Bab 5

Romantic Comedy Series 614

"Betul ke kita buat seperti ni?" tanya Khai. "Betul la ni, kau pegang kejap batang kayu ni" suruh Haziq. Batang kayu yang terjumpa di berhampiran pasu bunga milik ibunya dipegang erat oleh Haziq sambil menjolok ke dalam lubang pagar rumah jirannya. Nasib baik jirannya menggayakan pagar depan dengan mempunyai lubang yang muat-muat tangannya memasuki. Nampak gaya Haziq merasa cemas keadaan sekarangnya kerana sengaja mencari nahas terhadap jirannya.

Pernah suatu ketika bola sepak yang dia bermain bersama adiknya terpelanting memasuki ke kawasan rumah jirannya. Malangnya bola tersebut dirampas dan disimpan oleh jirannya kerana terkena kepala jiran tersebut. Apabila seseorang merasa marah atau jengkel dia melupakan perkara kebaikan yang dilakukan. Haziq menghadapi bala musibah yang pernah terjadi seumur hidupnya ketika itu. Betapa kejamnya jiran yang satu ini. Mungkin punca dia sedemikian disebabkan duduk berseorang iaitu sebatang kara dan tiada sesiapa yang pernah dia luangkan masa bersama. Dia bertekad untuk berkawan dengan jirannya kerana seumuran dengan atuknya. Seorang pakcik tua kiranya.

Kali ini bulu tangkis pula yang memasuki ke perkarangan bahagian tepi jirannya. Dia berdoa dengan sepenuh hati agar jirannya tidak keluar dari rumah tersebut. Dengan kelapangan hati yang setenang air di lautan, si Haziq memberikan sepenuh tumpuan demi mendapatkan kembali bulu tangki itu. "Wooosshh" tiba-tiba angin menderu kuat di sekitar rerumputan lalu menerbangkan bulu tangkis ke tempat lebih jauh. Alangkah malangnya mereka.

"Aduh" rintih Haziq dalam hatinya. Dua sedaya upaya mempercepatkan proses pengambilan malah menjadi lambat seketika. "Wei Khai, kita kena berinisiatif cara lain untuk ambil kembali 'benda' alah itu". Haziq memandang ke arah Khai kerana berharap jawapan yang diterima tidak mengecewakan.

"Apa kata kita pergi je jumpa bersemuka dengan tuan rumah tersebut?" Khai mula mencari bala bencana. Silap-silap terjadinya perang dunia ketiga. "Kau gila ke apa, kalau dia tahu apa tujuan yang kita lakukan kemungkinan 'benda' tu merupakan barang kedua aku punya yang akan di buang olehnya". Tercengang jawapan yang Khai berikan, mahu tidak mahu itulah cara yang patut dilakukan!

"Alah, kita pergi bertemu jangan lah beri tahu tujuan kedatangan kita, kita cakap je mahu menyapa keadaan beliau dan bersembang mesra agar dia tidak mengesyaki yang bukan-bukan". Respon Khai memberikan satu tanggapan bahawa kawannya tidak lah se 'idiot' dibayangkan.

Si Haziq masih dalam dilemma sama ada berjaya atau tidak terhadap perancangan itu. "Apabila dipikirkan kita mesti membawa buah tangan untuk ke sana, tidak akan lah kita menjenguk dengan tangan kosong kan?" Secara spontan idea yang bernas menyinggah ke akal sihat sejahteranya. "Aku rasa kita akan jumpa dengan jiran tu tapi aku seorang je, kau tunggu di sini". Okay? Haziq mula senyum-senyum sendirian sambil tertawa jahat. Padahal tidak lah jahat mana pun.

Setelah setengah jam (selepas mendapatkan keyakinan abadi)

"Assalamualaikum...pak cik ooo pak cik, ade orang ke kat dalam? " Hampir sepuluh minit ditunggunya tidak keluar-keluar orang tua ini. Mungkin pendengaran terbatas? Sudah berumur dia ni masuk akal juga lah.

Secara perlahan-lahan orang tua itu bukakan pintunya. Seperti pintu tersebut terasa berat ditahan oleh batu besar contohnya. Mungkin dia takut pencuri? Siapa je pencuri datang siang-siang terik sebegini. "Waalaikumussalam..." Jawabnya dengan nada perlahan. Walaupun tidak kedengaran di telinga. Cuma mengetahui pergerakan mulut beliau.

"Saya ada bawakan 'ole-ole' yang dibeli dari Cameron Highland. Alang-alang kami sekeluarga baru balik bercuti dari sana, kami hadiahkan serba sedikit apa yang kami boleh belikan". Sambil menghulur ole-ole tersebut si Haziq terus mempelawa keistimewaan isi kandungan di dalamnya. "Kalau boleh pak cik tolong la rasa buah ni tau memang sedap terutama sekali buah jambu batu ni, lagi-lagi dicicah rojak, perhh memang mantap sekali!" Sekali Haziq terbawa suasana dan malu sendirian.

Haziq mendapat petunjuk dari Khai bahawa barang mereka telah berjaya diambil. "Baiklah pak cik, nanti jika ada kesempatan lagi kita berbual lebih lama lagi ye". Si Haziq ingin mengundurkan diri kerana tugasnya sebagai 'bahan' telah selesai.

"Pak cik pun ingin berterima kasih sebab susah-susah je mahu menghantar buah tangan ni. Walaupun sebagai umpan ye untuk kamu berdua ambil bulu tangkis, tapi tidak mengapa pak cik okay je. Tapi lain kali jangan buat lagi ye". Selepas itu pak cik berlalu kembali ke dalam rumahnya.

Haziq terkaku seketika. Bagaimana boleh terjadi perkara sebegini dalam hidupnya. Termenung sejenak dia. Mereka berjaya tapi apa kepuasan hasil usaha mereka?

Malang sekali.

Jangan ditiru ye aksi sedemikian. Okay?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience