Kompang dipalu pengantin baru
Duduk bersanding tersipu malu
Kompang dipalu pengantin malu
Moga bahagia ke anak cucu
Kami doakan moga bahagia
Selamat sejahtera hingga akhir zaman
Mempelai tersenyum manis
Air mawar direnjis-renjis
Bunga manggar indah berseri
Lagu yang sentiasa berada di telinga semasa majlis perkahwinan..dan kini berada di majlis perkahwinan Ellya Arisya & Irsyad Rayqal..
Kedua mempelai kelihatan sungguh berseri mengenakan busana soft pink sungguh ayu Ellya, dan tidak lupa juga Irsyad yang kelihatan segak.
Maka tibalah sesi makan beradab pengantin..
“Suap aku cepat..org nak tangkap gambar tu” pinta Irsyad
“Suap lah sendiri aku lapar lah..”
“Aku ni suami kau..nak masuk neraka ke tak dengar cakap suami?”
“Ishh yelah”
Seraya itu Ellya menyuap Irsyad dengan senyuman yang tidak lekang berada di bibirnya namun perutnya perlu di isi..
“Dahh..kau suap aku sayur je kenapa?!! Mana nasi tak ikhlas betul”
“Hehehe nasi habis” Ellya menayangkan sebaris giginya.
“Puaka betul..kau tunggu balik ni..ada reward untuk kau..”
Ellya yang mendengar apa yang diperkatakan oleh Irsyad tu menelan air liurnya terasa tekaknya sakit untuk menerima air yang ditelan tadi
‘Reward apa pulak ni..seram betul lah dia ni..atokkk El nak balikk’ jerit hati Ellya yang melihat atoknya yang asyik makan disebelahnya..
Selesai majlis mereka, mereka terus pulang ke rumah keluarga Irsyad. Keesokan harinya baru mereka berpindah ke rumah baru mereka..
“Syad..bawak el naik..penat sangat dah dia tu” pinta Puan Hana yang melihat menantunya itu kepenatan..
“Alaa maa..bukannya dia tak biasa duduk rumah ni ma..takkan Syad nak dukung dia pulak”
“Ish kamu ni..sebelum ni belum jadi isteri..sekarang dah jadi isteri kamu kena lah layan baik isteri kamu”
“Yelah maa..Syad naik dulu..papa mama goodnight..jom el”
Ellya hanya menuruti belakang Irsyad..sedang dia ingin ke bilik yang selalu dia kunjung..
“Eh eh kau nak pergi mana..sini..tu bukan bilik kau dah..sinii” Panggil Irsyad yang terkejut melihat Ellya ingin pergi ke bilik hujung dan bukan biliknya..
“Kenapa kena tidur sama..taknak..” rengek Ellya
“Takpayah jadi budak budak boleh? Kau tu isteri aku..tidur dengan aku lah..”
“Hmm”
Ellya hanya mengangguk, asalkan dia dapat tidur dia sudah penat..
Sampai sahaja di bilik Irsyad..Ellya sudah melabuhkan punggungnya dan terus baring di katil Irsyad..
“Amboii..sedapnya tuan puteri tidur atas katil beta..nak kena ni..” Sengaja Irsyad mengeluarkan suara nakalnya namun tidak diendah oleh Ellya
‘Tidur mati betul dia ni..’ tanpa Irsyad sedari dia juga dibuai mimpi lena dan mereka tidur dalam keadaan berpelukan..
“Apa niii!!! Tolonggg!!! Ada orang rogol saya!!” Jerit Ellya yang sedari bangun dari tidur mendapati dirinya dipeluk erat..
“Woii woii! Kau ni pagi pagi dah kecoh.. peluk sikit je pun..”
“Apa kau buat ni..berdosa tahu tak..” Berjurai air mata Ellya menangis teresak esak
“Kau ni amnesia ke apa..kita dah sah jadi suami isteri tahu tak! Takkan aku nak tampal sijil nikah kita kat dahi kau baru kau sedar..”
“Eh sorry sorry..”
“Naik lori”
Ellya bangun dan terus meloloskan diri ke dalam bilik air tanpa menghiraukan Irsyad yang masih terpinga pinga..
‘Tak sempat pun morning kiss..dah blah huh’ desis hati Irsyad yang melihat Ellya berlalu meninggalkannya
“Kau ni dengan aku pun nak pakai tudung..bukannya haram..”
“Tak biasa lah..nanti dah selesa aku bukak lah..banyak cakap pulak kau..”
“Pape jelah..dahlah aku nak mandi..kau nak mandi lagi sekali ke?”
Sengaja Irsyad merapatkan mukanya ke muka Ellya..
“Err..n..ak..to..to..long mama..bye!” Ellya menolak badan Irsyad dan terus turun ke bawah. Sempat dia mengurut dadanya..
‘Fuhh..nasib tak mati dek kerana sakit jantung dengan tindakan Irsyad tadi..tak guna..eh nak mati buat apa takda lagi dalam sejarah orang mati digoda suami hahaha..’
“Morning mama papa..”
“Morning El..Syad mana?”
“Tengah mandi ma.japgi turun lah tu..”
“Haa ni mak jah ada buatkan lempeng..haritu kan El beria sangat nak makan lempeng mak jah..haritu mak jah cuti tu yg takdapat kan..”
“Yaayyy..thank you mak jah” dicium wanita tua itu seperti mak nya sendiri..walaupun mak jah cuma orang gaji tetapi kasihnya pada wanita itu tidak pernah berubah seperti seorang ibu..
“Atok..atok duduk lah sini lama sikit..nanti el rindu lah..”
“Ish kamu ni el..atok kena balik..kebun,ayam itik atok semua siapa nak jaga nanti..”
“Atok ni..pentingkan semua tu dari cucu atok sendiri ke..”
“Bukan mcm tu el..atok kena balik..nanti kamu rajin rajin lah jenguk atok ye syad,el”
Irsyad yang ligat matanya di telefon turut mendengar suara Tok Ki menjamah telinga nya..
“Boleh tok..nanti kami berdua lawat atok..jangan risau..Syad jaga El baik baik”
“Atok tahu kamu baik Syad..jangan hilangkan kepercayaan atok pada kamu ya”
“Baik tok..”
Selesai bersalaman dengan atok, Encik Kamarul dan Puan Hana menghantar Tok Ki pulang ke kampung dan yang tinggal Mak Jah Irsyad dan Ellya..
‘Bosannya..tv pun takda cerita best..dia ni pulak dah kenapa dari tadi sengih sengih tengok aku..’ desis hati Ellya
“Kenapa?”
“Apa?”
“Kenapa pandang aku mcm tu..”
“Takkan nak pandang isteri sendiri pun tak boleh? Luak ke kalau aku pandang kau?”
“Takpayah lah pandang..segan lah..”
“Segan? Kalau mcm ni segan tak..” Irsyad sudah menindih badan Ellya..Ellya tak mampu melawan dia hanya berdiam diri..
CHUPP!
Sebuah ciuman mendarat ke dahi Ellya..
“Ish kamu ni Syad..kalau nak bermanja pun pergi lah bilik..Mak Jah tak mau lah tengok..”
Terkejut akan teguran Mak Jah itu..Irsyad dan Ellya lalu bangun dari pembaringan mereka dan masing masing sudah kemerahan muka..
“Mana ada Mak jah..manja sikit je ni..kan el?”
Irsyad mencuit El supaya menyokongnya..
“Err ha...ah..mak jah..” El sudah menggaru kepala menunduk malu akan perbuatan mereka sebentar tadi di tonton oleh Mak Jah..
Share this novel