Bab 3

Family Completed 3187

Pang!!

Tubuh milik Alisha jatuh menyembam bumi. Basikalnya terdampar di tepi jalan raya.

"Ouchh!!"Alisha mengerang kesakitan sambil memegang kakinya.

"Sorry,saya tak sengaja."kata seseorang sambil sebelah lututnya melutut di hadapan Alisha supaya ketinggian mereka selaras.

Alisha mendongak untuk melihat pemilik suara itu.Mata mereka bertentangan.

"Kenapa dengan kaki awak tu?"tanya lelaki itu.Alisha terpana seketika apabila terasa seperti pernah melalui situasi tersebut.Lelaki itu mengingatkannya pada seseorang namun dia tidak ingat siapa orang itu.Dia berdiri lalu menepuk nepuk bajunya yang kotor akibat terjatuh.

"Awak okey tak?sorry saya tak sedar awak melintas tadi."katanya ikhlas.

"Saya tak pa pe."balasnya dingin lalu cuba untuk menaiki basikalnya namun rantai basikalnya terputus akibat terlanggar motosikal milik lelaki yang mungkin sebayanya itu.

Alisha mengeluh halus."Macam mana boleh putus ni!"marahnya sambil menghentak hentak kakinya persis kanak kanak yang tidak diberi gula gula.Lelaki itu tergelak kecil kerana merasakan gadis di hadapannya agak comel.

"Apa gelak gelak?"Jelingan maut diberikan pada lelaki itu.Lelaki itu membalas dengan mengangkat bahunya.Dia berasa kasihan pada gadis itu.Dia ingin menumpangkan gadis tersebut namun apa pula dia fikir nanti.

Alisha menggantungkan rantai itu diatas basikal lalu mula berjalan kaki ke arah sekolah yang masih agak jauh namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk ke sekolah.

"Awak..tak penat ke?"tegur satu suara dari arah jalan raya.

"Ish sibuklah.."bisik Alisha geram lalu mempercepatkan langkahnya.

"Nak naik motor ni dengan saya tak?" tanyanya.

"Tak payah!"balas Alisha lalu meneruskan perjalanannya.Keadaan menjadi sepi sebelum lelaki itu pecut laju ke hadapan meninggalkan Alisha sendirian.

Alisha menghela nafas lega.Tidak sampai 5 minit, Alisha tiba di sekolahnya.Bajunya basah dengan peluh akibat panas terik matahari pada pagi itu.

Tak pasal pasal kena jalan kaki ke sekolah hari ni.Bebelnya dalam hati..

Gadis itu berlalu ke kelas setelah meletakkan basikalnya di tempat yang memang dikhaskan untuk meletakkan basikal.Dia langsung tidak menyapa rakan sekelasnya malah terus duduk di kerusinya.

"Alisha,awak dah siap kerja rumah maths yang cikgu bagi?"tanya Mia dan Ryea di sebelahnya.

"Dah."balasnya malas.

"Err..nak..pin..pinjam boleh?"tanyanya tergagap gagap kerana dia dapat meramal apa yang gadis di hadapannya akan balas.

"Awak rasa saya guna apa masa nak jawab soalan kerja rumah?"balas Alisha berteka teki.

"Hmm..otak?"

"Ha ah..so awak takde otak ke nak buat sendiri?" sindirnya bersama senyuman sinis.Mia mencebik geram lalu berlalu meninggalkan meja Alisha bersama Ryea yang turut mencebik.

Alisha membuat muka selamba seperti tiada apa yang berlaku.Mia di bahagian belakang membuat muka toya sambil memandang Alisha.

"Ish..menyampah saya.Ingat aku nak sangat buku dia.Oh pleaselah.."katanya geram.

"Eh..bukan awak memang nak pinjam buku dia ke?"balas Ryea yang agak lurus bendul.

"Ish..awak pun sama je."bertambah geram Mia dibuatnya dengan jawapan Ryea.

Seorang guru wanita yang memakai tag nama bernama Nita masuk ke dalam kelas sekali gus suasana yang riuh tadi bertukar senyap.Namun hanya sementara apabila seorang lagi pelajar turut masuk bersama Cikgu Nita.

"Selamat pagi cikgu."sapa Husna selaku penolong ketua kelas.Memandangkan ketua kelas tidak hadir ke sekolah,maka dia yang bertanggungjawab untuk memberi salam.

"Selamat pagi murid murid,kamu boleh duduk." Arahan dari Cikgu Nita dipatuhi oleh setiap murid.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience