Dia terus menyerahkannya kepada aku. Di hadapannya aku membuka akaun FB, tanpa berusaha menyembunyikan password. 2710aina1998.
“Tarikh lahir Aina, kan?” Dia bertanya. Aku mengangguk. FB aku buka. Menjawab kenyataan Syed Zain tentang rasa lega, SPM sudah berakhir. Gambar itu aku upload. Aku dan Radzi menyeringai, dengan kebahagiaan terpancar di mata kami. ‘Sangat lega. Malam ni kami celebrate. Buat Arabian Night.’
Tepat sangkaan aku. Syed Zain membalas serta merta. ‘Siapa dengan Aina tu?’ Aku menjawab, ‘Si kumbang jati’. Aku sudah mahu log out tetapi dia bertanya lagi, ‘Classmate Aina?’ Aku memandang Radzi, tidak tahu apa jawapan yang sesuai. Radzi mengambil handphone dari tangan aku dan menjawab, ‘What if he is? Any problem with that?’ Kali pertama bercakap nada keras. Sebelum ini, lembut gigi dari lidah. Lembut tulang dari rawan.
“Cukuplah. Aina cuma nak upload gambar. Tak usah kacaulah. Dia pengantin baru..” Ayat aku membuatkan Radzi tersentak. Lama benar dia merenung aku.
“Kalau macam tu, tak berbaloi Aina nak sedih-sedih kerana dia. He doesn’t know what he’s missing.” Sah, dia sudah dapat meneka kenapa aku bersedih tadi. Bolehkah menafikan?
“Bukan kerana…”
“Syy!” Tangannya menutup bibir aku. “Look here Aina. Caterpillar selalu rasa hidup dia dah berakhir apabila terpaksa jadi kepompong yang hodoh dan statik, lekat di batang atau dahan pokok. Rupa-rupanya dia menjadi rama-rama yang baru nak mula hidup, dengan lebih indah lagi. Dia ada kepak cantik, dia boleh terbang dan dia dikagumi orang kerana kecantikannya.”
“Apa kena mengena dengan Aina dan FB?” Kurang jelas.
“Memang tak ada kena mengena dengan FB. Aina-lah rama-rama cantik tu.”
“Aina kan, Anne Boleyn, the Marquess of Pembroke?” Berseloroh kerana kesedihan itu sudah reda, dengan pujukan Radzi. Aku? Rama-rama cantik?
“No, you’re not. Anne Boleyn yang sebenar bukan cantik pun. Berkulit gelap dan rambutnya coklat tua. Salah satu tangan ada enam jari dan ada goiter besar di leher.”
Lagi sekali ayatnya membuatkan aku ketawa. Seronok rupanya berdampingan dengan Radzi. Ideanya matang, maklumatnya jelas dan kelucuannya bersahaja.
Malam itu, sesudah habis majlis, kami pulang beramai-ramai ke asrama. Mata enggan mengantuk pula. Kami menghabiskan masa berbual-bual. Topik utama, pastilah aku dan Radzi. Hairul Rizal sudah memaklumkan kepada semua. Aku tidak lagi berselindung. Berterus-terang pada rakan-rakan sebilik bahawa kami akan mula rapat. Alasan aku ketika ditanya, kerana dia mempunyai tahap kematangan melebihi rakan-rakan lain.
“Memanglah. Umur dia tua dari kita..” Keempat-empat rakan sebilik menjerit serentak. Demi Allah. Aku tidak tahu. Rakanku, Najwa menceritakan kisah hidup Radzi yang sangat tragik. Emaknya meninggal dunia dalam kejadian runtuhan salji di sebuah ski resort luar negara. Radzi dan ayahnya terselamat namun dia trauma dengan kejadian itu yang berlaku semasa umurnya enam tahun. Pulang ke tanahair, Radzi terus menjadi enggan bercakap walau sepatahpun. Pada umur 10 tahun, barulah dia pulih dan mula memasuki Darjah Satu walaupun dia sepatutnya sudah berada di Darjah Empat.
“Maknanya, umur dia dah 20 tahun la? Patutlah dia ada lesen memandu. Tadi dia tunjuk pada Aina.” Rakan-rakanku berpandangan. Kerana lesen memandu? Ataupun kerana aku membahasakan diri sebagai Aina?
Share this novel