Murung wajah aku sebaik masuk kelas. Aku mengambil tempat duduk disebelah Viana, kawan baru aku.
Tak nak duduk sebelah Rayy. Nak merajuk.
"Nabilla! Duduklah sebelah aku," Rayy memanggilku. Aku tidak menghiraukan dia.
"Wei. Kenapa kau tak layan dia? Kesian au," kata Viana.
"Kalau kau nak layan dia, layanlah. Aku tak heran," jawan dingin.
"Alololo. Sorry Illa," kata Viana.
"Aku tak ambil hati pun lah. Kau ni," marah aku. Benda remeh buat apa nak marah.
Sepanjang kelas ni, aku perasan yang Rayy asyik pandang aku. Aku, biasalah buat 'donno' je.
Habis je kelas, aku keluar dengan segera. Tak nak bertembung dengan dia. Buat sakit hati jer.
"Nabilla, tunggu," tahan Rayy.
Aku memusingkan badan menghadap dia.
"Hey. Aku nak minta maaf. Bukan niat aku nak tipu kau. Sorry. Please, maafkan aku," kata-kata Rayy, suara dia, melembutkan hati aku.
Tapi aku still nak merajuk. Macam lovers dah. Nak tahu apa yang berlaku?
Semalam, dia kata nak jumpa mak kononnya jadi dia tak boleh keluar dengan aku tapi bila aku nak pergi makan, terserempak dengan dia. Dia dengan kawan dia.
Siapa tak sakit hati kalau macam tu? Aku tak mengeluarkan sepatah pun.
Rayy menggerakan dagu aku keatas supaya mata kami boleh bertembung. Anak mata kami bergerak-gerak.
"Look. I'm really sorry. I didn't mean it. Can we still be friends?" Tanya Rayy. Aku memandang mata coklatnya.
Jujur aku kata, aku dah start suka Rayy. Maksud aku, cintakan Rayy. First sight love maybe.
"Just friends?" tanya aku. Aku tak nak berkawan. Aku nak lebih dari tu.
"Then, what do you expect?" kata Rayy.
Tiba-tiba muncul idea. Aku tersenyum nakal.
"Everyone. Pay attention please!" jerit aku. Semua pasang mata memandang aku. Memandangkan suara aku ni jenis yang kuat jadi senang nak tarik perhatian orang.
"With you all as my witness, Rayy Muhammad, would you be my boyfriend?" tanya aku.
Aku memandang Rayy. Menunggu jawapannya. Ramai student yang berpakat menyebut 'YES'. Macam tengah lamar pula.
Hati berdebar-debar menantikan jawapan Rayy. Mata dari tadi tak lepas memandangnya.Tolong jawab 'YES'.
"Aku... "
________________________
Senyuman sinis terbit di muka. Aku akan pastikan dendam aku dilunaskan. Rayy Alexandr Muhammad. Wait for my comeback.
"Ashraff. Tolong kumpulkan maklumat tentang Rayy Muhammad. Aku nak secepat yang mungkin," arah aku kat anak buah aku.
Tak sabar nak tengok kau tumbang. Perasan benci semakin meningkat. Aku tak akan maafkan kau! Semua kehilangan aku disebabkan kau! Kau perlu terima akibatnya!
Nabilla Kiara. Kesian kau. Terpaksa jadi kambing hitam. Bukan salah aku kalau kau terpaksa jadi mangsa keadaan.
Aku, Miqael Henderson, akan pastikan hutang nyawa dibayar nyawa.
Share this novel