiri terfikir macam mana mereka berdua boleh berkawan.

"Lah, kau merajuk ke? Baguslah. Jimat duit aku. Baru nak belanja kau lunch nanti." Sengaja Adara berkata sedemikian. Nak tengok sama ada umpan dia menjadi.

Matanya menjeling wajah Adila yang sudah tersengih seperti kerang busuk. Ceh. Merajuk konon. Sekelip mata saja, lengannya dipaut oleh sahabatnya itu.

"Eh apa pegang-pegang orang ni? Kata merajuk kan tadi. Pergilah merajuk sana." Adara menjongketkan kening bersama senyuman mengejek di bibir. Adila memasamkan wajah.

"Alah, Ara ku sayang lagikan cantik. Mana ada aku merajuk. Kata nak belanja aku kan tadi. Hah jomlah apa tunggu lagi," ucap Adila tanpa rasa malu. Nak malu apanya. Hubungan persahabatan mereka memang sebegitu. Dia segera menarik Adara ke medan selera.

Adara hanya akur. Sudah biasa sangat kena tarik dengan manusia bernama Adila seorang ni. Lagipun dia juga tadi yang mahu belanja sahabatnya itu. Kakinya mengekori langkah Adila dari belakang.

Tak semena-mena, tubuhnya terlanggar tubuh Adila yang secara tiba-tiba menghentikan langkah.

"Dila, kau kenapa? Tiba-tiba berhenti." Tanya Adara sedikit bengang. Habis rosak awning tudung yang dipakai. Minah ni memang lah.

"Eh sorry. Jangan risaulah cantik dah tu." Balas Adila tersenyum kekok. Bukan sengaja dia nak berhenti.

"Yelah. Kau kenapa berhenti? Jangan kata kau nampak laki hensem sebab tu kau berhenti eh Dila." Adara memberi amaran awal. Bukan boleh percaya sangat kawan dia tu.

Gatal bukan main. Mengalahkan ulat bulu!

"Ish mana ada. Aku nak tanya ni." Nada suara Adila mula bertukar serius. Adara diam menunggu kata-kata seterusnya daripada mulut gadis itu. Lain macam je kawan dia ni.

"Erm, tak apa ke kau belanja aku ni Ara. Nenek kau macam mana? Aku tak nak susahkan kau. Biar aku jelah eh belanja kau." Cadang Adila sambil menunjukkan barisan giginya yang putih bersih.

Ara mengeleng kepala perlahan. Dia mengeluh kecil. Lah ingatkan sebab apa tadi. Tanpa amaran, tangan Adila menjadi sasaran pukulannya.

Pak!

"Sakitlah!" Adu Adila apabila lengannya dipukul oleh Adara tanpa belas kasihan. Tch. Hiperbola betul.

"Padan muka. Nenek aku sihat, alhamdulilah. Jangan risaulah, Dila. Aku tahu apa aku buat. Biarlah aku nak belanja kau. Bukan selalu kan?" Pujuk Adara tak mahu membuatkan sahabatnya terasa bersalah apabila dia menawarkan diri untuk mengeluarkan duit.

Bibirnya mengukir senyuman lebar. Pesanan bapanya masih segar di dalam ingatan. Sama juga dengan peristiwa hitam yang dialami oleh dia. Namun perkara itu langsung tak menghalang dirinya daripada meneruskan kehidupan.

Life goes on, right?

Sudah lebih lima belas tahun, ayahnya pergi meninggalkan dirinya. Sebegitu juga ibunya, Puan Alyssa yang sudah kembali ke Rahmatullah sejak didiagnos menghidapi kanser hati ketika dia berumur 10 tahun.

Kini, dia tinggal dan dibesarkan oleh neneknya. Kehidupannya sederhana tidak seperti dulu yang mewah. Tetapi dia tetap bersyukur. Baginya itu semua pengalaman yang berharga. Walaupun kadang kala dia rindukan kedua-dua orang tuanya itu.

Ara rindu mama, ayah.

"Kalau macam tu, kau nak makan apa? Aku belanja kau, kau belanja aku. Ha baru adil." Tegur Adila cuba menarik perhatian Adara yang sudah jauh mengelamun.

"Aku ikut kau jelah." Ringkas balasan Adara. Lamunannya tadi serta-merta terhenti. Dia meliarkan pandangan ke sekeliling sementara menunggu Adila memesan makanan mereka.

Tiba-tiba, bahunya ditepuk kuat oleh seseorang. Kepalanya ditoleh ingin melihat gerangan tersebut. Bukan apa, tapi kuat betul bahunya ditepuk. Nak dia mati ke macam mana?

"Ada orang nak jumpa kau." kata Laila, salah seorang rakan sekerjanya lalu beredar dari situ. Sombong saja nadanya. Adara malas mahu mengambil kisah terhadap layanan kasar tersebut.

Dah tahu sangat dah gadis itu memang ada masalah dengan dirinya. Jangan tanya kenapa. Dia pun tak tahu apa salah dia.

Biasalah, hidup ni bukan untuk puaskan hati semua orang kan?

"Oi, nak pergi mana?" Adila mengambil tempat di hadapan Adara. Pelik melihat wajah sahabatnya ingin pergi dari situ. Kata nak makan tadi.

"Aku nak turun bawah kejap. Laila kata ada orang nak jumpa aku. Nah duit untuk makanan kau tu." Adara menghulurkan beberapa not kecil RM10 kepada Adila. Tak semena-mena tangannya ditahan oleh sahabatnya.

"Kenapa? Tak cukup ke?" Dahinya terkerut tanda hairan dengan tindakan Adila.

"Ish, lebih dari cukup! Aku rasa tak payah lah kau turun. Tu hah buah hati pengarang jantung kau tu dah sampai." Ucap Adila sambil mengerakkan keningnya ke arah suatu sudut. Mulutnya dimuncungkan juga.

Serta-merta, pandangan matanya bergerak ke arah sudut yang ditunjukkan oleh Adila. Kelihatan susuk tubuh yang dikenalinya berada dalam pandangan. Tanpa disedari, segaris senyuman terpamer di wajahnya.

Kerana itu adalah dia.

Iqbal Danial.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bagaikan slow motion, Iqbal berjalan ke arah Adara sambil tersenyum penuh makna. Baju kemeja hitam yang dikenakan benar-benar menyerlahkan kekacakkan jejaka itu. Belum tambah lagi dengan rupa paras yang menawan semua hati perempuan yang memandangnya.

Handsome la katakan.

Adila menjeling Adara di sebelah, suka melihat reaksi sahabatnya itu yang akan tak tentu arah apabila Iqbal berada bersama mereka. Sah, angau.

"Cukup-cukuplah tengok Iqbal tu, Ara. Aku yang menyampah tengok tau. Dia tu kan boyfriend, kau. Tunggu apa? Kahwin jelah terus. Penat aku." Adu Adila tak puas hati. Bukan apa tapi dia jealous.

Jealous tak ada boyfriend nak ditengok macam Ara. Maklumlah, single. Uhuk.

At least, dia tak tengok boyfriend orang lain eh!

"Ish, jangan merepek lah Dila. Kau ni mulut tu." Marah Adara, matanya dijegilkan kepada Adila. Mulut minah tu memang macam tu. Ada saja perkara yang tak sepatutnya keluar.

"Eh, aku yang merepek? Ada jugak aku panggil Tok Kadi kahwinkan kau dekat sini karang, Ara. Aku tak main-main." Usik Adila sengaja mahu tempah maut. Sekurangnya dia boleh pergi dengan tenang bila tengok Adara tu bahagia akhirnya.

"Adila Qayrina!"

"Hah, siapa yang nak kahwin?"

Serentak Adara dan Adila menoleh ke arah suara tersebut. Adila sudah membuat muka tidak bersalah. Manakala, wajah Adara kelihatan pucat lesi. Terpinga-pinga dia cuba mencari alasan untuk diberikan. Adila disebelah dijeling tajam.

Ini semua salah kau!

"Mana ada orang nak kahwin-"

"Siapa lagi kalau bukan kau dengan Ara, Iqbal."

Dasar kawan tak mengenang budi! Aku baru belanja kau tadi!

Pandangan maut diberikan oleh Adara apabila laju sahaja suara milik seorang Adila Qayrina mencelah kata-katanya.

Adara menarik nafas panjang. Dia menepuk dahi. Nampaknya hari ni sahabatnya bakal menjadi arwah. Arwah jahat orangnya dulu.

"Awak, abaikan je eh apa yang Adila ni kata. Dia sakit hari ni." Ujar Adara lembut kepada Iqbal.

"Kan... kan?" Nadanya keras apabila ditujukan kepada Adila. Matanya memberikan isyarat kepada sahabatnya untuk berlakon sama.

Iqbal hanya tersenyum nipis melihat gelagat dua sahabat itu. Dia menyelukkan tangan ke dalam poket seluar untuk mencari sesuatu. Apabila dia memastikan bahawa sesuatu itu masih berada ada di dalam poket seluarnya, senyuman semakin melebar.

"Ara..." Panggil Iqbal dengan lemah lembut. Dia merenung ke dalam anak mata Adara. Pandangan mereka bertaut.

Adila menayang muka menyampah. Hormat la yang single ni woi!

"Ya, saya. Kenapa Iqbal? Ada apa awak datang tempat kerja saya ni." Balas Adara dengan lembut juga. Ayu sahaja. Depan Iqbal auto sopan. Bagai perempuan melayu terakhir.

Iqbal tersenyum. Matanya mengerling jam di tangan. Dia mula berkira-kira untuk meneruskan perancangannya.

"Erm, saya datang ni nak ajak awak keluar. Sekarang. Boleh ke?" Tanya Iqbal berterus-terang. Bukan sengaja dia mahu mengajak Adara sekarang tetapi hanya masa ini sahaja dia tidak sibuk.

Adara terdiam sejenak. Dia dan Adila saling berpandangan untuk seketika. Dia tak nak menolak tetapi bos besar mesti marah dia nanti.

"Iqbal... Erm saya-"

"Eh, boleh je. Kan Ara? Pergilah cepat. Cepat!"

Adila menolak lembut Adara ke arah Iqbal. Dia tak mahu Adara hilang peluang keemasan itu. Adara mengerutkan dahi tanda tak faham dengan tindakan sahabatnya itu.

"Dila, aku tak boleh-"

"Shhh, diam. Jangan risau, aku cover kau kali ni. Hari ni hari kau. Mana tahu hari aku pulak kan? So now go. Enjoy your date! Bye!" Kata Adila seolah menghalau mereka berdua dari situ. Adara melepaskan tawa halus.

Dia berterima kasih kerana mempunyai teman sebaik Adila di dalam hidupnya.

"Sorry, kalau permintaan saya susahkan awak. Tapi saya janji awak takkan menyesal keluar dengan saya hari ni. So shall we?" Ajak Iqbal dengan sopan. Bibirnya masih tersenyum manis kepada Adara. Membuatkan gadis itu cair seperti aiskrim.

What a gentleman he is.

Adara mengangguk kecil dengan perasaan gembira di hati. Iqbal menghela nafas lega. Mereka berdua berjalan beriringan ke kereta sambil mencuri pandang ke arah satu sama lain sesekali.

Laila yang dari jauh memerhati, menjulingkan mata ke atas. Tak suka melihat Adara bahagia. Dia mengukir senyuman jahat apabila mendapat idea untuk mengenakan Adara.

"Senyumlah selagi kau mampu perempuan, kau ingat lepas rampas kedudukan aku dekat pejabat ni kau boleh ada semuanya? Takkan aku benarkan."

Kata-kata itu dilontarkan oleh Laila dengan penuh dendam. Dia masih tidak puas hati dengan Adara selepas gadis itu dengan selamba merampas kedudukannya sebagai pengurus terbaik di syarikat mereka.

Dalam perjalanan dia mahu melaporkan perkara itu kepada bos besar, heels yang dipakai olehnya patah. Membuatkan dia jatuh menyembah bumi. Seolah dunia menyindirnya dengan berkata,

Padan muka!

Sementara itu, Adara sedang sibuk merenung pada sisi wajah Iqbal yang sedang fokus memandu. Entah ke mana mereka mahu pergi pun dia tak tahu.

"Awak nak bawak saya pergi mana? Awak nak culik saya ke hmmm?" Tanya Adara sambil tersenyum sendirian. Dia melarikan pandangan daripada Iqbal.

"Kalau nak culik pun kenapa? Salah ke?" Balas Iqbal, sambil menoleh ke arah Adara untuk seketika. Seketika ya bukannya lama. Nak mereka berdua mati accident ke?

"Betul-betul lah. Nak pergi mana, awaknya? Nak main-main boleh tapi kalau betul-betul, siapa nak jaga nenek dekat rumah. Ha..."

Adara cuba mengorek jawapan daripada Iqbal. Walaupun sebenarnya dia percayakan lelaki itu dengan sepenuhnya. Terlalu lama perkenalan mereka. Sudah lebih lima tahun, hubungan mereka dijalin bersama.

Iqbal mengeleng kepala tanda tak mahu membocorkan hala tuju mereka. Dia tersenyum penuh makna. Adara mengalah.

"Just wait, you will love it. Saya janji."

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Hah? Kenapa kita datang apartmen saya pulak ni, Iqbal?" Tanya Adara bingung dengan apa yang cuba dilakukan oleh teman lelakinya itu.

Dah kenapa tiba-tiba datang rumah dia? Ingatkan nak bawak pergi mana tadi. Penat saja dia nervous dalam kereta tadi.

"Its a secret, love."

Itu sahaja balasan yang dia berikan oleh Iqbal. Namun sudah cukup membuatkan Adara tak berhenti senyum apabila mendengar nama panggilan yang diberikan oleh Iqbal itu. Dia mengekori langkah Iqbal dari belakang tanpa banyak tanya lagi.

Iqbal menoleh ke arah Adara sesekali. Dia menahan senyuman di bibir apabila melihat wajah Adara yang sedang memerah. Tangannya diseluk ke dalam seluar memegang sesuatu yang bakal diberikan kepada teman wanitanya itu nanti.

"Eh Ara!" Tegur seseorang membuatkan Adara dan Iqbal menghentikan langkah. Adara menoleh melihat gerangan yang memanggilnya dari tadi.

Kenapa semua orang nak panggil dia hari ni?

"Oh Mak Cik Esah, Ara ingatkan siapa tadi." Adara menegur kembali dengan mesra. Walaupun sebenarnya jirannya yang dipanggil Mak Cik Esah itu langsung tak pernah menegurnya sebelum ini.

"Ha betullah tu, aku Mak Cik Esah. Takkan dah lupa kot. Tu siapa yang kau bawak balik rumah tu, Ara?" Tanya Mak Cik Esah mula menyibuk. Maklumlah dia antara mak cik bawang terkenal di kawasan apartmen Adara duduk.

Iqbal menunduk sedikit tanda hormat. Dia melemparkan senyuman tanda menyapa Mak Cik Esah. Wanita tua itu membalas senyuman itu kembali. Berkenan dengan jejaka yang kelihatan kaya itu. Dahla kaya, baik pulak tu.

"Oh ini, Iqbal, dia-"

Belum sempat Adara membalas, Mak Cik Esah menolak Adara ke tepi untuk mendekati Iqbal dengan lebih dekat. Langsung tak kisah dengan kata-kata yang ingin disampaikan oleh Adara tadi.

"Anak ni bujang ke? Kalau ya, bolehlah kenal dengan anak mak cik, Karina. Cantik orangnya macam mak cik masa muda dulu."

Kata Mak Cik Esah tanpa rasa malu. Matanya ralik memerhatikan susuk tubuh Iqbal yang tegap. Wajah tampan Iqbal juga mencari sasaran wanita tua itu. Adara menahan sabar di hati. Dia masih hormatkan orang tua.

"Maaf ya, mak cik. Tapi saya dah berpunya. Ara ni lah girlfriend saya." Ucap Iqbal sambil mengenalkan Adara sebagai teman wanitanya. Adara apalagi, sudah tersenyum bangga.

Mak Cik Esah yang mendengar perkara itu menjeling Adara. Tiada peluang lah dia mahu ada menantu sekaya dan sekacak Iqbal jika begini. Ini tak boleh jadi.

"Kamu boyfriend Ara? Dah tu kenapa datang rumah dia kalau bukan jadi suami Ara lagi? Kamu ni Ara. Tahu tak, tak elok bawa keluar masuk laki? Dah tak tahu malu sangat ke? Haih perempuan zaman sekarang ni, mak cik tak tahulah. Murah!" Sindir Mak Cik Esah tepat di hadapan Adara. Membuatkan Adara mengerutkan dahi.

Tak pasal-pasal kena maki hari ni.

Iqbal yang mendengar kata-kata Mak Cik Esah menahan amarah di dalam hati. Tak sangka teman wanitanya dimalukan sebegitu sekali.

Adara menghela nafas berat. Walaupun jelas lagi nyata, itu bukan salah dia, dia masih mahu meminta maaf. Namun sebelum perkara itu dilakukan, Iqbal bertindak terlebih dahulu.

"Jadi maksud mak cik, saya kena jadi suami Adara dulu baru boleh datang sini? Macam tu ke mak cik?" Sengaja Iqbal cuba menduga wanita tua itu.

"Mestilah. Dah tu berambuslah kalau kau rasa kau bukan suami dia." Halau Mak Cik Esah dengan berani.

Adara memandang ke arah Mak Cik Esah dengan pandangan pelik. Tak percaya dengan apa yang dikatakan wanita itu. Mana tidaknya, dia dengan Iqbal bukan berduaan pun nanti di dalam rumah dia. Nenek dia pun ada.

Maksudnya, tak ada masalah kan kalau Iqbal nak datang rumah dia.

Adara mengerling ke arah Iqbal di sebelah. Ingin tahu tindakan teman lelakinya yang seterusnya. Takkan nak halau Iqbal pulak.

Iqbal turut menghalakan pandangan ke arah Adara sekilas. Riak wajahnya tidak seperti Adara yang sedang terpinga-pinga. Tetapi wajahnya kelihatan... Yakin? Bibir lelaki itu turut naik mengukir senyuman yang sukar ditafsirkan. Lagaknya seperti lelaki psiko.

Iqbal memejam mata untuk seketika. Dia nekad. Ini sahaja cara yang dirasakan dapat menutup mulut puaka Mak Cik Esah pada ketika itu.

Perlahan-perlahan, dia melutut di hadapan Adara. Kepalanya didongakkan menemui pandangan Adara yang tetap pada wajahnya. Mata Adara dibesarkan tanda tak percaya.

Tak percaya dengan apa yang akan dilakukan oleh Iqbal kini. Jangan kata, jangan kata Iqbal nak melamar dia.

No!

Tak mungkin!

"Adara Qalyssa binti Zarul Haqim, will you take me as your husband, love?"

Soalan itu akhirnya keluar dari mulut Iqbal. Sebentuk cincin mutiara yang direka khas istimewa untuk Adara dikeluarkan dari poket seluar Iqbal.

Adara tersentak. Ya Allah. Dia kaku. Speechless. Nafasnya bagai terhenti. Iqbal menelan air liur apabila tiada jawapan daripada Adara. Hubungan mereka selama lima tahun akhirnya membuahkan hasil.

Adara langsung tidak menyangka perkara ini daripada Iqbal. Dia masih tersentak. Peluang berada di hadapan mata tetapi dia takut tak bersedia lagi.

Namun apabila mengenangkan semula hubungan mereka yang sudah terlalu lama, mungkin sebenarnya dia sudah bersedia sejak dari dulu lagi.

Jika tidak, mengapa dia masih bersama Iqbal dari dulu sehingga sekarang kalau bukan kerana dia mahukan Iqbal sah menjadi teman hidupnya.

Adara melepaskan nafas panjang. Kolam air matanya bertakung. Sebak apabila menyedari bapanya Tuan Zarul dan ibunya Puan Alyssa tidak dapat menyaksikan detik indah ini.

"Love?"

Panggil Iqbal perlahan yang masih melutut. Hatinya terasa berat apabila melihat Adara yang mula mengalirkan air mata. Salah ke keputusan dia untuk melamar cinta hatinya.

"Yes."

Kedengaran suara Adara yang cukup perlahan tetapi masih didengari oleh Iqbal. Adara mengangguk beberapa kali. Tanda menerima lamaran tersebut. Tetapi Iqbal masih tidak berpuas hati.

"Yes?"

"Yes!"

Iqbal mengoyak senyuman bahagia. Akhirnya, Adara menjadi miliknya. Cincin itu disarungkan pada jari manis Adara. Dia segera bangun dari kedudukannya yang melutut tadi.

Mak Cik Esah yang menyaksikan detik bahagia itu memasamkan wajah. Menahan rasa loya di tekak. Dia segera meninggalkan pasangan itu. Menyampah!

"Eh, mak cik nak pergi mana? Jangan lupa datang majlis pertunangan saya dengan Adara."

Kedengaran suara Iqbal menegur Mak Cik Esah yang sudah berjalan laju dari situ. Adara menghamburkan tawanya. Dia mengeleng kepala.

"Awak ni, gila ke hah?" Tanya Adara dengan sisa tawanya. Pandangannya tak lepas memandang cincin yang tersarung pada jarinya.

"Haah. Gila untuk awaklah. Untuk siapa lagi? Takkan mak cik tu pulak?" Iqbal tersenyum lebar. Bahunya diangkat secara kasual. Adara tersenyum kecil.

"Gila, habislah awak kalau nenek tahu ni." Adara cuba menakutkan Iqbal. Padahal memang dah pasti nenek lagi gembira bila tahu nanti.

"Biarlah nenek tahu. Sepatutnya saya nak pinang awak depan nenek hari ni. Tak sangka pulak mak cik tu yang ganti." Terang Iqbal membongkarkan niat sebenarnya dia datang ke apartmen Adara.

"Seriuslah, awak?" Tanya Adara tidak percaya. Iqbal tergelak kecil melihat wajah comel Adara yang terkejut. Malah semakin comel apabila bakal tunangnya itu mula blushing dengan kata-katanya yang seterusnya.

"Yes, my fiancee. Yes. ”

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Secawan kopi pekat dihirup penuh nikmat oleh Aiden. Dia menyilangkan kaki sambil pandangan tetap pada beberapa fail yang perlu diperiksanya pada hari itu.

Hari ini dia mengenakan sut berwarna merah hati. Manakala tali leher yang dipakai pula berwarna hitam. Gabungan dua warna itu menjadi warna pilihan Aiden setiap kali dia berada di pejabat.

Manakala warna hitam dan kelabu pula khas ketika dia berada di lapangan untuk memantau anak buahnya. Dia berdiri untuk mengambil kot yang tergantung di dalam almari peribadinya.

Ketukan di pintu menarik perhatiannya. Lantas, fail tadi ditutup. Dia kembali menikmati minumannya dengan tenang.

"Masuk."

Tak lama kemudian, kelihatan Irsyad masuk ke dalam pejabat miliknya. Aiden menghela nafas panjang. Tubuhnya disandarkan pada kerusi. Matanya bergerak ke arah Irsyad mahukan jawapan.

"Semua berjalan lancar, Tuan." Lapor Irsyad, dia menundukkan kepala. Tiada masalah setakat ini sepanjang pemantauannya.

Aiden berpuas hati dengan jawapan Irsyad. Dia percayakan pengawal peribadinya itu dalam setiap tugasan yang diberikan. Tak pernah sekali Irsyad gagal melaksanakan tugasnya sepanjang dia berkhidmat untuk Aiden.

"Mana Dani?" Aiden mengerling pada jam tangannya. Pelik apabila orang kanannya lewat melaporkan keadaan.

"Dia bertugas dekat Mont Kiara hari ni, Tuan." Jawab Irsyad yakin. Dia sudah memeriksa terlebih dahulu keberadaan Dani sebelum datang ke sini kerana tahu Aiden akan bertanyakan tentang keberadaan rakan sekerjanya itu.

"Mont Kiara?"

Aiden mengangkat kening. Rasa syak wasangka mula hadir apabila merasakan bahwa itu bukan tempat yang ditugaskan kepada Dani sebelum ini.

"Sejak bila Dani handle kawasan tu? Dah berapa lama? And why he doesn't inform me about this?" Aiden mengetap rahang. Tak suka apabila seseorang bertindak sesuka hati.

"Tuan Malik yang luluskan tiga bulan yang lepas, Tuan." Maklum Irsyad menyampaikan perkara itu. Aiden memejam mata. Nampaknya kali ini papanya turut masuk campur.

"Cari sebab kenapa Dani ditugaskan dekat situ."

Arahan itu diberikan oleh Aiden kepada Irsyad. Dia masih tertanya-tanya tentang sesuatu. Dia dapat mensyaki sesuatu tetapi dia masih belum dapat memastikannya lagi. Keluhan berat dilepaskan.

"What are you planning to do, Dani?"

Updated! BAB 3 coming up soon ♥︎♥︎♥︎ Don't forget to leave a comment, ftnfzyyy

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience