BL2

Humor Series 177333

FARAH Menatap lama wajahnya dipantulan cermin, wajah yang putih kemerahan ditambah warna anak mata hitam yang jelas kelihatan menonjol di raut wajah keayuan gadis itu.

Satu keluhan dilepaskan. Di sebalik anak mata hitam itu ada sepasang anak mata karamel yang sering menjadi tumpuan setiap kali seseorang menatap matanya. Dan Farah memang tidak gemarkan dengan perhatian itu.

Farah mengeluh. Bekas kanta lenkap yang di letakkan dia di atas meja solek di ambil. Perlahan-lahan dia tarik keluar contact lens bewarna hitam lalu di letakkan semula ke dalam bekasnya. Cukup sahaja hanya keluarga dan rakan rapatnya yang melihat keindahan anak mata itu.

"Hang selesa pi kerja pakai menatang tu dik!!" Seseorang dengan selamba masuk ke dalam biliknya dan terus merebahkan tubuh di atas katil membuatkan gadis itu jeling tajam memandang gerangan tidak beradab itu.

Dasar lelaki tak ada adab. Nasib Abang.

"Awat masuk bilik cheq? bilik sendiri tak ada ka Long?" Balas Farah bengang.Megat Omar tertawa kecil sebelum dia mendepakan tangannya di atas katil.

"Bilik kau aku aircond rosak" Balas Megat Omar.

"Alasan!" Mendengar kata yang keluar dari mulut Farah, Megat Omar melepaskan tawa kecil.

"La ni ja masa aku nak gaduh ngn pun dik. Lepas ni tak ada dah.. ang dah nak menikah." Ujar Megat Omar perlahan.

Farah pandang Abangnya. Mata si abang sudah terpejam. Sesaat kemudian dia mendengar dengkuran halus dari Megat Omar. Farah geleng kepala sebelum dia melangkah ke katil. selimut di tarik lantas menyelimuti tubuh sasa itu. Tubuh Megat omar bergerak-gerak menyelesakan dirinya. Bibirnya naik mengukie senyuman.

Megat Omar sangat rapat dengannya. Segala rahsia banyak di kongsikan bersama Abang sulungnya ini. Sehinggakan dia mengikut langkah Megat omar masuk ke dalam bidang keselamatan negara. Menjadi seorang pegawai polis wanita walaupun di tentang hebat Arwah ibunya.

"Dik.."Farah menoleh memandang Megat Othman dimuka pintu, senyuman manis dihulur buat bapanya itu.

"Baru balik?" Sapa Megat Othman. Namun apabila memandang susuk tubuh yang lena di atas katil dia bercekak pinggang.

"Bertuah punya anak teruna terlajak. Aku kejut dia soh bangkit beli makan dia boleh sambung lena tang ni. Patut tak dak orang mau.. Kalau ada mampus kebuluq anak orang."

"Tak apalah biaq la Along lena.. Kita boleh dating dua abah." Ujar Farah sebelah matanya sengaja di kenyitkan. Megat Othman mengeleng kepala.

"Padan la kamu bela dia, dia bela kamu..nanti lepas kamu kahwin lonely la dia.."

"Fuyoo Abah speaking mat salleh hebat. Hebat."

"Hang baru tau ka, Aku nanti nak dapat menantu mata kelabu. Kena la speaking." Sempat Megat Othman berbangga diri.

"Siap lekas.. Kita pergi breakfast. Nak tunggu bujang tua mati kebuluq aku."Ujar Megat Othman terus berlalu keluar dari bilik itu. Farah senyum tipis sebelum dia kembali memandang cermin.

"Gibran apa yag ang boh kat otak abah aku.."Omel Farah perlahan.

......

"Kau memang berani mati Gib. Bravo.."Ujar Luq. Tangannya di tepuk-tepuk. Gib hanya memekakkan telinganya dan bersandar di kerusi pejabatnya.

"Si Omar call aku mengamuk gila wei. Naik cair taik telinga aku."Sambung Luq lagi.

Gib menghelakan nafasnya. Dia pun tak sangka yang dia mampu berdepan dengan situasi itu. Tetapi melihat respon positif bapa Farah apa salahnya dia mencuba. Dia inginkan Farah menjadi miliknya. Kekasih halal untuknya.

"Sekarang kau dah lamar dia terang-terang depan bapak dia. Minggu depan nak tunang. Aku memang tak sangka wei, Berdesup kau buat kerja."

Gib tarik nafas dalam. Dan perlahan-lahan di lepas. Luq ni mengalahkan mak cik bawang.
Semua benda nak tahu. hailah Jasmine macam manalah kau boleh duduk sebumbung dengan 'Memberita' semasa ni.

"Kau datang ofice aku semata-mata nak cerita pasal ini je ke? Kalau bukan hal pejabat sila keluar. Aku banyak kerja lagi nak buat. Cerita kau ni, Sama juga boleh buat telinga aku cair tau." Akhirnya suara Gib kedengaran juga.

"Perhh belagak sial.. Tahu la nak up satu level." Perli Luq. Lelaki itu berdiri dan suit di tubuhnya di kemaskan.

"Apa-apa pun aku nak ucapkan tahniah sahabat jaga dia baik-baik kau fahamkan maksud aku."Kata Luq lagi. Gib hanya mengangguk. Matanya di pejamkan.

"Okey Bro aku gerak dulu." Pamit Luq lalu dia terus melangkah keluar dari ruangan bilik pejabat Gib.

Gib melepaskan lelahkan sedikit kasar. Telefon yang berbunyi di atas meja terus di capai lalu simbol hijau di tolak ke tepi.

"Speak."Ujarnya tanpa nada.

"Farah went out with her father. The bastard was still following her." Gib mengepal penumbuk erat apabila mendengar butir bicara di hujung talian.

"keep an eye on her."Ujar Gib tegas.

"Si Moster."

Talian di matikan. Telefon di tangan di genggam erat. Gib menunduk sedikit laci di di tepi di buka. Wallet dan VR46 riding motorcycle gloves di sarungkan di tangan Kunci Superbike BMW S1000RR di capai lalu dia terus berdiri. Telefon dan Wallet sudah kemas tersimpan di dalam poket suit berwarna kelabu dan suit itu di butang kemas. Helmet yang berada di tepi meja di ambil dan terus melangkah meninggalkan bilik itu.

.......

Warung kecil berdekatan rumah mereka menjadi tempat pilihan dua beranak itu untuk mengisi perut. Ada sahaja yang di ceritakan Farah mengenai kerja pada Megat Othman.
Kadang-kadang ada juga tawa kecil yang keluar dari bibir merah delima itu.

Dari pakaian Farah gadis itu hanya memakai Tshirst berlengan panjang berseluar tracksuit sahaja dan hanya memakai selipar biasa. Simple namun tetap nampak cantik.

"Roti canai sarang burung special satu, Roti tisu satu. Milo ais. Kopi kaw suam." Satu per satu hidangan di hidangkan di atas meja makan dua beranak itu.

"Terima kasih pak mail."

"Sama-sama. Ish lah besar panjang dah kamu."Kata lelaki berusia itu.

Farah hanya tersenyum.

"Hat bujang tu la mai sekali ka man?" Soal Pak mail. Kerusi di sebelah Megat Othman di tarik lalu punggung di labuhkan.

"Daq, dok lena lagi. Aku suruh dia mai beli makan. Diam-diam dia pi masuk bilik anak dara ni pi sambung lena." Bebe Megat Othman. Kopi suam di hadapannya di hirup perlahan.Pak mail melepaskan tawa kecilnya.

Bunyi deruan enjin motor berkuasa di tinggi itu membuatkan kebanyakkan orang di warung itu tertumpu pada susuk tubuh bersuit kelabu yang baru sahaja turun dari sebuah superbike yang sengaja di letakkan di tepi warong itu.

Gib membuka helmetnya lalu rambutnya di betulkan sedikit. Helmet di letakkan di atas tank. Lalu dengan kemas dia melangkah mendekati meja Farah dan Megat Othman.
Butang di suit itu di buka. Terserlah ketampannya. Semua mata masih tertumpu kepada.

"Assalamualaikum Abah" Sapanya lembut.
Hampir jatuh rahang Farah apabila melihat lelaki itu sudah berada di depan mata.

Gibran Hans baru beri salamkan? Jantungnya berdengup laju.

"Waalaikumusalam duduk Gib."Pelawa Megat Othman setelah mereka bersalam.

"Farah awat hang tak habaq bakal menantu abah nak mai makan sekali."Soal Megat Othman membuatkan Farah yang leka memandang Gib terus tersedar.

"Aarr.." Otaknya ligat memikir. Bila pula dia ajak Gib sarapan bersamanya. Tahu-tahu saja bakal suaminya muncul eh!

"Dia malu la tu abah."Sampuk Gib apabila melihat Farah terdiam.

"Awat nak malu pula. Hailah anak dara soang ni." Megat Othman mengelengkan kepalanya.

"Ha, Mail ni bakal menantu aku Gibran.
Gibran ini Pak mail tauke warung ni." Megat othman memperkenalkan Gib kepada Pak mail.

Gib tersenyum lalu di hulurkan tangan menyalami lelaki berusia itu.

"Uiih segak hoi bakal menantu hampa." Ujar Pak mail. Tersengeh dia memandang Gib.

"Duduk-duduk." Pelawa Pak Mail.

Gib kembali duduk di sebelah Farah. Wajah kemerahan gadis itu sudah ketara tahu la dia Farah mungkin menahan malu. Mana tidaknya kuat suara Megat Othman memperkenalkannya pada kenalan lelaki itu.
seperti ingin memberi tahu seluruh orang yang berada di warung itu.

Farah menunduk menahan malu. Sedikit demi sedikit makan roti canai sarang burung itu di sumbat di dalam mulutnya.

Sambil melayani Megat Othman dan Pak mail berbual mata Gib berlanggar dengan renungan tajam seseorang. Tanpa menunggu lama susuk tubuh itu terus beredar setelah membuat pembayaran.

Gib melepaskan keluhan perlahan. Dia dah kembali setelah sekian lama menghilangkan diri. Dan sekarang kembali ingin menyemai benih yang lama mati.

(",) Hi semua selamat berpuasa.. Untuk BL didi kan update seminggu sekali. ( Slow Update) Sebab Bulan ni agak sibuk. maaf ye korang.

Share this novel

norsila
2022-04-10 21:55:33 

siapo kah ituuuuu??? musuh lamo farah ko? siapo????emat dah mati..tu siapo lak? hantu ko? hahaha..suspen lak


NovelPlus Premium

The best ads free experience