"Okay tak ni?" Dia bercakap seorang diri di hadapan cermin. Baju kurung moden bercorak bunga - bunga kecil yang tersarung elok di tubuhnya dia telek. Debar pada dadanya usah dicakapkan lagi. Sekejap lagi Emir akan menjemputnya. Dia membetulkan lagi baju dan tudung yang dipakainya. Semua yang dia rasa pada malam ini serba tak kena. Kau kena relaks Anggun. Kalau tak nanti depan parent Emir lagi kau gelabah. Tarik nafas... Hembus... Hatinya menasihati. Sekejap - sekejap dia telek jam pada handphonenya kerana selepas isyak Emir akan terus menjemputnya. Anggun keluar dari bilik, mahu ke dapur membasahkan tekak. "Emir datang pukul berapa ...