BAB 15

Romance Completed 11420

Sesampainya di rumah, Elman terkejut melihat ambulans yang baru keluar dari perkarangan lamannya. Dua buah kereta peronda polis dan kereta daddynya turut berada di situ. Enjin kereta segera Elman matikan dan buru-buru dia keluar dari keretanya. Elman berlari untuk masuk ke dalam rumah namun langkahnya dihalang oleh pegawai polis yang bertugas.

“Let me go! I want to see my wife!!”

Isteri? Tekak Elman mula terasa perit. Pertama kali mengucapkan perkataan ‘wife’ itu dengan hati yang tulus ikhlas membuatkan Elman mula sedar akan kesilapan dirinya. Layakkah dia mengungkap perkataan itu kalau selama ini dia tidak pernah melayan Najla seperti mana selayaknya seorang isteri? Hati Elman semakin luluh melihat kesan darah yang terdapat di ruang tamu. Dia yakin ada perkara buruk telah menimpa Najla. Isterinya itu langsung tidak kelihatan di mana-mana.

“Najla…Najla…Najla!!!”

Elman sudah menjerit bagai orang hilang akal. Pegawai polis yang menghalang jalannya masih tidak membenarkan Elman masuk. Beku saja wajah pegawai polis itu memandang Elman.

“Elman…” Elman berpaling. Wajah Dato’ Seri Tajul Ariffin terbentang luas di depan matanya.

“Daddy…mana Najla? Apa yang dah berlaku ni daddy? Kenapa ada polis dan ambulans dekat rumah Elman ni? Kenapa daddy!?” Elman sudah mengongoi. Baju Dato’ Seri Tajul Ariffin yang basah dengan darah membuatkan Elman semakin tak keruan. Dia tahu ada sesuatu telah berlaku kepada Najla.

“Daddy minta maaf. Daddy lambat sampai. Daddy sangka Daddy boleh selamatkan menantu dan cucu daddy but I failed to do that. Najla…Najla kena tikam Elman. Dia kena tikam dengan Aulia….” Dato’ Seri Tajul Ariffin melurut jatuh ke tanah. Eric segera memaut tubuh bekas majikannya yang semakin lemah.

“Actually she hired me first to do the job but I refused when I noticed she is my ex-boss daughter-in-law. She get mad and rush to your house. She stabbed Najla by her own accord. I’m sorry Elman. If only we came earlier to your house, this incident will never happen. I’m sorry.”

Elman menggelengkan kepala. Laju langkahnya menuju ke kereta. Dia mahu mengekori ambulans yang membawa isterinya pergi. Dia mahu berada di sisi Najla. Aulia di dalam kereta peronda polis mula menjerit-jerit sebaik sahaja ternampak Elman. Apabila Elman tidak mengendahkannya dia mula mengamuk. Sekejap-sekejap dia marah, sekejap-sekejap dia ketawa sebelum menangis pula….

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience