Dirumah agam yang besar dan gah Syed Anas sedang mengemas segala pakaiannya untuk dibawa ke kem esok. Sedang ralit mengemas tiba-tiba notification di iPhone 6s nye berbunyi.
Syed Anas berhenti dari mengemas dan mencapai iphonenya yang berada di atas meja. Di screen iphonenya terdapat satu notification dari group sekolah. Terus dia membuka dan membacanya.
Terdapat satu gambar lelaki dan perempuan sedang bermesra tetapi telah dikaburkan. Tangannya scroll lagi kebawah dan gambar yang sama namun baju warna yang berbeza dan aksi berlainan.
Matanya perasan pada salah satu mesej murid yang memberi sebuah tajuk pada semua gambar itu.
Pelajar miskin menyundal dengan anak orang kaya!
"Uit siapa pulak perempuan tu?Budak sekolah aku ke budak sekolah lain? Kalau Amirul tau ni conform mengamuk habis ni" tutur Syed Anas seorang diri lalu menyimpan kembali telefon pintar itu. Dia terus menyambung mengemas pakaiannya semula.
Ting!
Tengku Amirul Fareez yang baru hendak melelapkan mata terbantut apabila terdengar notification masuk.
Dia lantas membuka mata. Tangan panjangnya mencapai telefon dimeja kecil sebelahnya. Dia menghidupkan telefonnya dan membuka whatsapp.
Terbuntang matanya apabila melihat gambar-gambar tersebut muka dia tak payah cakaplah merah habis. Urat hijau mula timbul didahi.
Mulutnya terkumat-kamit membaca setiap mesej yang sepertinya mencaci, hina dan marah pada gambar tersebut.
Tapi dia tidak boleh bertindak sesuka hati takut dia tersalah nanti tak pasal-pasal timbul masalah baru.
Dia menutup telefon pintarnya dan mencampak disebelah. Dia menutup mata mengurangkan marah sekaligus tidur terus. Dia perlukan rehat yang cukup untuk kem yang akan datang.
2 hari telah berlalu, masa yang ditunggu-tunggu oleh guru serta pelajar The British High School telah tiba.
"Syaf dah siap ke belum?" tanya
Tengku Farah Adlina dipanggilan.
"Jap-jap tengah nak pakai tudung" laung Ku Syaf Ariana sambil tangannya ralit membetulkan tudung dengan kelam kabut. Tengku Farah Adlina mampu menggeleng kepala sahaja.
Harini Ku Syaf Ariana terlajak tidur. Abangnya satu bukannya nak tolong kejut maklumlah ibu bapa mereka telah fly ke London semalam atas urusan kerja. Kembar pula masing belum pulang dari pertandingan yang dilakukan di Sabah.
Setelah 10 minit berlalu, Ku Syaf Ariana keluar dari rumah sambil tersengih mulutnya tidak berhenti meminta maaf. Tengku Farah Adlina yang sedang bersandar pada kereta hanys menjeling manja sahaja kearah sahabatnya.
"Cepatlah kau ni tersengih-sengih. Tahu dok kita dah lambat nak pergi. Dahlah nak daftar lagi " bebel Tengku Farah Adlina. Dia pergi kearah Ku Syaf Ariana dan membantu gadis itu untuk mengankat beg yang dibawa.
"Eh Farah aku boleh buat sendiri. Kau tak payahlah susah-susah nak tolong " Ku Syaf Ariana menolak lembut pelawaan kawannya ingin membantu. Bukan niatnya tidak kasi tapi dia tak nak menyusahkan lagi kawannya. Dah lah dia menumpang.
"Eh" Tengku Farah Adlina menampar kuat kekura Ku Syaf Ariana.
Ku Syaf Ariana menarik tangannya dan mengusap lembut tempat yang ditampar.
Peh perit dho dia tampar
"Biar aku angkat lagipun kita dah lambat. Yang lain semua dah tunggu dekat sekolah. Kau tahukan perangai Aira kalau orang lambat dia buat apa? Dia akan membebel macam mak nenek" kata Tengku Farah Adlina diselang sekali kutukan buat kawannya.
"Ermm yelah. Nah hambik semua ni kalau boleh telan sekali tau" sindir Ku Syaf Ariana. Tengku Farah Adlina menjelir lidah kearah Ku Syaf Ariana. Dia mengakat beg Ku Syaf Ariana dan mencampak kasar kedalam bonet kereta.
Ku Syaf Ariana melihatnya terlopong. Matanya memicing kearah Tengku Farah Adlina yang membuat muka selamba.
Tengku Farah Adlina tersengih sinis. "Apa pandang-pandang?! Ada hutan sama gua!" katanya dengan lagak gangster. Ku Syaf Ariana membalikkan bola matanya.
Tanpa menghiraukan sahabatnya dia masuk kedalam kereta. Tengku Farah Adlina melihat masih tersengih. Dia berjalan kearah pintu penumpang hadapan dan memboloskan diri kedalam.
"Pak Jalin boleh jalan sekarang" ucap Tengku Farah Adlina lembut.
"Baik Farah."
Pak Jalin menurunkan hand-break dan kereta proton saga berwarna merah itu meluncur pergi.
Tiba sahaja diperkarangan sekolah semua mata pelajar The British Highschool terhala ke kereta proton saga. Ada yang tersenyum sinis ada yang mengutuk kereta itu termasuk orangnya didalam.
Betapa hinanya orang yang miskin dan tidak mempunyai duit yang banyak dimata mereka.
Tengku Farah Adlina bersama Ku Syaf Ariana keluar dari kereta. Mereka berdua tidak pedulikan mereka yang melihat.
Ku Syaf Ariana membuka bonet kereta dan mengambil barang Tengku Farah Adlina kemudian diberikan kepada dia. Selepas itu, dia mengambil barangnya dan menutup bonet.
Mereka bersama berjalan menuju ke kantin. Tempat dimana aspuri lain menunggu yang telah dijanjikan semalam.
"Good morning" sapa Tengku Farah Adlina. Mereka yang lain sedang berbual terbantut apabila mendengar suara lembut datang menyapa.
"Hai" kata Iman Nadhirah. Ku Syaf Ariana serta Tengku Farah Adlina duduk di kiri kanan Iman Nadhirah.
Bibir merah Tengku Syafiqah menaikkan senyuman nipis. Eh salah senyuman sinis. Dia mengerling sekilas kearah jam tangam dililit.
"Lambat! Hampir 1 jam lebih kitaorang duduk sini" katanya datar.
Ku Syaf Ariana dan Tengku Farah Adlina tersengih seperti kerang busuk. Faham benar peel kawannya yang sedang dalam mood kurang baik.
"Ni ha minah ni. Lambat sangat bersiap tah apa yang gi tepek dekat muka tu sampai punggung aku pun kebas sebab tunggu dia ni" Ku Syaf Ariana menjeling tajam kearah Tengku Farah Adlina. Makin tersengih si gadis.
"Dah-dah nanti je lah korang gaduh. Sekarang kita dah lambat ni nak daftar" tutur Nik Aira yang sedari tidak menyampuk perbualan kawan-kawannya kerana sedang makan.
Mereka semua mengalihkan pandangan kearah Nik Aira. Nik Aira hanya diam tidak beriak bangun dan mengankat beg yang dibawa. Dia memandang kawannya yang lain.
"Asal korang masih duduk? Jomlah kita pergi daftar" ucapnya.
Mereka semua hanya menurut. Masing-masing mengankat beg menuju kearah dewan untuk berdaftar sekaligus berkumpul disitu. Sepanjang berjalan mereka mendengar setiap cacian dan hinaan pelajar lain mengutuk.
Weyh kau dengar tak sekarang sekolah tengah kecoh pasal budak perempuan uhh?
Tak malu siot pompuan tu tak sedar ngan diri tu miskin haishh?
Dasar pisau cukur!
Dah lah miskin menyundal dengan jutawan pulak tu. Dasar murahan!
"Weyh siapa yang pelajar sekolah ini kutuk?" akhirnya Iman Nadhirah membuka mulut.
"Tu lah aku pun pelik ada apa-apa yang kita tak tau ke?" soal Nik Aira pula.
"Biarlah dorang nak cakap apa pon janji tak kacau hidup kita sudah kalau dorang kacau memang tempah batu nisan gamaknya" tutur Ku Syaf Ariana dingin.
"Betul tu" sokong Tengku Syafiqah.
Beberapa minit mereka bercakap akhirnya mereka telah sampai di dewan terbuka. Ramai pelajar sudah berada disini dan suasana amat bising dekat suara pelajar lain.
Mereka yang lain pergi kearah meja yang tulis pendaftaran. Terus sahaja mereka kearah situ. Selesai berdaftar mereka berjalan seketika sebelum terserempak dengan aspura.
Aspura yang melihat aspuri itu terus melambaikan tangan dan pergi ke arah mereka. Aspuri yang sedikit terkejut itu hanya cepat memasang muka tidak beriak. Menutup wajah terkejut.
"Hai korang" sapa aspura.
"Waalaikumussalam" sindir aspuri hampir serentak. Tersenyum menyenget mereka melihat wajah cemberut aspura.
"Duh sentap pak hang" kata Tengku Amir sambil memegang dadanya yang sakit kerana disindir.
"Weyh jom duduk sama-sama dalam bas nanti" pelawa Aiman Mukhris.
"Ermm" balas Tengku Farah Adlina tanpa riak.
Dua kumpulan besar itu berkumpul di tengah dewan tanpa menghiraukan pandangan serta jelingan murid lain.
"Korang tau tak ada berita panas dekat group sekolah pasal pelajar perempuan keluar dengan anak orang kaya tu" tutur Faizs untuk mengembalikan suasana.
"Aku ada gak baca kat wasaap semalam tapi muka dorang kabur. Kau agak-agak siapa dho perempuan tu" balas Syed Anas datar.
"Aku pun ada baca tapi kita tak boleh buat spekulasi sendiri lepas aku tengok gambar tu memang aku dah angin dah tapi nak buat macam mana. Bukti takda tapi kalau aku dapat tahu siapa perempuan tu memang nahas argh dia kena" ucap Tengku Amirul Fareez dengan muka yang dingin.
Aspuri hanya membisu mendengar setiap kata dari aspura yang lain. Ada mereka terlepas ke?
"Korang tak tau apa-apa ke?" soal Aiman Mukhris.
Mereka semua menggeleng kepala tanda tidak tahu.
"Ouh patutlah senyap semacam jer rupanya tak tahu" tutur Tengku Amir.
PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR TINGKATAN 5 SILA BERATUR DI HADAPAN DEWAN SEKARANG JUGA UNTUK MENGAMBIL KEHADIRAN TERIMA KASIH.
"Weyh dah announced tu jom arh gerak" ajak Faizs sambil menggalas bag pack nye. Mereka yang lain mengikut cara yang sama dan berlalu pergi.
Mereka semua beratur mengikut kelas masing-masing. Usai mengambil kehadiran semua pelajar bergerak pergi ke Bas. Satu kelas satu bas. Kaya bukan.
"Weyh jom duduk sebelah aku" pelawa Syed Anas pada Tengku Syafiqah.
Tengku Syafiqah hanya diam dan menjeling lalu terus pergi ke arah aspuri yang lain. Dia duduk disebelah Ku Syaf Ariana yang telah tersenguk seperti zombie.
"Ceh jual mahal" gumam Syed Anas lalu terus beredar pergi ke arah aspura yang berada di bahagian kanan bas manakala di bahagian kiri pula tempat aspuri.
Tengku Syafiqah mengeluarkan telefon pintar dari poket seluar dan on telefonnya yang telah berabad tidak dibuka. Banyak notification dari Whatsapp, Twitter, Telegram dan Instagram.
"Haish malasnya nak tengok. Erm buka Whatsapp dulu lah" omel Tengku Syafiqah perlahan. Dia mengetik group sekolah alangkah terkejutnya dia apabila melihat gambar yang telah dikaburkan itu. Walaupun samar-samar tetapi baju yang dipakai oleh hamba allah itu memang dia kenal. Dia scroll lagi kebawah dan terkedu melihat.
