Di dalam kereta menuju ke rumah Ara, terlihat Ara hanya bermasam wajah sahaja dengan memuncungkan bibirnya membuatkan Aoran tertanya-tanya, adakah dia ada buat kesalahan.
"Kenapa dengan muka tu ?. Tak comel langsung."
"Memanglah saya tak comel, sebab saya ni cantik. Kan !. Sampaikan awak tak fokus memandu, ingat saya takda mata ke yang awak asyik-asyik pandang saya. Why, menyesal ceraikan perempuan cantik macam saya ni."
"Wau confident tu beli dekat mana ?. But ya, saya mengaku yang awak ni makin cantik semenjak jadi single ni. But sorrylah saya bukan pandang awak. Jangan nak perasan."
"Dah tu awak pandang apa ?. Jangan-jangan, Ya Allah." Dengan pantas Ara menutupi pahanya mengunakan beg tangannya agar Aoran tidak gatal melihat paha gebunya. "Gatallah orang tua ni. Cocok kang mata tu, buta."
"Huh, awak ni tak pandai berubahlah. Masih je dengan otak kuning awak tu." Ujar Aoran dengan mengelengkan kepalanya berkali-kali.
"Awak mana boleh di percaya. Gatal !. Nampak luar macam tenang tapi dalam tu geram tengok paha saya ni. Kalau saya tahu, awak yang jemput saya tadi awal-awal lagi saya dah pakai jubah. Miang, gatal."
"Ya !. Saya memang miang sekarang ni. Nak tolong saya garukkan ke?. Gatal sangat ni." Ujar Aoran dengan sengaja mendekatkan dirinya pada Ara. Betapa dia kesal dengan pemikiran bekas isterinya itu.
Dengan pantas Ara menolak Aoran untuk jauh darinya. "Eee, dahlah. Fokus memandu."
"Tahu takut, dah duduk diam-diam. Ni awak belum lagi jawap pertanyaan saya."
"Apa dia ?, saya tak ingatlah dengan soalan awak tu."
"Soalan saya tadi, kenapa wajah awak masam je, ada yang tak kena ke ?."
"Oh !, kenapa awak tak hantar saya dulu ?." Soal Ara dengan menatap wajah bekas suaminya dengan tatapan tidak puas hati.
"Well, rumah kawan awak lebih dekat dari rumah awak. Jadi saya tak nak putar balik, buat lelah je. Kenapa?, jantung awak berdegup dengan sangat laju ke sebab duduk di sebelah orang kacak macam saya ni. Dah tak tahan."
"Eiw, sorrylah. Jantung saya ni takda masa nak berdegup untuk orang tua macam awak ni. Saya hanya tak nak orang berkata tentang kita, itu sahaja."
"Yeke ?. Jadi biarlah orang nak berkata apa. Kita tak buat benda yang tak senonohkan. Lagipun penceraian kita tak banyak orang tahu, hanya orang yang kenal kita je. So jangan di pikirkan."
"Ok." Balas Ara dengan mengatur rambutnya.
Mata Aoran tertarik dengan jari manisnya Ara, yang kosong. Sedangkan dia masih memakainya.
"Mana cincin ?." Soalnya dengan fokus memandu.
"Cincin ?." Soal Ara lalu melihat jari manisnya. "Oh, saya dah jual cincin tu. Kenapa?. Ada masalah ke?." Jawab Ara selamba.
"Awak dah takda duit ke?. Sampai nak jual cincin perkahwinan kita."
"Ada !. Hanya sahaja saya nak jual. Lagipun sayakan dah janda, jadi apa salahnya saya cari pengganti. Jika saya terus memakai cincin di jari manis saya ni, itu menggangu untuk saya mendapatkan suami baru."
"Oh." Hanya itu yang dia mampu jawab kerana entah kenapa dia sakit hati mendengar jawapan Ara. Jual ?. Semudah itu dia menjual pemberiannya yang dia beli khas untuknya. Setiap permata pada cincin itu membawa banyak maksud. Tapi...,
"Yang awak ni, kenapa masih pakai cincin perkahwinan kita?. Gagal move on ke ?."
"Saya nak pakai, takda masalahkan." Jawab Aoran dengan nada kesalnya.
"Ok. But awak marah ke ?."
Soalan yang Ara lemparkan hanya Aoran balas dengan diamnya. Ara pelik dengan sikap Aoran yang tiba-tiba menjadi dingin seolah-olah marah padanya. Adakah di sebabkan cincin perkahwinan mereka ?. Ada apa dengan cincin itu, sedangkan cincin itu biasa sahaja baginya. Entahlah..,
................
9:20 MALAM,
Di pondok cendawan berdekatan dengan kolam ikan, terlihat Ara hanya duduk santai dengan menikmati secawan susu. Entah kenapa matanya belum ada tanda-tanda mengantuk sama sekali. Sedangkan hari ini adalah hari yang melelahkan.
"Hai adik abang, dah kenapa termenung ni?. Ada masalah ke? atau, Aoran ada buat benda tak senonoh dekat Ara. Cepat bagitahu abang." Ujar Andrian dengan melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan dengan Ara.
"Aoran takda buat papelah abang, hanya sahaja Ara nak makan angin dekat sini. Mana Kak Hani ?."
"Kak Hani kamu dia tidur, jadi abang tak nak kacau dia rehat. Yang Ara ni kenapa tak tidur lagi ?. Tak baik tau, keluar malam-malam macam ni nanti perut Ara masuk angin."
"Ara tak dapat tidurlah bang. Entah kenapa mata ni, tak mengantuk pulak."
"So apa kata abang temankan Ara sampai adik abang ni mengantuk. Ok."
"Ok !."
"Ni, macam mana lepas bercuti dah rasa lebih baik ke ?."
"Alhamdulilah, dah rasa ok. Dah tak sedih lagi, terima kasih abang dah buat Ara gembira dan tersenyum semula. Abang yang terbaik."
"Kegembiraan Ara adalah kebahagiaan abang, jadi tak perlu berterima kasih. So lepasni, Ara nak buat apa?. Adakah Ara nak sambung belajar atau kerja dekat syarikat kita."
"Ara dah janji dekat papa yang, Ara akan kerja dekat Blue B company sebaik sahaja Ara balik dari bercuti. Well dengan syarat, Ara tak nak ada kaitan dengan A.A company."
"Setahu abang, Blue B company dan A.A company dah lama berkerjasama tanpa adanya masalah. Dan Aoran sangat menghargai kerjasama ini. So maksud Ara Blue B kena batalkan kerjasama dengan A.A company ke ?." Soal Andrian.
"Ai, bukan macam tu maksud Aralah abang."
"Jadi ?."
"Maksud Ara, Ara tak nak ada kerja yang melibatkan A.A company. Tak kisahlah pasal projek ke, or ada event ke. Ara tak nak terlibat."
"Kenapa, Ara masih belum move on lagi ke ?."
"Bukan macam tu, Ara masih tak nak tengok muka dia. Jadi papa pun setuju dengan syarat yang Ara berikan, so esok Ara dah boleh masuk kerja."
"Baguslah, yang lepas biarlah berlalu. Sekarang ni Ara fokus je pada kehidupan Ara. Bina hidup baru dengan jalan yang Ara suka. Well kalau dah sampai jodohnya nanti pandailah dia datang sendiri."
"Kan !. Tapikan bang, abang tengok Ara ni gemuk ke ?."
"Comel apa berisi daripada kuruskan, sejujurnya Ara lebih cantik sekarang daripada dulu. Kenapa tanya ?. Ada yang mempersoalkan berat badan Ara ke ?."
"Takdalah, hanya nak pendapat. Tapikan ada ke yang nak dekat Ara ni, dengan perubahan berat badan Ara yang sekarang ni. Patut ke Ara..,"
Belum sempat lagi Ara menghabiskan perkataannya ada seseorang yang mencelah,
"No, kalau Ara kuruskan badan comel Ara ni. Papa sita kunci kereta kegemaran Ara tu, and papa akan letak dua penjaga untuk pantau Ara kalau-kalau Ara senyap-senyap pergi bersenam semata-mata nak kuruskan badan." Ugut Datuk Farhan dengan melabuhkan punggungnya di sebelah Andrian.
"Dengar tu."
"Ala, janganlah macam ni papa main ugut-ugut pulak. Ara nak bersenam untuk kesihatan Ara juga."
"Ya, Ara boleh bersenam tapi bukan untuk turunkan berat badan. Papa suka Ara macam ni, berisi dan bahagia. Kalau soal orang suka ke tak itu terpulang. Jika dia betul-betul mencintai Ara, dia akan terima apa keadaan Ara sekalipun. Jadilah diri sendiri. Kalaulah takda yang nak, itu takda masalah sama sekali. Kami masih mampu jaga dan beri apa sahaja yang Ara mahukan."
"Betul tu !, tengok Kak Hani. Dia terima abang apa adanya. Abang ni manalah kacak sangat, tapi dompet abang tebal. Itu kelebihan abang."
"Yeke tak kacak, tapi kenapa banyak perempuan yang like gambar abang. Sampaikan ada yang tawarkan diri nak jadi isteri nombor 2 abang."
"Ai, jangan kuat sangat suara tu nanti Kak Hani dengar macam mana?. Tak ke nanti abang jadi duda macam Ara tu." Gurau Andrian di sertakan tawanya.
"Abang !."
Datuk Farhan hanya ketawa melihat tingkah kedua anaknya, selepas apa yang terjadi pada akhirnya dia dapat melihat Ara kembali ceria dan terlihat lebih banyak ketawa dari dulu. Itu adalah kebahagiaannya.
.................
Di bilik Aoran, terlihat Adam hanya memerhati abangnya yang asyik-asyik menghadap cermin dengan berbual sendiri seperti orang gila. Dah dekat 30 minit abangnya menghadap cermin seperti ini. Membuatnya tertanya-tanya, kenapa abangnya begitu.
"Kenapa asyik-asyik tengok cermin tu, angah pulak yang rimas."
Aoran pun memusingkan badannya menghadap Adam. "Angah rasa muka along ni ada macam iras-iras mamak roti canai ke ?. Siapa yang lebih kacak abang ke, atau mamak roti canai ?." Soal Aoran, membuatkan ketawa Adam pecah. "Oi !, apa yang lawaknye. Orang tanya serius ni. Muka along ni ada iras-iras mamak roti canai ke ?." Soal Aoran lagi.
"Jap, kenapa tiba-tiba ni ?."
"Along hanya nak pendapat angah je. Cepatlah, bagi along jawapan."
"Ok, sejujurnya. Ya, sikit." Jawab Adam tanpa ragu.
"Angah !. Jawapan angah benar-benar tidak menyenangkan sama sekali. Wau, sakitnye hati ni."
"Ai, kata nak minta pendapat. Dah angah menyuarakan pendapat angah, along marah pulak. Mungkin di sebabkan jambang along tu kot, yang angah sendiri pun rimas."
"Jambang nilah yang buat gadis-gadis terpesona dengan ketampanan along tau. Boleh pulak dia kata along ni dah macam mamak tebar roti canai. Ish geram pulak along."
"Siapa ?."
"Siapa lagi kalau tak bekas kakak ipar angah tu. Ni, angah sengajakan suruh along jemput dia supaya kami bertemu lagi."
“Angah ada kerjalah.”
"Angah mana ada kerja tadi, melainkan shopping dengan mama. Ingat along tak tahu ke."
"Siapa cakap yang angah takda kerja, adalah. Lagipun, angah hanya minta tolong along untuk jemput Anis tak tahu pulak ada Ara sekali."
"Jangan bohonglah, mall tu siapa punya ?."
“Along.” Jawab Adam. Kadang-kadang dia lupa bahawa abangnya kaya sehingga dia tidak tahu apa sahaja yang abangnya bangunkan.
"Betul !. Tapikan along sangat kesal dekat dia. Rasa macam nak gigit je pipi tembam dia tu. Geram pulang along dekat dia."
"Kenapa pulak sampai nak gigit pipi dia ?."
"Yelah, dia pergi jual cincin perkahwinan kami. You know along beli cincin tu khas untuk dia tau, permata pada cincin tu susah nak cari. Boleh pulak dia pergi jual. Tak menghargai langsung."
"Biarlah dia nak jual ke apa, kan along dah bagi dekat dia. Jadi cincin tu dah jadi hak milik dia. Kenapa along kesal pulak ?. Ke kesal sebab dia cepat move on ?."
Seketika Aoran terdiam,
Adam hanya tersenyum apabila melihat reaksi abangnya, "Tak perlulah jawab. Ni angah nak tanya, siapa Intan ?."
"Kenapa nak tahu ?."
"Bagitahulah siapa dia, macam rapat semacam je. Calon isteri ke ?." Soal Adam.
"Ai, kami kawan jelah. Rapat tu perkara biasa."
"Along perempuan ni, dia cepat jatuh cinta dekat lelaki yang ambil berat tentang dia apatah lagi, kita baik dekat dia maka di merasakan bahawa dia di sayangi. Jangan mempermainkan perasaan orang."
"Kami kawanlah, tapi tak tahulah nanti. So along nak rehat. Di persilakan keluar dari milik along."
"Sombong !. Mamak roti canai." Dengan pantas Adam berlari keluar dari milik abangnya.
"Angah !." Teriak Aoran, betapa dia kesal hari ini.
Share this novel