Bab 21

Romance Completed 78326

Bangkok, Thailand.

Temuramahnya bersama dengan majalah Vogue Thailand sudahpun selesai selepas sahaja dia memperagakan barangan kemas dari The Emerald. Akhirnya, Gia dapat jugak menarik nafas leganya namun tak selega yang disangkakan. Kepala otaknya masih lagi serabut memikirkan perihal yang satu itu. Selagi kes yang satu itu tak selesai, selagi itulah dia takkan pernah rasa tenteram.

“Khob khun mak na ka Khun Gia (thank you so much Gia),” ujar Tiwadee, salah seorang wartawan Vogue yang menemu ramah Gia pada waktu itu.

“Ka,” Gia menghadiahkan senyuman kepada kru-kru yang ada di situ.

Selepas kesemua kru mula beredar pergi, Gia, Maya dan Kristine turut beredar dari situ. Sempat Maya mengajukan satu soalan kepada Gia.

“Gia, are you sure bila kau dah balik Filipina nanti, kau nak handle kes tu?” Bukan apa dia cuma risaukan keadaan Gia. Walaupun baru saja beberapa tahun dia berkhidmat dengan Gia tapi perangai Madam Valona dan Danial sudah pun tepu di dalam otaknya.

“Ya…kenapa?”

“Aku risaukan kaulah Gia. Kau tahukan yang mummy dan abang tiri kau tu bukannya biasa-biasa. Nanti tak pasal-pasal hidup kau makin susah jadinya.”

“Betul tu Gia. Aku pun setuju dengan apa yang Maya cakap,” Kristine turut bersetuju. Kalau pasal Madam Valona dia tak kisah tapi kalau bab Danial tu memang dia langsung tak boleh nak bertolak ansur.

“Masalahnya Maya, Kristine…aku dah tak tahan tau nak tahan perasaan aku yang dah bercampur aduk disebabkan hal yang dah berlaku ni. Masa kita dekat kubur haritu, aku tak sampai hati langsung tengok keadaan ibu Dariya macam tu. Aku faham perasaan sakit dia macam mana!”

“Ya aku faham tapi kau kena fikir jugak akibatnya pada diri kau sendiri!” Kristine bersuara sedikit keras. Bukannya dia bersetuju untuk Gia sembunyikan identitinya tapi dalam keadaan Madam Valona dan Danial yang berkuasa ke atas diri Gia, tak mustahil suatu hari nanti macam-macam benda buruk berlaku pada Gia.

Lagipun dekat Filipina tu siapa je yang tak kenal dengan Madam Valona dan Danial Louis Scott Padilla? Sebut sahaja nama mereka ini termasuklah ahli keluarga Mr. Scott Padilla, automatik ramai yang kenal. Tambahan pula bila disogok dengan duit yang beribu-ribu nilainya, siapa je yang tak terliur kan? Siapa je yang tak rambang mata? Lebih baik terima saja duit yang nilainya ribuan dari bekerja yang sehari hanya dapat berapa ratus sahaja.

Gia diam dan buntu. Tak apa, aku akan cari cara yang lain untuk tebus kesalahan aku pada ibu Dariya. Aku takkan lepas tangan macam tu je. Cuma, apa yang aku nak tahu sekarang kejadian yang terjadi malam tu disebabkan betul-betul aku kena spike ataupun aku pening betul. Itu yang jadi tanda tanya aku sekarang ni. Tapi, bila aku tanya doktor before aku discharge hari tu, dia cakap aku ok. Punca aku pengsan malam tu sebabkan aku tak cukup rest dan air dalam badan kurang dan bukannya disebabkan spike.

Apa yang aku tertanya-tanya sekarang ni bila masa pulak aku tak cukup rest dan air dalam badan aku kurang? Sebab seingat aku hari-hari aku tidur aku memang cukup before event malam tu bermula. Vi pun siap pantau keadaan aku. Ada something yang pelik ni.

Mereka bertiga berjalan ke arah Jericho yang menunggu kehadiran mereka di dalam kereta. Kalau Jericho ikut mereka ke tempat Gia photoshoot atau event apa-apa, dialah yang akan jadi pemandu tak bertauliah untuk mereka bertiga. Jericho? Dia pun ikut jelah perangai tiga orang ni. Dia tak rasa terbeban dengan semua tu memandangkan mereka bertiga merupakan kawannya apatah lagi Kristine dan Gia yang berkawan dengannya sejak dari sekolah rendah lagi sampailah ke besar.

“Macam mana? Ok ke interview tadi?” soal Jericho sebaik saja mereka bertiga menapak masuk ke dalam kereta.

“Ok…cuma letih sikit je jawab soalan dari diorang,” jawab Gia. Dia tak nafikan yang soalan diutarakan oleh
pihak-pihak yang menemuramahnya tadi agak panjang dan banyak. Pasal itulah, inilah…tak tertelan liur Gia dibuatnya.

“So, why not kita balik hotel dulu then malam ni aku bawak korang makan dekat tempat special? Aku belanja,” ujar Jericho membuatkan ketiga-tiga orang tersebut dah bersinar-sinar mata.

“Seriuslah Jer?!” Kristine siap tampar bahu Jericho lagi tanda tak percaya. Isy! Dalam mimpi jelah kalau nak tengok si Jericho ni belanja kawan-kawan sendiri makan.

“Ye…aku serius. Why not kan sekali-sekala?”

“Oh God! Thank you sebab buka hati Jericho untuk belanja kami!” Kristine siap berdoa lagi. Hahahaha! Over
je Kristine ni.

“But make sure no pork for my dish okay?”

“Okay miss Gia!” Jericho mengangkat tangannya dan membuat symbol ok seperti dalam emoji.

Dalam mereka berempat, hanya keluarga Gia dan keluarga Jericho saja yang tak makan pork manakala keluarga Kristine dan keluarga Maya pula makan. Bila ditanya apa rasa pork, mereka berdua jawab rasa sama saja macam makan daging ayam tapi rasanya better lagi dari daging ayam. Tak tahulah nak explain macam mana.

PUAN AMINAH keluar dari rumah dan menyapu halaman rumahnya yang dipenuhi dengan daun-daun kering yang bertaburan. Sekali-sekala dia akan teringatkan arwah anaknya. Pada waktu pagi hujung minggu, anaknya mesti akan keluar rumah dan menyapu daun-daun kering ini sambil bersembang dengannya yang menyiram pokok di halaman rumah.

Ya Allah…rasa rindunya pada arwah anaknya mencengkam hatinya. Walau bagaimanapun dia terima dan redha pada ketentuan yang telah ditetapkan oleh yang Maha Berkuasa. Perancangan yang diaturkan oleh yang Maha Berkuasa pasti akan ada hikmah disebalik kejadian yang sudah pun terjadi.

Doa untuk arwahnya akan sentiasa ada bersamanya setiap kali selesai solat tidak kiralah solat fardu mahupun solat sunat. Kiriman doa seorang ibu untuk arwah anaknya tak akan putus. Dia yakin yang Dariya tenang di sana kerana sepanjang tempoh dia menjaga Dariya dari kecil sehinggalah meningkat dewasa, Dariya sedikit pun tidak pernah menyusahkannya malah sentiasa membantunya tak kira apa jua keadaan.

Air mata yang mula menitis keluar dari kelopak mata pantas diseka pergi. Selepas menyapu kesemua daun-daun kering tersebut, dia membuka paip air dan mula menjirus tanamannya. Pelbagai jenis bunga yang ditanamnya dan salah satu bunga yang menjadi kegemaran Dariya adalah bunga orkid. Dia akan jaga bunga orkid itu sebaik yang mungkin.

Sebuah kereta mewah jenama Mercedes berwarna hitam berhenti di hadapan rumah Puan Aminah. Puan Aminah yang sedar dengan kehadiran kereta mewah tersebut menumpukan perhatiannya kepada gerangan yang mula melangkah keluar dari perut kereta dan menghampiri pagar rumahnya. Paip air ditutup dan dia melangkah ke arah pintu pagar.

“Ya? Cari siapa?”

“Ini rumah Puan Aminah ke?” soal lelaki tersebut.
Dahi Puan Aminah berkerut seribu. Macam mana lelaki ini kenal dirinya sedangkan dia langsung tak kenal dengan lelaki yang berdiri di hadapan pintu pagar rumahnya sekarang ini.

“Ya…saya Puan Aminah. Emmm…ada apa ya?” Puan Aminah masih lagi tertanya-tanya dengan status lelaki ini. Kawan Dariya ke? Tapi, aku tak kenal pun. Selalunya kalau Dariya berkawan dengan kawan lelaki, mesti dia akan tahu dan cam muka kawan lelaki dia tapi yang ini aku tak kenal pun dan tak cam langsung mukanya.

“Minta maaf puan sebab mengganggu. Sebenarnya saya ni PA kepada Gia Vatanika, orang yang dah langgar anak puan masa dekat Filipina dulu.”

“Oh…PA Gia Vatanika ya? Kalau macam tu jemputlah masuk dulu.”

“Tak apa puan. Saya datang ke sini pun sebab nak serahkan ini,” sebuah sampul berwarna coklat diserahkan kepada Puan Aminah.

“Apa ni?” Puan Aminah mengambil sampul tersebut dan membukanya. Dahinya berkerut bila memandang ada cek di dalan sampul tersebut.

“Mintak maaf ya tapi saya tak faham kenapa kamu bagi cek ni kepada saya?”

“Macam ni puan…sebenarnya Gia Vatanika dia rasa serba salah sangat dengan benda yang dah jadi haritu. Jadi, sebagai tanda minta maaf dari dia, dia hulurkan sedikit sumbangan berbentuk cek kepada puan. Saya harap puan dapat terima ya?”

“Macam nilah…saya mintak maaf dan saya tak boleh terima cek ni. Cakap je dekat Gia Vatanika yang saya dah maafkan kesalahan dia dan saya tak perlukan duit ni.”
Puan Aminah menyerahkan kembali sampul di tangannya kepada lelaki tersebut namun ditolak.

“Tak boleh puan. Puan kena terima jugak duit ni. Kalau puan tak terima, nanti Gia Vatanika berkecil hati pula. Baiklah, saya minta diri dulu,” tergesa-gesa lelaki itu melangkah ke keretanya lalu masuk ke dalam perut kereta.

“Dik! Dik!” Puan Aminah cuma memandang kereta mewah tersebut yang sudah pun memandu pergi dari situ. Puan Aminah mengeluh besar.

Jumlah wang yang tertera pada cek tersebut memang banyak tapi nyawa arwah anaknya tak dapat digantikan dengan nilai wang ringgit. Ya, dia sedar yang keluarganya tak berharta tapi inikah cara orang kaya menebus kesilapan yang dia dah buat? Menebus kesilapan dengan bagi wang ringgit? Entah kenapa dia rasa seperti nilai maruah keluarganya direndah-rendahkan oleh mereka itu.

“APA dia ibu?! Diorang bagi duit dekat ibu?! Banyak sangat ke?!” Terkejut Luqman dibuatnya sebaik saja mendapat khabar tersebut sebaik saja mengangkat panggilan dari Puan Aminah. Serta-merta terus hatinya meledak dengan perasaan marah dan benci kepada manusia yang bernama Gia Vatanika.

“Banyak Luq. Kalau buat makan 3 bulan pun belum tentu habis,” jawab Puan Aminah. Maknanya banyak sangatlah jumlah yang diorang bagi tu.

“Luq dah agak dah ibu! Ini memang kerja si Gia Vatanika tu punya! Tak guna punya perempuan! Dia ingat dia boleh beli kita dengan duit ke hah?!”

“Ibu tak sangka Luq yang orang kaya seperti mereka akan pandang rendah pada kita.”

“Ibu jangan risau. Dalam dua tiga hari lagi Luq akan fly ke Filipina dan time tu Luq akan berjumpa face to face terus dengan Gia Vatanika! Luq tak akan bagi muka lagi dekat dia!” Hatinya makin membara. Kau tunggu Gia! Kau tunggu! Nahas kau bila kita berjumpa nanti!

“Nanti Luq pergi rumah ibu ya ambil duit tu. Luq akan pulang sendiri dekat dia!”

“Baiklah…”

Luqman memutuskan talian. Nampaknya kau makin berani eh Gia? Tak cukup kau ambik nyawa tunang aku, kau bagi duit dekat ibu seolah-olah kami ini terdesak sangat dengan duit kau dan buat kami ini macam tak bermaruah?! Aku takkan maafkan kau Gia Vatanika! Aku takkan maafkan kau selagi hati ibu sakit dengan perbuatan yang kau dah buat dan aku akan pastikan kau terima balik balasan setimpal dengan apa yang ibu rasa sekarang ini.

LUQMAN memandang jumlah wang yang ditulis pada cek. Hampir gugur jantungnya sebaik saja mengetahui jumlah wang pada cek tersebut. Lima ratus ribu ringgit? Kaya sangat dia ni sampaikan mampu bagi duit sebanyak ini dekat ibu? Tapi apa pun, duit ini akan dipulangkan kembali kepada Gia Vatanika. Dia takkan benarkan ibu untuk terima duit ini walaupun dalam keadaan terdesak sekali pun!

Puan Aminah cuma memandang riak wajah Luqman yang sedikit ketat. Dia tahu Luqman masih marah dengan perihal ini. Dirinya sendiri pun tak dapat terima bila diberi duit dengan jumlah yang sangat besar. Seolah-olah kematian Dariya hanya perkara yang kecil saja di mata mereka yang berstatus orang kaya.
Cukuplah hanya dengan kata maaf dari mereka cukup memuaskan hatinya. Walaupun sampai sekarang kata maaf itu masih lagi dia belum dapat tapi dia sudah maafkan gerangannya dengan ikhlas. Tak ada dendam yang beraja di dalam hatinya.

Luqman mengeluarkan telefonnya lalu menelefon Idham. Dia perlu tahu siapa status Gia Vatanika yang sebenarnya. Status luar dan dalam.

“Hello Idham. Aku nak tanya kau something boleh tak?”

“Sure. Kau nak tanya apa?”

“Kau tahu tak latar belakang siapa sebenarnya Gia
Vatanika?”

Puan Aminah pula mengerutkan dahinya. Dah kenapa pulak Luqman nak tahu pasal latar belakang Gia Vatanika? Ada apa-apa ke yang Luqman rancang sebenarnya?

“Based on information yang aku dapat dari kawan aku dekat sana, Gia Vatanika asalnya dari keluarga yang memang kaya-raya dan senang. Senang cerita keluarga dia memang terkenal di Filipina. Sebut saja nama keluarga dia, terus ada yang kenal. Mulalah dari ayah dia yang dah meninggal sampailah ayah angkat dia yang sekarang.”

“Kaya sangat?”

“Memang kaya sangat-sangat dan asset yang diorang ada sekarang ini pun mungkin tak habis dimakan sampai sepuluh keturunan sekalipun. Kejap! Kenapa kau nak tahu pasal dia ni?”

“Nanti aku explain dekat kau. Then? Apa lagi maklumat yang kau tahu?” Serba-sedikit dia mula tertarik dengan kehidupan Gia Vatanika. No wonder lah kau boleh bagi setengah juta dekat ibu sebab keluarga kau memang jenis yang datang dari keluarga yang kaya-raya.

“Dia ada dua abang tiri yang first nama Eric Louis dan yang second pulak nama Danial Louis. Ayah tiri dia pulak nama Mr. Scott Padilla. Oh ya…setahu aku Gia jugak ada beli sebuah kondominium mewah di tengah pusat bandar Manila tapi asset yang Gia ada sekarang ni pun bukan biasa-biasalah kalau nak dibandingkan dengan kita sekarang ni.”

“Yelah…dah family pun jenis kaya-raya kan? So, asset yang dia ada sekarang ni pun confirm datang dari keluarga dia jugak. Oklah Idham, thank you for the information. Nanti kalau ada apa-apa lagi yang aku nak tahu, aku akan call kau.”

“Hmmm yelah…”

“Kenapa Luq tanya pasal Gia dekat Idham?” Soal Puan Aminah sebaik saja Luqman selesai bercakap dengan telefonnya.

“Saja nak tahu pasal siapa Gia Vatanika yang sebenarnya. Tak hairanlah ibu dia boleh bagi dekat ibu duit sebanyak ini sebab keluarga dia pun datang dari keluarga yang kaya-raya. Sebab itulah diorang boleh pijak kita sesuka hati je!”

“Luq…sabar…jangan diikutkan sangat perasaan amarah tu. Ibu takut kalau Luq terlampau ikut perasaan marah tu, benda lain pulak yang jadi. Apa-apa pun kita tak boleh nak buat telahan yang bukan-bukan dulu. Kena siasat betul-betul. Emmm…macam ni, apa kata Luq makan dekat sini? Ibu pergi masak dulu ya?” Puan Aminah mengusap lembut bahu Luqman sebelum melangkah ke dapur.

Luqman menghembuskan nafas beratnya. Perasaan ingin tahunya makin membuak-buak sekarang ini. Dia kena selesaikan jugak kes ni secepat yang mungkin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience