Maisara cuba mempercepatkan langkah nya. Berkali-kali dia mengerling jam di pergelangan tangan yang menunjukkan 12:30 tengahari, Dia sudah lambat untuk berjumpa dengan kekasihnya.
Faizul Asfar sebut sahaja nama itu buat bibir gadis itu tersenyum bahagia.
.........
Bunyi kanak² yang sedang seronok bermain menjadikan senyuman mekar dibibir merahnya. keriangan kanak² ditaman permainan ini membuat dia rasa tenang dan bahagia.
Tapi mengingatkan kembali tujuannya ke sini serta merta senyuman gembira tadi hilang.
Faizul tunduk kecewa.
Dia sudah nekad untuk melakukannya.
Setelah berfikir selama 3 hari, Faizul memutuskan untuk membuatkan keputusan ini sekarang walaupun hatinya sangat menghalang dan tidak menginginkan tetapi ini terbaik untuk dirinya dan masa depan nya.. dan mungkin untuk Maisara juga.
_____________
Maisara tersenyum melihat Faizul sedang duduk menantinya, lantas kaki laju melangkah mendekati lelaki itu.
Faizul yang memakai baju T-shirt putih bersama seluar denim hitam panjang sedang duduk ditempat yang disedia ditaman permainan kanak².
Di sini tempat dia dan Faizul selalu berjumpa kerana suasana di tempat ini sangat menarik perhatian mereka, tambahan pula Faizul seorang yang sukakan budak².
Maisara melabuhkan punggung disebelah Faizul setelah dia berada dekat dengan lelaki itu.
"Sorry lambat, saya lewat bangun tadi" katanya sambil tersenyum manis ke arah Faizul
"Tak pah.. I pun baru sampai" Balas Faizul, Senyuman Maisara dibalas.
Melihat senyuman terukir manis dibibir gadis itu, perasaan serba salah menyerang dirinya. Faizul berfikir sejenak betulkah apa yang dia ingin lakukan ini adalah pilihannya?
Lantas pandangan laju dialihkan 'Kau kena buat Faizul' bisik hatinya
"Faizul, Awak ok tak ni.."
Teguran Maisara mengembalikan Faizul ke dunia asal. Dia angguk sebelum menjawab.
"Yaya I oke, Mai sebenarnya I nak jumpa you sebab I ada benda nak bagitahu"
Raut wajah Faizul yang berubah serius membuatkan Maisara rasa gelisah.
"Apa dia?" Tanya Maisara ringkas.
"I akan pergi UK minggu depan"
"Ok, Kenapa tiba² awak nak ke sana? Untuk apa? Lama kah? " Banyak soalan diajukan Maisara, risau!
"Lama sangat.. I minta maaf"
Faizul menutup mata cuba mencari kekuatan untuk mengatakan perkataan yang akan dia lepaskan
"I terpaksa putuskan hubungan kita, I nak study sana" Sambungnya
Terkejut Maisara dengan perkataan yang dilepaskan oleh Faizul serta merta jantungnya berlari laju.
"Kenapa kena putuskan hubungan kalau awak nak study luar?" Soal Maisara, Tidak puas hati bila mendengar perkataan yang keluar dari mulut lelaki itu.
Air jernih yang bertakung di kelopak mata Maisara cuba untuk ditahan, Hatinya terlalu sakit.
"I minta maaf Mai"
Soalan Maisara tidak dijawab, Faizul terus melangkah meninggalkan Gadis itu yang masih duduk kaku ditempat mereka.
"Oii makcik! kau fikir apa arr?" Sapaan Balqis membuat Maisara kembali ke dunia nyata
Serta merta Air mata yang jatuh membasahi pipi dihapuskan menggungakan tapak tangan, menutup semula kotak merah yang berada ditangan.
Niatnya ingin mengemas barang² lama yang ada dalam almari tapi terjumpa kotak yang dia simpan segala kenangan dan barang semasa bersama Faizul.
Teringat dia hari terakhir lelaki itu berjumpanya hanya ingin memutuskan hubungan sahaja, keputusan yang Maisara sendiri susah terima.
Susah untuk dia lupakan perkara itu walaupun sudah bertahun berlalu, malah hati dan perasaan Maisara masih sama tetap mencintai Faizul Asfar walaupun dia cuba untuk membenci tapi selalu saja gagal.
Share this novel