Sejak dari kejadian di kolej itulah hubungan Syaa dan Azralina semakin renggang sampailah habis menuntut di kolej dan berterusan ... sehinggalah hari ini dia dapat dipertemukan semula dengan rakan baiknya. Dia mahu menebus semua kesalahannya.
Setelah tiba berhampiran kedai makan,dia turun dari keretanya. Dia melilau mencari kelibat rakannya.
Di manakah Syaa ?
Dia membuka handphone dan menelefon semula rakannya itu. Tiba-tiba dia terdengar derapan tapak kasut menuju ke arah dirinya.
“Perompak kot” kata Azralina dalam hati. Dia berlari masuk ke dalam kereta dan mengunci pintu keretanya. Dia menutup mata dan berdoa dalam hati supaya perompak tidak berani mengapa-apakannya.
Tukk tukkk !! Cermin keretanya diketuk berulang kali.
“Lina ! Nih aku lah Syaa. Asal kau lari masuk dalam kereta” kata Syaa. Azralina membuka pintu kereta dan keluar dari keretanya.
“Kau ingat aku penyamun ke ? Mana ada penyamun pakai tudung. Hahahaha ni aku lah Syaa. Takkanlah you punya best friend sendiri tak ingat ?” kata Syaa.
“Kau ke nih Syaa ? Kenapa kau nampak lain sangat. Cantik gila kau pakai tudung” kata Azralina.
“Yes it’s me lah Lina. Thank you Lina hahaha” kata Syaa.
“Ya Allah Syaa. Dah berapa bulan aku tak jumpa kau. Rindunya kau” kata Azralina sambil memeluk kawan baiknya itu.
“Lina. Aku pun rindu kau jugak. Kau ada masalah ke nih. Kau call aku sampai nangis tadi kenapa ?” tanya Syaa kepada Lina sambil berjalan ke kedai makan.
Azralina menceritakan apa yang berlaku semasa dia bertemu dengan Reza tadi dan terkejut apabila dia duduk bersama dengan perempuan lain di dalam rumahnya.
“Ouh haih kesian gila kau. Dengan kawan baik si Fadzil tuh boleh tipu kau. Apatah lagi dengan kau weh. Kau kenal ke perempuan tuh ?” kata Syaa.
“Aku kenal sangat perempuan tuh. Officemate aku jugak. Dia berhenti kerja minggu lepas. Tak alih-alih dia mengaku perempuan tuh sepupu dia. Mengarut gila dia tuh” kata Azralina.
“Lelaki nih Lina. Bila nak lari dari buat silap, dia akan bohong kau punya sampai kau hampir-hampir percayakan dia. Aku percaya mamat tuh buaya sebenarnya. Semua perempuan termasuk kau pun dia try” kata Syaa.
“Semuanya salah aku Syaa. Aku percayakan dia and banyak kali aku serahkan semuanya. Aku macam dah miskin sangat nih” kata Azralina.
“Lina. Kau jangan cakap yang kau dah terlanjur pulak dengan jantan tuh. Aku boleh cakap dengan Fadzil tu and pergi hentam dia terus. Melampau betul dia tuh” kata Syaa.
“No Syaa bukan aku serahkan yang tuh. Sebenarnya aku dah banyak kali bagi duit dekat dia untuk beli barang-barang untuk raya nanti. Dia kata duit simpanan dia dah habis. Rupanya dia dah songlap duit aku sampai tinggal berapa ringgit je” kata Azralina
“What ? Sampai macam tu sekali ke. Tak boleh jadi nih. Wait Lina...lebam apa tuh dekat bibir kau. Sampai biru macam tu sekali. Meh tengok” kata Syaa sambil memegang luka pada bibir Azralina.
“Aduhh sakit lah gila” kata Azralina.
“Ni mesti Reza yang buat kan. Aku nak ajar mamat tuh. Lepas makan kita pergi rumah dia balik” kata Syaa.
“No no tak payah Syaa. Biarkan dia. Aku malas nak pikir pasal mamat tuh. Baik kita makan” kata Azralina
“Tak boleh macam tuh Lina. Kena ajar dia jugak. Takperla Lina. Kau makan je. Semua aku belanja. Aku faham keadaan kau sekarang” kata Syaa.
“Thank you Syaa. Kalau kau takde dengan aku sekarang nih, aku dah kedana sekarang nih. Nak jumpa Fadzil pun sekarang tak boleh. Dia mesti benci gila kat aku” kata Azralina.
“Dua tiga hari lepas aku ada jumpa dengan laki kau. Betul ke dia nak failkan cerai dia dengan kau dekat pejabat agama lepas raya nanti?” tanya Syaa secara berbisik. Bimbang perbualan tentang rumah tangga Azralina didengari oleh orang ramai.
Azralina mengangkat bahunya dan menggeleng kepalanya sahaja.
“Entahlah Syaa. Aku macam dah hilang arah je. Maybe jodoh aku dengan Fadzil tak panjang. Parents aku pun tak tahu lagi nih sebab dekat overseas lagi. Entahlah maybe diorang dah tahu cuma tak beritahu lagi kat aku” kata Azralina.
“Laki kau perlukan masa kot. Dengan aku pun tak berbual sangat sejak jumpa kau minggu lepas” kata Syaa.
Azralina memegang tangan Syaa.
“Syaa...kau dah tak marah dekat aku kan. Masa aku on the way ke sini, aku teringat cerita lama dekat kolej dulu. Aku bersalah sebab rampas Fadzil dari kau dulu. And then aku kahwin dengan dia sebab nak duit dia. Akhirnya duit aku dah habis dikebas oleh jantan tuh. Allah terus bayar cash dekat aku” kata Azralina.
“Takdelah Lina. Aku dah lupakan tu semua. Jangan salahkan apa yang berlaku dulu. Kadang-kadang dalam benci ada sayang. Macam sekarang nih. Jodoh kau dengan Fadzil masih lagi teguh cuma nak satukan balik je sebab dah terlerai. Kau banyakkan bersabar and berdoa. Ni kan bulan puasa Lina” kata Syaa.
“Thank you Syaa. Aku nampak sendiri yang Fadzil dah tak buat benda-benda tu semua. Mula-mula aku start benci kat dia sebab dia nak ubah diri dia. Lama-lama barulah aku faham kenapa dia buat macam tuh” kata Azralina.
“Yes dia memang dah berubah. Aku tengok dengan gaya dia, dia bukannya macam dulu. Begitu jugak lah dengan aku, aku dah start pakai tudung” kata Syaa.
“Yes...cantik betul kau. Aku rasa teringin nak pakai” kata Azralina.
“Alhamdulillah ye ke baguslah macam tuh. Kau dah pakai jangan pandai-pandai nak bukak balik eh. Aku sanggup tak mengaku kau kawan tau” kata Syaa.
“Yelah takkan punya. Rasa excited pulak aku nih. Nih Syaa boleh tak aku nak mintak tolong kau sikit” kata Azralina.
“Apa dia ?” tanya Syaa.
“Boleh bawak aku jumpa Fadzil tak? Aku nak mintak maaf dekat dia. Aku harap dia rujuk aku balik” kata Azralina.
“Hmm boleh tu boleh sebenarnya. Tapi semalam aku call mak dia nak cakap dengan Fadzil tapi dia takde. And then dia nak ajak aku beraya bersama family dia dekat Perak. Aku macam tak confirm lagi lah. Dengan masalah kau dengan laki kau lak nih” kata Syaa.
“Bila diorang nak balik kampung ? Aku rindu nak rasa suasana kampung. Selama ni aku terperap je kat KL” kata Azralina.
“Mak dia kata lusa. Hm semalam aku call dia kata lusa. Maknanya esok lah baru diorang nak gerak. Jap, kau tahu ke rumah nenek mentua kau nih” kata Syaa. Azralina menggeleng kepalanya sahaja.
“It’s okay. Nanti aku call mak dia. Nanti dekat sana jugak aku bantu kau. Dah jangan lah sedih lagi. Tak suka lah tengok kawan aku sedih” kata Syaa. Azralina tersenyum sahaja.
“Macam ni lah kawan aku. Manis je senyum tuh. Ish lama betul makanan nih. Bila nak sampai nih” kata Syaa merungut seorang diri.
“Kau selalu makan sini ke ?” tanya Azralina.
“Haah. Dulu kalau lunch break aku selalu makan sini dengan staf-staf aku. Maybe malam ni meriah kot. Cuti sekolah kan dah nak start” kata Syaa.
“Iya tak ya. Lepas makan nih jom lah tumpang tidur rumah aku. Rumah aku kosong je. Nanti esok kita pergi rumah kau and then terus gerak Perak lah” kata Azralina.
“Okay jugak tuh. Good idea. Sahur esok siapa masak?” kata Syaa.
“Aku lah. Aku masak mi goreng je. Tak pun kau nak makan apa cakap je. Aku boleh masakkan. Tu pun kalau cukup bahan-bahan lah hehehe” kata Azralina.
“Takper Lina aku okay je asalkan kenyang sampai berbuka esok. Hehehe” kata Syaa.
.
Awal pagi pada pukul 4 pagi, rakan-rakan Halim Tokan iaitu Kamal dan Bakar sedang menikmati nasi bungkus di kedai makan berhampiran dengan rumah bosnya di Pelabuhan Klang.
“Cepat lah sikit makan. Lepas ni bos suruh kita ni pergi tempat si Farhad duduk tuh” kata Kamal apabila menyedari Bakar makan secara lambat.
“Rileks boleh tak. Bukannya dah nak azan subuh. Baru pukul 4 pagi” kata Bakar.
“Mujurlah malam tadi abang si Farhad tu tumbuk muka si Fahmi tu tau. Kalau kita masuk campur tadi, tak pasal-pasal kita lumpuh satu badan. Silap-silap kepala kita hancur ditembak oleh bos tuh” kata Kamal.
“Bodoh lah kau nih. Ke situ pulak kau cakap camtuh. Tapi bos tuh teruk lah. Tak faham ke yang Fahmi tu kena pukul teruk dengan abang dia. Tu pun nasib baik dia acu pistol je kat kepala dia” kata Bakar.
“Dia saje je lah tuh nak tunjuk apa akibat kalau kita tak buat kerja betul-betul. Kau tahu kan si Fahmi tu berguna untuk kita” kata Kamal.
“Tahu lah. Lepas makan nih kita pergi hotel tuh. Time macam ni lah dia nak cari makanan untuk sahur. Nanti kita angkut la dia terus bawak dia jumpa bos” kata Bakar.
“Okay kita buat jela apa yang dia suruh” kata Kamal.
“Kau nak tahu tak Kamal, malam tadi yang abang dia tibai si Fahmi tu siapa?” kata Bakar.
Kamal menggeleng kepalanya.
“Fadzil lah. Adik si Farhad tuh. Fahmi yang beritahu kat aku tadi” kata Bakar. Dahi Kamal berkerut.
“Memang la mamat tuh adik si Farhad. Buat apa nak tahu pasal nama dia. Aduh kau nih” kata Kamal.
“Hm memang la tak penting untuk kau tahu nama dia. Tapi aku kenal sangat siapa dia tuh” kata Bakar sambil meminum airnya itu.
“Hah cerita lah” kata Kamal.
“Ikram, yang aku cerita dekat kau dulu. Ingat tak?” tanya Bakar.
“Ouh Ikram. Kawan kau yang masuk penjara sebab rompak bank dulu. Sekarang dia memang dekat dalam lagi kan?” kata Kamal. Dia mengangguk sahaja.
“Ya memang dia yang rompak bank tuh. Bank yang dekat Shah Alam tu tempat kerja si Fadzil tuh” kata Bakar.
“So apa kaitan kalau si Ikram tu rompak bank tempat Fadzil kerja tuh ?” kata Kamal.
“Sebenarnya plan nak rompak tuh plan aku sendiri. Aku tak suruh dia rompak tapi aku suruh dia bunuh Fadzil kat dalam bank. Tapi nasib tak baik, dia kena tangkap dengan polis. Termasuklah member aku sekali. Ikram tu lagi teruk kena sebab dia kena tembak dekat lutut oleh pak jaga tuh” kata Bakar.
“Kenapa kau suruh Ikram tu bunuh Fadzil?” tanya Kamal.
“Macam nih, satu hari dia balik dari kolej sebab dia nak ambil barang. Aku ada la jumpa dia dekat rumah sewa. Muka dia teruk gila sampai lebam-lebam” kata Bakar.
“Uish sebab apa muka dia lebam-lebam ? Ni tak lain mesti kena belasah” kata Kamal.
“Aku tanya dia tak nak mengaku kena belasah. Rupanya memang betul dia kena belasah. Aku tanya la siapa yang belasah Ikram. Dia bagitau si Fadzil yang belasah Ikram sebab dia rampas awek Fadzil. Ikram ambik awek dia pun ada sebab jugak. Fadzil tuh bingai main kayu tiga belakang awek dia” kata Bakar.
“Gila betul si Fadzil nih. Kalau kena kat aku nih alamatnya 7 kaki dalam ni” kata Kamal dalm hati.
“Kau pergi belasah balik ke Fadzil tuh?” tanya Kamal.
“Takkanlah aku nak datang kolej tu semata-mata nak cari mamat tuh. Aku senyap buat tak tau je la sampai lah dia dah habis study dekat kolej. And time tu lah aku buat plan untuk hancurkan Fadzil. Tapi tu lah, nasib tak baik” kata Bakar.
“Takper Bakar, time ni lah kita ada peluang nak cari si Fadzil tuh. Kita jumpa dia and lanyak je dia tuh. Amacam Bakar?” kata Kamal.
“Tak payah la memandai Kamal. Time Fahmi kena belasah kita pulak yang kecut. So jangan lah kita buat hal. Dah jom gerak lah. Kang dia lari pulak kali nih” kata Bakar.
“Laju betul kau makan. Time bercerita kau makan makan jadi laju pulak. Time senyap kau slow pulak makan hahahaha” kata Kamal.
“Dah lah kau yang suruh aku makan laju. Laju salah lambat salah. Apa benda la kau nih” kata Bakar. Kamal tersengih kelat.
Mereka menaiki kereta menuju ke Subang Jaya.
Telefon Kamal berbunyi dan dia menjawap panggilannya itu.
“Hello ? Haa bos kitorang on the way nak pergi Subang. Nak cari si Farhad tuh” kata Kamal.
“Okay good. Pastikan kau bawak dia hidup-hidup. Korang pukul dia sampai lembik. Jangan ada sesiapa nampak kalau tak nak kantoi” kata Halim Tokan.
“Baik bos” kata Kamal lalu menutup telefonnnya.
“Bos call ke Kamal?” tanya Bakar.
“Haah. Dia suruh kita ni bawak dia hidup-hidup and pukul dia sampai lembik je. Bukan sampai mati tau” kata Kamal.
“Yaa tahu dia pun dah cakap dengan kita tadi kan” kata Bakar.
“Iyelah dia ingatkan kita lah. Kang mana tahu kau marah sangat dengan Farhad kau belasah dia sampai kiok terus. Susah kita. Dia tuh banyak hutang dengan bos tau” kata Kamal.
“Yelah yelah. Haih sabar jelah dengan mamat tuh” kata Bakar.
Sementara itu, Farhad terbangun dari tidur dan jam menunjukkan pukul 4.30 pagi. Dia bingkas bangun dari katilnya dan membasuh mukanya.
Beberapa minit kemudian Farhd keluar dari bilik dan turun ke bawah menuju ke kedai makan.
Dia mahu membeli makanan untuk hidangan sahur. Dia duduk di atas meja makan dan menunggu pelayan yang menjaga kedai makan itu.
“Nak order apa bang?” kata pelayan tersebut kepada Farhad.
“Okay bang saya nak nasi goreng kampung dengan teh ais. Tu je bang” kata Farhad.
“Okay bang thank you” kata pelayan berlalu pergi.
Dia mendail nombor pada telefonnya dan menghubungi seseorang.
“Hello. Ni Fadzil ke?” kata Farhad. Dia menelefon abang sulungnya.
“Hah ye aku la ni. Kau Ad kan” kata Fadzil di telefonnya.
“Ya aku nih. Nanti kau save balik number aku nih. Kau kerja pukul berapa” kata Farhad.
“Aku pukul 8 dah masuk kerja. Ni kau tengah sahur ke?” tanya Fadzil.
“Haah. Weh Fadzil kalau kau baru gerak nak balik kampung tengah hari nanti kau call aku tau. Nanti gerak sama-sama lah” kata Farhad.
“Okay boleh. Nanti aku call kau bila dah habis kerja. Kau singgah la rumah aku nanti. Tahu tak rumah aku kat mana?” kata Fadzil.
“Aku ingat-ingat lupa lah. Takper nanti aku ingat la. Okay aku nak makan nih. Assalamualaikum” kata Farhad sambil menutup panggilannya.
Sedang Farhad mengelamun menunggu makanan yang dipesannya sampai, dia ternampak kelibat dua orang yang sangat dikenalinya keluar dari keretanya.
“Bangsat diorang cari aku pulak. Macam mana nih” kata Farhad seorang diri. Dia perlahan bangun dari meja makannya dan keluar secara senyap-senyap dari kedai makan dan menuju ke hotel.
Farhad berlari masuk ke hotel dan menuju ke biliknya. Dia mengambil beg bajunya dan segala barang peribadinya lalu dengan pantasnya dia keluar dari hotel melalui pintu belakang. Dia mengintai dari belakang dinding bangunan.
Farhad kenal dua orang yang keluar dari keretanya. Orang yang sama yang menyerang Farhad pada malam tadi bersama dengan Fahmi. Dia menuju ke motosikal miliknya lalu menghidupkannya dan keluar dari bangunan itu.
Kamal dan Bakar masih melilau mencari kelibat Farhad. Mereka mencari di serata kedai makan namun tiada.
“Aku rasa dia tidur lagi la kot. Cuba kita cari dalam bilik dia” kata Bakar.
“Macam mana nak cari dia tuh. Dia duduk hotel tau bukannya rumah biasa. Kunci hotel mesti pada si Farhad tuh” kata Kamal.
“Takper aku ada cara. Jom teman aku” kata Bakar. Kamal mengikutnya pergi ke hotel yang Farhad dihuninya itu dan menjumpai perempuan berbangsa cina yang menjaga kaunter bilik hotel.
“Amoi I nak tanya lah. You kenal tak dia nih. Yang kat tengah” kata Bakar. Perempuan berbangsa cina itu melihat gambar di dalam telefonnya itu.
“Ouhh Farhad ke nih. Lu orang ni siapa. Kawan Farhad ke?” kata perempuan itu.
“Haah. Kitorang ni kawan Farhad. Dia ada keluar tak dari biliknya tadi?” tanya Bakar.
“Ada tadi. Lepas itu I nampak dia masuk dalam hotel ni macam nak cepat. Mungkin barang dia tertinggal kot. Dia tak keluar lagi lah agaknya” kata perempuan itu.
“Erm amoi you ada tak kunci extra bilik dia. I takut dia tidur lagi so kitorang nak kejutkan dia sebab nak ajak dia makan-makan. Ada tak?” kata Bakar.
“Ada rasanya. Nanti I check kejap ya” kata perempuan itu mencari kunci-kunci bilik di dalam laci yang disediakan.
“Okay jumpa. Nah nanti you pulangkan balik tau. Thank you” kata perempuan itu.
“Okay amoi thank you yaa” kata Bakar lalu bersama dengan Kamal menuju ke lif dan menaiki lif ke tingkat atas. Mereka mencari bilik Farhad.
“Bakar, ni bilik dia. Kau bukak slow-slow je takut dia perasan” bisik Kamal. Bakar membuka kunci pintunya dengan perlahan-lahan.
Apabila mereka masuk ke dalam biliknya, mereka mendapati Farhad tiada di dalam biliknya ! Ke manakah Farhad menghilangkan diri ?
“Aduhh sial lahh Farhad nih. Dia macam tahu je kita datang sini. Habis macam mana nih?” kata Kamal.
“Kita turun bawah jap and kita cari motor dia. Aku rasa dia ada je lagi kat area sini” kata Bakar.
“Okay jom” kata Kamal. Mereka turun ke bawah dan melilau mencari Farhad.
“Weh Kamal. Nampak tak pintu belakang sana terbukak? Aku rasa dia dah lari ikut pintu belakang nih” kata Bakar kepada Kamal. Mereka menuju ke pintu belakang yang telah terbuka. Tidak ada sebarang motosikal diletakkan di kawasan belakang bangunan.
“Aduhaii apa benda nih Farhad takde pulak. Mana pulak dia lari. Haih macam mana la kita nak cakap dengan bos nanti” kata Kamal.
“Kamal. Tadi masa kita nak pergi dekat area hotel tu, aku dengar macam ada motosikal area kedai makan. Aku rasa tu motor dia kot” kata Bakar.
“Asal kau tak cakap awal-awal Bakar. Kalau tak awal-awal dah boleh kejar dia pun” kata Kamal.
“Bodoh la kau nih mana lah aku tahu. Kita dari tadi duk sibuk cari dia. Dah dah kita pergi dekat kereta kita tadi. Aduh nak cakap apa dengan bos ni” kata Bakar sambi menggaru kepalanya
Kamal menyerahkan semula kunci tambahan kepada perempuan cina itu. Mereka keluar dari hotelnya menuju ke keretanya.
Sementara itu Farhad menunggang motosikalnnya sehingga sampai di hadapan sebuah masjid. Farhad berhenti di tepi jalan. Sedang memegang perutnya yang sudah lapar, dia ternampak satu kedai makan di seberang jalan.
“Alhamdulillah rezeki aku hari ni. Makan dulu lah” kata Farhad lalu turun dari motosikalnnya dan menuju ke kedai makan untuk menikmati juadah sahur.
Share this novel