BAB 13

Family Completed 6948

Sara ketawa terbahak-bahak mendengar cerita Haikal. Wajah Haikal cemberut melihat Sara yang ketawa mengejeknya.

“Jodoh, jodoh! So, awak suka dekat dia?” tanya Sara.

Haikal menaikkan bahunya.

“Entah, baru jumpa sekali, macamana nak suka?” jawab Haikal.

“Comel tak? Mesti comel kan sebab muda lagi!” ujar Sara.

“Comellah,masih mudalah katakan.” balas Haikal.

“Beruntunglah, dapat bakal isteri comel!” usik Sara.

“Belum lagilah, saya masih pertimbangkan, saya masih belum kenal dia lagi.” ujar Haikal.

“Laa, habis tu kenapa tak kenal-kenal lagi dengan dia?” tanya Sara.

“Hmm, nantilah. Saya tak naklah tergesa-gesa, takut dia rimas pulak.” jawab Haikal.

“Wohh…ambil berat nampak??” usik Sara lagi.

“Diamlah!” Haikal pura-pura marah lalu menghirup jusnya.

Sara tersenyum. Tiba-tiba handphonenya berbunyi. Dia mencapai handphonenya di atas meja itu. Adam.

“Hello, walaikumsalam…” ujarnya.

“Sara, esok awak free?” tanya Adam.

“Free, kenapa?” jawab Sara. Haikal tersengih melihat Sara.

“Nanti saya ambil awak dekat rumah, lepas tu kita pergi rumah saya. Kan saya dah janji hari tu.”beritahu Adam.

“Betul? Wahh, tak sabarnya saya! Pukul berapa awak nak datang nanti?” tanya Sara teruja.

“Erm, pukul sepuluh.” jawab Adam.

“Okay, jumpa awak nanti! Assalammualaikum!” ujar Sara lalu mematikan panggilan.

“Amboi, happy semacam je?” tanya Haikal ingin tahu.

“Mestilah! Saya ada date esok!” beritahu Sara.

“Really, dengan sapa?” tanya Haikal lagi.

“Adalah~” usik Sara.

“Eleh, kedekut! Hah, apa cerita dengan peminat rahsia awak tu?” tanya Haikal.

“Hmm, tulah, saya dah tak terima apa-apa dari dia lagi.” ujar Sara sedih.

“Biar betul?” Haikal seakan tidak percaya.

“Betul…sedih aku.” ujar Sara lalu memuncungkan bibirnya.

“Sedih kenapa?” Haikal ketawa.

“Yela, mungkin dia dah tak suka saya, mungkin dia dah ada orang baru yang dia minat…” ujar Sara.

“Jadi, awak cemburu?” tanya Haikal.

Sara mengangguk.

“Yela, dulu dia bagi saya hadiah, surat…tapi sekarang tentu ada perempuan lain yang terima itu semua.” jawab Sara perlahan.

Haikal ketawa kuat mendengar kata-kata Sara.

“Awak ni peliklah!” ujar Haikal.

****************************

Adam menghela nafasnya dalam-dalam. Haikal yang sedang duduk di atas katil Adam hanya tersengih melihat gelagat adiknya.

“Nervous nampak?” usik Haikal.

“Mestilah abang, Adam kan nak kenalkan seorang yang penting dalam hidup Adam dekat family Adam. Mestilah Adam nervous!” balas Adam.

“Mesti dia comelkan?” tanya Haikal.

Adam mengangguk dengan senyuman.

“Abang tu pulak, macamana dengan Nurin?” tanya Adam.

Haikal mengehela nafasnya.

“Abang pun tak tahu Adam. Just wait and see.” jawab Haikal.

“Hmm, tapi Adam suka dekat dia. Sesuailah dengan abang.” tambah Adam.

“Yela, yela. Nanti abang usahakan. Hah, lebih baik kamu pergi cepat.” arah Haikal.

“Nak pergilah ni. Bye!” segera Adam keluar dari biliknya.

Setengah jam kemudian, Adam dan Sara tiba di rumahnya. Sara tersenyum pada Adam sebelum mereka sama-sama keluar dari kereta.

“Pa, ma, dorang dah sampai dah tu.” ujar Haikal yang sedang menuruni tangga.

Mendengar kata-kata Haikal, Dato’ Firdaus dan Datin Dahliah bangkit dari tempat duduk mereka lalu menuju ke pintu. Adam dan Sara tersenyum pada mereka. Sara menyalam tangan kedua orang tua itu.

“Pa, ma, ni la Sara.” Adam memperkenalkan Sara.

“Ohh, ini rupanya Sara. Masuklah. Haikal!” selepas mempersilakan Sara masuk, Datin Dahliah memanggil Haikal.

Mendengar nama itu, Sara terkejut lalu segera mencari pemilik nama itu. Saat matanya bertentang dengan Haikal, mereka berdua menunjukka reaksi terkejut. Namun begitu, rasa terkejut bagi Haikal adalah lain berbanding Sara. Segera Haikal memandang Adam yang tersenyum lebar.

Niat Sara untuk mendekati Haikal terbantut saat Haikal mengisyaratkan dengan matanya agar Sara tidak berbuat demikian. Sara yang terkejut, tertanya-tanya mengapa Haikal berbuat begitu namun begitu dia diamkan sahaja.

Selepas menjamu selera sambil bersembang di meja makan, mereka berehat di ruang tamu. Sepanjang Sara bercerita tentang kisahnya dahulu berkenaan dengan Adam di rumah anak-anak yatim.

Saat Sara bercerita tentang itu, Haikal menyumpah dirinya sendiri kerana cuai, cuai tidak mengambil tahu dan bertanya tentang kisah Sara dan Adam. Namun begitu, dia hanyalah insan biasa, manalah dia tahu itu aturan yang Allah telah tetapkan untuknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience