Apabila televisyen menyiarkan produk kecantikan atau ubat kurus, pasti Arwa menutupnya.
Dia sudah terima dengan keadaannya yang sekarang ini. Biarlah orang tak mahu berkawan dengannya lagi. Tak boleh bawa mati pun. Boleh je bahagia dengan orang yang masih ikhlas berkawan dengannya.
Arwa membaringkan dirinya di atas katil. Wajah lelaki yang Arwa tunggu itu hadir sekelip mata.
Arwa bangun duduk.
" apa masalah kau ni, Arwa?" tanyanya sendiri
"kenapa perlu ingatkan dia? Kau dengan dia dah lama tak jumpa tahu? Kalau jumpa pun, pasti dia lari macam orang lain bila tengok badan gajah kau ni " ujar Arwa pada dirinya sendiri.
Arwa baring semula. Arwa cuba melelapkan mata. Paksa dirinya untuk tidur.
---
Keesokkan harinya...
Telefon Arwa berdering.Arwa mengapai-gapai tangannya untuk mengambil telefon itu.
"hai mama" sapa Arwa nak tak nak.
Mama itu adalah adik bonda. Mama seorang yang berada. Disebabkan mereka tidak mempunyai zuriat, Arwa dianggapkan sebagai anak kandung mereka.
"dah ada di airport ke? " tanya mama
Arwa tersentak!
Arwa melihat jam di dinding. Jam sudah menunjukkan angka 8. Ini bermakna Arwa ada masa 30 minit untuk sampai di sana. Penerbangan Arwa pukul 9. Untuk tiba di lapangan terbang, ia mengambil masa 35 minit. Jadi Arwa memang sudah terlambat.
Serta merta Arwa bangun. Telefonnya dibiarkan di atas katil.
"Arwa, awak terlebih tidur lagi ke? " tanya mama
Senyap!
Mama senyum. Macam-macam karenah Arwa ni seorang.
---
Arwa mencari parking kereta . Dalam masa yang sama, Bella menghubungi Arwa. Dengan kelam kabut, Arwa berjalan masuk ke dalam lapangan terbang itu.
"nak apa, Bell? " kalut Arwa
"harini kau pergi Europe kan?" tanya Bella
"jangan lupa ole-ole kat aku" pesan Bella
"ha.. Ye la.. Ye la.. Aku dah lambat ni. Letak dulu"
Arwa mematikan panggilan.
---
Adyka melihat Warda dan Zakry yang sedang menikmati makanan yang berada di hadapan mereka.
"mummy.. Daddy, Adyka nak pergi Europe " beritahu Adyka
Serta merta tumpuan Warda dan Zakry beralih kepada Adyka.
"nak buat apa pergi sana? " tanya Warda
"Adyka nak jemput kawan-kawan Adyka kat sana. Diorang kan jadi partner kerja dengan Adyka" jawab Adyka
"kenapa tak tunggu kat airport je?" tanya Zakry
" Lagipun Adyka nak jumpa abang Andyka." sambung Adyka
"nak jumpa abang Andyka ke nak cari dia lagi? " tanya Zakry
Adyka hanya senyum tawar.
"Adyka dah tak nak cari dia lagi, daddy. Mungkin kami tak ada jodoh. Biarlah dia jadi kenangan Adyka. Kenangan manis yang Adyka sukar nak lupa. "senyum Adyka
"kesian la anak mummy sorang ni" Warda mendekati Adyka
"Adyka beri peluang kepada perempuan lain ya.. Cuba terima mereka" nasihat Zakry
"Adyka cuba, daddy" balas Adyka
"bila flight? " tanya Warda
"pukul dua" beritahu Adyka
"Airy.. . Dah lama kan kita tak pernah Europe?" tanya Warda pada Zakry
"haah. Nanti kita pergi lagi.. Okay pretty?" balas Zakry
Warda angguk setuju.
---
Arwa membaringkan dirinya di atas katil. Telefonnya berdering lagi. Arwa menjawab panggilan itu.
" Arwa... "
"ada apa lagi? " tanya Arwa
"bila kau nak balik? " tanya Bella
"Lusa.. Kenapa? " tanya Arwa
"aik, kejapnya" heran Bella
"aku pergi Europe bukan untuk enjoy, Bella .. Kau tahu bos aku yang gila tu macam mana? Dia suruh aku cari kain kat sini sedangkan benda boleh beli online. "geram Arwa apabila teringatkan semula tujuannya di sini
"macam sengaja nak menyusahkan kau je"
"tahu tak pa" geram Arwa
"tapi tak pa la.. Dapat la jumpa mama papa aku sekejap. Dah lama tak melawat diorang kan"
"haah. Aku nak beritahu kau ni" ujar Bella
"apa? "tanya Arwa
"Rizal datang jumpa aku tadi. Dia kata dia call,kau tak angkat, dia mesej kau tak balas. Dia tanya aku,kau pergi mana" beritahu Bella
"pastu kau kata apa? " tanya Arwa
"aku kata kau duduk dalam zoo dengan gajah" gelak Bella
"hahaha, bagus Bella. Biar padan muka dia" balas Arwa
"aikk, happy je ni"pelik Bella
"apa yang jadi malam tu?"tanya Bella
"nanti aku balik, aku beritahu kau" ujar Arwa
Tetiba pintu bilik Arwa diketuk.
"Bella, kita stop dulu. Aku ada hal la" ujar Arwa
Bella mematikan panggilan.
Kemudian Arwa bangun membuka pintu.
"kenapa mama? " tanya Arwa
"mama risau la tengok Arwa sekarang. Makin besar. Makin mengembang badan ni. Arwa dah obesiti tahu tak? " risau Mama
Arwa hanya senyum.
"mama tolong Arwa ya"
"tak perlu.. Biar Arwa usaha sendiri" tolak Arwa
Mamanya itu bukan tak pernah hulurkan bantuan kepada Arwa. Namun Arwa sendiri menolak. Kerana Arwa mahu mereka hormatkan keputusannya, jadi mama dan papanya mengalah saja.
"kesian kamu. Mama harap akan ada juga bahagianya nanti" lembut mama usap rambut Arwa
Arwa mengukirkan senyuman.
---
Dua hari kemudian, Arwa duduk di ruang VVIP dalam penerbangannya pulang ke Kuala Lumpur.
Begitu juga Adyka dan tiga rakannya iaitu Zul, Hud dan Luth. Mereka juga berada di ruang VVIP. Selang tiga kerusi dari Arwa.
Arwa melihat mesej dari Rizal.
Rizal: Arwa, mana awak?
Rizal : boleh saya jumpa awak?
Rizal : kita jumpa kat tempat biasa
Arwa menutup telefonnya.
Lantak hang la!! Hang jumpa diri hang sendiri!,gumam Arwa
Arwa melihat pil kurus di dalam begnya. Arwa berfikir panjang. Patut ke dia makan pil kurus ni atau tidak?
Sedangkan dia sudah tahu, sekiranya dia makan, dia akan mendapat sakit. Arwa teringatkan dirinya ketika dahulu.
Tanpa buang masa, Arwa terus menelannya. Air diminum.
Selang 10 minit, tangan Arwa mula terketar-ketar. Perut Arwa mula meragam. Arwa sudah berasa tidak selesa. Tetiba Arwa terjatuh ke lantai.
Pramugari-pramugari itu menuju ke arah Arwa. Mereka cemas.
"Announcement to all passengers "
"There's an emergency patient on board. If there is doctor on board, please let the flight attendants know"
Zul pandang Adyka.
"tolong la" suruh Zul
"abang kau kan doktor.. Kau pun tahu benda basic. Pergi la" suruh Hud
"itu abang aku.. Bukan aku" balas Adyka.
Adyka seorang yang bijak. Disebabkan mak su Adyka iaitu adik Zakry ( Zara) seorang doktor... Dari kecil lagi, Zara mengajar mereka tentang keselamatan. Apa yang perlu mereka buat sekiranya ada kecemasan begini. Oleh itu mereka mengetahui benda yang basic saja kecuali Andyka kerana Andyka sudah menjadi doktor pakar.
Apabila Adyka melihat tiada sesiapa yang datang ke ruang itu, Adyka meletakkan jaketnya ke tepi. Adyka bangun dan menuju ke arah Arwa.
"tolong saya" lemah Arwa
Arwa melihat seorang lelaki berdiri di hadapanya.
Apa masalah kau ni, Arwa? tengah sakit pun kau masih nak bayang muka dia kenapa?, getus hati Arwa
Adyka melihat Arwa yang lemah itu. Muka Arwa begitu pucat.
"Luth, cuba kau tengok dalam beg dia ada apa." suruh Adyka.
"mana tahu ada alat pernafasan ke apa ke"
" what should I do? Should I bring the emergency kit? " tanya pramugari itu
"and ringer's solution, hot packs.. No,bring everything you have" jawab Adyka
Luth menuangkan barang-barang Arwa yang berada dalam beg ke lantai.
Segala pil-pil kurus berada di dalam beg itu. Tetiba mereka berempat terlihat kad pengenalan Arwa. Mereka juga melihat gambar Arwa ketika Arwa cantik dan kurus.
Mereka tersentak.!
Kemudian mereka memandang antara satu sama lain.
Selang 15 minit,mereka mengangkat Arwa ke tempat duduknya. Adyka pandang Arwa.
"Zul, kau kan selalu ada benda-benda merapu." ujar Adyka
"so? "
"ada jambang, janggut dan misai tak?" tanya Adyka
Zul, Hud dan Luth tersentak!
---
Arwa membuka matanya perlahan-lahan. Arwa terpandang seorang lelaki di hadapannya.
Arwa memegang kepalanya. Pening!
"who are you? " tanya Arwa
Arwa memerhatikan keadaan sekeliling.
"saya ada kat mana ni?" pening Arwa
"kita ada kat udara" jawab Adyka
"Huh?" terkejut Arwa
"kita dalam flight la" beritahu Adyka
Arwa hembus nafas lega. Ingatkan dia dah mati.
Arwa melihat tangannya yang disuntik itu dan dimasukkan air.
"Si... Siapa yang buat saya macam ni? " tanya Arwa
"macam tu ke cara awak berterima kasih?" tanya Adyka
"maafkan saya..kalau awak yang cucuk, tolong keluarkan" Arwa memejamkan matanya
Arwa memberi tangannya kepada Adyka.
"cepat la keluarkan...saya takut jarum. Tengok tangan saya kena cucuk dah sesak nafas dah ni. Pengsan lagi saya nanti" kalut Arwa
Adyka membantu Arwa membuang jarum yang mengalirkan air ke dalam tubuh Arwa itu.
"dah" beritahu Adyka
Arwa membuka matanya. Arwa melihat tangannya sudah di lekatkan kapas.
"saya nak tanya awak.. Apa tujuan awak buat macam tu?" tanya Adyka
"saya buat apa? " Arwa menyoal Adyka semula
"awak ambil pil kurus dan pil tidur" ujar Adyka
"awak geledah beg saya ke? Itu dah masuk campur privasi saya tu!" marah Arwa
"shut! Jaga suara awak tu. Ingat kita kat mana" tegur Adyka
"saya geledah beg awak sebab awak sakit. Mana tahu awak pengsan sebab awak penat ke? Dan awak tak sempat ambil bantuan pernafasan " beritahu Adyka
Arwa hembus nafas berat.
"saya bukan tak nak berterima kasih pada awak. Tapi awak dah menceroboh privasi saya. Selamatkan saya sudah la. Tak payah nak sibuk geledah beg saya macam tu je" marah Arwa namun suaranya masih dalam kawalan lagi
Adyka hanya pandang Arwa.
"Adakah saya baru saja selesai selamatkan orang daripada bunuh diri? " fikir Adyka
"eh hello, tak ada maknanya saya nak mati dengan ambil pil tu. Saya masih tahu la dosa pahala" balas Arwa
"terima kasih selamatkan saya. Pergi duduk jauh. Saya tak nak tengok muka awak lagi-lagi saya langsung tak nampak mulut awak" kutuk Arwa
"macam mana awak makan eh? Simpan jambang, misai dan janggut sampai panjang macam ni? " tanya Arwa
"urus hal awak sendiri. Tak payah masuk campur hal saya" balas Adyka
Arwa menjeling. Arwa menarik selimut menutup muka.
"by the way, saya nak balas budi awak. Ada apa-apa nanti beritahu la" ujar Arwa dalam selimut
Adyka hanya berjalan duduk di tempatnya semula. Arwa membuka sedikit selimutnya. Lelaki berjambang itu sudah tiada.
---
Arwa berdiri di hadapan keretanya. Macam manalah dia nak memandu sedangkan dia berasa dirinya lemah.
Arwa masuk ke dalam kereta. Kepalanya disandarkan di kerusi kereta. Arwa memejamkan mata.
Tetiba pintu kereta Arwa dibuka. Arwa membuka matanya.
"duduk sebelah" suruh Adyka
Arwa pandang Adyka lagi.
"duduk la sebelah. Biar saya drive. "
Arwa pandang Adyka lagi. Terkejut!
Kenapa mamat ni boleh ada kat sini? Aku ingat dia blah dah, bisik hati Arwa
"awak nak saya angkat awak ke? "tanya Adyka
"duduk sebelah. Biar saya drive. Kalau saya biar awak drive, nanti awak masuk hospital sebab kemalangan pula"
Ewah-ewah mamat ni! Macam dia pula suami aku, bisik hati Arwa
Tapi bagus juga orang offer pun, aku memang tak larat ni, getus hati Arwa
Arwa keluar dari tempat pemandu. Adyka dan Arwa masuk ke dalam kereta.
Adyka mula memandu.
"kenapa tak nak masuk hospital je tadi? " tanya Adyka
"suhu badan awak rendah untuk saiz badan awak" beritahu Adyka
"saya ada sebab sendiri" balas Arwa
Arwa pandang ke tingkap. Tetiba kereta mereka hampir lalu ke arah rumah Rizal.
"kat simpang tu masuk kiri " beritahu Arwa
Apabila Adyka membelok ke arah kiri seperti yang diminta oleh Arwa, Arwa meminta Adyka berhenti kereta di situ.
"awak tunggu sini" ujar Arwa
Arwa keluar dari kereta. Arwa berlari ke rumah Rizal.
Alangkah terkejutnya Arwa apabila melihat Rizal bersama seorang perempuan. Mereka juga berpegangan tangan.
Arwa mengukirkan senyuman.
Baguslah Rizal sudah menemui orang yang sudi menerimanya sepenuh hati. Mujur mereka sudah tiada hubungan. Kalau tidak,sampai bila-bila Rizal akan hidup dalam kepalsuan.
Selama tiga tahun mereka bertunang, sikit pun Arwa tidak ada perasan cinta pada Rizal. Dari awal mereka kenal lagi, Arwa sudah beritahu yang dia tidak mahu bercinta dengan Rizal. Selama ini Arwa hanya menganggap Rizal kawan baiknya seperti yang dijanjikan dulu. Bukan tunang!!
Arwa berjalan menuju ke dalam kereta semula. Tetiba Arwa melihat dirinya di dalam cermin kedai.
Hidup Rizal pasti sudah bahagia dengan pilihannya tapi aku?, getus hati Arwa
Adakah aku ditakdirkan untuk bersendirian sehingga aku hembus nafas terakhir?, getus hati Arwa lagi
Tetiba hujan lebat turun menimpa Arwa yang masih lagi berdiri tegak di situ.
"malangnya hidup aku" ujar Arwa pada dirinya sendiri
"tak la" muncul Adyka sambil memegang payung.
Arwa pandang Adyka.
Jujur Arwa merasakan situasi mereka sekarang ini sepertinya Arwa telah lalui suatu ketika dahulu. Dimana Arwa pernah lalui dengan lelaki idamannya.
"nasib awak tak malang pun" ujar Adyka
"saya datang selamatkan awak juga walaupun sudah terlambat" ujar Adyka. Ada makna yang tersirat.
Mereka berpandangan.
"awak masih tak nak berterima kasih lagi pada saya? " tanya Adyka
Arwa pandang ke arah lain. Mereka berjalan pergi di bawah satu payung yang besar.
"awak jauh sikit dari saya" suruh Arwa
"kenapa? " tanya Adyka
"tak malu ke jalan dengan saya ni? Walaupun saya tak nampak muka awak sepenuhnya, tapi saya tahu awak ada rupa" balas Arwa
"biar la orang nak kata apa pun. Awak kan patient pertama saya walaupun saya bukan doktor" ujar Adyka
"so, I'll never leave you, not until I'm satisfied with your condition"
Arwa simpan senyum.
Entah kenapa dia berasa selesa dengan mamat jambang ini.
Share this novel