Dia menoleh kearah Ku Syaf Ariana yang telah masuk kealam mimpi. "Syaf bangunlah! Bangulah weyh! Aku ada benda nak tunjuk ni" bisiknya perlahan lantas menggoncang sedikit tubuh Ku Syaf Ariana.
"Apa yang kau nak aku mengantuklah pergi main jauh-jauh. Jangan kacau aku pergi main dengam abang kau" balas Ku Syaf Ariana dalam keadaan masih mamai. Dia menyambung kembali tidur tanpa menghiraukan kawannya.
Tengku Syafiqah berdecit kasar. Tiba-tiba dia dapat idea. Dia tersenyum nakal kearah sahabatnya.
"Baik kau bangun we sebelum aku cium kau" desak Tengku Syafiqah. Terus terbeliak besar mata Ku Syaf Ariana. Dia menjeling sahabatnya dari tepi mata.
"Eei aku bukan gay ok" kata Ku Syaf Ariana perlahan.
"Kepala atok kau gay. Lesbian lah."
"Apa-apa je. Ni kau nak tunjuk apa dekat aku sampai desak aku suruh bangun" Ku Syaf Ariana menjeling sekilas kearah Tengku Syafiqah.
"Ni huh cuba kau tengok gambar ni" IPhone 7 milik Tengku Syafiqah sudah bertukar tangan.
Dia scroll kebawah seperti diarah oleh orang sebelah sebelum matanya terbeliak. "Wtf! " jerit Ku Syaf Ariana semua yang berada dalam bas memandang kearahnya pelik.
Kornea mata Tengku Syafiqah memerhati satu bas sebelum mukanya bertukar dingin. "Apa yang korang pandang-pandang! Nak kena belasah dengan aku ke?! " lantang bersuara Tengku Syafiqah. Semua yang dengar amaran Tengku Syafiqah terus memandang ke hadapan semula.
"Weyh asal gambar aku ada dalam group sekolah ni aduhhh bala sudah datang" tutur Ku Syaf Ariana cemas.
"Aku rasa ada orang nak main game dengan kita lah. Kau ada rasa pape ark waktu dekat mall haritu?" soal Tengku Syafiqah untuk mendapat kepastian.
"Waktu aku jalan dengan abang aku rasa macam ada follow aku tapi aku buat bodoh jer kau agak sapa dho yang nak game aku. Nak cakap aku ada musuh rasanya takde sebab semua orang tak tau identiti kita yang lain sekarang" terang Ku Syaf Ariana panjang lebar.
"Takde lah pula pulak, tapi time aku dengan abang aku nak pergi cari baju aku terserempak dengan Adriana lepastu boleh pulak dia buat smirk kat aku. Ish hareundang, hareundang, panas-panas betul aku rasa time tu tau" terang Tengku Syafiqah diselitkan sekali lawak 20 sen.
"Ayat last kau tu boleh buat lagu siut. Berbakat nau kawan aku ni eh silap kawan lembu" Ku Syaf Ariana tidak lepas mahu menyakat kawannya.
"Ish barbie betullah kau ni, aku yang chantek hot cun melecun ni kau boleh shipkan dengan lembu. Ok serius balik, kau syak siapa yang post gambar tu dalam group sekolah" kata Tengku Syafiqah dingin.
"Entahlah otak aku aku tak dapat berfungi sebab kau kacau aku tidur" serabut memikirkan masalah negara yang melanda ini eh salah masalah mereka yang tak kesudahan.
"Aku rasa budak sekolah kita arh yang buat sebab gambar ni tersebar dalam group sekolah jer. Mungkin ni angkara diva?" Tengku Syafiqah mengagak.
"Kita tak boleh nak tuduh dorang tanpa bukti tapi kalau orang yang hantar gambar ni bertindak aku tak teragak-agak nak buat nasib dorang hancur dorang tak kenal lagi siapa kita" tutur Ku Syaf Ariana penuh sinis.
"Okay, will see nanti aku inform dengan yang lain buat masa sekarang kita kena berwaspada takut dorang bertindak" ucap Tengku Syafiqah datar.
Share this novel