BAB 8

Mature Content Series 163

“ Afiq. Mana encik Idris?” Tanya Sofia kepada staff ayahnya itu.

“ Kejap ye cik Sofia. Saya panggilkan.” Jawab staff itu.

Sofia berjalan-jalan di sekitar restoran ayahnya sambil melihat sekeliling.

“ Sofia.” Panggil ayahnya.

“ Ayah.”

“ Kenapa datang sini?” Tanya ayahnya.

“ Amboi! Sofia tak boleh ke datang restoran ayah?” Tanya Sofia sambil membuat mimik muka sedih.

“ Bukan tak boleh, Sofia kan jarang datang sini, selalu duduk dekat tempat training je. Sebab tu ayah tanya.”

“ Tak adalah. Sofia datang sini, Sofia nak cakap yang Sofia nak balik rumah ibu kejap. Adik-adik cakap yang ibu tak sihat. So Sofia nak tolong jagakan ibu juga.”

“ Baguslah macam tu. Pergi jela.”

“ Are you sure ayah. Sofia pergi lama tau. Takut nanti ayah yang rindu dengan Sofia pula.” Gurau Sofia.

“ Rindu la sangat. Sofia tak ada, boleh la ayah keluar dengan uncle Shahrul, lepak ke.” Kata ayahnya sambil ketawa.

“ Yela…”

“ Keluar dengan uncle Shahrul tak apa ayah, jangan keluar cari mama baru untuk Sofia sudah lah.” Kata Sofia sambil ketawa.

Encik Idris yang mendengar gurauan anaknya itu, membuatnya berasa geli hati juga.

“ Abang. Akak datang sini pukul berapa?” Tanya Safiya.

“ Katanya dia dah on the way. Kejap lagi sampai la tu.”

“ Okay.”

Safiya membuka pintu bilik ibunya untuk melihat keadaan ibunya itu.

“ Ibu. Kejap lagi akak nak datang sini. Dia nak ziarah ibu.” Kata Safiya dengan lembut kepada ibunya.

Ibunya puan Alina hanya memandang Safiya tanpa memberikan sebarang reaksi.

“ Assalamualaikum!”

“ Wa’alaikumussalam. Akak masuk la.” Jawab Hafiz yang sedang berada di meja makan.

“ Akak!” Panggil Safiya.

“ Nah! Makanan. Akak beli tadi.”

“ Uishh! nasi dengan lauk ayam panggang la. Mesti sedap ni.” Kata Hafiz.

“ Makan la.”

“ Nasib baik kau bawa makanan kak. Aku memang tengah lapar ni. Nak harapkan Safiya yang masak, memang lambat lagi la kak. Bubur untuk ibu pun aku beli dekat luar je.” Kata Hafiz sambil ketawa.

“ Ishh kau ni bang, ada je aku masak tapi kau tu yang memilih, tak sedap la, tak cukup rasa la.”

“ Dah memang tak sedap pun.”

Sofia memandang adik-adiknya itu sambil tersenyum.

“ Ibu mana dik?” Tanya Sofia.

“ Ibu ada dekat dalam bilik. Akak pergi la tengok ibu.”

Sofia bangun dari sofa, dan menuju ke bilik ibunya.

“ Ibu…” Sofia membuka pintu dan melihat ibunya sedang terbaring di atas katil. Hatinya berasa sedih melihat keadaan ibunya yang lemah itu.

“ Ibu, Sofia datang ni. Macam mana ibu hari ni?” Tanya Sofia sambil memegang tangan ibunya.

Puan Alina tidak memandang ke arah Sofia, meskipun dia tahu Sofia berada di sebelahnya dan memegang tangannya.

“ Ibu. Akak tanya tu, ibu okay ke tak hari ni.” Kata Hafiz kepada ibunya.

Puan Alina masih lagi tidak memberi sebarang reaksi kepada Sofia. Malah dia mengalihkan tangannya yang telah di pegang oleh Sofia.

Sofia yang melihat kelakuan ibunya itu, dia sudah tahu bahawa ibunya seperti tidak mahu dia berada di situ.

“ Tak apa ibu. Sofia keluar dulu.” Kata Sofia sambil menghela nafas panjang.

Sofia keluar dari bilik ibunya sambil dilihat oleh kedua-dua adiknya itu.

" Tak apa kak. Dengan kita orang pun ibu tak bercakap.” Kata Hafiz.

“ Aku nak tanya kenapa korang berdua keluar dari rumah ni, tinggalkan ibu?” Soal Sofia sambil memandang ke arah adik-adiknya dengan pandangan yang serius.

“ Masa tu kita orang dah tak tahan kak dengan perangai ibu yang macam tu. Sebab tu kami keluar.”

“ Lagi pula, kami tinggalkan ibu just tiga bulan je kak.” Kata Hafiz sambil memberikan senyuman kepada kakaknya.

“ Just tiga bulan kau cakap. Kau keluar dari rumah, tapi kau langsung tak ambil peduli tentang ibu. After two months baru korang tahu yang ibu sakit, itu pun ada orang beritahu kan.”

Hafiz dan Safiya tidak menjawab sepatah pun apabila mendengar bebelan kakaknya.

“ Dah la. So aku nak tanya, lelaki tu memang dia tak balik sini ke?” Tanya Sofia.

“ Sepanjang kami berada dekat sini, tak pernah lagi dia balik sini.”

“ Kenapa kak?” Soal Safiya.

“ Bagus juga dia tak balik sini, kalau dia balik sini, memang aku akan belasah dia cukup-cukup.” Kata Sofia dengan perasaan geram.

Hafiz dan Safiya saling berpandangan antara satu sama lain. Kadang-kadang meraka berasa kakak mereka agak menakutkan juga.

********

Hafiz yang mahu menuju ke bilik air, lantas dia memandang kakaknya yang sedang berada di dapur.

“ Kak, kau buat apa?” Tanya Hafiz.

Sofia yang sedang memotong ayam, mengalihkan pandangannya ke arah adiknya itu.

“ Kau tak nampak aku tengah potong ayam ni. Aku nak masak la.”

“ Woww! Serius la kau pandai masak kak. Aku ingat kau cuma tahu tumbuk orang je.” Kata Hafiz dengan nada seperti sedang memerli.

Sofia memberikan pandangan yang tajam kepada Hafiz seolah-olah gurauannya itu langsung tidak membuatkan dia untuk ketawa.

“ Kak, kau masak jela kak, aku nak pergi tandas sebelum aku yang jadi lauk kejap lagi. Hati-hati pisau tu tajam kak.” Kata Hafiz sambil mengundurkan badannya ke belakang.

“ Akak. Bubur dah siap ke?” Tanya Safiya.

Sofia menganggukkan kepalanya sambil menuangkan air suam di dalam gelas untuk di bawa kepada ibunya.

“ Okay, adik pergi suapkan ibu makan kejap ye.”

Safiya mengangkat dulang yang berisi makanan dan minuman sambil melihat abangnya keluar dari tandas.

“ Bang! Kau hidup lagi bang.” Kata Safiya sambil ketawa kecil.

“ Sejak bila aku mati?”

“ Tak ada la bang, tadi aku tengok kau kacau akak tengah masak sambil kau buat lawak tak seberapa tu. Aku ingat kau dah jadi lauk tadi.”

“ Hampir-hampir jadi tadi, nasib baik aku sempat lari.” Kata Hafiz dengan nada berbisik.

Safiya berasa terhibur apabila mendengarkan apa yang abangnya katakan itu.

Kringgg! Kringgg!

Sofia yang sedang mengemas dapur, lantas menuju ke arah ruang tamu setelah mendengar deringan telefon bimbitnya.

Terpapar nama Hazran di skrin telefonnya.

“ Hello.”


“ Hai sayang.”

“ Sejak bila aku jadi sayang kau ni?”

“ Seriusnya, aku gurau jela. Kau ada rumah tak?” Tanya Hazran.

“ Kenapa?”

“ Aku nak ajak kau pergi makan sekarang ni.”

“ Aku tak ada dekat rumah sekarang ni, aku dekat rumah ibu aku.”

“ Tiba-tiba kau dekat rumah ibu kau. Kenapa, hidayah sudah datang dekat kau ke?” Tanya Hazran sambil ketawa besar.

“ Kau gurau kasar dengan aku ye. Nasib baik dalam telefon, kalau kau ada depan mata aku, memang siap kau aku kerjakan.” Kata Sofia dengan nada yang geram.

“ Aku gurau je dengan kau.”

“ Ibu aku tak sihat sekarang ni, so aku dengan adik-adik aku jaga dia.”

“ Yeke. Ibu kau sakit apa?”

“ Biasa la, bila orang dalam tekanan ni macam-macam sakit la akan datang.” Kata Sofia.

“ Kau duduk sana berapa lama?”

“ Entah la, maybe sampai ibu aku sihat.”

“ Mesti lama. Rindu la aku nanti.” Kata Hazran.

“ Kau jangan nak mengada-ngada.”

“ Kak, Safiya dah habis suapkan ibu makan. Habis ibu makan masakan akak.” Kata Safiya.

Sofia menganggukkan kepalanya sambil memberikan senyuman kepada adiknya itu.

“ Suara siapa tu?”

“ Suara adik perempuan aku.”

“ Ouhh…aku dengar kau yang masak.”

“ Kau pandai masak ke?” Tanya Hazran dengan nada seperti menyindir.

“ Kau ingat, aku tak pandai masak. Sia-sia la ayah aku tu ada restoran tapi anak perempuan dia tak pandai masak.” Kata Sofia.

“ Betul juga kan. Ehh tapi aku tak pernah tengok kau masak pun.”

“ Kau tak duduk serumah dengan aku, memang la kau tak pernah tengok aku masak.”

“ Okay, kita kena kahwin cepat-cepat. Nanti boleh aku rasa masakan kau.”

“ Tak nak la aku kahwin dengan kau.”

“ Dah la, aku end call dulu. Aku nak tengok ibu aku kejap.”

“ Bye.”

Sofia menamatkan panggilannya dan meletakkan telefon bimbitnya di atas meja, lalu dia bangun menuju ke bilik ibunya.

Sofia membuka pintu dengan perlahan-lahan supaya tidak mengganggu ibunya.

“ Ibu. Ibu tak tidur lagi?” Tanya Sofia sambil melabuhkan punggungnya di sebelah ibunya.

Puan Alina tidak menjawab pertanyaan Sofia.

“ Ibu, Sofia minta maaf pada ibu sebab selama ni Sofia banyak berbuat salah pada ibu. Sofia tak dengar kata ibu, tak ambil tahu tentang ibu. Sofia betul-betul minta maaf.” Kata Sofia sambil mencium tangan kanan ibunya.

Ibunya masih lagi tidak memberikan sebarang reaksi setelah mendengar permohonan maaf dari Sofia.

“ Tak apa ibu, kalau ibu tak nak maafkan Sofia tak apa. Sofia tahu ibu tak suka dengan Sofia, Sofia banyak menyusahkan ibu dari kecil. Kalau ibu tak nak Sofia jaga ibu, tak apa, esok Sofia akan balik. Biar adik-adik yang jaga ibu.”

Setelah mengatakan itu kepada ibunya lantas Sofia bangun dan mahu berjalan keluar dari bilik.

Puan Alina yang mendengar apa yang anaknya katakan, dia mengalihkan pandangannya ke arah Sofia lalu memegang tangan Sofia.

“ Sofia.” Panggil ibunya dengan nada yang perlahan.

Sofia mengalihkan pandangannya ke belakang setelah mendengar suara ibunya.

“ Ibu minta maaf pada Sofia. Ibu yang salah selama ni. Ibu abaikan Sofia, ibu tak mampu jadi ibu yang baik untuk Sofia.” Kata puan Alina dalam keadaan mengalirkan air mata.

Sofia melihat keadaan ibunya itu, lantas dia memeluk tubuh ibunya dengan erat.

“ Tak ibu, ibu tak ada salah apa pun dengan Sofia. Sofia yang bersalah dengan ibu. Sofia banyak dosa dengan ibu.”

“ Maafkan Sofia bu, Sofia tak nak jadi anak yang derhaka.” Kata Sofia.

“ Sofia tak akan jadi anak yang derhaka. Sofia lah anak yang solehah, anak yang baik sebab Sofia banyak bersabar dengan ibu.”

“ Sofia tak pernah sekali pun tinggikan suara dengan ibu walaupun ibu sudah beberapa kali menengking Sofia.” Kata puan Alina.

Sofia menangis dengan teresak-esak.

Hafiz dan Safiya yang sedang berdiri di hadapan pintu bilik ibu mereka, melihat keadaan itu, membuatkan mereka turut berasa gembira. Mereka berasa bersyukur kerana apa yang mereka doakan selama ini sudah termakbul.

Share this novel

Guest User
 

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience