BAB 12

Romance Completed 2053

“Brooch rama-rama? Ini...bukan ke...milik gadis itu?” Selepas mengambil brooch itu, mataku terus terarah pada pintu keluar iaitu tempat kali terakhir aku lihat gadis itu. “Who is she?” Brooch rama-rama berwarna pink keunguan itu membuatkan aku terpaku sebentar. Kagum dengan kecantikannya dan ketelitian dalam pembuatannya. Sangat halus dan terperinci.

TAZA, Akmal dan Brown memandang aku dengan wajah yang tidak percaya. Juga terkejut. Mereka tahu, bahawa hati aku memang sukar untuk ditawan atau didaki oleh mana-mana gadis. Jiji tidak menyertai kami petang itu kerana terpaksa menyiapkan projek IM yang sudah tergendala beberapa hari.

Taza, kasanova nombor satu UiTM tersenyum sinis mendengarkan permintaan aku. Dia tahu sangat-sangat perangai aku. Sebelum ini, aku memang payah sangat minta tolong orang terutamanya dia melainkan kalau ada perkara yang betul-betul penting.

Charlie, pelajar tahun satu yang juga merupakan kenalan Eyra menyertai kami atas permintaan aku sendiri. Aku ada sebab tersendiri kenapa aku memanggil mereka.

Akmal, seperti biasa. Disebabkan dia satu-satunya kawan baik aku selain daripada Jiji, nak tak nak, dia terpaksa juga tolong aku.

“So, kau memang dah jumpalah Cinderella kau?” Taza menyilang tangan sambil tersenyum sinis.

“Cinderella? Jadi, brooch rama-rama ni, milik Cinderella kaulah?” Akmal pula bertanya.

“Broche? Jadi, you mau minta tolong kita cari you punya Cinderella?” Brown menggigit bibir bawahnya. Keningnya juga bertaut.

Aku memandang mereka bertiga bersilih ganti. Membuat muka kasihan. Akmal memandangku sebelum memandang Taza dan Charlie.

“Aku okey je. Bagitahu je nama budak tu and aku akan cuba sedaya upaya untuk cari dia.” Taza menepuk meja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience