Bab 18

Action Series 6386

Wajah isterinya yang baru sedarkan diri dipandang. Tangan halus Amanda digenggam erat. Hampir dia kehilangan Amanda malam tadi jika tidak dibawa ke hospital. Suhu badan isterinya terlalu tinggi dan Amanda ditahan ke wad untuk sementara waktu

"Ayra rasa okey sikit tak?" tanya Darris seakan masih bimbang.

Wajah suaminya tidak dipandang seraya kepalanya hanya diangguk perlahan. Tubuhnya terasa lemah.

"Ayra lapar tak?" rambut Amanda dibelai.

Amanda menepis tangan Darris kuat. Darris tersentak ketika itu.

"Ayra..." Amanda terus mencelah ayat Darris.

"Baliklah. Aku nak rehat. Kau pun balik rehatlah. Penat kan." badan dipusing tidak menghadap suaminya. Mata dipejam rapat.

"Aku tak penat. Aku penat sikit je. It's okey aku tak penat."

Beria-ia Darris cuba meyakinkan dirinya tidak penat daripada terus biarkan isterinya sakit begitu. Sungguh hatinya kecewa saat isterinya mula memanggil nya 'kau'.

Kecewa dengan dirinya sendiri kerana dialah puncanya Amanda berubah tegang.

Melihatkan Amanda baring, Darris datang mendekati isterinya. Dia duduk di sebelah wanita itu

"Ayra, saya minta maaf..." Darris akhirnya mengalah.

"Saya ada bawakan awak air yang ustaz buat. Air ubat. "

"Ubat? "

Darris menggangguk.

"Tak payah acah-acah nak caring pasal aku. Menyampah aku dengan perangai bodoh kau tu. Aku sihatlah! Buat apa nak minum lagi. Boleh tak kau jangan sibuk hal aku lagi. Aku ni susahkan kau ke? " tempelak Amanda.

Keluhan dilepaskan.

Awak dah berubah, Ayra, gumam Darris perlahan.

"Tolong jangan benci saya... " Amanda terdiam sejenak.

"Kenapa perlu benci sedangkan dalam dunia ni ada banyak perasaan lain. "

"Because you were born to be hated. " berombak dadanya menahan getaran kemarahan dan api. Hidungnya merah.

"But you were born to be loved... by me" ujar Darris dengan intonasi yang perlahan.

"Dah lah kau. Baliklah. Rimas aku tengok muka kau kat sini. Berambus!" jerkah Amanda tiba-tiba.

"Saya nak temakan awak, boleh? "

Gelas kaca yang ada air dibaling ke muka Darris. Sekilas matanya dipejam lalu tangan diraup perlahan di wajah disirami oleh jurus air.

"Aku cakap kau balik, kau baliklah! Bahasa apa yang kau tak faham ni hah! Kau tau aku ni menyusahkan kau, dan sekarang kau nak tambah lagi ke beban dalam hidup kau sebabkan aku?" marah Amanda membuak-buak.

"Saya harap Amanda tak berubah macam sebelum ni. Saya harap Nuhayra yang saya kenal kekal yang dulu. "

Kakinya melangkah ke arah pintu lalu dibuka kemudian keluar dari bilik tersebut.

Air mata jantannya gugur sekali lagi.

Kenapa aku ego? Kenapa aku bodoh? Ya Allah, janganlah biarkan terus membenciku lagi, gumam dalam hati.

segalanya akan terlerai

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience