Bab 14

Fantasy Completed 13895

Dua hari berlalu.

"jane.. Dah dua hari kamu tak pergi sekolah kan? Mak dah okay la" ujar puan erika sambil melabuhkan punggung di atas kerusi di ruang tamu.

"ala mak tak apa la.. Lagipun jane kan dah lama tak cuti" balas gadis itu sambil tersenyum sunging. Dia duduk di sebelah emaknya dan mula mengurut bahu wanita itu.

"kamu dah cari budak lelaki tu?"

Pergerakan jane terhenti. Kai ke? Aduh..

"jane.. Dengar tak mak tanya ni?" ujar puan erika seraya itu dia menoleh memandang anaknya.

Gadis itu tersengih. "belum mak"

"la.. Jane mak nak kamu pergi panggil dia datang sini malam ni ye.. Nanti mak masak sedap sedap"
Arah wanita itu lagi. Bergegas dia bangun dan berjalan ke arah dapur untuk mula memasak.

Kena panggil ke? Jane masih lagi berkira kira. Aku tak nak jumpa dia lagi dah. Tapi..

"jane! Kamu tunggu apa lagi? Pergi sekarang!" jerit puan erika dari dapur.

"hah aaye ye mak.. Nak gerak la ni" cepat cepat gadis itu bangun dan keluar dari rumah.
_________

Jane merenung lama pintu rumah banglo usang di hadapannya. Kalau bukan sebab emaknya, jangan harap dia nak jejakkan kaki ke sini lagi.

Tuk tuk tuk..
Tuk tuk tuk..

Tak ada orang ke? Jane meninjau dari luar tingkap. Terhendap hendap gadis itu cuba melihat ke dalam. Dah la gelap.

"kai!" laung jane kuat.
"kai awak ada dekat dalam ke?!"

Tiada sahutan.

Gadis itu tersenyum. Tak ada orang maknanya dia tak payah la hadap muka kai lagi kan.. Tapi.. Mak macam mana?

Baik aku tunggu sampai petang. Mana tahu kejap lagi dia balik. Jane duduk di bawah dan bersandar pada pintu. Cuaca hari itu agak terik. Nasib baik rumah kai banyak pokok.
___________

Aduh..
Jane menggosok-gosok belakang tengkuk nya yang terasa sengal. Dah nak SENJA?! Segar matanya memandang sekeliling. Aduhai.. Mesti mak risau.

Segera gadis itu bangun dan berlari pulang ke rumah.
_____________

"mak!"

"kat dapur"

"emak.." jane tersengih. Bau makanan mula menusuk ke hidung. Sedapnya... Perutnya dah mula berkeroncong minta diisi.

"mak masak apa?"

"jane dari tengah hari kamu keluar dah senja baru nampak batang hidung. Mana kamu pergi?" soal wanita itu. Tangannya ligat mengacau sup ayam yang sedang menggelegak.

"jane tunggu kai la kat rumah dia tapi"

"hah mana budak tu dah sampai belum? Mak tak sabar nak jumpa dia." laju puan erika mengelap tangannya dan terus berjalan menuju ke ruang tamu.

"mak.. Kai tak ada.."

"tak ada? Mana dia pergi? Kamu cari ke tidak dia kat rumah dia?" puan erika mula meninggikan ton suaranya. Manakan tidak, dari tadi dia memasak. Siapa nak habiskan semua lauk tu.

"mak.. Jane tunggu dia dekat rumah dia dari tadi. Tak nampak langsung kelibat dia."

Puan erika mengeluh. "dah la.. Jane kamu kacau sup tu lepastu tutup api. Mak nak rehat kejap." wanita itu berlalu masuk ke dalam bilik.

Jane segera menutup api dapur. Bau aroma sup mula memenuhi rumah. Sedapnya bau.

BANG!
Pintu rumah ditolak kasar.

Siapa pulak tu? Pantas jane melangkah ke ruang tamu.

"hoi!" jerit pakcik jery dengan suara garau. Langkah kaki lelaki laju berjalan mendapatkan jane.

"budak sial!!" tangannya merentap kuat rambut jane dan menyeret gadis itu ke ruang tamu.

Jane menjerit sakit. Kulit kepalanya terasa hendak koyak. Air matanya mengalir laju. Kenapa lagi ni?

"kau buat apa hah?! Kau buat apa kat rumah banglo hujung kampung tu!!!" jerit pakcik jery kuat di telinga gadis itu.

Berdesing telinganya tika itu. "saya tak buat apa apa pun kat sana lah! Lepaslah sakit! Emak!" panggil jane sambil menangis.

Terkocoh Kocoh puan erika keluar dari bilik. Dia terjaga dari tidur apabila terdengar bunyi bising.

Terbeliak matanya melihat anaknya diperlakukan seperti binatang. "JERY! Lepaskan anak aku!" wanita itu meluru ke arah suaminya dan menolak tubuh lelaki itu. Segera dia memeluk tubuh anak gadisnya yang terketar ketar itu.

Pui! Pakcik jery meludah ke lantai. Sial punya perempuan. "kau jangan masuk campur erika, mana kau hilang selama ni hah?! Sial kau nak lari dari aku ke? Nasib baik aku tak jual anak kau tahu tak?!"

"saya hilang awak tak kesah pon! Awak tak cari pon saya, suami apa awak ni hah?!" jerit wanita itu sambil menolak tubuh lelaki di hadapannya.

Pang! Wajahnya ditampar. Bulat mata pakcik jery memandang isterinya. Kau berani tampar aku?
Aku bunuh kau!

Lelaki itu mencekik puan erika dan menampar muka wanita itu beberapa kali.

"emak! Emak! Lepaskan emak aku gila!!" jane cuba menolong sambil menarik dan menumbuk kuat badan pakcik jery supaya menjauhi emaknya.

Jane memandang sekeliling. Matanya terhenti memandang pasu kaca. Segera diangkat pasu itu dan pranggg!!

Darah mengalir laju di kepala lelaki gila itu. Segera tangannya melepaskan wanita itu dan memegang kepalanya yang terasa pening. Sial!
Dia berpusing memandang jane yang masih lagi kaku dengan apa yang dilakukannya.

Pang! Wajah jane ditampar kuat. "kau...kau tunggu aku tak habis lagi dengan kau berdua!" lelaki itu memberi amaran sebelum berlari keluar dari rumah dalam keadaan terhuyung hayang.

Segera jane berlari mendapatkan emaknya.
"emak emak! Emak jangan tinggalkan jane mak" air mata gadis itu mengalir laju tanpa henti.

Badan puan erika menggeletar. Nafasnya tercungap cungap. Mukanya sudah berwarna biru kerana tidak mendapat oksigen. Sempat dia tersenyum memandang anaknya sebelum matanya tertutup rapat.

"EMAKK!!!"

Suara jeritan jane memecahkan kesunyian malam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience