Rate

KERASUKAN

Horror & Thriller Completed 2349

Asalamualaikum. Sekali lagi Aku cuba menulis di ruangan fikyen shasya ni. tapi aku tak tau macam mana nak letak gambar pada cerita aku ni.
Cerita Aku yang kelmarin tidak disiarkan mungkin tidak menepati kriteria yang diperlukan. Salam kenal semua.. Aku Anisa, baru lagi disini. Aku sangat mengemari cerita atau novel2 genre seram.
Terpaksa slow down sikit sikit tengok-tengok cerita seram sebab time tu mengandung, kawan-kawan cakap tak bole tngok benda pelik-pelik. wallahualam la betul ke tidak.
Ni kisah yang Aku alami masa di PLKN Ayer Melaka.

Yang perempuan dipanggil wirawati, yang lelaki dipanggil wira. Kami diberikan bilik-bilik dan ditempatkan 7 orang penghuni, Aku, Ina, Yan, Bin, Azie, Anna (Cina), dan Moly (Cina). Kami
dibahagiakan kepada 4 kumpulan; Alpha, Beta,
Charlie dan Delta. Aku dari kumpulan Alpha. Nak
dijadikan cerita, ada sorang minah ni dari kumpulan
Charlie, Myra nama dia. Entah kenapa dari awal
daftar, aku macam kurang senang sikit dengan dia.
Suka berborak kuat-kuat ,ketawa terbahak-bahak.
Gaya anak orang kaya. Yan ada bagitau aku dia
orang Kuala Lunpur. Mak ayah lecture. Aku paling
menyampah perempuan yang asal ke mana-mana
mesti gedik. Seminggu dia kat kem, aku tengok dia
dah ada couple. Eksyen betul. Megah betul dialah
paling cantik. Tumpuan semua orang, asal nampak
jurulatih mulalah membodek. Aku bukan iri hati.
Tapi menyampah.
Myra tu bukanlah jahat. Cuma dia terlebih friendly,
plus sedikit gedik. Aku dengan Azie cukup-cukup
menyampah. Dahlah kami satu kelas dan satu
kumpulan. Dia sajalah nak jadi ketua. Tapi aku
redha. Ramai jugak yang tak suka dengan dia nih.
Setiap malam hujung minggu, kami diberi
kelonggaran untuk ke kantin. Ada skrin besar, ada
macam-macam cerita. Kali ni cerita Bukit Kepong.
Layankan sajalah aku cerita tu. Aku bukan jiwa
patriotic. Tapi bila tak tau nak buat apa dekat bilik,
aku pun datanglah kantin. Tiba-tiba aku nampak
Myra kena tampar dengan seorang minah. Tak silap
aku budak perempuan tu dari kumpulan Delta. Sesi
tarik-tarik tudung dan cakar-mencakar. Rupanya
bergaduh pasal Myra ni cuba mengurat pakwe dia.
Hadoi. Macam-macam. Malam tu disebabkan
perkara tu, semua Wira dan Wirawati dipanggil.
Kami didenda lari keliling padang lima pusingan.
Letih…
Keesokkan paginya, selepas sarapan, tengah-
tengah jurulatih bagi ucapan, tiba-tiba Myra keluar
dan terus naik ke atas pentas. Semua pandang.
Tiba-tiba dia bagi ucapan, tapi dalam berbagai-
bagai bahas. Kejap Cina, kejap Melayu, kejap India.
Semua pandang-pandang. Lepas tu mata Myra tepat
pandang ke arah jurulatih tadi. Terus ustaz baca2.
Myra pengsan. Perhimpunan dibubarkan. Semua
wira dan wirawati diarahkan untuk masuk ke kelas
masing-masing. Myra diberikan cuti.
Sebelah petang pulak, masa makan petang, Aku
nampak Myra tengah sorang-sorang. Dia senyap je.
Muka serius. Mata merah.Yan senggol bahu aku,
bagi isyarat jangan pandang lama-lama. Aku duduk.
Tengok meja Myra, banyak betul makanan dia. Dia
mkn telur sampai 5 biji, ayam 3 ketul, buah potong
3 bungkus, sayur melambak. Dia ramas-ramas nasi
dengan lauk, makan dengan rakus sambil
berdengus. Yang lain memandang. Terus cepat-
cepat ketua kami panggil jurulatih.
Nampak sahaja ustaz dan ustazah datang, Myra
membaling pinggan ke atas lantai. Sesi makan di
lantai. Ustazah memeluk Myra, ustaz membaca
ayat-ayat kursi. Tak lama lepas tu, Myra pengsan
dan dibawa balik ke biliknya. Malam tu, walaupun
bilik Myra jauh dari dorm kami, keseramannya tetap
terasa. Kami berlima membaca surah Yassin. Bin
pandai jugak bab-bab agama. Dia secara sukarela
telah memagar keliling dorm. Tak lama kemudian,
dalam kesunyian malam tu, kami terdengar suara
menjerit. Aira dari dorm sebelah cakap Myra
mengganas. Jangan pergi bilik air.
Cerita bab bilik air ni pun ngeri. Bilik air tu jauh.
Kalau nak jalan malam-malam nak pergi bilik air tu
memang menakutkan. Dahlah bilik air tu seram je
suasananya. Nak pergi mesti berteman. Jurulatih
perempuan datang minta kunci semua pintu. Tak
lama kemudian, kami terdengar beberapa suara
orang menjerit. Terpekik-pekik macam orang
hysteria. Malam tu memang kami semua tak tidur.
Keesokan paginya, tiada aktiviti senaman. Pukul 9
semua dipanggil berkumpul. Bacaan Yassin dibuat
beramai-ramai. Khabarnya malam semalam Myra
buat hal. Dia masuk dorm-dorm yang tak berkunci,
lepas tu cekik salah seorang dalam dorm tu. Seram
wei. Myra dikuarantin, duduk dalam bilik ustazah.
Selepas bacaan Yassin, aku dengar lagi Myra
menjerit. Berlari-lari keliling dorm. Tak tahu macam
mana dia boleh keluar dari bilik ustazah. Meracau-
racau sambil tangannya menggenggam pisau. Kelam
kabut semuanya! Jurulatih, ustazah, ustaz
semuanya meluru pergi mendapatakan Myra. Kami
semua teruskan bacaan Yassin lagi sekali.
Akhirnya, selepas beberapa jam meracau-racau,
bersilat bagai, Myra pengsan. Mata sembab. Myra
dibawa semula ke bilik. Ambulans datang bawa
Myra ke hospital. Tangan dia berbekas torehan,
badan pun luka-luka. Kesian jugak bila tengok
keadaan dia. Apa masalahnya sampai dia jadi
macam tu?
Dua hari kemudian, Myra balik dari Hospital. Dia
dikecualikan terus dari menyertai PLKN. Nampak
susut badan dia. Hujung minggu, ibu dan ayah Myra
datang. Dia akan dibawa berubat kampung. Sempat
aku bersalaman dengan ibu Myra. Myra keluar. Masa
aku nampak dia tu, dia tengah duduk dalam kereta
sambil ketawa mengilai-ngilai. Mata tepat pandang
aku. Apa lagi? Berlarilah aku balik dorm. Kata Azie,
Myra tu mulut celupar. Dalam bilik air hari tu, dia
boleh pulak cakap besar. Dia cakap bilik air tu tak
ada shower, kerajaan miskin, duduk hutan, lepas tu
macam berhantu. “Aku tak takutlah semua tu!” Kata
dia. Lepas tu tiba-tiba dia terpekik-pekik,
kononnya nak cari, mana hantu. Mungkin juga
disebabkan perlakuan dia tu, dia jadi macam tu.
Entahlah, sampai sekarang tak ada sesiapa yang
tahu kenapa Myra boleh jadi macam tu. Ustaz pesan
pada kami semua, kalau terjumpa benda yang pelik,
jangan ambil. Jaga kelakuan sebab kita semua
dalam hutan. Jangan suka-suka, ini tempat dia
jugak. Ada lagi beberapa cerita yang seram sewaktu
aku di PLKN nanti aku akan story lagi.
Assalamualaikum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience