Suasana rancak memekakkan telinga memenuhi kelab malam di kapal cruise itu. Memandangkan malam ini adalah malam terakhir mereka di atas kapal, pihak cruise telah mengadakan parti besar-besaran di dua buah dewam ballroom, kelab malam dan luar dek cabin tingkat paling atas sekali.
Bagai nak apa, seluruh kapal itu meriah dengan dendangan lagu remix disco yang dimainkan oleh dj profesional.
Para penumpang kapal tua mahupun muda berpesta dengan bersemangat di situ.
Termasuk la para tentera dari Armada Diraja yang berada di atas kapal itu. Selepas mendapat kelonggaran dari Declan sendiri dapatla mereka berhubur selepas tiga hari tiga malam di kerah melakukan penyelidikan dan penyusunan strategi untuk menahan musuh lanun yang kerap merompak di atas lautan ini.
Dari balik kesibukkan itu dapat dilihat, geng Declan berdiri sekelompok di suatu sudut bersama segelas minuman di tangan masing-masing.
Menggunakan kad sebagai seorang tentera penampilan gah mereka telah menarik perhatian beberapa mata yang ada di sekitar mereka.
Terutamanya para gadis yang mungkin anak orang kaya atau wanita bekerjaya yang menaiki kapal cruise tersebut.
Ada juga yang try tentera yang lain. Tapi nampaknya selera mereka mungkin mereka di situ ataupun mereka di situ sudahpun berpunya.
Pada masa deretan gadis cantik yang keluar masuk lintas depannya, Eden yang duduk bermalas dekat kerusi menghadap pemandangan malam. Tidak hiraukan mereka sebab dia tak fokus pada parti itu. Sebaliknya mengenai meeting petang tadi.
Menurut rancangan Declan mereka bukan saja bakal menangkap lanun tapi membentaras ahli kongsi gelap dan penyeluduh dadah paling berbahaya dan di kehendaki. Mendengar makluman itu sudah cukup untuk buatkan dia gusar. Macam mana kalau ada mishap? Macam mana kalau semua ni hanya misi bunuh diri buat mereka semua?
Kumpulan penjenayah ni bukannya calang-calang lawannya. Ramai pengaruhnya. Silap langkah ni nyawa orang lain boleh jadi taruhannya.
Declan dan yang lain dah tak fikir apa, mereka sepertinya sikit pun tak nampak risau malah seronok menari disamping peminat mereka di sisi. Senyuman lebar terukir di bibir masing-masing taktala mereka ketawakan sesuatu yang tak jelas.
Dalam kesibukan itu, Davina yang perhatikan Declan perasan semua itu. Orang lain sibuk berhibur dia sibuk stalking ex boyfriendnya. Berbulu mata dia menengokkan lagat mereka. Declan! Lelaki tu! Beria nak suruh dia berikan peluang la jawapan la apa la... Last-last tengok la... Bukan try nak cari dia ke apa ke... Ini tidak sibuk berjoli. Dasar lelaki picisan!
Berang dengan hal itu, Davina berpaling pantas nak pergi dari situ. Sekali tu dia terlanggar seorang lelaki yang kebetulan berdiri di belakangnya.
Perlanggaran itu telah menyebabkan gelas berkaki yang dipegang lelaki tu terlepas pegang lalu pecah di bawah kaki. Kebetulan lelaki gempal bertubuh pendek dan mengenakan rantai emas di leher itu srdang mabuk. Bila dia pandang akan Davina yang mengenakan kemeja jarang dan singlet putih di bahagian dalam dan jean putih koyak di bahagian peha, mata keranjangnya membulat.
"Ma-maafkan... Saya betul-betul tak sengaja... "ucap Davina terketar-ketar terkejut dengan situasi itu.
Lelaki gempal mabuk itu tersengih, dia dengan selambanya memeluk badan ramping Davina rapat ke badannya yang berbau peluh dan basah itu.
"Tak apa... Sebagai gantinya teman saya malam ni nak? Jangan risau... Saya akan layan kamu baik-baik.. "
Secara refleks Davina guna tangannya untuk jauhkan diri dan buat muka tak sukanya. "Encik tolong jangan buat begini."mintanya.
"Hei... Jangan la malu.. Mari menari dengan saya.. "lelaki tu mula mendekatkan wajah ke leher Davina.
Kepala Davina berpaling memandang ke arah dimana Declan berada. "Declan!!"Dia harap yang lelaki tu nampak dia. Tapi bunyi bising yang kuat dan mengegar gegendang telinga itu menenggelamkan suara dia. Sh*t!
"Hihihi... Marila... Jangan malu. Abang ni akan jaga kamu dengan baik.. "ujar lelaki gempal itu dengan mabuk dekat pada Davina.
Davina gerak mahu menolak tubuh itu dan meminta orang disekitar bantu dia, tapi semua di situ seperti sama keadaan dengan lelaki gempal di depannya.
"Please la... Lepaskan saya! "minta Davina lagi tidak mahu angkat kaki atau tangan pada orang tak sepatutnya. Entah lelaki ni siapa tak pasal-pasal lesen doktor dia jadi taruhannya.
ZRAPP!
Tak semena satu rentapan kuat dan cengkaman erat dirasai Davina dan lelaki gempal itu. Sebelum segalanya berlaku dengan pantas.
Lelaki gempal itu jatuh terlentang atas lantai tak sedarkan diri.
Sementara Davina berdiri kejung dekat situ dengan baju kemejanya dibahagian bahu hingga lengan terkoyak. Matanya terbutang bulat melihat belakang badan lelaki yang berdiri di depannya.
Bersama renungan seriusnya, Eden pandang lelaki gempal yang dia telah berikan satu libasan tepat di bawah leher itu hingga menyebabkan lelaki terbaring di depannya tak sedarkan diri.
Dasar sampah! Berani-berani sentuh perempuan tanpa keizinan mereka!
Lantas Eden berpaling. Dia pandang Davina dari atas ke bawah. Mujur dia nampak kalau tidak entah apa yang dah jadi.
"Kau okay?"tanya Eden sambil lirik akan pakaian Davina yang mungkin koyak semasa lelaki gempal tadi direntap dengan dia.
Davina pandang tak berkedip ke Eden. Sumpah. Dia terkejut sangat. Tak sempat nak proses apa-apa, berdesup macam tu je Eden muncul dan tumbangkan lelaki tu. Dia nak berkedip pun tak sempat.
"Davina Serepehina...?"panggil Eden lagi. "Kau okay tak ni?"
Terketar-ketar kerana takut dan terkejutnya, Davina menganggguk kepala sewaktu peluk dirinya sendiri nak cari keselesaan. "Aku nak balik bilik."mintanya. Dia nak mandi. Bau dari lelaki tadi dah melekat dekat badan dia.
Eden tanggalkan kemeja lepasnya lalu disarungkan ke badan Davina. Membiarkan dia hanya bert-shirt putih di badan. "Jom." ajaknya.
Davina pandang terima kasih ke tepi muka Eden. Entah kenapa ya Eden selalu ada untuk selamatkan dia? Memangnya Eden ni knight in shinning armor dia ke?Atau Secret Angle? Fairy Godfather dia?
Apabila Davina termenung di situ, Eden ambil keputusan untuk peluk bahu Davina dan pimpin Davina keluar dari situ sendiri. Mungkin Davina terkejut disebabkan kejadian tadi.
Declan yang sudah hanyut dengan dunia rakan-rakannya sama sekali tidak tahu apa yang terjadi pada Davina.
Share this novel