Rate

BAB - 3

Fanfiction - KPOP Series 1243

"Baru hari pertama dah penat." rungut Lee Sun Hee.

"Kan ibu dah cakap tak perlu buat kerja sambilan duduk je dekat rumah jaga Sang Hee. Kesian dia cari ibu die." balas Puan Soo Yun selepas mendengar rungutan anak nya itu.

"Hehehhehe. Mane Sang Hee". Tanya Lee Sun Hee kepada ibunya. Dia baru sedar bahawa rumah ibunya itu agak sunyi dari sebelumnya.

"Sang Hee keluar dengan Hwa-Young"

"Hwa-Young? Pergi mane?" Tanya Lee Sun Hee. Risau kerana dia tahu adik bongsunya itu selalu lalai dan suka melakukan satu perkara tanpa berfikir panjang.

"Dia pergi mall dengan kawan kawan die." beritahu Puan Soo Yun.

"die tahu ke nak jage budak macam mane? Nanti tiba tiba dia tertinggal Sang Hee kat mana mana pula. Dia tu dah la tak boleh harap langsung ." Lee Sun Hee mula memikirkan perkara perkara yang negatif tentang adik bonsu nya itu.

"tak pe, die dah besar umur die pun dah masuk 16 tak kan die nak buat macam tu dekat Sang Hee. Sang Hee tu kan anak sedara dia." kata Puan Soo Yun lagi sambil tangan giat membersihkan pinggan yang berbaki di dalam singki.

Lee Sun Hee bergegas bangun dan mencapai kunci kereta yang telah dia sangkut dia tempat letak kunci yang telah diesediakan.

"nak pergi mana tu?" Tanya Puan Soo Yun.

Soalan itu dibiarkan sepi tanpa jawapan. kaki laju menuju ke bahagia tempat letak kereta.

Menyedari apa yang akan dilakukan oleh anak gadis nya itu, dia terus mengikut langkah anak nya ke tempat parkir kereta sebelum mengingati Sun Hee bawaha dia masih memakai pakaian lelaki. "sebelum kamu keluar, tukar baju kamu dulu jangan pergi selagi kamu tak tukar pakaian kamu." beritahu Puan Soo Yun sedikit tegas.

Menyedari pakaiannya seperti lelaki beserta rambut palsu talah membuatkan dia betul betul terlihat seperti abang kembarnya, Lee Suk-Chin. Lee Sun Hee melepaskan satu keluhan berat sebelum kaki melangkah masuk semula ke dalam rumah untuk menukar pakaian nya sebelum berangkat pergi.

Tiba saja dia di pangkaran pusat membeli belah itu dia terus menapakkan kaki masuk ke dalam mall itu. Mata mencari kelibat Hwa-Young dan anak nya setelah menghubunggi adik nya bahawa dia sudah berada di dalam pusat membeli belah itu. Lebih kurang beberapa minit menunggu, akhir nya dia nampak kelibat Hwa-Young bersama beberapa orang rakannya. Kaki Lee Sun Hee laju menuju kearah adik nya itu.

"kenapa tak beritahu akak dulu yang adik nak bawa Sang Hee keluar. Risau akak."

"akak tak payah risau orang tahu la macam mana nak jaga Sang Hee. Orang dah besar." balas Hwa-Young.

"dah besar konon. Padahal baju sendiri pun orang yang tolong basuh kalau tak memang berkulat la baju tu."balas Lee Sun Hee lagi.

Hwa-Young mencebir sebelum memberikan Sang Hee kepada ibunya.


"korang semua makan tak lagi? " Tanya Lee Sun Hee kepada adik nya dan rakan adik nya itu.

"Belum lagi" jawab Hwa-Young.

"jom pergi makan akak belanja" ajak Lee Sun Hee.

" ni yang orang makin sayang"

Usai makan Lee Sun Hee membawa Sang Hee berjalan jalan dan membiarkan adik nya meluangkan lebih masa bersama rakan rakan nya.

Dalam asyik membelek baju untuk Sang Hee dia tidak perasan bahawa dia sedang diperhati oleh salah seorang rakan sekerjanya iaitu Kim Bora.

Usai membeli pakaian untuk Sang Hee mereka berdua terus pulang ke rumah atas sebab Sang Hee sudah terlelap dalam dakapannya.

Sampai saja di rumah dia mengangkat anaknya dan meletakkan anaknya di dalam sebuah katil bayi yang sudah terhias cantik yang didekorasi oleh abang kembarnya dan juga kawan baiknya.

Lee Sun Hee memandang sayu wajah Lee Sang Hee sebelum air matanya jatuh laju bagaikan air sungai yang mengalir deras.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience