Bab 13

Romance Series 59136

“Macam mana makanan tadi?” tanya Adam di saat dalam kereta. Tak menyempat aku mahu memakai tali pinggang.

Aku termenung memikir. Aku suka ke makanan tadi? Bolehlah, walaupun bukan kegemaranku, tapi sebab dia beria nak belanja aku makan hari ni, jadi apa salahnya kan? Adam pun nampak berselera makan tadi. Aku jadi seronok memerhatikan dia.

“Boleh lah.” Jawabku jujur. Tak perlu rasanya aku nak jaga hati dia.

“Makanan kat sini tak tepati cita rasa kau ke?”
Perlahan aku mengangguk.

Wajah Adam berubah. Dia seakan memikirkan sesuatu. Tapi kemudiannya dia pantas menggeleng dan tersenyum kepadaku. “Kenapa tak bagitahu kalau tak suka?”

“Eh, bukan tak suka. Mia cakap bukan cita rasa Mia, tak bermaksud tak suka. Makanan dia boleh tahan lah. Bukan tak sedap langsung.” Segera aku memperbetulkan tangapan Adam.

“Jadi kau suka makan kat mana?”

Sekali lagi aku terdiam memikir jawapannya. Selama ni aku lebih suka masak di rumah dari beli di luar. Jadi aku sendiri tak pasti kedai mana menjadi kegemaranku.

“Tak ada rasanya.” Aku berhenti untuk berfikir lagi. “Oh, tapi kalau awak bawa kedai makanan melayu saya suka. Makanan barat macam ni bukan taste Mia.”

“Okey, lepas ni kalau kita keluar lagi, aku bawa kau pergi restoran masakan melayu. Boleh?”

Kejap, dia ada dah rancangan nak bawa aku keluar lagi ke? Nak date dengan aku lagi? Serius ke ni? Aduh, tengok! Pipi aku jadi panas bila fikir pasal ni. Kuat betul aku perasan kan.

“Buat susah jer lah. Mia lagi suka masak sendiri.” Dengan lembutnya aku cuba menolak pelawaaan dia.

“Kalau macam tu, kau masakkan untuk aku.”
Eh? Biar betul dia ni?

Aku tak menjawab mahupun menolak. Hanya mampu memberikan senyuman. Dalam fikiran aku ni dah memikir macam – macam dah. Aku takut masakan aku tak kena dengan selera dia tu. Ada sesetengah orang suka masakan pedas, ada yang suka sedikit manis, dan ada yang tak suka kalau guna serbuk perasa semua. Aku ni dah lah suka masak ikut selera aku jer.

“Tengoklah nanti,” jawabku akhirnya.

Adam mahu membuka mulutnya, sepertinya ada sesuatu yang ingin dia pertanyakan. Namun terhenti saat nada dering telefonku berbunyi kuat. Mematikan niatnya. Aku memberikan pandangan meminta maaf sebelum dengan rasa berat hati menjawab panggilan si pemanggil di saat melihat namanya di skrin telefonku.

Apa pula kali ni dia nak?

“Mia.”

“Nak apa Syafik?” nadaku dingin mendengar suaranya memanggil namaku.

“Aku tahu kau benci aku. Tapi tolong aku.”

Aku mengeluh berat. Setelah beberapa bulan aku dengan nenek hidup aman tanpanya, dia muncul balik. “Apa dia?”

“Aku dapat kerja dah.”

“Dah tu?” aku mengiring ke kiri sehingga rapat ke pintu, berharap perbualanku tidak didengari oleh Adam. Dari ekor mataku, Adam menyibukkan dirinya pada telefonnya sendiri.

Bagi aku, baguslah si Syafik akhirnya insaf, dah ada kerja balik. Tapi kalau yer dah dapat, kenapa beria nak aku tolong dia?

“Gaji aku tak besar mana, nafkah kat bekas isteri nak kena beri. Dah tu bekas isteri aku nak aku jaga anak kami yang baru lahir."

Keningku terjungkit. Memikirkan maksudnya. "Dah tu?"

"Jadi aku nak minta tolong kau. Aku harap nenek boleh balik kampung semula.”

“Kenapa pula?” tanpa sengaja aku meninggikan suara.

Aku merenung ke arah Adam dengan pandangan meminta maad, sebelum keluar dari kereta. Risau seandainya aku tidak dapat mengawal perasaanku lagi. Bercakap dengan Sarah mana pernah buat aku tenang.

“Aku tak mampu nak bayar duit makan, bil api air, lepas tu mengasuh anak aku lagi. Jadi aku perlukan nenek. Aku bukan minta kau tanggung aku Cuma aku perlukan nenek sekarang.”

"Eyhh Syafik, jangan cakap kau nak nenek jaga anak kau tu." Aku tak mampu nak bersopan bila membayangkan maksud lainnya.

Ikut sedap dia jer. Usia nenek dah 74 tahun dia minta tolong jaga anak dia? Patutnya nenek rehat, dia fikir nenek pembantu dia ke apa? Melampau betul.

"Aku merayu Mia. Kakak aku tak boleh jaga anak aku. Dia sendiri ada anak kecil. Sekarang aku dah buntu. Aku tak tahu macam mana dah. Jadi aku harap kau boleh tolong aku."

Mendidih darahku mendengarnya. Apa dia ingat nenek tu muda lagi nak asuh anak dia baru lahir? Dia tahu tak nak mengasuh budak tu susah. Nampak sangat tak oernah jaga anak.

"Lepas 6 bulan bekas isteri aku nak hantar anak kami. Dalam 3 bulan lagi. Jadi aku harap kau boleh tolong aku untuk kali terakhir ni."

"Tak!" Ringkas jawapanku. Aku masih lagi sedaya upaya mengawal suaraku. "Asal isteri kau tak mau jaga anak korang? Mia pelik, korang ni memang suka nak susahkan orang lain ke? Tak reti ke selesaikan masalah sendiri? Kenapa nak libatkan orang lain?"

Di sebelah sana, kedengaran Syafik mengeluh berat. "Nenek tu keluarga aku juga. Apa salahnya kalau nenek tolong aku? Aku cucu dia, dan anak aku cicit dia. Darah daging dia."

Aku tertawa berdekah mendengar alasannya yang dicuba untuk kedengan munasabah meskipun tidak bagiku.

"Dengar sini yer. Sekarang ni, tu masalah rumah tangga kau, antara kau dengan bekas isteri kau. Tak ada kaitan langsung dengan kami. Jadi selesaikan sendiri. Jangan sesekali mengaku Mia dan nenek keluarga kau, Syafik. Setiap kali kau ada masalah, laju kau cari kita orang. Ingat balik, nie manusia yang kau hina dulu tau. Tak malu nak minta tolong kat kita orang ke?"

"Aku terpaksa Mia..."

"Sudah," laju aku memotong." Mia tak mahu dengar lagi. Jangan sesekali berani telefon Mia sebab hal ni lagi. Tahniah sebab dapat kerja dan baby baru."

Tangganku pantas mematikan perbualan. Aku tak mahu mendengar lagi bicara merepek Syafik yang hanya memberi tekanan dalam hidupku. Aku cuma mahu nenek selesa dan bahagia. Lebih baik aku diamkan saja tentang hal ni.

Aku tahu sangat, seandainya nenek tahu semestinya nenek laju menyuarakan persetujuannya. Nenek, insan yang tak mampu melihat cucunya dalam kesusahan. Bagi ku, Syafik mampu uruskan masalahnya sendiri. Jadi tak perlu rasanya untuk libatkan nenek mahupun aku.

Sedaya upaya aku mencuba untuk bertenang semula sebelum kembali ke dalam kereta. Dari kerlingan mata, Adam masih lagi menyibukkan diri dengan telefon bimbitnya, atau mungkin dia sengaja berpelakuan sedemikian? Aku tak pasti.

Dia mengangkat wajahnya dan memerhati aku. Menyedari aku sedar akan pandangannya, dia tersenyum kepadaku. Sedikit hatiku menjadi tenang melihat senyuman yang terukir diwajahnya. Kakiku tanpa sedar melangkah pantas menuju ke kereta Adam.

“Macam mana? Okey ke?” soal Adam setelah aku melabuhkan diri ke tempat duduk di sebelahnya.

Aku sekadar mengangguk. Mataku terpejam sebentar, cuba menghilangkan tekanan yang ku rasakan sebentar tadi. Aku merasakan wajahku seperti dicucuk sesuatu. Aku membuka semula mata dan melihat Adam mencucuk wajahku dengan menggunakan hujung telefonnya.

“Hmm?”

Dia menghulurkan sebotol air mineral kepadaku. Mulanya aku tidak mengerti kenapa, hinggalah dia menunjukkan jam. Sudah tiba masanya untuk aku makan ubat. Dengan segeranya aku mengeluarkan bekas ubatku dan menelan ubat – ubat yang wajib aku makan sentiasa.

Gara – gara sakit hati, aku sampai terlupa rutin harianku.

Adam duduk menngiring untuk melihatku. “Kau tak okey kan?”

Senyuman yang mampu aku berikan. “Nampak sangat ke?”

“Aku tak mahu masuk campur, sebab aku tahu aku hanya orang luar. Tapi kalua kau nak cerita dekat aku, aku akan ada untuk kau.”

Kata – katanya membuatkan aku tertawa. Aku faham dia nak tenangkan aku sekarang ni, cuma aku tak rasa hal keluarga patut aku ceritakan dekat orang luar seperti dia. Dia masih lagi lelaki misteri kepadaku.

“Adam,” aku cuba menarik perhatiannya sebelum menyambung, “kita kena sambung balik permainan soalan kita.”

Adam tertawa. Aku sendiri tak tahu mana lawaknya, dan merenungnya marah.

“Sorry.. sorry. Cuma kelakar cara kau nak tukar topik. Banyak lagi ke soalan nak tanya? Rasa macam sekarang ni aku pesalah bila kau asyik nak tahu pasal aku.”

“Fokus,” aku memberinya amaran. Kalau dilayan, lupa pula persoalan aku seterusnya untuk dia. “Selain sebab awak melukis kat sana, kenapa awak tak pernah sesekali tukar tempat melukis yang boleh bagi awak ilham? Kenapa mesti kat sana?”

Persoalanku membuatkan Adam berhenti tersenyum. Matanya menghindari dari memandangku. “Tak kisah kat mana – mana, akan sentiasa ada ilham nak melukis.”

Ringkas betul jawapan dia ni. Ingat aku mudah percaya kalau dia jawab macam tu. Dari cara pun aku tahu dia sembunyikan sesuatu.

“Jangan cakap sebab nak stalk Mia,” aku cuba menceriakan suasana memandangkan dia masih memilih untuk menyepi. “Tahulah Mia ni susahnak dilupakan. Sebab tu kan?”

Adam merenungku tanpa bicara. Aku membalas renungan matanya jua. Ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik renungannya itu. Sesuatu yang sukar untuk dia ungkapkan, dan mungkin sesuatu yang dia mahu pendam.

“Mungkin, boleh jadi macam tu.”

Dia ni tak boleh ke cakap alasan dia? Puas soalan ni aku reka sebab nak ceriakan suasana balik memandangkan aku masih rasa geram kat Syafik. Dia pula dengan jawapan ringkas langsung tak membantu. Buat sakit lagi hati aku ni adalah.

“Sebab aku tak boleh lupakan kau. Setiap hari, setiap saat, aku asyik fikirkan kau. Sebab tu aku selalu ke sana setiap hari Ahad. Aku tunggu kau, aku tahu kau akan muncul di sana lagi. Kali pertama aku fikirkan takdir yang temukan aku dengan kau lagi. Hati aku bawa aku jauh ke pantai walaupun pantai bukan tempat kegemaranku.”

Mataku tidak berkedip mendengar penjelasannya.

“Kali kedua aku ke sana berharap untuk melihat kau dari jauh.”

Adam masih tidak berhenti dari merenungku meskipun setiap katanya terhenti setiap kali dia berbicara.

“Dan hari – hari seterusnya, aku beranikan diri untuk terus masuk dalam hidup kau.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience