Lampu terarah ke pemuda yang duduk di piano . Shafidah terkedu.
Nyanyian dan mainan piano dimulakan , Ramai tertumpu kearah Pemuda tersebut.
Kasih hilang tiada bicara
Setelah cintaku kau puja
Rintihan rindu terus melanda
Redup cahaya ohhati lara
Jika kiranya aku bersalah
Sedetik tersirat rasa
Kau cipta kasih yang kumiliki
Cinta ku jujur selama ini
Carilah aku dalam hatimuSayang sebutlah kau rindu oh
Hanya pintaku
Kasihmu kekal setia
Usah biarku oh terus terluka
Oh… kasih tercipta…Oh… carilah ku sayang…
Mesra suaramu kini berbeza
Gagal sembunyi sedih
Kenangan lalu menusuk jiwa
Manis seindah berganti pedih
Pabila bersamamu debaran
Darah arus mengalir cinta
Lahir selamanya
Berilah kucupan sayang
Biar terukir wajah kasih tercipta
Berilah kucupan sayang
Biar terukir wajah kasih tercipta
Oh…kasih tercipta…Kini ku mengerti.
Walau berbisa…Ku rela kiranya kau bahagia.
Selesai lagu tersebut , pemuda turun ke pentas , Ramai memerhatinyaaa. Ada yang kata hensem. Ramai berbisik. Pemuda tersebut datang ke arah pida, makin hairan dibuatnya Penonton semua.
"Shafidah " sambil memberi sekuntum bunga, Shafidah melihat wajah pemuda tersebut. Wajah putih , mancung , memakai tuksedo berwarna putih. Sungguh dia idaman wanita.
"Ha...Hafizz" seru pida , dilihatnya wajah tersebut, lama hafiz pergi. Rindunya membuak buak. Hafiz tersenyum.
Zarif hanya melihat , Hatinya sakit , remuk , kecewaa. Dia pergi dari tempat tersebut. Tak sanggup rasanya lihat shafidah dengan kawan baiknya sendiri.
************
"Zarif , zarif. Bangun nak" mak bedah membangunkan zarif , Patutlah hatinya rasa tak tenteram. Dilihatnya diluar rumah, rupanya zarif.
"Mak bedah." Zarif yang tertidur tu bangun , dilapnya sisa air matanya. Entah kenapa dia menagis melihat wanita yang kejar dia dulu bermesra dengan orang lain iaitu kawan baik nya sendiri !
"Kenapa ni nak ? Meh masuk dalam, solat subuh dulu. Sian kamu ni zarif , Kenapa tak kejut mak bedah." Kata mak bedah. Zarif hanya diam , Ingin menagis.
Zarif menadah tangan, Berdoa dengan seikhlas hati.
"Ya Allah , Hati ku sungguh sakit. Kenapa perlu hadapi ? Kenapa ? Kenapa kawan baikku sendiri ya Allah. Jika Shafidah bukan jodoh ku , Kau tetapkan la dia dengan Yang lebih baik ya Allah. Amin amin amin Ya Rabbalalamin." Usai berdoa , Zarif baring. Mengingati peristiwa semalam. Mengeluh , Bingung. Sama ada diam atau berebut .
Share this novel