Bab 7

Romantic Comedy Series 614

Pukul tiga telah terpacak seorang gadis di hadapan pintu rumah seseorang. Berpakaian gaun kemerahan dan bertudung merah jambu. Menyerlahkan keanggunan serta kecantikan secara alami.

Fatin mendatangi ke rumah Haziq untuk mengajarkan si Haziq secara 'face-to-face' yang dikatakan pagi tadi di kelas. Mereka telah berjanji untuk bertemu-jua pada petang hari ni.

Rumahnya agak berdekatan dengan kejiranan Haziq. Oleh itu, bermodalkan berjalan kaki adalah pilihannya untuk hampiri ke rumah si Haziq.

Ketika di sekolah....

"Urmm...Fatin aku ada masalah dalam subjek Matematik. Berkenaan cikgu Faridah ajarkan tadi aku masih 'blur' lagi." Haziq meminta pertolongan Fatin kerana dia adalah pelajar yang sentiasa mendapat gred tertinggi dalam subjek itu.

"Aku boleh je kalau kau mahu diajarkan. Tapi kenalah belajar secara bersemuka agar kau mudah faham." Ujar Fatin.

"Kalau begitu aku boleh datang ke tempat kau untuk belajar. Kau okay ke?" Cadangan Haziq mungkin membawa spekulasi yang akan mendatangkan rumor teruk di kelas.

Bagi mengelakkan sedemikian, Fatin mencadangkan untuk datang ke tempat Haziq. Tapi keadaan sedemikian lebih kurang sama je. Harap si Haziq tidak memikirkan perkara yang lain. Buanglah fikiran keruh.

"Sebaiknya aku hadir ke rumah kau kerana rumah aku berdekatan dengan alamat yang kau tinggal. Jadinya tidak jauhlah jika aku singgah sebentar." Ucap si Fatin dengan nada sederhana dan masuk akal.

Dalam hatinya ingin mengelakkan pandangan aneh oleh keluarganya berkenaan kawan lelaki yang diajak ke rumah. Dia berharap tiada sesiapa yang tahu berkenaan hal ini. Fokusnya adalah untuk mengajar seseorang bagi pandai. Itulah matlamatnya.

Setibanya kehadiran Fatin disambut ramah mesra oleh ibu Haziq. Menjemputnya ke tetamu sambil menghidangkan air teh-o panas.

"Apa kabar makcik, nampak cantik ye, saya sangat kagum." Muka Fatin terserlah berkilauan apabila melihat ibu Suraidah.

"Amboi kamu ni pandai ambil hati makcik ye, apapun terima kasih." Sambil senyum mesra kepada Fatin.

"Berkenaan Haziq, dia dimana ye, saya mahu belajar bersama-sama dengannya." Soal Fatin kepada ibu Suraidah.

"Dia tengah mandi masih tidak siap lagi la tu, sekejap lagi dia turun ye. Maklumlah ini pertama kali ada kawan perempuan yang diajaknya ke rumah selain kawan laki dia tu." Ibu Suraidah nampak sedikit teruja kedatangan si Fatin ke rumahnya ini.

Fatin melabuhkan punggungnya di atas sofa empuk yang berada ruangan tamu sementara menunggu Haziq bersiap. Sepatutnya orang yang belajar tu la kena tunggu kali ni sebaliknya pula. Merungut Fatin dalam hati.

Akhirnya muncul jua orang itu. Walaupun lebih kurang lima minit menunggunya.

"Eh Fatin, maaf tau aku tertidur tadi hingga lupa ada janji temu petang ni." Sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

"Ish kau ni..." bermuncung mulut si Fatin.

Tanpa basa-basi merek memulakan sesi pembelajaran ulangkaji di halaman ruang tamu. Mereka berhadapan satu sama lain sambil menelaah buku pelajaran dengan tekun sekali.

Fatin mengajarkan apa yang dia ketahui namun dia tidak akan pernah meneka tentang jawapan yang tidak ketahuinya. Kerana dia akan berasa perkara itu akan merendahkan harga dirinya sebagai pelajar cemerlang.

Dia membiarkan Haziq melakukan selebihnya apabila sesi mengajar dia selesai. Haziq sedang fokus sepenuhnya untuk menyelesaikan tugasan diberikan.

Fatin terpandang buku latihan Haziq penuh dengan tanda dan nota ringkas. Mungkin baginya ia perkara terpenting yang perlu di 'highlight' agar mudah memahami dan tidak lupa. Tanpa tidak sengaja Fatin tertarik dan kagum terhadap usaha si Haziq ini.

Pandangan Fatin menghala ke arah Haziq secara spontan lalu memandang wajahnya kelamaan.

Bunyi petikan jari mula kedengaran. Haziq menyedarkan si Fatin kerana dia merasakan rakannya sedang mengelamun di siang hari.

"Kau okay ke? Kenapa termenung ke muka aku macam tu, ada apa-apa ke kat muka aku? " sambil menyapu muka dengan kehairanan.

Muka Fatin kemerahan secara tiba-tiba. Dia merasa malu kerana berpelakuan sedemikian.

"Maaf-maaf aku termengelamun pula." Fatin kembali mengajar si Haziq yang dia masih tidak ketahui.

Seusai jam menunjukkan pukul enam petang mereka telah selesai menyiapkan tugasan masing-masing.

Haziq berterima kasih kepada Fatin kerana sanggup meluangkan masa terhadap keegoisannya untuk mendapatkan pengajaran yang diberikan. Dia memasang niat untuk membalas kembali kebaikan yang Fatin curahkan.

Fatin mendapatkan keizinan ibu Suraidah untuk mengundurkan diri balik ke rumah. Beliau mengirimkan kek Brownies sebagai buah tangan kepada Fatin. Dia sangat seronok kerana itu merupakan kek kegemaran yang digemarinya.

"Kalau ada masa terluang, jangan segan silu menyinggah ke sini ye, nanti lagi banyak kek yang makcik boleh buatkan." Sambil tersenyum seikhlas hati.

"Baiklah makcik, Assalamualaikum" Fatin mengakhiri perbualan dengan ucapan salam.

"Waalaikumussalam," lalu melambaikan tangan kembali kepada Fatin.

Fatin berani ye datang ke rumah lelaki ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience