SETELAH setengah jam berlalu, Lisa masih berteleku dengan esakan yang tidak habis. Kelihatan Lisa memeluk surah Yassin dan membasahkan kubur ayahnya dengan mineral yang dibawanya. Kelihatan jelas bahukan bergerak dek esakan yang kuat.
Di perkuburan itu, Lisa masih tidak berhenti menangis. Tangisannya semakin kuat, semakin jelas. Dia sendiri tidak tahu cerita mana yang harus diceritakan kerana terlalu banyak kisah duka yang terjadi. Terlalu banyak airmata yang keluar sepanjang pemergian ibu bapanya.
Lisa mencapai telefon bimbit dari tas tanganya. Hadiah dari kakak iparnya sempena hari jadinya yang lepas. Iphone xs max yang sangat dijaga rapi. Abangnya beruntung kerana mempunyai isteri yang sangat baik, sangat menjaga maruah, sangat menyayangi abangnya dan Lisa. selalu motivate Lisa untuk kekal positive.
Semasa peristiwa itu terjadi, abangnya sudah berkawan rapat dengan Melissa. Ketika itu mereka di tahun akhir di university. Mengikut cerita Melissa, abangnya banyak membantunya dalam pelajaran. Memandangkan Melissa datang dari keluarga kahwin campur, tidak ada masalah untuk Melissa memeluk agama islam dan berkahwin dengan abangnya.
Lisa menaip di telefonnya.
- Abang, adik dah selamat sampai di kampung kita. Adik solat subuh tadi kat Masjid bandar, Adik terus ke kubur ibu ayah. Adik menangis jer dari tadi abang, entahlah, banyak sangat dosa adik pada ibu dengan ayah. adik banyak berdosa abang. Abang jangan call adik, adik tak nak cakap – Lisa tekan send sampai menangis
Tidak sampai beberapa minit, kelihatan abangnya menaip
- Alhamdulilah, adik abang dah selamat sampai. Pelukkan mereka untuk abang. Abang dah cakap banyak kali, Allah itu Maha Mengampun. Maha Memberi ujian, Maha Melihat semuanya. Jadi semua itu ujian, adik terpilih . Abang dah lama redha dengan apa terjadi, cuma adik kena move on. Abang harap sangat adik move on, pls dik –
Lisa seen text tu, tapi tidak mampu untuk membalasnya. Bagaimana harus dia membalas kepada abang yang sangat baik budinya, abang yang senantiasa membuatkan dia hilang duka, abang yang sanggup berganti nyawa kerana seorang adik yang banyak menyusahkannya.
Sebelum bangun, Lisa meninggalkan message kepada abangnya.
- Adik sayang abang dunia dan akhirat - dengan emoji menangis
Lisa tidak lagi menunggu abangnya membalaskan message. Dia perlahan beredar dari perkuburan ayahnya. Selamat tinggal ayah, Lisa akan datang lagi nanti. Lisa janji, Lisa berkata di dalam hatinya.
Lisa mengesat air matanya, dengan air mineral water yang masih ada, dia membasuhkan mukanya. Dia mengemaskan tudungnya, membetulkan seluarnya, juga menyapu tanah yang melekat pada punggungnya.
APABILA memalingkan badannya ke arah laluan keluar dari tempat persemadian orang tuanya, Lisa ternampak Ali Khan, ayah kepada Haiqal. Dengan sekali pandang, dia sudah dapat mengecam Pak Ali yang sangat rapat dengan keluarga. Mama kepada Haiqal iaitu Makcik Aishah adalah bff ibu Lisa. Mereka selalu berdua kemana sahaja. Walaupun bidang kerja mereka tidak sama, Ibu Lisa sebagai guru, manakala mama Haiqal mengusahakan resort di tepi pantai, mereka banyak berkongsi cerita suka dan duka mereka.
Lisa masih ingat bagaimana mereka ketawa bersama, bagaimana mereka berkongsi cerita mereka. Lisa juga masih ingat bagaimana Mak Cik Aishah jatuh pengsan semasa mengetahui kematian ibu Lisa. Makcik Aishah terpaksa di papah ke kuburan kerana terkejut dengan berita tersebut. Lisa juga masih ingat bagaimana Mak Cik Aishah selalu menjaganya ketika Lisa masih berduka, ketika Lisa berseorangan kerana Abang balik ke Johor untuk sambung belajar.
Lisa juga masih ingat pelawaan Mak Cik Aishah untuk tinggal bersamanya selepas kematian ibu Lisa. Lisa menolak lembut kerana Mak Cik Aishah punya anak lelaki dan tidak mungkin Lisa berkongsi rumah yang sama dengan orang yang bukan muhrim.
Mak Cik Aishah juga tidak setuju Lisa berkerja di rumah agam itu. Mak Cik Aishah mengajak Lisa untuk menolong beliau di resort sementara result spm belum keluar, tapi Lisa bertegas untuk tidak terikat dengan Mak Cik Aishah, kerana Lisa bimbang terlalu banyak budi nanti, menjadi kesulitan untuk membalas balik.
Tetapi sekiranya larangan Mak Cik Aishah itu di ikut Lisa, peristiwa sedih itu tidak akan terjadi. Tidak akan terjadi.
Kelihatan Pak Ali berlari ke arah Lisa terus memeluk Lisa. Kasih sayang Pak Ali itu memamg tiada batas, walaupun sepatutnya mereka ada mahram. Kedengaran esakan Pak Ali di telinganya. Lisa sebak, air mata Lisa mencurah.
“Maafkan Pak Ali sebab peluk Lisa. Pak Ali dah lama cari Lisa. Lama sangat dah. 5 tahun Pak Ali cari Lisa. Kamu pergi mana nak?” Suara Pak Ali tersekat sekat seraya melepaskan pelukannya. Lisa mengesat air matanya.
“Bagi Pak Ali check kamu, dah lama kamu tinggalkan Pak Ali, apa Pak Ali nak jawab dengan ayah kamu?”, tangan Pak Ali menyentuh muka Lisa, memegang tangan Lisa, menepuk bahu Lisa. Lisa menangis lagi, hilang kata katanya
“Besar dah kamu, tinggi dah, dulu masa kamu tingkatan 5, Pak Ali ingat lagi, kamu tidak tinggi begini. Kamu cantik warisi ayah kamu. Alhamdulilah kamu sihat, kamu sempurna pada mata Pak Ali. Mana kamu pergi?”, Lisa mengakui itu soalan yang wajib di jawab. Lisa menangis lagi. Air mata Lisa tidak malu untuk keluar. Esakan Lisa kedengan sangat sayu. Rasa bersalah menguasai diri.
“Lisa minta maaf dengan Pak Ali sebab Lisa menghilang dengan tiba tiba. Lisa ikut abang Lisa ke Johor, tinggal dengan abang. Ikutkan selepas ibu dengan ayah pergi, Lisa kena ikut abang kan? Tapi Lisa tak nak sebab Lisa nak habiskan sekolah kat sini. Lisa tiada niat nak kecewakan Pak Ali dengan Mak Cik Aishah. Lisa minta maaf lagi sekali”, Lisa menjawab perlahan. Lisa harus tahu bagaimana untuk memberi ruang kepada hatinya untuk bernafas.
Melihat drama air mata itu, Haiqal mencelah, Haiqal bimbang ayahnya terlupa untuk mengajak Lisa ke rumahnya.
“Lisa nak balik Johor bila? Boleh singgah rumah abang sekejap tak jumpa mama abang?” ajakan itu juga meruntun jiwa Lisa. Lisa memandang ke mata Haiqal. Mata Haiqal penuh berharap agar Lisa bersetuju dengan ajakannya.
“Isnin nanti Lisa kena daftar kerja kat KL. Esok Lisa kena kemas masuk rumah juga kat KL, sebab Lisa pindah ke KL dari Johor. Abang izinkan Lisa kerja kat KL, lepas tu abang belikan rumah kat Lisa untuk tinggal, dekat dengan office Lisa. Insyallah, boleh jumpa mama abang, tapi kena balik hari ni jugak ke KL. Lisa perlu masa nak survey tempat kerja dulu, kot first day nanti sesat pulak”, terang Lisa panjang lebar. Lisa dah siap plan semua jadualnya sebelum hari pertama kerja.
Lisa juga berkira kira untuk singgah di rumah agam tu sekejap, untuk memberi ruang kepada hatinya sendiri, supaya kenangan pedih itu boleh lepas pergi. Dia berharap sangat peristiwa itu dapat memberi cerita baru untuk masa depan dia. Dia faham dia tidak mungkin boleh menukar cerita, tapi dia benar benar berharap Allah memberi ruang untuk dia bahagia. Dia harus menoktahkan cerita itu di tempat asalnya.
“kalau gitu, abang call mama abang balik dari resort ya, Lisa ikut abang balik”, kelihatan Haiqal mengambil telepon dari poketnya untuk menghubungi mamanya.
“Ayah, jom lah kita balik dulu, tinggal lah peralatan kat sini, petang nanti kita datang balik”, Haiqal menyapa ayahnya yang kelihatan masih sebak. Ayahnya memandang Lisa tanpa berkelip.
“Abang dengan Pak Ali gerak dulu lah, Lisa ada tempat nak singgah sekejap. Kasi masa kat Lisa dalam 3 jam, Insyallah habis urusan Lisa, Lisa terus ke rumah abang ya…”, Lisa meminta izin sekaligus memberitahu mereka. Lisa harus bijak menyusun perjalanannya.
“ok Lisa, Pak Ali balik dulu, Lisa datang nanti, Pak Ali minta mak cik kamu masak asam pedas yang kamu suka tu, jangan tak datang pulak”, Pak Ali menepuk bahu Lisa lembut.
“Lisa nak abang teman ke?” Haiqal menawarkan diri, risau pulak dia sebab sudah lama Lisa tidak balik ke sini. Lisa senyum memandang Haiqal, sifat melindungi memang selalu melekat pada dirinya. Lisa senyum lagi
“Tak apa abang, Lisa boleh sendiri, Insyallah nanti kita jumpa kat rumah abang ya, abang jangan risau”, tutur Lisa seraya menundukkan sedikit bahunya.
Mereka berpisah sementara di situ. Lisa mengatur langkah ke rumah agam itu.
NURLISA SOFEA hadir lagi disini, dirumah agam ini selepas 5 tahun. Selepas 5 tahun yang menjadikan hidup Lisa berubah 100%. Kerana kebodohannya, kerana kenaifannya, kerana semua kesalahannya, dia menjadi sangat tolol, menjadi bodoh kekal pada masa itu. Siapa sangka pada usia 18 tahun, dia memusnahkan hidupnya dengan cinta bodoh. Cinta yang dirasanya begitu agung. Cinta yang dirasanya begitu suci. Cinta yang diimpikan, cinta yang dirasakan seperti sangat sempurna.
Lisa parking kereta di luar rumah agam itu. Setelah hampir 10 minit di dalam kereta, Lisa mengambil keputusan untuk keluar. Bukan senang untuk memberanikan diri keluar mengadap kenangan yang tidak mungkin boleh terpadam dengan mudah. Tidak juga mudah untuk memberi jiwa kepada kisah kelam yang membuatkan dia hampir berputus asa.
Rumah agam itu masih sama, masih kemas dan masih hijau dengan deretan pokok yang hidup dengan sihat. Lisa berfikir kalaulah dia pokok itu, pasti dia tidak perlu merasa kisah duka. Airmatanya mengalir tanpa ada syarat, walaupun hampir 5 tahun dia cuba melupakan, tapi sangat susah, tidak mudah memadam dengan begitu sahaja. Ya…itu bukan cinta monyet, itu memang cinta sejati, cinta yang buat dia hampir gila.
Tangannya mengigil memetik alarm kereta. Lisa masih disisi kereta, merenung pondok keselamatan dari luar pagar besar. Kakinya melangkah perlahan ke pagar besar itu, pagar yang menjadi saksi kepada pertemuan yang pertama kali dengan dia.
Lisa menoleh ke belakang, memandang keretanya sebelum menyambung langkah ke pondok pengawal itu. Dia harus berkira kira untuk melarikan diri sekiranya jiwanya meminta begitu, jadi jarak kereta itu harus dekat, supaya jantungkan dapat diselamatkan.
Selama mengenali dia, jantung Lisa tidak pernah diam. Degupan jantung apabila memandang si dia memang tidak boleh dikawal. Jantung itu tidak akan berkerjasama dengan dia, itu dia pasti.
Dia memandang lagi kereta Honda Civic kesayangannya itu.
Ya, baru sebulan Lisa menggunakan kereta itu, hadiah dari abangnya. Satu satu abangnya di dunia ini. Dia harus terima hadiah dari abangnya sebagai syarat untuk berpindah ke Kuala Lumpur. Abangnya juga menyediakan kondo sebagai tempat penginapannya apabila dia memulakan kerja nanti. Semuanya abangnya telah sediakan supaya Lisa kembali menjadi seperti dulu. Besar sangat harapan abangnya untuk melihat dia Bahagia.
Nurlisa bersyukur kerana Allah mengurniakan abang yang sangat sempurna. Kalaulah tiada abangnya, entah apa yang jadi terjadi kepadanya. 5 tahun dulu, abangnya lah tempat dia bergantung. Walaupun perkara besar yang terjadi pada hidupnya, abangnya tidak pernah meninggalkannya.
Kaki Lisa melangkah lagi. Dia beranikan diri, dia nekad untuk menyelesaikan gundah gelana dihati sebelum dia melangkah lebih jauh. Dia harus simpan semuanya disini. Untuk sekian kali, dia membuat keputusan untuk meletakkan noktah disini. Di sini bermula dan biarlah disini berakhir.
Share this novel