Geriz duduk di sofa sambil membaca surat khabar itu dengan tenang. Sama sekali tidak risau keberadaan anaknya. Amelia. Lagi pula dia sudah menerima mesej daripada Amelia. Amelia sudah memesan kepada Geriz bahawa dia dalam keadaan baik-baik saja. Percaya Geriz dari pesanan Amelia itu.
Puza hanya berhadapan dengan Geriz. Sedang menjahit kebaya yang sudah dibeli oleh Geriz. Kebaya itu memang klasik. Puza sangat menyukai pemberian kebaya dari suaminya. Bewarna biru kebaya itu. Tetapi agak besar sedikit. Puza jahitkan kebaya itu sedikit. Supaya kebaya itu muat dengan saiz badannya yang ramping itu.
“Aw..”.
Jarum yang digunakan Puza terkena di tangannya. Dia meronta kesakitan sederhana. Jarinya lalu dihisap perlahan-lahan. Disebabkan darah mula keluar sedikit di jari telunjuknya. Puza melihat jarinya kembali. Darah di jarinya sudahpun berhenti. Namun kepedihan masih terasa. Tercucuk dalam sedikit jarum itu ke kulit jarinya.
“Hati-hati Puza jahit kebaya tu.”.
Geriz menasihati Puza dengan lembut. Dia sedikit hirau darah yang keluar dari jari Puza tadi. Terhenti Geriz membaca surat khabarnya. Melihat terus isterinya menjerit kesakitan. Tapi Geriz tahu itu hanya luka biasa.
“Ye.”.
Jawab Puza dengan manis. Dia berikan sedikit senyuman kepada suaminya itu. Geriz pula menyambung bacaan di surat khabar. Memakai kaca matanya semula. Dia memang rabun dekat. Setiap tulisan yang berada di surat khabar itu susah untuk dilihatnya. Usianya juga melonjak tua.
Geriz bijak merawat mukanya. Walaupun usianya bukan lagi muda seperti Puza. Semua rawatan sudah dibuat di mukanya. Disebabkan itu lah dia terlihat seperti orang muda. Penampilannya memang padan bersama Puza.
Tok.. Tok.. Tok..
Ketukan pintu dari rumah Geriz bunyi. Terhenti sekali lagi Geriz membaca surat khabarnya itu. Puza pula masih fokus dengan jahitannya. Seperti tidak mendengar suara pintu itu mengetuk.
“Assalamualaikum.”.
Suara Amelia pula kali ini menjengul. Terbeliak mata Puza. Sudah seminggu Amelia tidak balik ke rumah. Mereka sendiri tidak tahu Amelia ke mana. Tapi Puza sentiasa berfikiran positif. Dia tahu yang Amelia sudah pandai menjaga dirinya sendiri.
“Amelia.”.
Begitu juga dengan Geriz tidak sabar-sabar lagi mahu melihat anaknya yang sudah sampai ke rumah. Rindunya pada Amelia tidak terkira. Cepat-cepat Geriz bangun dari tempat duduknya. Mahu menyambut anaknya yang baru saja sampai itu.
Geriz sudah berada di hadapan pintunya. Tombol pintu mula dipusingnya. Dari luar saja Geriz boleh mengecam yang datang ini adalah Amelia. Tanpa lengahkan masa Geriz bukakan terus pintu itu. Puza yang berada di belakang hanya memerhati pergerakan dari Geriz. Matanya begitu tajam memerhati kedatangan Amelia.
“Amelia?”.
Geriz terkejut melihat di hadapannya sekarang. Lelaki yang memakai kemeja segak. Berpria kacak. Seperti pelakon hindustan. Memiliki badan yang sasah. Tidak besar sasa itu. Hanya sederhana saja sasah lelaki yang bersebelahan dengan Amelia. Tapi muka lelaki yang dilihatnya sekarang nampak mencurigakan. Imbas balik kelihatan muka mafia.
“Papa.. Papa…”.
Panggil Amelia kepada ayahnya itu. Geriz mengelamun dengan lama. Langsung tidak melihat Amelia. Mata Geriz hanya melihat lelaki yang berada di sebelah Amelia saja.
“Dia sape Amelia?”.
Tanya Geriz dengan lantas. Dia tersedar dari termenung. Masih terasa hairan juga dengan Amelia. Setahunya sendiri, Amelia tidak memiliki teman lelaki sebelum ini. Geriz tidak percaya dengan lelaki yang dilihatnya sekarang ini. Lelaki itu pasti teman lelaki Amelia. Apapun dia harus menanya dahulu kepada Amelia.
“Saya Ajkar Uncle.”.
Ajkar sampaikan tangannya ke arah tangan Geriz. Amelia masih terkaku dengan pertanyaan dari ayahnya. Amelia hanya menundukkan kepala. Sepatah yang keluar dari mulutnya juga tidak menjengul. Hanya Ajkar saja yang memulihkan suasana. Ajkar elakkan suasana tegang. Dia datang ke tempat keluarga Geriz hanya merisik Amelia. Menjadikan Amelia isterinya.
“Apa yang lama sangat nak masuk tu bang. Sape yang Amelia bawa?”.
Rasa curiga Puza mula timbul. Lama dia menunggu Amelia masuk ke rumah. Puza terus berdiri dari sofa itu. Baju kebaya yang dipegangnya disimpankan di meja dahulu. Tidak tahan hatinya melihat reaksi curiga Geriz itu.
Sesampai di pintu itu, Puza langsung terdiam. Dia tergamam melihat kedatangan Ajkar. Mulutnya juga ditutup menggunakan tangan sebelah kanannya. Ajkar juga memandang Puza. Ingatan Ajkar masih kuat. Puza itu sudah dikenalinya. Hanya Amelia saja yang memerasan tingkah laku yang ditunjukkan oleh Puza dan Ajkar. Geriz pula hanya sibuk memerhati kedatangan Ajkar.
Puza mencapai tangan Amelia. Dia lantas menarik tangan Amelia menuju ke bilik Amelia. Puza biarkan Amelia dan Geriz saja di bawah. Puza sememangnya kenal siapa sebenarnya Ajkar itu.
“Kenapa ni? Apesal tarik aku?”.
Amelia tidak tahu-menahu kenapa dia ditarik oleh ibu tirinya itu. Begitu kuat juga Puza menggengam tangan Amelia. Puza menuju ke bilik Amelia. Ada sesuatu yang mahu Puza beritahu pada Amelia. Sememangnya ini penting untuk Amelia.
“Duduk.”.
Arah Puza. Sedikit berpeluh dahinya selepas menarik Amelia dengan cepat-cepat menuju ke bilik itu. Puza juga memegang dahinya. Dia tidak tahu kenapa Amelia boleh berkawan dengan lelaki yang paling Puza benci dahulu.
“Apa ni? Kenapa kau tiba-tiba tarik tangan aku sampai kat bilik ni? Ada masalah ke dengan lelaki tu sampai kau tak nak jumpa dia sekejap.”.
Tanya Amelia dengan bingkas. Nampaknya ada yang tidak kena dengan Puza dan Ajkar. Seperti mereka saling kenal-mengenali. Itu yang difikirkan Amelia setakat ini. Raut wajah Puza juga kelihatan kusut. Amelia juga tidak tahu Puza terjadi seperti itu.
“Macam mana kau boleh kenal dengan Ajkar tu?”.
Soal Puza. Dia berhenti memutar-mutar di bilik Amelia. Kali ini dia hanya memerhati jawapan dari mulut Amelia.
“Kenapa ni? Ada masalah ke kau dengan Ajkar? Jawab saoalan aku ni dulu.”.
Pinta Amelia. Dia tidak akan menjawab soalan Puza itu dahulu. Amelia hanya ingin tahu sama ada Puza dan Ajkar itu pernah kenal atau tak. Rasa curiganya mulai bermain-main di fikiran.
“Ye! Memang aku ada masalah dengan lelaki tak guna tu. Kau tahu tak dia pernah hancurkan hati aku. Hidup aku musnah sebab pernah cintakan dia dulu. Kau tahu tak siapa Ajkar sebenarnya?”.
Amelia bingung dengan jawapan Puza itu. Rasa lain sedikit dia rasakan. Dia tidak tahu selama ini Puza kenal dengan Ajkar. Tergamam mulutnya terus bila dapat tahu yang Ajkar pernah bercinta dengan ibu tirinya yang muda ini.
“Habis tu? Kalau kau dah tahu kerja dia apa? Kau dah tahu selama ni dia bukan lelaki yang baik? Apesal kau boleh jatuh cinta dengan lelaki tu?”.
Soal Amelia dengan rasa kehairanan. Dia masih tidak percaya dengan kata-kata Puza itu. Baginya Puza cuba memberi peringatan yang tidak munasabah. Amelia ragu-ragu sama ada mahu percaya Puza atau tidak.
Puza memandang Amelia. Badannya dihentikan bergerak ke sana sini. Dia tahu yang Amelia masih tidak percayakan apa yang sudah diberitahu kepadanya. Tentang hubungannya dengan Ajkar itu.
“Tak pe. Aku akan ceritakan kat kau. Sekarang ni kau turun bawah. Aku nak kau layan Ajkar macam buat biasa-biasa je. Jangan nak dekat dengan dia. Aku ni mak kau sekarang. Walaupun aku sebaya dengan kau, aku tetap mak tiri kau. Kalau kau nak kahwin aku berhak tentukan siapa jodoh yang sesuai untuk kau. Aku tak benarkan kau kahwin dengan Ajkar sampai bila-bila. Aku tak nak yang jadi kat aku dulu terkena kat kau balik.”.
Amelia lepaskan tangan Puza dengan keras. Langsung tidak hairan setiap kata dari Puza itu. Yang difikirkan adalah mahu larikan diri dari Puza. Amelia tidak boleh tinggalkan ayahnya sendiri di bawah. Dia harus berjumpa dengan Geriz. Ayahnya. Sudah beberapa hari dia tidak jejak rumah. Amelia tidak hairan jika tidak melihat Puza. Yang diutamakan adalah Geriz. Ayah kandungnya itu.
Amelia begitu pantas berlari menuju ke bawah. Puza pula hanya berdiam diri di bilik Amelia. Puza tidak mahu lagi melihat Ajkar yang sudah hancurkan hatinya itu dulu. Sampai bila-bila pun dia akan ingat perbuatan Ajkar terhadap dirinya. Puza tidak akan maafkan Ajkar. Walaupun Ajkar melutut sebanyak manapun.
“Papa.”.
Panggil Amelia. Di hadapannya sekarang adalah Ajkar dan Geriz yang sedang bersembang. Dua-duanya berbual dengan ketawa terbahak-bahak. Amelia tutupkan mulut saja.
“Amelia duduk sini nak. Sebelah papa.”.
Panggil Geriz dengan suara manjanya. Ajkar hanya mengeluarkan senyuman melihat kemanjaan dua anak-beranak ini. Ada kala dia teringatkan dengan kemunculan Puza sebentar tadi.
“Amelia, Ajkar da cakap semua kat papa. Betul ke kamu dah sedia jadi isteri ni? Kahwin tak boleh main-main tau. Banyak cabaran nak jadi isteri.”.
Amelia bingung kali ini mahu menjawab pertanyaan dari Geriz. Sementara itu, Ajkar memerhati Amelia. Dia risau yang Amelia berkata perkara sebenarnya pada Geriz. Amelia rasa takut secara diam-diam apabila Ajkar mula memerhatinya dengan bengis. Geriz pula hanya memandang Amelia. Hanya menunggu jawapan yang ditanyai kepada Amelia.
“Begini pa. Amelia dengan Ajkar masih merancang untuk nak kahwin…”.
Percakapan Amelia dihentikan oleh Ajkar serta-merta. Dia sudah agak yang Amelia akan memberi jawapan yang membuatkan Geriz merasa curiga.
“Macam ni uncle. Saya dengan Amelia dah set tarikh perkahwinan kami. Dan kami dah rancang untuk kahwin secepat mungkin. Tak elok kalau kahwin ni dibuat lama-lama.”.
Jelas Ajkar. Walaupun pendek penjelasan itu dia dapat rasakan yang jawapannya boleh elakkan Geriz berasa curiga. Dia tidak lupa lontarkan senyuman sedikit kepada Geriz. Geriz hanya mengangguk kepala. Dia memandang Amelia kembali.
“Amelia betul apa Ajkar kata. Tak elok kahwin ni buat lama-lama. Oh ye. Ajkar.. Uncle tak dapat nak beri keputusan yang korang dapat kahwin lagi. Uncle kena tanya dengan isteri uncle. Puza. Nanti kalau dia dah setuju, korang boleh lah kahwin.”.
Ajkar berasa khuatir. Risau yang Puza tidak akan setujui perkahwinannya dengan Amelia. Amelia pula berasa gembira. Tapi disembunyikan di hati. Sudah pasti Puza tidak akan menerima Ajkar. Ajkar itu milik Eryna. Itu yang difikirkannya.
“Kalau macam tu, baiklah. Saya akan tunggu jawapan dari isteri uncle dulu. Kalau macam tu saya balik dulu. Saya tinggalkan Amelia dekat uncle.”.
Ajkar mula berasa tidak nyaman berada di rumah Geriz. Dia pasti yang Puza tidak mahu menerimanya sebagai menantu. Salahnya terhadap Puza begitu besar. Hingga dia sendiri tidak boleh lupa kesalahannya terhadap Puza. Tapi Ajkar berusaha membuat suasana menjadi ceriah. Dia elakkan perasaan marahnya itu terkesan terhadap Geriz. Apapun dia akan menunggu keputusan dari Puza. Ajkar harap Puza akan setuju untuk kahwinkannya dengan Amelia.
Share this novel