“WHAT are you doing?” Emir Haidar masuk ke dalam bilik dan lihat Balqis menyuruh jururawat mengambil anak mereka. Sempat Emir Haidar melihat ke arah katil bayi mereka. Anak lelaki kecil mereka masih tidur nyenyak. Terkejut juga Emir Haidar melihat Balqis kelihatan cepat pulih dan sihat.
“I’ve done my part. Mengandung dan melahirkan,” jawab Balqis sambil merapikan rambut dan bajunya. Wajahnya juga kelihatan sudah dibedak halus. Balqis juga dibantu oleh seorang pembantu peribadinya, Lola.
Emir Haidar mengangguk laju. “Faham, tapi takkan takat macam tu je? I dengar you suruh nurse bagi susu tepung. Apa ni?” tegas Emir Haidar.
Balqis mengeluh perlahan. “Susu tak nak keluar. Lagipun penatlah. I baru je lepas bersalin, bagilah I rehat,” balas Balqis.
“Anak kita lapar tu,” kata Emir Haidar geram dengan kelakuan Balqis.
“I tak pandai nak bagi. I tak tahu, menyusukan you pernahlah.” Selamba Balqis berkata sambil membuatkan Emir Haidar jadi malu bercampur bengang. Pembantunya Lola juga tersipu di situ.
“Tengok dada I. Semua benda dah berubah since I pregnant. I betul-betul perlukan rawatan segera, macam mana I nak jumpa orang ramai dan yakinkan orang untuk pakai produk I?” jelas Balqis.
“I betul-betul kena buat something kat perut I.” Balqis berdiri di depan cermin.
Emir Haidar hanya diam dan bersabar dengan perangai isterinya. Ya. Isterinya tidak mahukan anak, child free. Tapi, bukan dia. Emir Haidar perlukan keturunan untuk empayarnya.
“Bila boleh keluar hospital?” tanya Balqis.
“Dah boleh balik dah,” jawab Emir bengang.
“Seriuslah?” Balqis memandang pembantu peribadinya. Mereka juga ibarat berkawan baik.
“Baliklah,” tegas Emir Haidar.
“Alright.” Balqis betul-betul tidak mengendahkan anak mereka. Sampai hati sungguh.
“Jom kita balik, Lola,” ajak Balqis kepada pembantunya.
“Baik.” Lola segera menguruskan semua barang-barang milik Balqis.
“You dah okey ke? Dah rasa sihat?” tanya Emir kepada Balqis.
“Mestilah I sakit, tapi I tak nak stay kat hospital. Dia macam bagi vibe orang sakit. I nak dirawat kat rumah je,” jawab Balqis.
“Anak kita masih stay kat hospital lagi,” kata Emir Haidar masih bersabar.
Balqis pandang Emir Haidar. “You temanlah dia. You fahamkan keadaan I? Dulu janji macam-macam sebelum ada anak,” bebel Balqis.
“Baiklah. I akan uruskan semuanya. You balik dulu dengan Lola.” Emir Haidar memandang tajam pada Balqis. Dia tidak menyangka wanita itu akan pulang tanpa membawa anak mereka.
“You dah carikan babysitter untuk anak kita? Sebab I memang tak mampu nak jaga dia sendiri. I nak fokus pada diri I. Macam-macam kena buat ni. I balik dulu, sayang.” Balqis tersenyum. Dia mencium pipi Emir Haidar dan tersenyum. Wanita itu percaya suaminya akan memenuhi semua kehendaknya setelah dia telah melahirkan seorang anak lelaki.
“Hmm.” Emir Haidar hanya mengepalkan tangannya. Dia tidak boleh marah kepada Balqis kerana mengikut perjanjian, wanita itu hanya akan melahirkan dan tidak akan menjaga anak mereka secara langsung.
“Sayang, kita dah bincang lama pasal benda ni.” Balqis tersenyum penuh kebahagiaan kerana Emir berjanji akan mengizinkan Balqis untuk berkarier kembali. Dan, akan menyokong penuh apa saja yang Balqis akan lakukan, termasuklah dengan wang ringgit.
EMIR HAIDAR mendekati katil anaknya yang berada di dalam bilik bayi. Lena pulas anaknya itu tidur. Perlahan dia menyentuh pipi anaknya yang kemerahan itu. “Semoga membesar dengan sihat ya sayang.”
“Anak papa handsome macam papa.” Emir Haidar tersenyum.
“Emir.” Doktor Muiz masuk ke ruangan bayi.
“Ya.” Emir Haidar menoleh pada Doktor Muiz yang tidak lain adalah kawannya sendiri.
“Nurse bagitahu Balqis dah balik,” ucap Ibra.
“Ya. Dia dah balik. Aku pun terkejut juga tengok dia sihat dan kuat macam tu. Betullah tu kalau kita dirawat dengan baik jadi pesakit akan cepat bertenaga dan sihat cepat,” jelas Emir Haidar yang lebih banyak bercakap dengan kawan baiknya ini.
“Betul tu. Kat hospital ni semua dilayan baik janji bayar lebih. Hahaha. Lagipun, Balqis tu memang jenis energetic. Tak suka lembik-lembik ni. Kau memang untung gila dapat dia. Dia pun samalah untung dapat kau. Siapa je tak cemburu dengan korang,” kata Doktor Muiz sambil memerhatikan Elhasiq.
Emir Haidar buat muka.
“Anak korang ni memang pendiam. Tak kuat nangis,” kata Doktor Muiz.
“Dia tak lapar ke? Macam mana nak tahu dia lapar?” tanya Emir Haidar.
“Dia dah minum susu dah tadi, tapi sikit jelah. Sebab nak bagi masa dekat Balqis. Lagipun, anak kau macam tak suka susu formula ni. Nanti bagitahu Balqis susukan dia. Dalam masa yang sama itu akan bagi rangsangan untuk Balqis hasilkan susu badan,” jelas Muiz.
“Ya.” Emir Haidar mengangguk.
“Balqis tu belum boleh lagi nak buat aktiviti berat lepas bersalin ni. Memang nampak dah sihat. Tapi still kena jaga diri,” tambah Muiz lagi.
“Lepas tu ingat pantang tu bukan Balqis je kena berpantang. Kau pun sama. Sekurangnya 40 hari. Faham tak? Jangan main bedal je.” Muiz memukul lengan kekar Emir Haidar.
“Hmm.” Emir Haidar tersenyum tipis. Sebenarnya, dia jarang bersama dengan Balqis kerana banyak pantangnya oleh Balqis. Lagi-lagi waktu Balqis mengandung, lagilah sangat jarang dia melakukan hubungan badan bersama Balqis. Balqis sentiasa sibuk bekerja dan sering mengadu penat.
Balqis ialah wanita yang sangat berjaya dan popular. Jadi, memang sepadan bila dia berkahwin dengan Emir Haidar. Kedua-duanya sangat berjaya dalam bidang masing-masing. Emir Haidar juga seorang lelaki yang menjadi kegilaan wanita. Banyak usahasama yang dilakukan antara Balqis dan Emir membuatkan mereka jatuh cinta secara tidak langsung terus mengumumkan perkahwinan.
Emir Haidar selamat tiba ke rumah bersama anak lelakinya. Dia sangat berasa bahagia dengan melihat seseorang yang di dalam dukungannya. Tidak sangka dia sudah menjadi seorang ayah. Semua pembantu rumah sudah menunggu di pintu untuk menyambut pewaris ulung keluarga ini.
“Tahniah, tuan. Selamat datang tuan muda yang comel.” Para pelayan memberikan senyuman hangat kepada Emir Haidar dan Elhasiq.
“Semuanya sudah disediakan ya tuan.” Ketua pembantu rumah menghantarkan Emir ke bilik bayi yang khusus untuk Elhasiq. Bersebelahan dengan bilik tidur Emir Haidar.
“Hmm.” Emir Haidar membaringkan Elhasiq di atas katil bayi yang terbuat dari kayu terbaik. Apa saja tentang Elhasiq dia mahukan yang terbaik. Terbaik dari yang terbaik.
“Puan Balqis mana?” tanya Emir kepada Cik Yam.
“Ada kat dalam bilik sedang rehat,” jawab Cik Yam.
“Dah jumpa babysitter?” tanya Emir Haidar menatap tajam kepada Cik Yam yang sudah tua itu, wanita yang telah menguruskannya sejak kecil. Dia mahu seseorang seperti Cik Yam.
“Ada beberapa orang yang datang untuk kita pilih. Ini semua dihantar oleh agent terbaik babysitter. Mereka semua menunggu tuan di taman,” jawab Cik Yam.
“Baik Cik Yam. Saya memang boleh harapkan Cik Yam,” ucap Emir Haidar.
“Terima kasih, tuan.” Cik Yam menunduk.
“Mereka antara yang terbaik ke? Sebab saya mahukan yang terbaik untuk Elhasiq,” tegas Emir Haidar.
“Lebih baik tuan berjumpa dengan mereka di bawah.” Cik Yam jadi kecut perut pula.
“Saya turun ke sana sekarang,” ucap Emir Haidar.
“Baik.” Cik Yam memanggil pembantu rumah seorang lagi Cik Siti untuk menjaga Elhasiq sebelum mendapatkan pengasuh untuk Elhasiq.
Emir berjalan menuju ke taman. Kelihatan wanita muda, cantik, rapi dan kemas sudah berbaris menunggu arahan daripada pemilik rumah.
“Ya Allah. Tuan Emir Haidar handsome gila.” Dua orang wanita mencuri pandang untuk melihat wajah tampan Emir Haidar.
“Mereka dipilih dari agensi terbaik, tuan. Semua data dan latar belakang sudah diperiksa. Keluarga dan tempat tinggal juga kita dah semak,” ucap Cik Yam meletakkan fail di atas meja.
“Hmm.” Emir Haidar memperhatikan wanita itu satu persatu dari atas hingga bawah.
“Mereka boleh mula bekerja. Cik Yam jelaskan saja tugas masing-masing.” Emir Haidar pergi begitu saja. Dia perlu segera ke pejabat kerana ada hal penting yang harus dia kejarkan selepas dua hari berkampung di hospital.
“Baik, tuan.” Cik Yam membalas.
“Tuan Emir dah bagi arahan untuk semua boleh mula bekerja. Saya akan bagi list tugas masing-masing,” ucap Cik Yam.
“Saya kena ingatkan dekat semua yang Tuan Emir sangat-sangat pentingkan yang terbaik untuk anaknya ini. Tuan takkan maafkan kalau ada sedikit kesalahan pun. Dan, satu lagi jangan ambil tahu tentang urusan tuan dan puan dalam rumah ini. Tak perlu bertanya apa-apa kepada mereka. Semua melalui saya,” tegas Cik Yam.
“Kalau ada antara kamu semua yang buat masalah dan dipecat. Percayalah akan sukar hidup kamu selepas itu. Jadi, buat kerja seperti yang disuruh dan berusaha buat yang terbaik,” jelas Cik Yam lagi.
“Kamu dua faham kan? Dan, ingat kamu berdua kena saling bekerja bukan saling iri hati pulak nanti.” Cik Yam memberi amaran.
“Baik, Cik Yam.” Dua wanita itu saling pandang.
“Oh, ya. Jangan pernah terfikir untuk menjadi penggoda dalam rumah ini kerana ia takkan berhasil. Jangan sesekali cuba menghampiri Tuan Emir. Kalau Tuan Emir berada di dalam bilik Tuan Muda Elhasiq, pastikan kamu tidak berada di situ juga.” Amaran seterusnya dilontarkan dengan tegas.
“Baik, Puan,” ucap dua wanita itu sambil menahan nafas kerana berasa sangat gementar dan risau.
Cik Yam menyerahkan sehelai kertas kepada Shima dan Mila. Mereka menyambutnya dan membaca dengan teliti. Semuanya sudah dijadualkan mengikut waktu. Nampak senang, namun melaksanakannya belum tentu lagi.
“Bilik kamu berdua dah disediakan. Boleh berehat dulu, selepas dua jam. Datang semula ke sini.” Terus saja Cik Yam beransur pergi untuk melihat Elhasiq pula.
Mila dan Shima mengangguk. Terus saja mereka menuju ke bilik mereka. Ternyata sangat cantik dan selesa.
“Bestnya dapat kerja dengan Tuan Emir dan Puan Balqis. Macam jackpot pulak rasa,” kata Shima.
“Lagi jackpot kalau…”
Pap!
“Jangan terfikir ya Mila. Jangan…”
Share this novel
nice
ihoukdogj93upfyxjrtuoo
fleupeyi