bab 2

Romance Series 2197

"kring!!"
Tibalah waktu yang ditunggu tunggu oleh pelajar sekolah menengah kebangsaan seri intan iaitu loceng waktu tamat sekolah.riuh sekali sekolah itu dengan suara pelajar menyorak keriangan.

"terima kasih cikgu"gema suara aryd memberi salam disahut dengan suara semua murid murid kelas 5 istiqamah.

"sama sama.kerja berkumpulan yang cikgu bagi tu pastikan siap tau.kalau tak siap..satu kumpulan tu cikgu akan denda dia."
cikgu aida memberi amaran kepada anak muridnya.

"baiklah cikgu.kerja cikgu tu memang confirm siap punya...tengok ahli kumpulan saya ni..semuanya best student..syakir dan amira is the best.."izz mengangkat ibu jarinya dengan muka bangga.dia bukan buat kerja pun..hanya syakir dan amira yang memerah otak memberi idea.semua rakan kelasya melihat izz dengan muka yang tidak puas hati.

"apa apalah kau izz."omel zar dalam hati.

"oi izz kau boleh diam tak.bising ah kau ni.buat kerja tak pun.aku tak nampak cikgu bila kau berdiri.maklumlah kau ni...."
"woi!! mulut kau jaga sikit.."tanpa sempat syaz menyambung ayatnya..izz mencelah.

"ok izz sorry sorry.relaks lah..nanti tak fasal fasal aku ada kat dalam tong sampah kan"seisi kelas tertawa mendengar syaz berkata sedemikian.

cikgu aida pun keluar dari kelas tersebut sambil tetenyum mengingatkan anak muridnya yang pelbagai ragam itu.

"dah dah lah tu korang woii..tak nak balik ke...."akhirnya bilah bersuara setelah lama mendiamkan diri.

"aku balik dulu"zar mengambil beg sandangnya lalu keluar dari kelas.

"eh zar..tunggu aku!!"shaf berlari anak mengejar zar yang laju di hadapan.

"apasal kau ikut aku ni"tanya zar sambil membuat dahi yang berkerut."

"saja ja..takkan nak balik dengan girlfriend sendiri pun takboleh."shaf tersengih apabila melihat muka zar yang kelihatan bingung.

"kau ni memang dah sewel ey..tak ingin aku ada boyfriend macam kau..merana aku dibuatnya nanti."zar membuat gaya geli.

"kenapa merana pulak? kau ingat aku ni tak boleh buat kau bahagia ke?kalau dah sekali aku dapat orang yang aku sayang..aku takkan lepaskan dia sampai bila bila.aku takkan bagi orang lain dapat orang yang aku sayang tu.kau ingat kata kata aku ni zar."zar terkesima mendengar luahan shaf.sungguh mendalam maksudnya itu.

"eh zar..aku nak cakap something kat kau ni boleh tak..." shaf mula bernada serius.

"ha..cakaplah..tak salah pun.." zar memberi keizinan.

"kalau lepas SPM nanti...kita berpisah..kau jangan lupakan aku tau.kaulah kawan rapat aku.insyaallah kita akan berjumpa lagi kalau panjang umur.kalau bukan sebagai seorang kawan..maybe sebagai pasangan suami isteri..who knows..right.jodoh tak kemana."shaf gelak sepuas hatinya.zar hanya tersenyum melihat telatah rakannya itu yang tak pernah berubah dari hari pertama mereka mula mengenali.

setelah 15 minit mereka berjalan...akhirnya mereka sampai di rumah nenek zar.

"bye zar!! nanti malam mimpi aku indah indah tau.mimpi aku jadi laki kau ke.."shaf tertawa sambil melambai ke arah zar.

"insyaallah"hanya itu ungkapan yang mampu diberikan oleh zar.

"assalamualaikum nek."

"waalaikumusalam.haa dah balik pun cucu nenek ni.macam mana belajar.okey tak.atau zar kena ganggu dengan budak shaf tu lagi."nek yam tersenyum mengagak apa yang berlaku.

zar melangkah masuk ke dalam rumah nek yam dengan sopan lantas bersalam dengan nek yam.

"macam tu lah nek.shaf tu memang tak pernah berubah lah dia kan nek.tapi zar rasa zar beruntung dapat kawan macam dia.dia tu baik, sopan dengan orang tua, tapi kadang kadang tu lah.dia suka sangat merapu."

"merapu apa pulak? okey aje nek tengok."

"dia suka sangat cakap yang dia akan jadi laki zar lah, nanti kalau kita jumpa balik kita jadi suami isteri lah.macam macam lagi lah."zar membuka cerita.

sambil tersenyum nek yam berkata."mungkin betul apa yang shaf cakap tu."

zar melangkah menuju ke dapur berhajat ingin makan nasi kerana sejak tadi perutnya mendendangkan lagu keroncong.

"aik nenek ni.sejak bila pulak menyebelahi si shaf ni."zar mengerutkan dahi

"bukan menyebelahi tapi mungkin apa uang shaf cakap tu akan jadi kenyataan.nenek nak sangatlah kamu dengan si shaf tu.dah lah hansome, hormat orang tua, mak ayah dia pun tak sombong.padan sangatlah dengan kamu ni zar."

zar yang sedang minum air itu tetsedak mendengar neneknya berkata sedemikian.
zar hanya diam membisu tidak memberi kata balas .

tapi didalam lubuk hati zar sebenarnya, sudah lama dia minat akan shaf itu.tiada seorang pun tahu akan isi hatinya itu walau kawan baiknya itu, iaitu bel.shaf hanya pendam akan perasaannya itu tak mahu diluah kepada sesiapa.

seusai makan, zar menuju ke biliknya untuk solat zuhur.menunaikan yang utama itulah pesanan arwah mama papanya.jangan ditinggalkan yang wajib.

sesudah solat, zar hanya berkurung didalam bilik memikirkan apa yang akan terjadi padanya suatu hari nanti selepas SPM.banyak perkara yang difikirkannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience