SEBULAN yang lalu,Harith sekeluarga datang ke kampung berjumpa dengan ayah dan ibu Iris.Puan Yasmin tak henti mengucap kata maaf pada keluarga Iris.
Sikapnya kini jauh berbeza dari yang dulu.Dia tidak lagi bercakap meninggi diri.Keluarga Iris menerima dengan senang hati.Mereka sedikit pun tidak pernah menyimpan dendam mahupun secalit kebencian.Bagi mereka apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.
Harith dan Intan juga telah berbaik semula.Intan juga sudah menyesal atas sikapnya.Dia kini menumpukan sepenuh perhatian pada anak mereka,Adini.Jelas keikhlasannya menerima 'keistimewaan' anak sendiri
Harith masih memerhati Iris dalam diam.Rasa kesal melepaskan Iris masih tersisa.Cuma dia masih cuba mengawal perasaannya agar tidak nampak ketara.Dia tahu Iris sudah tidak mempunyai apa-apa perasaan padanya yang melibatkan hati.Dia nampak cara Attar melayan Iris dan Iris pun nampak lebih bahagia bersama Attar.
"I rasa Harith masih ada perasaan pada you,Iris.Tengok lah cara dia pandang you dengan cara pandang I berbeza sangat."
Sambil ketawa,Intan berkata pada Iris.Ketika itu mereka berdua duduk di atas pangkin bawah pokok mangga.
"Perasaan itu hak masing-masing.Percayalah antara saya dah Harith dah tak ada apa-apa.Saya bahagia sekarang bersama abang Attar."
"Sebenarnya I nak minta maaf sangat pada you,Iris.I penyebab rumahtangga you dan Harith hancur."
Iris letakkan tangannya atas tangan Intan.
"Sudah lah Intan.Jangan ungkit lagi.Sekarang kita dah ada pasangan masing-masing.Ada anak.Semua orang berhak bahagia.Saya doakan awak dan Harith sentiasa bahagia.Percayalah,sikit pun saya tak simpan dendam ataupun perasaan pada awak dan Harith."
"You memang baik Iris.I yang jahat.Dulu I ego,sombong,bongkak.I dah dapat hukuman dari Tuhan sebab pernah lukakan hati you."
Mata Intan jatuh kepada Adini yang sedang bermain bersama Yusuf.Dulu dia menyesal memiliki anak 'istimewa' tapi sekarang tidak lagi.Dia rasa bangga mempunyai anak setabah Adini.Dan dia tidak akan membiarkan kekurangan Adini menjadi penyebab anak itu membesar tanpa keyakinan diri.Dia akan terus menyokong Adini.
Iris sekadar tersenyum nipis.Kalau tidak kerana Harith menceraikannya.Iris tidak akan bertemu dengan cinta hatinya,Attar.Dan dia sangat bersyukur sangat di temukan dengan Attar.Attar yang ikhlas menerima kekurangan dia.
"Intan,apa yang berlaku ada sebabnya.Saya yakin Harith akan menerima awak dengan sepenuhnya.Percayalah,awak boleh tawan hati Harith semula."ujar Iris menyakinkan Intan.
Intan tersenyum manis.Dia akan berusaha lebih lagi untuk menawan hati Harith seperti dahulu.
"Dan percayalah hubungan antara saya dan Harith dah lama berakhir.Sekarang saya bahagia sangat dengan suami saya.."ujar Iris lagi.Di saat itu Attar juga berpaling ke arah Iris dan melemparkan senyuman paling manis.
"Kat sini rupanya sayang.."Attar sengih sambil mendapatkan Iris.
"Ni buah jambu yang sayang suka.Abang dah siap potong."Attar letak sepinggan potongan jambu di hadapan Iris.
"Terima kasih abang.."kata Iris sambil tersenyum gembira.Ingatkan Attar dah lupa dia ada cakap teringin nak makan jambu.Agaknya Attar beli masa keluar ke kedai tadi.
Intan tersenyum melihat pasangan suami isteri yang terlihat bahagia di hadapannya.Sinar mata Attar membuktikan cinta dia pada Iris dan Iris kelihatan berseri-seri dengan cinta dan kasih sayang dari Attar.
Attar menyulam jari jemari Iris dengan jarinya.Di usap lembut pipi Iris.Yusuf sudah lena di ulit mimpi atas katil sebelah.Tadi petang bukan main seronok dia berlari di tepi pantai.Attar membawa Iris dan Yusuf bercuti ke Pulau Pinang.
Sebelum ke hotel,sempat mereka singgah di rumah Adawiyah.Bukan main seronok lagi anak-anak Adawiyah melayan karenah Yusuf yang bercakap agak becok.Anak bertuah tu ke mana saja pergi pasti ramai yang terhibur dengan keletahnya.
"Nak adik macam Yusuf lah.."kata Aqilah anak kedua Adawiyah.Mereka sudah lama tidak mempunyai adik kecil.Seronok sangat melayan karenah Yusuf.
"Umi dah tua.Kalau nak kena minta dengan mak usu.Suruh Mak usu lahirkan baby baru."usik Adawiyah pada Iris.
Saat itu Iris hanya tersenyum pada Attar.
"Yusuf dah boleh adik ni.Tak payah tunggu lama-lama nanti rugi.."tokok abang Fauzi.
"Betul tu.Bila anak ramai tak lah sunyi sangat.Tengok macam kami,anak semua dah besar panjang.Bila semua balik ke asrama sunyi saja rumah ni."tambah kak Adawiyah.
Dulu waktu anak-anak masih kecil.Riuh rendah saja keadaan dalam rumah.Tapi bila anak-anak dah mula masuk alam menengah,rumah makin sunyi.Nak tunggu riuh pun masa semua cuti sekolah.
"Letih sungguh Yusuf.Seronok sangat main kakak dan abang sepupu dia tadi.."kata Iris sambil berpandangan dengan Attar.
Attar ikut senyum.
"Tak sangka anak kita dah besar.Rasa macam baru semalam abang kahwin dengan Iris.."ujar Attar buatkan Iris tersenyum malu.
"Cepat sungguh masa berlalu.."tokok Iris pula.
"Sayang tahu tak apa yang abang rasa sekarang?"tanya Attar.
Iris geleng kepala.Teruja juga nak tahu perasaan suami sendiri ketika ini.Tadi petang sempat mereka bawa Yusuf bermain ditepi pantai berdekatan Hotel Bayview tempat mereka menginap.
Yusuf sangat aktif dan lasak hingga tidak menang tangan Iris dibuatnya Ada saja telatah comel Yusuf yang mencuit hati.Yusuf dah pandai 'pilih kasih' bila ada ayah,ibu pun dia tidak peduli lagi.Attar pula rajin menguruskan Yusuf.Dari buatkan susu hinggalah ke tidur Yusuf,Attar yang uruskan.Terserlah naluri kebapaan Attar disitu.
"Abang rasa,abang lelaki paling bertuah dalam dunia ni sebab abang ada Iris dan Yusuf."cetusnya sambil tersenyum bahagia.
"Iris pula,orang yang paling bahagia sekali sebab abang hadir dalam hidup Iris.Abang ada lah segalanya bagi Iris.Tanpa abang,Iris tak tahu hidup Iris macam mana sekarang.."luah Iris pada Attar.
"Iris sayang sangat pada abang.Sayang sangat-sangat..."katanya lagi sambil melentokkan kepala ke dada Attar.
"Abang lagi lah sayangkan Iris lebih dari segalanya.Iris pelengkap hidup abang.Abang janji akan bahagiakan Iris dan anak-anak kita hingga ke hujung nyawa abang."
Iris donggak kepala melihat muka Attar.
Attar tersenyum.
"Anak-anak?"Iris kerutkan kening.
"Abang rasa dah tiba masanya untuk kita bagi Yusuf adik."kata Attar senyum sambil jongketkan kening sebelah.
"Iris okay saja.Abang tu boleh ker nak kena layan alahan selama sebulan."Iris sengih.
"Untuk Iris yang abang sayang sangat ni.Abang akan harungi apa jua dugaan yang mendatang.."sambut Attar sambil tersenyum lebar.
"Lepas ni abang kena ambil cuti sepsiap untuk sebulan."Iris sambung gelak.
"Abang dah sedia.."ujarnya sambil leretkan senyuman pada Iris.
"I love you abang...."ucap Iris sambil memandang tepat ke dalam mata Attar.
"I love you too sayang..forever..."balas Attar dan terus menutup lampu bilik.Hanya deruan nafas mereka sahaja yang kedengaran.Iris sudah tenggelam dalam lautan cinta Attar.
Ya Allah,terima kasih untuk segalanya yang Kau berikan.Untuk abang Attar,terima kasih tak terhingga untuk cinta sempurna yang penuh Keikhlasan Yang Tertulis!
Alhamdulillah siap juga akhir Keikhlasan Yang Tertulis.. Terima kasih buat semua readers yang sudi membaca dan rewards karya SL dari mula hingga habis.. Terima kasih juga kerana setia menunggu di saat SL sekeluarga tidak sihat.. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan SL sekeluarga.. Maaf tak dapat nak balas komen satu persatu.. Salam sayang dari Sakura Leo untuk semua :)
Share this novel