Chapter 13

Romance Series 4988

Keesokannya Isha dibenarkan pulang ke rumah setelah keadaannya bertambah baik. Sampai sahaja di rumah, Isha kembali membelek barang-barang yang dibelinya di Perth beberapa hari lepas. Dia memberi buah tangan itu pada ahli keluarganya dengan wajah yang ceria. Kemudian dia masuk ke biliknya semula. Dia melihat kembali gambar-gambar yang diambil ketika di Perth itu. Antara gambar-gambar itu, beberapa keping daripadanya dalah gambarnya bersama Iman, lelaki yang ditemuinya di sana. Dia sendiri seperti tidak percaya dalam masa tiga empat hari sahaja dia boleh berteman baik dengan lelaki itu. Sedangkan pada mulanya dia mencurigai Iman. Isha tidak tahu mengapa lelaki itu muncul kembali dalam ingatannya setiap kali dia membelek barang-barang itu. ‘Maybe ni simbol kenangan aku dengan dia kat sana.’ bisik hatinya sendiri. ‘If it that case, i need to throw away all of these stuff then!’ kata hatinya. Setelah berfikir panjang, dia akhirnya membatalkan niatnya itu. ‘Takkan aku nak buang semua ni semata-mata dia? Doesn’t make a sense at all. He’s not anybody to me. Why should i concern?’ soal hatinya. Setelah mengemas barang-barangnya, dia duduk di hadapan cermin dan membelek wajahnya. Telefonnya di atas katil tiba-tiba berdering. Dia pantas menjawab panggilan daripada Akmal itu dengan nada yang ceria. “Waalaikumussalam!” jawab Isha. “You okay? You buat apa? Am I bothering you?” soal Akmal bertubi. “Okay! Tengah duduk depan cermin je. Ada apa You call ni?” soalnya kembali. “Eh, tak boleh ke kalau nak call buah hati sendiri? Kena mintak approval dulu ke?” soal Iman mengusik dan disambut dengan ketawa Isha. “Tak lah. Saja tanya. You tak kerja ke hari ni?” soalnya lagi. “Tak. I off hari ni. kita keluar nak? I ambik You kat rumah.”Akmal mengajak. “Em, okay! Lepas zohor. Okay lah, I nak buat kerja ni. See you later on!” kata Isha sebelum mematikan panggilan. Isha menoleh ke arah jam dinding di biliknya yang menunjukkan pukul 1.20 p.m. Dia segera ke bilik air untuk berwudhuk dan menunaikan solat zohor. Selepas bersiap, Isha turun ke ruang tamu dan duduk di sofa. Dia memerhati ibunya yang sedang melipat pakaian itu. “Ibu, Isha nak keluar kejap ni. Petang sikit Isha balik.” kata Isha. “Nak pergi mana? Kamu tu baru je sihat. Sibuk nak keluar sana-sini. Kalau jadi apa-apa kat luar tu kan susah.” ibunya membalas dengan bebelan. “Ibu ni cakap macam tu pulak. Apa yang ibu cakap tu doa tau.” balasnya. “Bukan ibu doakan. Tapi ibu ingatkan je. Keluar dengan siapa ni?” soal ibunya. “Isha keluar dengan Akmal. Kejap je ibu. Dia ambik kejap lagi.” balas Isha cuba memujuk. “Yelah. Jangan lama-lama. Nanti bising pulak ayah kalau dia balik nanti, tengok kamu tak ada.” pesan Puan Riana pada anaknya. “Okay ibu!”balasnya ringkas. Lima belas kemudian, Akmal sampai di perkarangan rumah Isha. Isha bersalam dengan ibunya dan terus keluar. Dia masuk ke dalam kereta dan menghadiahkan senyuman pada Akmal. Akmal membalas senyuman itu dengan soalan. “You okay tak ni? masuk-masuk je terus senyum. Takut I.” Akmal mengusik. Kata-katanya membuatkan Isha tergelak. “What are you afraid of? Me? Why? Nampak macam orang tak betul ke?” Isha membalas dengan soalan. Akmal tersenyum. “Tak ada lah. Saja je.” jawabnya. “Where are we going?” soal Isha lagi. “I nak bawak You pergi dekat satu tempat yang special. Tapi I tak boleh bagi tahu sekarang. You tengok sendiri bila kita dah sampai nanti.” kata Akmal. “Okay! Sounds like mysterious.” Isha membalas. Sampai sahaja di tempat itu, Isha tidak dapat menyembunyikan rasa terujanya. Wajahnya bertukar ceria. “How beautiful it is!” kata Isha melahirkan rasa terujanya apabila melihat sebuah taman bunga yang dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga yang bewarna-warni di tepi sebuah tasik. Mereka berjalan ke arah sebuah restoran yang tidak jauh dari taman itu. Sejak berpindah ke daerah itu, dia langsung tidak pernah ke tempat tersebut. “Macam mana You tahu tempat ni? You search google ke apa?” Isha menduga. Akmal hanya membalas dengan senyuman. “Dulu I pun tak tahu jugak tempat ni. Lepas Syafiq ajak I lepak kat sini baru I tahu.” Akmal akhirnya menjelaskan. Isha hanya mengangguk. Matanya tidak lari dari melihat bunga-bunga yang cantik di situ. Isha pantas mengeluarkan buah tangan yang dibelinya di Perth dan meletakkan di hadapan Akmal. “Bukak dekat rumah nati.” kata Isha. Akmal tersenyum lebar dan mengangguk. “Thanks my dear!” balasnya. Setelah memesan makanan, perbualan mereka berkisar tentang pemergian Isha ke Perth beberapa hari lepas. Belum sampai sepuluh minit berbual, telefon Akmal berdering. Dia pantas bangun dan beredar dari meja itu. Setelah hampir lima minit berbual di telefon, Akmal kembali ke meja. “Siapa call?” soal Isha ingin tahu. “Kawan I. So macam mana? Seronok pergi negara orang?” Akmal mengubah topik. “Mesti lah. Lagi pun bukannya selalu. Tu pun sebab ada meeting.” Isha membalas. Mereka berbual sambil menikmati makanan yang dipesan. Selesai sahaja makan, mereka berjalan di sekitar kawasan itu. Isha idak melepaskan peluang untuk bergambar bersama Akmal di situ. Telefon Akmal sekali lagi berdering. Dia segera beredar jauh daripada Isha. Dia tidak mahu perbualannya itu didengari Isha. Isha hanya memerhati Akmal dari jauh. Dia mula meneka orang yang menelefon Akmal itu. ‘Kenapa dia mesti lari jauh dari aku semata-mata nak angkat call dari kawan?’ hatinya berbisik sendiri. Isha cuba menenangkan fikirannya yang bercelaru. Dia cuba melempar perasaan curiga itu. Dia tidak mahu hubungan yang dibina itu rosak hanya kerana perasaan curiganya terhadap Akmal. Akmal menghampirinya setelah mematikan panggilan itu. “Sorry. I ada hal. Kawan I nak jumpa.” beritahu Akmal. Isha hanya mengangguk tanpa sebarang soalan. Setelah Akmal menghantarnya pulang, dia mengurungkan diri di dalam dan mengelamun seorang diri. Lamunannya dibawa pergi oleh suara ibunya yang memanggil dari arah dapur. Dia bingkas bangun dari katil dan turun ke dapur. “Tolong ibu mesin kelapa tu. Ibu nak mandi kejap.” kata Puan Riana sejurus sahaja melihat kelibat anaknya di dapur. “Mesin kelapa? Kenapa ibu tak suruh abang je?” soal Isha. “Dia baru balik kerja. Takkan ibu nak suruh dia. Lagipun kamu tu perempuan. Kalau mesin kelapa pun tak pandai, siapa yang nak? Takkan asyik nak guna santan kotak je.” bebel Puan Riana panjang lebar. Isha hanya menuruti kata-kata ibunya dan memulakan kerja di dapur. Setelah selesai menyiapkan kerjanya, dia terus naik ke biliknya untuk membersihkan diri dan menunaikan solat maghrib. Daun pintunya terkuak tiba-tiba. Kelihatan Aizal sedang berdiri di situ sambil tersenyum. “Boleh masuk?” soalnya. “Sejak bila pulak pandai mintak izin ni? Selalu main terjah je bilik orang.” balas Isha dengan nada perli. Aizal hanya ketawa mendengarnya. “Isha tak ambik gambar ke masa dekat sana? Nak tengok boleh? Kot-kot ada minah saleh cun ke lalu kat belakang masa Isha tengah selfie.” Aizal mengusik. Kata-katanya disambut dengan ketawa Isha. “Minah saleh?” soal Isha. “Yelah! Kalau lelaki mat saleh, perempuan minah saleh lah kan? Tak gitu?” Aizal membalas. “Banyak lah abang punya minah saleh.” jawab Isha. “Tak ada minah saleh pun tak apa lah. Mana gambarnya?” soal Aizal. “Isha tak ambik gambar pun. Tak sempat.” balas Isha selamba sambil melipat sejadahnya. “Nampak sangat menipu! Takkan sekeping pun tak ambik. Shopping sempat pulak. Ambik gambar sekeping tak sempat. Pelik.” balas Aizal menyatakan pendapatnya. Belum sempat Isha menjawab, kedengaran suara ibunya memanggil dari bawah. “Aizal! Turun makan. Ajak adik kamu tu.” kata Puan Riana. “Baik ibu!” jawab Aizal ringkas. Isha menarik nafas lega. ‘Nasib baik ibu panggil. Kalau tak..’ bisik hati kecilnya. Dia tidak mahu seorang pun tahu tentang gambarnya bersama Iman di Perth beberapa hari lepas. Dia tidak mahu perkara itu menimbulkan sebarang isu dalam keluarga mereka. Dia pantas turun dan mengambil tempat di meja makan. Isha memerhati semua jenis lauk yang dimasak ibunya pada malam itu. Dia kehairanan kerana tidak satu lauk pun yang dimasak menggunakan santan. “Cari apa? Tak cukup ke lauk yang ibu masak ni?” Puan Riana yang memerhati gelagat anaknya itu bertanya. “Tak lah. Tadi kan Isha ada mesin kelapa. Mana santannya? Tak ada pun dalam mana-mana lauk.” kata Isha. “Ibu buat bubur kacang. Ada dalam periuk dekat atas kabinet dapur tu.” balas ibunya. Isha mula tersenyum mendengar jawapan ibunya. “Tersenyum lebar dengar bubur kacang.” kata Encik Faizul pada anaknya itu. “Mesti lah. Tu kan favourite Isha.” balasnya. “Dah, makan. Banyak cakap pulak. Sumbat nasi dalam mulut baru tahu.” kata Aizal yang duduk di hadapan Isha. “Sumbat la!” balas Isha sambil membuat mimik muka. “Depan rezeki pun nak bergaduh. Karang ayah suruh kamu dua orang makan dekat luar nak?” kata Encik Faizul pada mereka. Kedua-duanya terdiam setelah mendengarnya bersuara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience