Episode 9

Adventure Series 25852

Episode 9 -Eyka_Aqua

Waktu rehat, diatas bumbung.

"Las! Arsh! Ajarlah saya weh pasal pentagram penghantaran tu! Saya tak lepas-lepas pun tadi. Cemburu saya masa saya tengok korang berdua seronok saja." Sabrina menunjukkan muka merajuknya.

Las dan Arsh berhenti makan selepas mendengar rintihan Sabrina, masih ada separuh makanan korin mereka.

"Mudah sahaja. Konsep tenang-fokus-sampai." Ujar Arsh.

"Dalam kata lain. Arsh cuba cakap. Kau hanya perlu bertenang dan cuba fokus pada benda yang kau ingin hantarkan pada destinasi." Terang Las.

"Itu saya tahu. Tapi kenapa tak boleh." Sabrina bertambah merajuk.

Sementara itu dihati Las dan Arsh.

"Wahh.. dia bertambah sedih!" Serentak hati Arsh dan Las bermonolog.

"Kena ajar dia bagi pandai ni." Las menjeling kearah Arsh.

Arsh mengangguk.

"Sabrina. Apa kata, aku terangkan konsep pentagram penghantaran sambil menunjukkan contoh??" Arsh beri candangan. Sabrina mengangkat muka. Matanya bercahaya.

"Baiklah, contohnya pensel aku ni." Kata Las sambil mengeluarkan pensel tekannya di kocek seluar.

"Tengok Las buat dan aku akan terangkan." Sabrina mengangguk.

"Kita kena fokus pada pensel. Semasa fokus jangan fikir apa-apa selain pensel. Ketika otak kita kosong melainkan pensel akan muncul pentagram." Maka muncul pentagram penghantaran diatas pensel milik Las.

"Pentagram tadi tidak akan menelan atau membuat pensel tersebut hilang." Jelas Arsh lagi.

"Kenapa pula? Bukan terus aktif pentagram pensel tu akan masuk demensi B terus ke? Soal Sabrina.

"Betul. Itu jika kau dah ada destinasi untuk dihantar. Jika tidak hanya pentagram muncul." Jelas Arsh lagi.

"Baiklah cuba awak tengok ya. Apa yang awak nampak ditengah-tengah bulatan pentagram kalau awak angkat pensel ni." Arsh mengangkat pensel tersebut.

Apa yang dilihatnya adalah pentagram yang berbentuk bulatan yang mempunyai 3 lapisan bulatan lagi. Tertulis tulisan kuno di lapisan pertama dan kedua. Kemudian, Arsh menunjuk lapisan ketiga.

"Kosong? " Soal Sabrina.

"Betul. Pentagram yang ingin dihantar ke sesuatu tempat akan muncul perkataan kuno ditengah-tengahnya."

"Eh betul ke??? Kenapa saya tak nampak pun masa cikgu Bess tunjuk contoh?" Tanya Sabrina kebingungan.

"Errr.. itu sebab kau tak penah baca buku teks?" Tanya Las.

Terus Sabrina menepuk kepalanya.

"Hehehehe.. betullah kot... hehehe. Kantoi sudah. "

"Baiklah aku akan hantar pensel ni. Aku akan hantar pensel ni kearah Arsh." Jelas Las. Arsh meletakkan semula pensel tu ke dalam pentagram.

Dengan serta-merta pensel yang berada di pentagram tersebut hilang dan tidak muncul.

Arsh dan Las kembali menyambung korin mereka yang tergendala tadi seoleh-oleh tidak ambil kira ke mana pensel itu pergi.

"Ke mana pensel tu pergi?? Hei!! Boleh pula sambung makan!" Bengang pula Sabrina rasa.

"Oh! Pensel tu Las hantar dalam poket aku. Tengok! " sambil menunjukkan pensel milik Las di poketnya. Selepas berpuas hati, Sabrina juga ikut serta menghabiskan korinnya.

Sesi pelajaran bermula semula. Subjek yang mereka belajar pada ketika itu adalah biologi dan fizik.

Apabila Malam menjelma.

Di rumah Arsh.

Arsh menyiap kerja sekolahnya seperti biasa sehingga selesai sepenuhnya.

Arsh mengeliat dan menampung mukanya menggunakan tangannya. Spek mata miliknya dibetulkan. Terserlah wajah tampan miliknya.

Arsh teringat perbualannya dengan cikgu Bess. Sampai sekarang dia tak tahu apa elementnya. Malah batu pengenalkuasanya cikgu Bess pengang dan sampai kesudah tidak dipulangkan.

"Kenapa cikgu Bess pegang batu aku? Kenapa sampai sekarang aku tak tahu elemen aku?" Dalam keadaan ligat berfikir Arsh teringat akan pedang miliknya.

Arsh mengeluarkan pedangnya. Arsh menghulur tangan dan keluar cahaya yang terang dan membentuk pedang miliknya.

Arsh tak mampu mengingat bagaimana dia dapat menghasilkan pedang tersebut. Pedang yang kecil dipemegang dan besar dihujung.

Dia teringat apa perbualan antaranya dengan rakan sekelas..

"Apa yang aku fikirkan ketika itu?" Sambil mengusap pedangnya.

" Bintang? Ini macam ombak. Laut?"

"Serena! Tak akan lah!" Arsh bagaikan seseorang yang baru bangun dari dari lena.

Terus Arsh mengeluarkan komputer graviti dan cuba scan pedangnya.

Arsh memecah masuk sistem komputer sekolahnya.

"Sila memasukkan ID anda." Suara perempuan kedengaran.

"ID?!" Arsh termengu sebentar dan perasan latar belakang sistem itu menunjukkan masa, 15 saat.

"Jangan cakap... Grrr.. tak guna!" Arsh keluar dari sistem komputer tersebut.

"Daripada aku pecah masuk baik aku tanya cikgu Bess tu sendiri esok." Sambil menutup aplikasi komputer tanpa bayang miliknya.

"Baik aku tidur." Arsh menutup lampu dan tidur dengan lena.

Sementara itu, di rumah Las.

Las sedang berlatih pedang di halaman rumahnya dengan tekun.

Las bergerak dengan laju dan cekap. Ke kiri ke kanan seoleh-oleh berlawan dengan seseorang. Sekejap di tanah, sekejap di atas batu, sekejap di atas pokok.

Selepas penat berlatih, ia berhenti.

Las duduk di kerusi di bawah pokok sakura yang sudah tiada daun.

"Huh~" Las melepaskan lelah. Las mengangkat kepala dan bintang-bintang yang cantik menghiasi langit.

"Heh! Dasar anak lemah. Benda sesenang itu pun kau dah letih?" Suara sinis menyapa diri Las.

Mata Las menjadi tajam. Tanpa perlu beralih pandangan dia sudah tahu siapa gelaran yang mengata itu.

"Kalau beginilah. Sampai ke tua kau tetap lemah! Lembik! Lopek!" Suara itu semakin sadis.

"Kau tak layak pegang gelaran tu. Kau tak layak untuk segala-galanya! Kau hanya anak yang membawa kecelakaan." Bertambah panas ucapannya.

Las hanya menyepi dan tidak melawan. Las mengangkat senjata miliknya dan bergerak ke dalam rumah. Sebaik sahaja selisih.

Suara itu masih berbicara.

"Kau tak layak dalam rumah ni."

Las terhenti pergerakkannya seketika dan kembali bergerak ke biliknya tanpa mengucap sepatah kata lawan pada empunya sindiran.

Sebaik sahaja sampai di biliknya. Las hanya meletak senjata miliknya di pintu, kemudian merebah badannya di katil awan.

Las menutup matanya dengan lengan. Penutup mulutnya masih berada di mulutnya.

"Letihnya. Baik aku tidur." Lampu tertutup sendiri dan selimut awan tiba-tiba muncul meliputi tubuhnya.

Maka tidurlah Las dengan lena.

Muncul satu cahaya disisi Las dan mengusap kepala Las yang sudah diulit mimpi.

Cahaya tersebut semakin kurang silau menampakkan seorang wanita rambut panjang ikal maya melepasi bahu. Wajahnya yang cantik dan manis mempamerkan senyuman manis.

"Las." Dan hilang ditelan malam.

Manakala di rumah Sabrina.

"Tenang-fokus-sampai." Sabrina menarik nafas dan lepas.

"Baiklah. Mari kita cuba." Sabrina mengangkat tangan dan memejam matanya dan cuba menghasilkan pentagram.

Sabrina membuka mata sebelah cuba melihat adakah pentagram keluar. Ternyata tidak.

"Eee.. sekali lagi." Tarik nafas dan lepas. Kali ni ia cuba tanpa menutup mata.

"Muncullah pentagram penghantaran." Muncul perlahan-lahan bentuk dan hilang.

"Eh?! Tadi.. tadi..tadi.. wah!!!! Nak jadi!" Sabrina menepuk tangan.

"Baiklah.. sekali lagi." Sabrina fokus pada penselnya dan membayangkan pensel.

Pentagram putih muncul perlahan-lahan dan menghasilkan bulatan kosong sebanyak 3 bulatan di dalamnya dan hilang.

"Yeah!!! Berjaya!!!" Jerit Sabrina.

Tiada siapa mendengar suaranya kerana dia sudah mengaktifkan sistem kalis suaranya di setiap dinding dibiliknya supaya tidak menganggu ketenteraman adik beradiknya.

"Baiklah. Apa langkah seterusnya." Kata Sabrina sambil memandang buku teks miliknya.

"Ohhh.. macam tu.. ermm.. lepas tu.. ohh.. ok-ok.. kena cuba." Sambil mengangguk kepala.

"Tenang-fokus-sampai. " Ucapan yang Arsh ucapkan tengahari tadi berulang-ulangkali diucapkan oleh Sabrina.

"Baiklah."

Sabrina mendepa tangan dan mencuba menghasilkan pentagram tadi.

Muncul pentagram putih bulatannya masih kosong hanya ada 3 bulatan di dalamnya.

Tiba-tiba muncul tulisan-tulisan kuno di bulatan pertama. Kemudian di bulatan kedua. Kini Sabrina hanya perlu mensetkan destinasi.

"Baiklah. Aku cuba hantarnya ke dalam kotak pensel aku." Muncul tulisan kuno di bulatan ketiga.

Perlahan-lahan pensel itu memasuki pentagram penghantaran dan muncul semula penselnya diatas kotak penselnya.

"Lah! Aku nak masuk dalam kotak pensel bukan atas kotak pensel."

"Sekali lagi!" Kali ini muncul di atas katilnya.

"Sekali lagi." Muncul diatas pehanya.

"Sekali lagi!" Muncul di atas kepalanya.

Maka sepanjang malam Sabrina berlatih sehingga tertidur.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience