BAB 11

Short Story Completed 93520

Pagi lagi Arjuna keluar berseorangan.Dia memandang ke arah tanah perkuburan yang bersemadinya arwah bapa mentua.

Kakinya melangkah satu persatu melalui setiap kubur yang ada.Dia berdiri betul-betul dihadapan kubur bapa mentuanya, Baharin Zain.

Tangannya membersihkan sedikit permukaan tanah kubur itu."Asalamualaikum...Abah.Saya Arjuna Basith suami Ratna.Saya nak minta maaf sebab kahwin dengan Ratna tanpa pengetahuan sesiapa dan banyak sakitkan hati puteri Abah"ucap Arjuna memandang jauh.

Nisan dibersihkan dan dibacakan doa buat bapa mentuanya itu."Juna janji dengan Abah.Juna akan bahagiakan Ratna dan jaga keluarga Abah dengan baik"ucapnya.

Dalam dia mengelamun.Bahunya disentuh dari belakang.Dia berpaling memandang gerangan yang menyapanya.

******

Ratna dan Indah sedang memilih sedikit sayur untuk dimasak nanti.Memandangkan Arjuna balik lepas zohor dia mahu masak sedikit buat suaminya itu.

"Ada orang tu balik dari luar negara terus bunting.Tah anak sapa pun tak tahu.Ingat muka baik jaga maruah rupanya maruah murah" kata mulut-mulut tempayan dibelakang Ratna dan Indah.

"Dia cakap pasal kita ke?"soal Indah pada Ratna.

"Biarlah diaorang tak tahu cerita"kata Ratna pada Indah.

"Yeke Nab.Bunting ni mesti anak mat salleh mana dia sondol"kata Makcik Gayah.

"Ya aku nampak dengan mata aku dia berdua-duaan siang-siang hari"balas Makcik Zainab.

Indah panas hati.Dia berpaling kepada kedua-dua murai yang mulutnya busuk.

"Amboi Makcik Nab dengan Makcik Gayah bukan main ya.Siang-siang hari terang-berderang ni duk bercerita pasal orang"marah Indah sambil bercekak pinggang.

Ratna memegang lengan Indah.

"Akak duk diam biar Indah settle masalah dengan mulut murai tempayan ni"kata Indah.

"Kau cakap aku mulut murai tempayan.Kurang ajar punya anak Samsiah ni" balas Makcik Zainab.

"Dia mengata orang dulu pastu dia yang panas"kata Indah.

*******

Arjuna bersalaman dengan lelaki lewat 60an dihadapannya ini."Minta maaf Pakcik ganggu kamu, Pakcik tak pernah nampak kamu dekat sini.Lepastu kamu ziarah kubur Baharin.Setahu Pakcik anak arwah perempuan dua-duanya"kata lelaki itu.

"Macam ni Pakcik.Saya sebenarnya menantu kepada arwah Pakcik Baharin ni.Saya suami Ratna"ujar Arjuna.

"Ohh suami Ratna.Maksudnya kamu bukan orang sinilah.Patutlah Pakcik tak pernah tengok muka kamu.Nama Pakcik Zainal, kawan kepada arwah Pakcik Baharin ni"ujar Pakcik Zainal.

"Oh yeke.Minta maaf saya tak berapa kenal.Saya pun singgah kejap aje sebelum balik KL"kata Arjuna.

"Nak balik dah.Sekejap sangat duduk sini"kata Pakcik Zainal.

"Ada urusan dekat KL.Lagipun saya balik sorang aje.Ratna tinggal sini sebab dia tengah mengandung ni.Boleh Umi dengan Indah tengokkan dia"kata Arjuna.

"Oh betul tu.Takpelah Pakcik gerak dulu."kata Pakcik Zainal sebelum beredar.

********


"So bila you nak lancarkan bom utama kita"soal Raiqal pada Afrina.

"Alah you ni.You relaks aje I akan pastikan apa you rancang tu akan jadi.Lagipun you ingat I nak sangat ke kahwin dengan dia.I cuma nak ikut plan you.Malukan keluarga dia"ujar Afrina.

"Anyway sayang apa kata malam ni you lepak rumah I.Lagipun I sunyi"ujar Raiqal sambil mengelus rambut Afrina yang panjang itu.

"Mana pergi semua girls you"kata Afrina.Raiqal memeluk tubuh Afrina dan membisikkan sesuatu kepada Afrina.

Afrina tergelak kecil.

"Okay kalau macam tu malam ni kita jumpa.You kena janji dengan I .Only the best for me"ujar Afrina memegang wajah Raiqal.

Dia tersenyum nipis.

*******

Arjuna memandu untuk pulang ke rumah Ratna.Dia terlihat seperti kelibat isterinya dan adik iparnya.Dia perlahankan kenderaan.

"Acik Nab dengan Acik Gayah yang mula dulu.Hina kakak saya"marah Indah geram.

"Dah Indah kita balik aje.Tak payah layan diaorang"kata Ratna menarik tangan Indah untuk balik.
"Betullah aku cakap anak dalam kandungan kakak kau ni anak luar nikah.Kalau betul tu anak sah mana suami dia?"soal Makcik Zainab dengan nada tinggi.

Arjuna melangkah laju ke arah manusia-manusia yang menghina isterinya.Ratna sudah menundukkan wajahnya.

"Saya suami Ratna.Kenapa Makcik nak jumpa saya?"soal Arjuna yang berdiri tidak jauh dari mereka.

Ratna memandang wajah Arjuna yang tidak tahu datang dari mana.

"Ya ke kau ni suami dia.Apa bukti kau suami dia"sampuk Makcik Gayah pula tak puas hati.

Arjuna mendekati Ratna."Pergi masuk kereta dengan Indah dulu"bisik Arjuna pada Ratna.

Ratna memandang wajah suaminya.Arjuna menangguk perlahan.

"Indah bawa akak masuk kereta"kata Arjuna mencampak kunci kereta.

Arjuna memastikan Ratna dan Indah tiada baru dia mendekati dua orang Makcik kepochi tadi.

"Saya suami Ratna dan anak dalam kandungan Ratna tu anak sah.Sekali lagi saya dengar Makcik berdua buat cerita pada orang lain.Saya takkan teragak-agak buat laporan polis dan saya boleh saman makcik berdua.Atau makcik nak rasa duduk rumah baru"kata Arjuna dengan nada mendatar sebelum meninggalkan kedai runcit tersebut.

"Tulah kamu fitnah orang lagi.Tu nasib dia tak pergi buat laporan terus.Kalau tak kamu berdua dapat rumah barulah"sampuk pemilik kedai runcit.

Makcik Zainab dan Makcik Gayah mencebikkan bibir masing-masing.

*******

Arjuna memasuki kereta dan memandang Ratna disebelahnya.

"Awak okay tak ni? Ada cedera apa-apa tak?"soal Arjuna yang risau dengan Ratna.Dia memegang tangan isterinya.

"Saya okay aje.Jom balik saya penat"kata Ratna menarik tangannya kembali.

*******

Arjuna memandang sekeliling rumahnya.Sunyi tiada seri yang menarik pandangannya.

Bilik yang pernah Ratna tidur itu masih ada haruman Ratna sangat kuat.

Baru beberapa jam dia tinggalkan kampung Ratna.Dia mula rindu dengan isterinya.

Telefon pintarnya diambil dan dia membuka galeri.Terdapat gambar Ratna ketika berada di London.

Dia tersenyum manis melihat setiap gambar dan terdapat video Ratna yang dirakamnya.

"Saya janji saya akan sentiasa cintakan awak seorang.You are my favorite things right now"

"Seriously awas you kalau you tak cintakan I.I cari you sampai lubang kubur"

Arjuna ketawa melihat video itu.Tapi itu dulu, Ratna kini sangsi mahu beri peluang kepadanya.

Masa dia mahu balik tadi pun Ratna kurang bercakap dengannya.Tapi dia tak terasa hati pun.Memang patut pun Ratna layannya sebegitu.

Dia mengeluh kecil.

Besok dia perlu jumpa dengan keluarganya untuk selesaikan semua masalah yang dia mulakan.

Dia perlu jelaskan tentang perkahwinannya.Demi masa depannya dan keluarganya dia perlu lakukan semuanya.

*******

Pagi lagi Arjuna sudah muncul di rumah Datuk Arif.Kehadiran Andika dan Maya juga turut dijemput oleh Arjuna.

Dia mahu semua yang ada mendengar penjelasannya.

"Ngah macam serius aje.Siap semua orang kena ada"kata Andika.

"Betul tu cakap Along.Apa yang kamu nak bagitahu kami ni?"soal Datin Habsah.

"Juna ceritalah apa kamu nak cerita pada kami semua ni"kata Datuk Arif menyampuk.

Arjuna mendengus perlahan.Dia menarik nafas sedalam-dalamnya.

"Arjuna nak batalkan rancangan Mummy nak kahwinkan Juna dengan Afrina"ujar Arjuna sambil memandang wajah Datin Habsah.

Datin Habsah tercengang.

"Arjuna ada sebab sendiri.Sebab Arjuna... Arjuna dah..."

Semua menantikan ayat yang akan dikeluarkan oleh Arjuna.

"Arjuna dah kahwin dan bakal ada anak"ujar Arjuna sambil menundukkan wajahnya.

Semua mata memandang wajah Arjuna yang menundukkan.Datin Habsah bagai ditampar dengan sesuatu.Dia rasa terkejut dengan kata-kata Arjuna.Kenapa anaknya

Andika dan Maya berpandangan sesama sendiri.Datuk Arif hanya menangguk perlahan sambil menanti reaksi isterinya itu.

Datin Habsah memegang kepalanya yang tiba-tiba rasa sakit dengan pengakuan Arjuna sebentar tadi.

Dia tak tahu mahu hadap perangai anak keduanya yang sedikit degil dan pelik ni.Dari zaman sekolah sampai sekarang tak pernah nak buat dirinya aman.Mesti ada saja perangai yang boleh buat sakit otak Datin Habsah.

Apa reaksi Datin Habsah?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience