Chapter 26

Action Series 136577

Gambar yang baru sahaja di terimanya melalui whatsapp itu di pandang dengan penuh kemarahan. Handphone yang berada di tangan itu di genggam kuat sebelum di hempas ke atas meja kerjanya.

Mesej yang di hantar oleh anak buahnya itu betul-betul buat hatinya terasa panas. Kemesraan pasangan di dalam gambar itu buat dia makin berdendam.

Dia tidak suka dengan raut wajah musuhnya itu. Kelihatan sangat bahagia walaupun bibir itu susah untuk mengukir senyuman. Dan bertambah berang apabila pasangan itu akan berkahwin dalam masa terdekat.

Bibirnya mula tersenyum sinis. Dia tidak akan membiarkan pasangan itu tersenyum bahagia. Rancangan jahatnya untuk hapuskan musuh utama mula bermain di fikirannya.

Wajah orang kanannya yang berada di hadapan itu di pandang tajam sebelum bersuara.

"Liam, aku nak kau buat sesuatu untuk aku kali ni. Dan kali ini aku tak nak kau gagal lagi macam sebelum ni. Faham?"

"Bos nak saya buat apa?" Tanya Liam dengan dahi berkerut. Dia tahu segala rancangan bosnya itu memang di luar jangkaan sesiapa pun.

Si dia tersenyum sinis apabila mendengar soalan yang di lontarkan kepadanya.

"I will tell you tonight. Pastikan semua orang ada sekali. Aku tak nak seorang pun lewat."

Liam mengangguk sebelum dia berlaku dari ruang pejabat yang terdapat di rumah Agam milik ketuanya.

Sebaik sahaja kelibat Liam tidak kelihatan, dia mula tersenyum nakal sambil terbayang sekiranya rancangan kali ini berjaya.

"Walaupun kau sudah menjadi isteri kepada Emeer Hayyes nanti, aku tetap akan pastikan kau menjadi milik aku, Thea Hazel." Gambar Thea di tangannya di usap lembut sambil bibir mengukir senyum.

Can't wait to see you, my dear.

------------------------------------------------------------------------------------------

"Aku nak kau pastikan setiap sudut di dalam Ballroom tu nanti ada budak-budak yang mengawal. Dan setiap kehadiran tetamu hanya di benarkan sekiranya ada kad jemputan."

"You don't have to worry about that.Aku dah settle semuanya. Dan kad jemputan kau itu, aku dh suruh bahagian IT buat barcode untuk kita senang kenalpasti setiap jemputan tetamu yang hadir." Terang Shawn kepada Emeer yang sedang bersandar di kerusi sofa di rumahnya.

Air pepsi di dalam gelas di capai lalu di teguknya perlahan. Wajah Shawn di pandangnya. Sesuatu perkara berain di fikirannya sejak petang tadi tetapi dia tidak berpeluang untuk beritahu sahabatnya itu.

"Hurm.. Masa aku keluar dengan Thea, aku perasaan something. Someone ekori aku tapi aku tak pasti siapa. Aku nak kau siasat siapa. Suruh Uncle Zack godam CCTV dekat Mall tu."

Shawn mengeruhkan dahinya. Namun belum sempat dia bersuara, Eiden terlebih dahulu bersuara bersama satu kotak pizza yang baru sahaja di belinya.

"Kau yakin ke, along? Jangan libatkan Uncle Zack kalau kau tak yakin dengan apa yang ku rasa dan nampak." Dia melabuhkan punggung di sebelah Shawn.

Emeer tajam ke arah Eiden. Sehari kalau tak menyakitkan hati memang bukan Eiden namanya.

"You already know me, right Eiden Hayyes? Aku tak akan tuduh sebarangan dan itu bukan aku. Kau jangan nak mulakan ya."

Eiden mula tergelak kuat manakala Shawn hanya menggelengkan kepalanya.

"Along pasti tak akan menyesal lepas ini dengan melibatkan Uncle Zack?" Soal Eiden sambil mengambil sepotong pizza lalu di masukkan ke dalam mulutnya.

Soalan Eiden itu tidak di jawab oleh Emeer. Dia kelihatan diam sambil memikirkan apa yang cuba di sampaikan oleh adiknya itu dan dia faham dengan maksud soalan Eiden.

Siapa tidak kenal Carl Zackriey yang merupakan Pak Long mereka. Sikap Pak Longnya sama seperti daddy mereka. Tidak dapat di jangka setiap tindakan yang dilakukan olehnya.

Sekiranya kaitkan dia dengan masalah yang berlaku, jangan pernah harapkan pengakhiran yang baik apabila berkaitan dengan keluarganya.

"Don't worry, nanti along jumpa sendiri dengan dia. We need him as a back up." Jawab Emeer.

"Alright. But Eiden tak nak campur. Along uruskan sendiri." Jari telunjuknya di hala ke arah abangnya.

Emeer tersenyum sinis.

Berani betul budak ni tunding jari ke aranya. Sebelah keningnya di angkat.

"No. Along tak akan libatkan kau tapi Along nak kau uruskan sesuatu dengan Qash."

Purrr...

Air pepsi yang di teguknya itu terus tersembur tepat ke muka Emeer tanpa sengaja.

"What the ....... Eiden!" Marah Emeer sambil bangun dari kerusi lalu meangkah naik ke tingkat atas dimana biliknya berada.

Emeer mendengus kasar.

Manakala Eiden pula mula mengarukan kepalanya yang tidak gatal itu sambil tersengih kepada Shawn yang dari tadi diam sambil memerhatikan mereka dua beradik.

"Bad manner, Eiden."

"What? Aku bukan sengaja. Dah dia tu sebut nama Qash. Kau nak aku bagi reaksi macam mana lagi." Dia mula berasa tidak puas hati. Tisu yang berada di atas meja itu di ambil lalu mengelap sisa kecil semburannya tadi.

Pada masa yang sama juga, kata-kata abangnya tadi mula berputar di fikirannya. Sejak dari dulu, dia betul-betul alergik dengan seseorang yang bernama Qasha Iman. Mereka memang tidak sehaluan sejak dari dulu.

Eiden ketap rahangnya kuat. Abang dia sengaja mendera hati dan jiwanya.

Tanpa sedar, tawa Shawn yang di tahan sejak dari tadi terlepas juga. Shawn tergelak kuat apabila melihat muka cemberut serta dahu berkerut Eiden itu.

"Kau apahal, setan?!" Marah Eiden.

"What? I didn't do anything. Chill la bro. Qash je pun. Yang kau nak emo sangat ni dah kenapa?" Tubuh yang bersandar itu terus di rebahkan ke atas kerusi sambil sebelah tangannya di jadikan alas kepala.

Eiden merenung tajam wajah Shawn di hadapannya. Rasa seperti mahu sahaja dia menumbuk muka yang beriak sinis itu hingga pecah.

Kotak tisu di capai serentak dilemparkan ke arah Shawn namun sempat di sambung oleh lelaki kacukan itu. Belum sempat Shawn membalas, suara keras Emeer jelas kedengaran di telinga mereka berdua.

"Enough both of you." Emeer yang melangkah mendekati mereka berdua itu kelihatan baru sahaja selesai mandi.

Eiden mencebik.

Kena sembur dengan air pepsi je tapi sampai mandi bagai. Kutuk dia di hati.

"Kau tak payah nak kutuk along sangat, Eiden. Keputusan along tetap sama. You and Qash. Esok dia sampai, kau ambil dia dekat Airport." Arah Emeer.

Sekali lagi mata Eiden membulat.

"What?! No! Jangan harap Eiden nak dengar arahan Along kali ni." Dia terus bangun dan berlalu dari situ. Sempat la dia menghempaskan pintu tanda protes.

Emeer tergelak sinis manakala Shawn pula sekali lagi menghamburkan tawanya.

---------------------------------------------------------------------------------------------

"Ibu..."

Tubuh Puan Thalia yang sedang sibuk menyediakan minum petang untuk mereka sekeluarga itu di peluknya erat dari belakang. Muka Thea di sembamkan ke belakang tubuh ibunya.

Puan Thalia mengeruhkan dahinya.

"Hey.. Kenapa ni? Tiba-tiba je peluk Ibu ni. Thea okay?" Wajahnya di palingkan ke sebelah kanan. Ingin melihat wajah anak tunggalnya itu.

"Thea okay. Cuma penat dan bosan. Kenapa lama sangat Thea kena ambil cuti? Nanti habis la cuti tahunan Thea." Luah Thea pada Puan Thalia walaupun ibunya tiada kaitan langsung dengan kenyataannya itu.

Puan Thalia tersenyum mendengar omelan kecil anaknya. Tangan yang tadi bekerja itu terus mencapai pergelangan tangan Thea lalu di tarik lembut ke Island Kitchen. Keduanya melabuhkan punggung di situ.

"Masih fikir kerja ke sedangkan lagi satu minggu sahaja tinggal sebelum Thea bergelar isteri orang?"

Sememangnya Puan Thalia lebih suka bermain dengan kata-kata berbanding emosi. Sebab dia tahu macam mana hati anaknya. Nampak sahaja keras namun sebenarnya lembut.

Thea terkebil-kebil memandang wajah ibunya. Dahinya berkerut seribu.

"Wait. What do you mean, seminggu? Bukan ke majlis kahwin lagi 10 hari means dua minggu?"

Pipi Thea di usap dengan penuh kasih sayang sebelum Puan Thalia bersuara lagi sekaligus buat dia terperanjat.

"No. You have one week before your title will change to Mrs Emeer. Emeer call papa tadi. Dia nak cepatkan majlis dan papa setuju."

Mata Thea membulat.

"What?!"

Done!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience