"Nak bawak aku pegi mana ni Mira?? Aku tak ada masa la nak berteka-teki."
Amira tidak memperdulikan kata-kata Farina. Ditariknya tangan Farina supaya mengikutinya sehingga ke bangku yang terletak ditepi tasik. Disuruhnya Farina duduk. Wajah Amira sangat serius. Farina tidak berani bercakap.
"Rina. Apa masalah kau ni? Kenapa kau ganggu rumah tangga Ain? "
Farina cuba berdiri, tangannya pantas disambar Amira.
"Kau tak payah masuk campur hal aku la Mira. Lagi pun siapa yang cakap aku kacau Ain. Kau ada bukti ke?"
"Aku yang cakap. Dengan bukti sekali aku ada."
Pucat lesi wajah Farina melihat aku. Amira sengaja membawa aku dan Farina ke sini untuk berbincang. Dia tidak mahu aku dan Farina bergaduh. Aku dan Amira juga bersependapat ada yang tidak kena pada sikap Farina. Dia semakin menjauhkan diri daripada kami dan banyak berahsia.
"Rina aku bawak kau ke sini dengan Ain untuk clearkan semua ni. Kita orang tau kau bukan macam ni. Mesti ada sebab kau buat semua ni kan Rina? Cuba cerita dekat kita orang. Mana tau kita orang boleh tolong."
Amira mengusap lembut bahu Farina. Dia tahu sahabatnya itu punya masalah.
Aku menghampiri Farina tubuh yang semakin kurus itu aku peluk.
"Rina."
"Kau tak akan boleh tolong aku, cuma Ain je yang boleh."
Aku dan Amira berpandangan. Amira menaikkan keningnya kepadaku tanda tidak faham.
"Maksud kau Farina? Kita orang tak faham."
"Tinggalkan Am!! Tinggalkan anak kau!! Baliklah pada Ad!! Itu caranya supaya dia tak terus-terus pukul aku."
"HAH!!!!"
Aku dan Amira serentak menjerit terkejut.
"Farina!!!"
Ad tiba-tiba muncuk entah dari mana. Mulutnya mengukirkan senyuman. Aku dan Amira berpandangan.
"Jom balik sayang. Awak tu belum sihat sangat. Awak sakit balik nanti saya jugak yang susah."
Aku memandang muka Farina. Wajahnya dalam ketakutan. Huluran tangan Ad tidak disambut.
Tidak sabar dengan perangai Farina, Ad merentap tangannya dan membawa Farina ke kereta. Farina hanya menurut.
Aku memerhatikan kereta Honda Civic Ad sebelum hilang diantara kereta-kereta di jalan raya.
=====
"Hati-hati Amira dekat negara orang. Ha kau Shah, jaga besfren aku ni elok-elok."
"Mana tau kau orang balik nanti dapat berita baik."
Tambah Am sambil menyiku suami Amira. Amira tersenyum tersipu-sipu. Malu barangkali.
"Kau pun Ain hati-hati. Aku tak ada, lusa Am pulak tak ada. Hati-hati dengan Ad."
Aku tersenyum dan mengangguk dan berpelukan.
Aku dan suami melambai-lambai Amira dan Shah yang masuk ke balai berlepas. Tidak lama lagi penerbangan ke Istanbul akan berlepas.
=====
"Asal monyok je ni sayang?"
Am mengusikku. Tangannya pantas sahaja mencubit pipiku.
"Abang tu ha. Dah lama kita tak holiday. Tup-tup abang nak pergi Jepun dengan kawan-kawan. Tak aci la camni."
Sengaja aku menarik muka dengan Am. Bibirku aku muncungkan.
Tidak lama kemudian terdengar pengumuman penerbangan ke Jepun akan berlepas tidak lama lagi.
"Nanti lepas abang balik kita holiday ok. Kita bawak Akil sekali. Mana la tau nanti Akil boleh dapat adik baru."
Aku membulatkan mata memandang suamiku. Akhirnya kami ketawa.
Aku menyalami suamiku sebelum dia masuk ke balai pelepasan. Aku mengatur langkah ke parkir kereta setelah bayangan suamiku tidak kelihatan.
Dua minggu ini sunyi lah hidupku. Amira pergi berbulan madu. Sang suami pula pergi berkursus. Farina pula sudah semakin jauh dari aku.
Nasib baik ada Akil yang menjadi penyeri hidupku.
Share this novel