BAB 5

Romance Completed 4267

“Kenapa tak cari yang baru?"

“Aku tak boleh terima orang selain daripada dia"

“Kenapa kau tak boleh terima orang selain daripada dia?"

“Sebab dia istimewa dalam hidup aku" Mulut sudah di pekup oleh tangan. Terharu dia, tetapi rasa itu hanya layak tersemat di hati sahaja. Tidak perlulah Ken mengetahuinya.

“Tapi kau kena lupakan dia" ujar Hanis. Ken senyap seketika di situ.

“Percayalah cakap aku, suatu hari nanti pasti akan ada orang yang boleh menggantikan dia" sambung Hanis lagi.

“Aku tak percaya"

“Tapi kau tetap kena percaya sebab dia tak boleh terima kau"

“Aku akan cuba buat dia terima aku"

“How?"

“We married first. Then, aku akan cuba buat kau terima aku as your husband" Dan Hanis tergelak. Tetapi gelaknya kali ini agak hambar.

“Sorry, we can't"

“Kenapa tak boleh? Aku boleh, kenapa kau tak boleh?" soal Ken dengan geram. Kenapa Hanis susah sangat hendak memahami isi hatinya? Kenapa wanita itu susah sangat hendak menerimanya? Dan kenapa wanita itu susah sangat hendak mencintainya seperti mana dia mencintai wanita tersebut.

“Kita berada di tempat yang berbeza Ken. Kau lain, aku lain. Kehidupan kau takkan sama dengan aku. Kau takkan faham apa yang berlaku" terang Hanis lalu talian diputuskan. Deringan telefon berbunyi lagi tanda mahu di angkat. Dia hanya buat tidak endah sahaja lalu dia menyambung kembali tidurnya. Semoga kesakitan itu mampu dia lupakan ***

“Ya Allah... Hanis kenapa ni?" soal Syamira dengan risau. Langkah kaki di bawa atur ke arah Hanis yang tidak habis- habis batuk dari tadi. Hatinya risau melihat keadaan Hanis yang semakin hari semakin pucat. Darah pekat yang terdapat di telapak tangan dengan segera Hanis lap pada seluarnya. Mulut juga dia tidak dilupakan. Nasib baik ketika itu dia memakai seluar hitam. Jadi Syamira tidak akan mengesyaki apa- apa yang terjadi. Hanis mengoyakkan senyumannya pada Syamira saat tubuh itu datang dekat.

“Aku tak ada apa- apalah. Okey je"

“Okey apanya kalau dah sebulan lebih kau asyik macam ni je. Jom lah kita pergi hospital. Aku takut kau ada penyakit serius je" Hanis gelengkan kepala.

“Tak perlu. Aku okey sahaja" dalih dia. Wajah yang semakin pucat itu Syamira pandang dengan lama. Dia meneliti setiap inci wajah itu.

“Kau sebenarnya tadi batuk berdarah kan?" soal Syamira.Air liur Hanis telan dengan payah. Terkejut dia seketika apabila Syamira mengetahui hal itu.

“Ma.. Mana ada"

“Kau jangan nak tipu aku. Dan sebenarnya kau ada sakit kanser paru- paru kan?" soal Syamira lagi. Hanis bungkam. Terkejut dia apabila rahsia dia yang besar ini terbongkar. Hanis meledakkan tawanya.

“Apa kau merepek ni? Aku sihat wal afiat je kut... Dah- dah... Aku tak ada apa- apa pun" Air mata Syamira menitis. Lantas tubuh yang semakin mengurus itu dia peluk dengan erat. Dia menghamburkan tangisannya.

“Kenapa kau tak bagitahu Hanis ? Kalau tak aku boleh bawa kau pergi merawat dengan doktor. Kenapa kau selalu rahsiakan hal sebesar ni Hanis ? Kau tahukan aku sayangkan kau.. Sampai hati kau buat aku macam ni. Kau sengajakan nak tinggalkan aku sorang- sorang" Pelukkan Syamira Hanis balas. Kini air matanya juga menitis membasahi pipi.

“Aku nak jumpa mak ayah aku..." luah Hanis.

“Tapi bukan dengan macam ni Hanis ! Kau kena teruskan hidup! Bukannya dengan seksa diri kau dengan tidak pergi merawat langsung. Lagipun kalau kau pergi, siapa nak doakan untuk mak ayah kau setiap hari?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience